Pinky promise?

SEORANG gadis bertopi mengeluh sebelum meletakkan beberapa helai kertas di atas meja. Dia tersenyum apabila melihat gambar seorang lelaki.

"Luke, kenapa kau tak pernah hubungi aku langsung? Kau dah ada orang lain ke?"

"Isya!" Isya mengelap air mata sebelum menoleh dan mengukir senyuman. 

"Jom gerak," kata mama Isya tanpa menyedari mata Isya bengkak.

Isya memejamkan mata sebelum merebahkan badan di atas katil. Tangan diletakkan di atas kepala sebelum dia merenung siling biliknya. Air mata yang bergenang, dibiarkan turun. Isya mencapai telefon di atas kepala sebelum kenalan ditekan. Nama kawan baiknya dicari sebelum ditekan.

"Siapa ni?" Isya melopong sebelum melihat skrin telefon.

"Pukul berapa budak ni tidur?" gumam Isya sebelum meletakkan telefon di sebelah telinganya.

"Guess what?"

"Apa dia? Aku nak tidurlah, esok aku sibuk," balas Mia perlahan. Mungkin kantuk masih bersisa walaupun di siang hari.

"Kau nak tahu ke tak nak?" Isya terdengar bunyi benda jatuh apabila dia menaikkan suaranya. Tak lain dan tak bukan, mesti Mia.

"Apa dia?" Mia menguap seketika.

"Aku ada depan rumah kau." Panggilan dimatikan sebelum Isya menekan loceng. Mia membuka pintu sebelum melopong. Isya menggelengkan kepala sebelum menolak Mia ke dalam rumah.

"Aku tak percaya aku berkawan dengan kau," ujar Isya selepas membelek pakaian Mia dari atas ke bawah.

"Jangan sentuh barang aku sementara aku mandi!" Isya menguap tanda tidak kisah dengan jeirtan sahabat baiknya itu.

Isya membelek beberapa bingkai gambar yang berada di sebelahnya. Dia tersenyum apabila melihat gambar mereka berempat, selepas itu dia mengambil bingkai gambar yang terakhir. 

"Aku dah siap, jom keluar!" Bingkai gambar itu dirampas sebelum diletakkan di tempatnya semula. Mia menarik lengan Isya yang tercengang supaya bangun. Mia menoleh sekilas ke belakang untuk memastikan bingkai itu berada di bawah sofa. Dia takut, Isya akan kembali seperti dulu.

"Luke. Cepatlah ingat," gumam Mia.

....

MIA mencari kelibat seseorang selepas melihat jam di tangannya.

"Kalau tak lambat bukan dia orangnya." Mia berpeluk tubuh sebelum mendengus.

Zyan melambai ke arah Mia sebelum berhenti. Sebelah kening dijongketkan apabila dia dijeling.

"Apa salah aku?" tanya Zyan pelik.

"Kalau kau nampak pelajar perempuan yang pakai sport shoes warna biru putih dan memakai fingerless gloves, bagitahu aku. Aku ada hal yang perlu diselesaikan dengan dia." Zyan mengerdipkan mata beberapa kali selepas Mia beredar.

"Apa yang..."

"Wah! Skyris datang sekolah kita!" Zyan melompat ke tepi untuk menyelamatkan diri.

"Kenapa kau tolak aku?" tanya Luke bengang.

"Skodeng jom," ajak Zyan. Tanpa menunggu balasan, Zyan menolak Luke ke hadapan. Luke menjeling Zyan yang berada di belakang.

"Skyris!" Seorang gadis bertopi putih dikerumuni oleh beberapa orang pelaja lelaki dan perempuan. Gadis itu melayan kehendak peminatnya. Zyan tersentak selepas meneliti pemakaian gadis itu sama seperti jangkaan Mia.

"Kenapa kau tengok perempuan tu?" tanya Luke bingung. Dia berdiri agak jauh sebelum menjawab panggilan telefon. Zyan kaget apabila gadis itu menghampirinya.

"Ada nampak Ruby?" 

"Ruby? Irmia?" tanya Zyan semula. Melihat gadis itu mengangguk menimbulkan rasa curiga.

"Dia ada di bilik muzik." Skyris menoleh sekilas lalu ke arah Luke yang leka berbual. Zyan pelik apabila melihat Skyris menggengam tangan.

"Ruby Irmia!" Buku yang dipegang oleh Mia terpelanting apabila mendengar jeritan itu.

"Kau nak apa?" tanya Mia lantang. Dia mengutip semula buku itu sebelum berpusing ke belakang.

"Saja," balas Skyris dengan sengihan. Mia mengetap gigi sebelum menyedari sesuatu.

"Kenapa kau tak pakai baju rasmi kau?"

"Walaupun aku pakai baju rasmi atau tidak, orang akan kenal aku juga, termasuklah kau. Kita kumpulan Star," balas Skyris.

"Kenapa kau datang sini?" tanya Mia selepas duduk bersila di atas sofa.

