Kembali
Angin laut yang sempoi-sempoi bahasa membuatkan tudung mereka beralun. Mata dipejam tanda berasa selesa.
"Aku tidak menyangka kita akan lihat dunia sekali lagi"
"Ini adalah takdir"
"Kau tak nak buat kejutan ke?"
"Boleh juga tapi apa dia kata nanti?"
"Aku ada rancangan yang gempak. Jom jadi badgirl"
Mereka tersenyum sinis. Penantian sungguh memeritkan hati. Siapa mereka sebenarnya?
★★★★
"Yo Am!"
"Harith!"
Mereka melagakan penumbuk.
"Kau sihat?"
"Macam yang kau nampak la"
Posto! Posto!
Am menekan password sebelum melihat satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali.
Kau kena batalkan pertunangan dengan segera! Tunang kau sebenarnya curang!
Disertakan dengan satu gambar yang diambil dari jauh. Tunangnya berbual mesra dengan seorang lelaki.
"Wei! Boleh percaya ke orang yang hantar gambar dan mesej ugutan tu? Aku rasa seram la" kata Harith sebelum membuat pesanan.
"Aku pun tak tahu tapi pernah satu hari aku ternampak dia dengan lelaki yang sama dalam gambar ni"
"Kita tunggu dan lihat. Kalau betul la, aku sendiri yang akan putuskan pertunangan ni"
"Aku nak tanya soalan cepumas ni"
"Apa dia?"
"Macam mana kalau Ina hidup lagi dan dia tuntut janji yang kau cakap tempoh hari"
"Tak mungkin la! Kita sendiri tengok dia dikebumikan"
"Aku cakap sahaja, jangan marah"
"Kalau la kau tahu Gg-Killerz ada di belakang kita dan dengar apa yang kau cakap" gumam Harith sebelum memandang belakang.
Di belakangnya, empat pasang mata memandang Am dengan pandangan yang menyeramkan manakala satu pasang mata pula mengalihkan pandangan.
Seorang gadis yang memiliki mata coklat kemerahan menjengilkan mata tanda menyuruh dia memandang ke hadapan.
"Garang betul pendek ni" gumam Harith.
When you gone
Harith segera mencapai telefon sebelum mencari aplikasi WhatsApp.
Az 🐯
Aku tahu kau kutuk aku kan!😬
Harith😎
So,what?Pendek!!!😹😹
Az 🐯
😬😬Lepas je Am blah,aku lesing kau sampai Amerika😈
Harith😎
Tak takut😛😛
"Kau mesej siapa?Awek ea?" sakat Am.
Serentak itu,Az dan Harith menjulingkan mata.
"Mana ada la" nafi Harith.
"Aku gerak dulu. Mama aku dah bising suruh teman bakal menantu dia beli barang"
"Untung la dapat isteri mithali" sindir Harith.
"Untung la sangat"
Selepas Am pergi, Az menghadiahkan satu cubitan di belakang badan Harith.
"Kau kalau aku belasah memang masuk ICU" kata Az geram sebelum menghadiahkan lagi satu cubitan di lengan Harith.
"Maaf wei maaf! Sakit wei! Tak padan dengan tangan kau yang kecil, cubitan kau amat bisa! Ampun wei ampun!!"
Az ketawa jahat. Dia menepuk tangan tanda gembira. Di mana Gg-Killerz yang lain? Mereka sudah lama meminta diri.
"Kau bila nak kahwin?" tanya Harith selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri.
"Hah? Aku kahwin? Itu aku fikir nanti. Aku nak fokus dekat kerjaya aku dulu"
"Anak dara tua la kau kalau macam tu"
"Kalau tak kerana kejadian tempoh hari, aku mungkin sudah bahagia dengan dia. Tapi aku sedar dia bukan jodoh aku"
"Tabah la. Wei, aku nak cakap sesuatu ni"
"Apa dia?"
★★★★
"Wei, aku nak tanya kau" kata Nana selepas memakai jam di tangan kanan.
"Apa dia?"
"Kau rasa dia berubah tak? Aku bukan apa. Dalam sebulan macam-macam boleh jadi. Contohnya, kau tawar hati. Orang tua nak mampus berubah hati"
"Kalau itu terjadi aku terima dengan ikhlas. Mungkin aku tiada jodoh dengan Am"
"Kau jangan nak buka hikayat drama air mata" kata Nana sebelum mengelap air mata.
"Kau yang mulakan aku yang kena!"
"Tolong la! Kau yang buka buku merah muka surat terakhir, aku yang menangis"
Mereka bertekak sebelum mengambil telefon dan beg duit.Mereka menyarung kasit sukan berjenama Adidas dan Nike.
★★★★
"Kenapa kau paksa aku datang sini?" tanya Am bengang.
