OSM S2 +05
"Awak nak hantar saya pergi mana ni?” soal Jimin sebaik saja masuk ke dalam mesin masa itu. Matanya ligat melihat sekeliling dia. Semuanya besi dan beberapa butang yang tidak diketahui.
“Em.. ingat tak awak pernah kata pasal zaman muda kita? Yang awak masih tak boleh lupakan dia?" senyap mengisi waktu diantara mereka buat seketika.
"..Taehyung."
Nama seseorang terlepas keluar dari bibir Jimin, buatkan MaiMuna menggangguk. Dia kelihatan sedikit risau dengan emosi Jimin. Sudahlah orang itu sudah mahu masuk 50an, nanti dia ternampak kelibat orang yang sudah tiada, tidak ke dia akan mati terkejut?
"Tapi! Awak tak perlu risau. Saya akan pastikan awak dengan dia tak bergaduh lagi disebabkan saya,"
"MaiMuna—" Jimin memaut tangan MaiMuna tapi pantas wanita itu menepis.
"Tak, no and nope, Park Jimin. Cukuplah. Saya tak nak dengar alasan awak lagi. It's been years, for God's sake. Saya sedih setiap kali nampak awak sambut hari lahir awak dan tak sampai beberapa minit, awak dah mula berkurung dalam tandas sambil peluk gambar korang berdua. The guilt is eating you alive, you know it, and i really hate to see you suffering every single day," MaiMuna mengambil nafas sebelum tersenyum ke arah Jimin.
"..Dan hari ni, saya akan pastikan perasaan bersalah awak hilang buat selamanya. Let's put an end to all this crap." Ayat terakhir dari MaiMuna buatkan Jimin berkedip, tidak faham.
"Apa yang awak merapu ni, MaiMuna? Awak sendiri tahu, dia dan saya—" tidak sempat habiskan ayat, MaiMuna terus mencantas.
"BYE CHIM! GOODLUCK!"
"EH SABAR—"
SKEET PUM!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top