1
Jin's P.O.V
"Woi gemuk bangun la!" Jerit seseorang.
Aku membuka mataku.
"Kau tengok apa gemuk? bangun la bodoh" Kata adik tiri ku Yoongi.
Aku pun bangun dari katilku lalu pergi ke bilik mandi.
--
Aku memandang refleksi tubuh ku dicermin.
lemak sana sini , tangan kembung , perut kembung . besar , tak guna.
Yea , itu la aku.
Aku berdiri diatas penimbang berat badan.
79kg , wah aku gergasi.
Aku turun dari penimbang berat tersebut lalu segera mandi.
--
Setibanya disekolah , semua murid memandang aku dengan wajah geli. Jelas sekali mereka tak suka aku bersekolah disitu. Sebab , sekolah tu ialah sekolah paling terkenal di bumi Seoul ini. Aku dapat masuk sekolah ni pun hanya sebab nasib keputusan peperiksaanku.
"Hoi gemuk , kau ni besar sangat la aku tak muat nak lalu" Kata seorang lelaki. Rakan-rakannya mentertawakanku.
Aku mengepal penumbukku.
"Apa masalah kau Daniel? kau kot yang besar sangat sampai jalan luas ni pun tak boleh lalu" Kataku dengan nada datar.
"Apa? aku tak dengar la , lemak kau halang pendengaran aku HAHAHA"
"APA MASALAH KAU!!"
Penumbukku melayang ke wajahnya.
Tetapi dihalang oleh seseorang.
"Kim Seokjin! kenapa kamu cuba mencederakan pelajar lain?" Soal Mr.Jee.
"Dia yang mula dulu--"
"Ah! saya tak nak dengar! kelas tahanan lepas sekolah!" Jerit Mr.Jee.
Aku mengetap gigi ku lalu berjalan pergi dari situ.
Aku berasa malas nak masuk kelas jadi aku merancang untuk ponteng kelas.
Aku segera menaiki tangga ke rooftop.
Setibanya di situ , aku duduk diatas bangku lama disitu.
Aku termenung seketika.
Patut tak aku mati? aku gemuk dan menyusahkan semua orang , aku menyusahkan diri nak cari baju yang muat dengan aku. aku menyusahkan diri dengan dapat kelas tahanan. mungkin aku patut bunuh diri je. Senang je , terjun bangunan ni dan.. kau 100% selamat dari semua ni.
Tanpa aku sedari aku sudah bersedia untuk terjun.
Baru sahaja aku ingin lompat , seseorang memeluk tubuhku.
"Kalau nak mati , berbakti la dulu pada seseorang" Kata lelaki tersebut.
"A-apa maksud k-kau?" Soalku.
"Berbakti pada saya" Kata lelaki tersebut lalu pergi dari situ.
Aku tak sempat melihat wajahnya kerana dia memakai mask hitam dan hoodie.
Siapa lelaki tu?
--
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top