"Isya suruh aku sampaikan berita ni dekat kau. Dia tak akan kembali semula ke sini." Mia terkejut sebelum berdiri secara mengejut.

"Apa maksud kau?" tanya Zyan pelik. 

"Tak payah tahu," balas Mia sebelum berpeluk tubuh.

"Chill la... Kau masih ada a..."

"Aku nak Isya bukannya kau!" jerit Mia sekuat hati. Skyris menggelengkan  kepala sebelum meletakkan sehelai kertas di hadapan Mia dan beredar. Zyan menoleh apabila namanya dipanggil.

"Jaga Mia untuk aku. Aku tak boleh jaga dia selalu." Zyan tercengang sebelum mengangkat bahu.

"Apa yang aku terlepas?" tanya Luke apabila melihat Mia mencampakkan beberapa buah buku.

"Hehe... biarlah rahsia,"  kata Zyan janggal.

....

SKYRIS mendongak melihat langit malam sebelum menyelukkan tangan ke dalam poket hoodie. Air mata yang bergenang dibiarkan jatuh. Hatinya terluka lebih teruk berbanding dulu.

"Kau jahat Luke. Kau jahat." Skyris merebahkan badan di atas permaidani di balkoni sebelum memeluk teddy bear berwarna biru.

"Kenapa kau suka musuh Star? Musuh Sky dan Ruby jahat. Merekalah penyebab Luke kemalangan dan lupakan Isya. Aku akan balas dendam demi Isya, itu janji aku." Mia berdiri di belakang pintu  sebelum mengeluh.

"Isya..." kata Mia sebelum melihat surat yang berada di tangannya. Dia menutup pintu semula sebelum menuju ke biliknya. Zyan melihat Isya melepasinya dengan muka muram.

"Siapa sebenarnya Star?" Mereka berdua terkejut sebelum berpaling ke belakang.

"Kenapa aku nak bagitahu kau Lily, leader of Prom Queen?" tanya Mia sebelum berpeluk tubuh.

"Apa yang berlaku?" tanya Luke pelik sebelum menghampiri mereka.

"Mereka tuduh saya cederakan Skyris. Mia tampar saya" adu Lily sebelum memegang pipinya yang kemerahan. Zyan melopong apabila Mia dituduh sedemikian. 

"Apa ni Mia?" tanya Luke berang.

"Huh? Kau lebih percayakan dia daripada aku? Kau lebih percayakan girlfriend kau berbanding kawan yang ada di saat kau jatuh bangun?" Suara Mia naik perlahan-lahan dan diakhiri dengan jeritan yang lantang.

"Memang patut pun kau lupa ingatan. Kalau Isya ada, mesti dia sedih. Mesti dia jadi diri dia yang dulu. Sejak kali pertama dia jumpa kau, Isya dah berubah. Aku nak kau kembalikan Isya kepada aku," ujar Mia sebelum mencekak kolar Lily sebelum tubuh itu dihumban. 

Zyan menutup sebelah mata sebelum menggelengkan kepala. Dia menoleh ke belakang sekilas lalu sebelum menoleh sekali lagi. Dia terkejut apabila melihat Skyris berdiri di hadapan pintu.

"Kau akan tahu apa akibatnya mencari masalah dengan Star, Lily," ujar Skyris tanpa senyuman. Lily tergamam apabila melihat pandangan yang diberi oleh Skyris.

"I... Is... Isya..." kata Lily terkejut. Zyan terkejut sebelum menyedari sesuatu.

"Patutlah aku macam pernah nampak pandangan tu," gumam Zyan perlahan. Luke tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya tetapi apabila nama Isya disebut, kepalanya sakit.

Lengan Lily dipegang sebelum dia dibawa ke bawah. Zyan pula memapah Luke ke bilik.

"Apa yang terjadi?" Zyan tergamam apabila melihat pandangan Luke.

"Kau dah kembali!" sorak Zyan. Luke membuat muka blur.

"Mana Isya? Siapa sebenarnya Star? Siapa Mia sebenarnya? Kenapa Lily ada dekat rumah ni?" tanya Luke bertubi-tubi. Zyan mahu membuka mulut namun ada yang memintas.

"Isya dah tak ada. Star terdiri daripada dua orang gadis, iaitu Sky dan Ruby. Nama sebenar aku Irmia Rose atau lebih dikenali sebagai Ruby Irmia. Sepanjang kau hilang ingatan, Lily mengaku bahawa dialah orang yang berada dalam mimpi kau. Aku kena kembali ke sana semula. Aku tak boleh biarkan Skyris seorang diri," kata Mia sebelum mengambil beg sandangnya.

"Kau... akan pergi... selamanya?" tanya Zyan perlahan.

"Mungkin. Tugas aku di sini sudah tamat."

"Apa tugas kau berdua?" tanya Luke selepas menarik nafas.

"Pinky promise," ujar Mia sebelum menggoyangkan jari kelingkingnya.

"Pinky promise?" Mereka berdua saling berpandangan.

Tbc

1/5/19

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top