Saat Terakhir

Kenapa kau mesti pergi?Kenapa kau pergi saat aku sayang?Kenapa?Aku rasa hidup aku kosong tanpa kau di sisi aku.Kembali ke pangkuan aku,aku menyesal.

''AKU RINDU KAU NUR!!''jeritku lantang.Aku biarkan air mata mengalir di pipi.Aku tak kisah apa yang orang lain fikirkan.

''Sabar la.Ni semua takdir''pujuk Daniel sambil menepuk belakang aku perlahan.

''Aku minta maaf kalau aku ada buat salah pada kau.Aku bodoh sebab aku tak percayakan kau.Aku lebih percayakan cakap orang lain''aku menggenggam tanah yang masih merah.

Aku memandang sayu batu nisan yang tertera Nur Safwani binti Mohd Hadi.2003-2018.

Flashback

''Wei.Tu bukan ke Nur?''tanya Daniel.

''Siapa tu?Kenapa Nur cakap dengan Aiman?Bukan ke Nur dengan Aiman tu musuh?''aku bertanya dengan nada cemburu.Sekejap.Aku?Cemburu?Tak mungkin la.

''Kau ni kalau aku backhand muka kau~''

2 orang pelajar perempuan melintasi mereka.

''Eh?Kenapa Nur ada 2?''tanya Faries pelik.

''Pahal pandang-pandang?Ada hutang?Kalau ada hutang,lu kasi langsai la''tanya Nur dengan kasar.Mereka pantas menggelengkan kepala.

'"Irfan!''

''Eh senior Iqmal''

''Kenapa Nur ada 2?''

''Yang tengah cakap dengan kapten bola tu Sya.Kalau tak silap mereka sepupu''

'Kenapa cara mereka berjalan dan bercakap sama?Tak mungkin mereka sepupu'getus aku a.k.a Iqmal.

Aku dan geng aku a.k.a Bad Boyz beredar ke asrama.

Sya memandang Bad Boyz dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

''Wei,sampai bila kita nak sorokkan rahsia ni?''tanya Irdina sebelum mencapai makanan Izzati lalu disuap ke dalam mulut.

''Oi.Aku punya makanan la—''

Mereka berdua berebut.

''—tapi macam mana kalau Nur tahu daripada orang lain''

''Kita akan cari masa yang sesuai.Aku rasa sekarang tak,sebab dia pun tak sihat"

''Kenapa korang ni berebut makanan?''tanya Aisyah.

''Irdina rembat makanan Izzati.Izzati pula rembat air Irdina.Elok la korang berkawan''

''Kenapa Husna rapat dengan Iqmal?"tanya Nur tetapi matanya memerhati Husna dan Iqmal yang berbual mesra.Hatinya terasa sangat sakit.DIA AKU PUNYA LA!!

Mereka dapat melihat api kemarahan di dalam mata Nur.Mereka tahu Nur sangat menyayangi Iqmal.

★★★★

''Sya!Kau okay ke tak?''tanya Nur risau sambil menggosok belakang Sya berulang kali.

''Betul ke kau tak apa-apa?Sampai muntah darah macam ni.Macam orang ada kanser tahu tak''bebel Nur sebelum menuju ke kabinet dan mengeluarkan sebiji panadol.

''Aku okay la.Aku cuma tak cukup rehat je.Kan tadi aku lasak sangat  sampai kena tendang dekat perut?Dah lupa la tu''kata Sya lemah.

''Kalau kau nak apa-apa,call je.Aku dekat bawah nak masak bubur kau''

''Ye la mak cik''kata Sya tanpa suara.

''Maafkan aku''bisik Sya sebelum terlena dengan linangan air mata.

Andai aku pergi satu hari nanti,aku nak kau jaga diri kau elok-elok.Jangan menangis sebab aku tak ada untuk lap air mata kau dan tunjuk perangai masuk air aku.Jaga diri tau,Nur.

★★★★

''Korang tahu tak yang—''

''Yang apa"'tanya Nur di muka pintu.

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain sebelum menggelengkan kepala.

''Aku baru teringat la cikgu Haz suruh aku key in markah.Aku pergi dulu ea''

Mereka menarik nafas lega.

''Walaupun Nur senyum tapi aku tahu dia sembunyikan kesedihan dia''kata Aisyah sebelum mengelap air mata di pipi.

''Aku rindu Sya...Kenapa Sya pergi?''tanya Irdina sebelum menekup muka ke meja.Dia menghamburkan tangisan.

''Aku tak sangka persahabatan kita hanya bertahan 2 tahun sahaja.Kenapa sekejap sangat kita berjumpa?Aku selalu sakitkan hati kau tapi kau tak pernah balas balik''rintih Izzati.

★★★★

''Apa maksud Iqmal?''tanya Nur.

''Iqmal suka orang lain jadi Nur jangan nak tuduh dia macam-macam''

''Heh.Pasal status ke?Tu pasal member Nur la''

''Iqmal minta maaf kalau Iqmal sakitkan hati Nur''

''Tak apa dah biasa dengan orang yang sama''

Mereka menuju ke arah bertentangan.

