11

Namjoon's P.O.V

Jam sekarang telah menunjukkan pukul 2 petang. Loceng berbunyi tanda tamat sesi persekolahan hari ini. Semua pelajar didalam kelas bangun lalu mengucapkan terima kasih kepada Puan Hyun. Sebaik sahaja Puan Hyun melangkah keluar dari kelas , semua pelajar berlari ke arah pintu dengan agresif. Biasalah waktu balik memang macam ni. Tak tahu dorang ni nak cepat-cepat kenapa. Rumah dorang bukan nak lari pun. Ha yang lain ambik iktibar, jangan kalut nak balik sampai potong barisan. Kesian pengawas nak jaga, dah la semua buas macam animal :P

Aku mencari kelibat Jin. Bukan Jin syaitan tu eh , Jin cinta hati aku.

Tapi dia dah tak ada dalam kelas. Mana pula si squishy ni pergi? Aku ingat nak skip kelas tahanan sebab nak hantar dia balik. Well, keselamatan dia lagi penting dari kelas tahanan.

Aku pun mengatur langkah ke kelas tahanan ditingkat bawah. Sebaik sahaja tiba dihadapan kelas tersebut, Aku mengetuk pintu dengan perlahan.

"Masuk" Suara seorang lelaki membalas. Sebaik sahaja aku memasuki kelas tahanan tersebut. Kelihatan Jin sedang duduk di salah satu meja didalam kelas itu. Aku terkejut.

"Aik? Jin kenapa kamu kat sini?" Soalku. Jin hanya membalas dengan senyuman kecil yang penuh misteri.

"Duduk Kim Namjoon." Kata Mr. Wu . Aku duduk dimeja bersebelahan Jin.

"Psst, Jinnie-yah. Kenapa kamu ada dekat sini?" Soalku. Jin hanya tersenyum kecil. Aku bingung. Apa kes dia ni?

"Saya s-sengaja tipu cikgu saya tak siap kerja s-sebab nak teman a-awak" Kata Jin sambil bermain dengan jarinya. Aku cair. Aww dia terlalu comel.

"Aish kenapa awak buat macam ni? Kesian awak balik lambat." Kataku sambil memicit tangannya yang squishy itu.

"S-saya nak balas jasa awak tolong selamatkan saya dari Ms. Natalie. Gomawo Namjoon" Kata Jin lalu mengukirkan senyuman yang paling manis. Pipinya yang tembam itu merona merah. Omaigot comelnya uwuuwuwuuwuw.

"Kim Namjoon, Kim Seokjin. Saya ship kamu berdua tapi jangan la tunjuk sweet dekat sini kang berdarah hidung saya siapa nak tanggung?" Kata Mr. Wu.

Wajah Jin bertambah merah. Aku hanya mampu tergelak. Tak sangka Mr. Wu ni suka yaoi AHAHAHAHA.

"Sebab kamu berdua sawit sangat saya bagi kamu balik pukul 3:30. Ha nanti sambung la buat projek kat rumah (๑ ิټ ิ)" Kata Mr. Wu.

Aku dan Jin tercekik air liur.

--

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top