Dia dipaksa oleh Harith semasa bermain Mobile Legend.
"Aku nak tanya kau" kata Harith tanpa memandang.
"Apa dia?" tanya Am sebelum mengeluh.
"Kalau aku kata Ina hidup lagi, kau nak jumpa dia tak?" tanya Harith dengan nada mendatar.
"Aku tak percaya. Sejujurnya, aku dah tak ada perasaan dekat dia lagi. Aku cintakan seseorang tapi yang aku pasti bukan dia dan tunang aku"
"Terima kasih untuk jawapan yang aku perlukan. Ina harap Am bahagia dengan dia"
Harith berpusing menghadap Am. Rupa-rupanya Ina menyamar sebagai Harith.
"Jadi penantian Ina selama ni sia-sia je la. Ina tahu Ina tak macam dia. Ina tak sempurna. Ina nak Am tahu, Ina cintakan Am. Sejujurnya, Am adalah lelaki pertama yang membuat Ina kecewa. Terima kasih sebab hancurkan hati Ina" kata Ina menahan sebak lalu vuba untuk tersenyum.
Am hanya memandang tanpa reaksi.
"Dan ni hadiah yang aku nak hadiahkan untuk kau beberapa tahun lepas"
Sebaik sahaja Am menoleh, satu tumbukan padu terkena mukanya. Nana meniup tangannya sambil memerhati Am. Dia tersenyum sinis.
"Mula daripada kau putus dengan dia! Aku rasa tak sedap hati. Jadi inilah dia apa yang aku bayangkan"
Nana menarik nafas sambil memejamkan mata.
"Aku harap ini kali terakhir Ina menangis disebabkan kau! Aku harap kau bahagia bila lihat Ina bahagia dengan orang lain" kata Shah dengan nada tegas.
"Aku rasakan nanti dia yang sedih tengok bekas kekasih dia naik pelamin dengan orang lain"
"Aku rasa tak. Dia ada tunang dia kan, mana la nak fikirkan fasal Ina" sindir Az.
"Hai cik tunang. Bila perangai yang tak semenggah nak hilang?" tanya Harith selepas menggelengkan kepala.
"Aku nak kau lupakan apa yang pernah terjadi antara kau dengan Ina. Aydina tak pernah wujud dalam hidup kau selama ni!" bisik Zaty tetapi tegas.
Terkejut? Harith dan Az dah bertunang empat minggu lepas. Siapa sangka mereka yang selalu bertekak dan mengutuk menjadi tunang? Shah dan Zaty pula sudah berkahwin lima hari yang lepas. Pengapit Shah ialah Az manakala pengapit Zaty tak lain dan tak bukan Ina dan Nana.
Nana pula akan berkahwin hujung minggu ini. Pengapit dia pula Ina manakala Shah dan Zaty menjadi mak andam. Az pula menjadi mc.
★★★★
"Sedih?"
Tiada jawapan.
"Kecewa"
Hanya bunyi kipas sahaja.
"Itu apa yang Ina rasa bila kau buat dia macam-macam. Dia sabar je. Dia bertahan sebab dia sayangkan kau tapi itu dulu la"
Ina sudah bahagia bersama jejaka yang membuat dia naik angin apabila jejaka itu meremehkan pembentangannya tentang projek mega yang diusaha bersama.
"Aku nak mint-"
"Macam yang aku kata. Penyesalan tak berguna. Ina dah bahagia dengan suami dan bayi yang baru lahir. Ini yang kau nak! Kau kata kau akan bahagia dengan si dia!"
"Kenapa ketika si dia koma kau cari Ina? Aku tahu sebabnya. Sebab kau masih cintakan Ina"
"Sekarang kau menyesal. Lebih baik kau belajar untuk move on dan belajar untuk cintai isteri kau, orang yang berhak mendapat kasih sayang daripada seorang suami!"
★★★★
Sekarang aku tahu.. ada hikmah Allah berikan peluang kepada kitorang lagi. Jika tidak, aku tidak tahu Am sudah tawar hati. Terima kasih sebab pernah wujud dalam hidup aku. Sekarang, aku bahagia dengan suami dan anakku yang bernama Muhammad Iqmal Asyraf.
Anak Shah, Zaty perempuan dan Nana dapat anak kembar lelaki manakala Az pula anak kembar lelaki dan perempuan. Comel. Lesung pipit mereka dalam tapi ada dekat kedua-dua belah pipi. Anak aku ada belah kiri je.. Aku bersyukur kerana bertemu dengan suami yang dahulunya suka membuat aku marah dengan perangainya yang menjengkelkan.
Orang yang kita sayang tanpa ikatan yang sah, belum tentu dia jodoh kita. Jika dia jodoh kita itu bonus. Mungkin jodoh kita dijaga oleh orang lain atau dia sedang menunggu kita.
End
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top