Nur melepak di taman seorang diri.Dia memandang langit sebelum mengeluh.

''Kalau aku luahkan perasaan aku mesti semua ni tak akan terjadi kan?Menyesal pula tak ikut cakap Sya.Apa khabar Sya di sana ya?''

Nur menutup mata seketika.Dia membuka mata perlahan-lahan sebelum berkata

''Kenapa aku rasa tak sedap hati je ni?Tak boleh jadi ni.Aku kena cari Iqmal"

Wani berlari ke arah pintu pagar.Dia memandang ke kiri sebelum memandang ke kanan.

''Husna!''panggil Iqmal.

''Eh Iqmal!''

''Tunggu dekat sana nanti Iqmal datang!''

Semasa Iqmal melintas,dia ridak menyedari sebuah kereta dipandu laju.Mata Nur terbeliak.Dia pantas berlari ke arah Iqmal.

'Walau apa yang terjadi,aku gembira asal dia selamat.Kerana dia,dunia aku bercahaya'getus Nur dalam hati sebelum badannya melayang setinggi 1.2 meter dan terhempas di atas jalan raya.

Iqmal memegang kepala yang luka sedikit.

''Iqmal.Iqmal okay?"tanya Husna sebelum mengeluarkan kotak kecemasan daripada beg yang berada berdekatan dengannya.Dia mencuci luka Iqmal dengan berhati-hati.

''Siapa yang selamatkan Iqmal?"

Perbuatan Husna menyimpan kotak kecemasan terhenti.

''Husna.Iqmal tanya ni.Siapa yang selamatkan—''

''Cepat telefon ambulans.Budak ni tengah kritikal!''

''Ambulans dalam perjalanan!''

Irfan dan Bad Boyz serta Gegirlz yang baru tiba segera berlari ke arah Husna dan Iqmal.

''Apa jadi?''tanya Daniel sebelum membelek luka di siku Iqmal.

''Aku nyaris nak kena langgar tapi ada orang sela—''

Pang!!

Tamparan dihadiahkan oleh Aisyah di pipi kiri Iqmal.Terteleng Iqmal dibuatnya.Hujung bibirnya berdarah.

''BODOH PUNYA SENIOR!!YANG SELAMATKAN KAU TU MEMBER AKU LA!!KALAU APA-APA JADI PADA DIA,AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU!!''

Gegirlz menuju ke arah kereta Alza yang menanti mereka.

Bad Boyz,Irfan dan Husna segera menaiki grab yang dihubungi tadi.

End Flashback

''Puas hati korang sekarang ni,Iqmal!Husna!''

Iqmal terundur ke belakang dan hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Irfan.Dia memegang pipinya yang ditumbuk oleh Sya.

Husna tergamam.Dia baru percaya dengan kata-kata kawannya,jangan cuba buat Sya marah.Sya sangat menakutkan.Walaupun Sya memakai baju kurung,dia tetap tangkas menyerang Iqmal.

Rasa marahnya membuak-buak apabila teringat perbuatan mereka kepada adiknya.Dia yang baru pulang dari Uk kerana treatment untuk merawat penyakitnya terkejut dengan berita adiknya dilanggar kerana ingin menyelamatkan Iqmal.

Air mata Sya mengalir laju.Aku tak sempat nak tunjukkan hadiah untuk dia.

''Adik aku sayangkan kau separuh mati tapi apa yang kau balas?Kau hancurkan hati dia.Kau marah dia tak tentu pasal.Aku agak memang player macam ni kan?Mainkan hati orang yang setia''

''Kalau adik aku sayangkan seseorang,dia akan sayang separuh mati.Kau patut bersyukur ada orang yang sanggup korbankan diri dia hanya kerana cinta''

''Aku harap lepas ni aku tak jumpa korang lagi.Oh ya,Irfan.Aku terlupa nak balas apa yang kau cakap haritu''

Sya berpusing 270°.

''Aku.Benci.Kau.Kita.Putus.Kawan''

Sya melangkah pergi bersama Aisyah,Irdina dan Izzati.

Irfan jatuh melutut.Dia menyesali perbuatannya tempoh hari.

''Saat terakhir aku melihat kau dulu,aku tidak sedar aku dah jatuh cinta—bukan.Aku sayangkan kau lebih daripada diri aku tapi aku buta.Saat terakhir aku melihat kau,kau tersenyum walaupun kau sedang nazak.Saat terakhir aku melihat kau,aku baru sedar yang kau telah curahkan semua kasih sayang kau begitu dalam pada diriku''

''Sayang~Semoga kau tenang di sana.Maafkan diriku yang banyak menyakitimu''

Saat terakhir yang tiada gunanya menyesal kerana dia tidak akan kembali walaupun air mata darah dialirkan

End

Jadi,macam mana dengan cerpen pertama ni?

Kisah ni ada berkaitan dengan seseorang tapi bukan semuanya la.

Kesian dekat orang ni..

So,cerpen kedua,nanti bila free,author akan update.

Author tahu lagu ni tak ada kaitan langsung dengan cerpen ni😢😢

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top