•Episod 36•
Jam menunjukkan pukul 6 petang tatapi kelibat Hali langsung tidak kelihatan
Solar yang risau pun terus meramas rambutnya geram
"Mana pula dia pergi ni?" Katanya lalu masuk kembali ke dalam rumah Tok Aba
Tok Aba belum pulang dan itu makin membuatkan Solar risau
Dia pun duduk di sofa ruang tamu,cuba tenangkan perasaannya yang tidak tenang itu
Bruk!
Solar terus membuka matanya apabila terdengar bunyi benda jatuh di atas
Dia lalu berdiri dan terus berjalan ke tangga untuk naik ke atas
Dia berhenti di depan bilik Hali,dia tahu..suara itu datang dari bilik Hali
Dia pun membuka pintu bilik itu
Klak
Taufan yang berada di situ terus memandang ke pintu dan tersenyum lega
"Lar!" Panggilnya lalu berjalan ke arah Solar tetapi malang kerana Solar tidak menyedari kehadirannya
"Bunyi apa tadi tu?" Kata Solar lalu masuk ke dalam bilik Hali
"Ouh,aku lupa" kata Taufan apabila sedar
Dia pun mencari sesuatu dan terus matanya tertumpu pada buku dan pensel di dalam satu kotak di lantai itu
Dia pun lalu mengambilnya dan terus meletakan di katil
"Wouh! Buku tu-...Taufan?" Kata Solar sedikit terkejut dan tersedar siapakah orang yang melakukan benda itu
Taufan pun meneruskan penulisannya lalu terus berikan kepada Solar
Solar terus mengambilnya dan membaca tulisan itu
"A-apa? Haliko dalam bahaya?!" Kata Solar terkejut
Taufan pun mengangguk tanda ya sambil mengerakkan pensel di tangannya
"Baiklah aku faham,kau pergilah ke tempat Lily berada..pastikan dia selamat dan aku akan beritahu Tok aba lalu telefon polis" kata Solar dan dia terus keluar dari bilik itu
Manakala Taufan pun terus terbang keluar dari rumah itu,menuju ke tempat di mana Hali berada
——
——
Hali yang masih terperangkap di kotak kaca itu pun duduk,menunggu Taufan untuk kembali
Dia masih rasa takut..
Dia pun memeluk lututnya lalu meletakan wajahnya di situ
Tok tok!
Serta merta Hali mengangkat wajahnya dan terus berdiri apabila mendengar bunyi ketukan kaca
"Taufan" panggilnya gembira
"Jangan risau Lily-chan,aku dah beritahu Solar dan tak lama lagi polis akan ke sini"
Hali pun mengangguk lalu meletakan tangannya di kaca begitu juga dengan Taufan yang melakukan benda yang sama
"Terima kasih Taufan" kata Hali membuatkan Taufan mengangguk
"Ya,duduklah. Aku akan temankan kau di sini" kata Taufan lalu Hali pun duduk dan menyandar di kaca itu
Taufan membuat benda yang sama,duduk lalu menyandarkan badannya ke kaca juga
Kelihatan seperti mereka menyandar satu sama lain,hanya dinding kaca memisahkan mereka
"Taufan.." panggil Hali setelah lama diam
"Ya?"
"Kemana..selama ni kau pergi..?"
Taufan diam sekejap lalu mula mengeluarkan suara
"Aku tak pergi mana-mana pun Lily-chan. Aku sentiasa ada di sisi kau cuma...aku perlukan masa untuk sendirian"
"masa untuk sendirian? Untuk apa?"
Taufan terus teringat akan dairy yang dia jumpa dua minggu lepas
Rasa bersalah terus menguasainya
"Tak ada lah..cuma..nak tenangkan diri"
"Taufan..kalau kau ada masalah,beritahulah aku" kata Hali lalu memandang ke arah Taufan
"Tak Lily-chan,aku okey. Betul" kata Taufan lalu tersenyum ke arah Hali
Hali pun memandang Taufan kecewa,kelihatan air mata di hujung matanya membuatkan Taufan terus terkejut
"Lil-"
"Kau tahu tak,aku rasa sangat sedih waktu kau tiba-tiba menghilang..aku ingatkan aku ada buat salah pada kau.." kata Hali dengan suara yang lemah
Hali pun menundukkan kepalanya sambil mengelap air mata yang jatuh membasahi pipinya
"Lily...." panggil Taufan sedih lalu meletakan tangannya di kaca
Taufan diam sekejap,berfikir sama ada patut beritahu hal sebenar atau tidak
Dan tak lama lepas itu,dia pun mengeluh kecil
"Sebenarnya..."
Hali terus mengangkat wajahnya
"Aku menghilang disebabkan aku dah ingat masa lalu aku" kata Taufan lalu memandang ke tempat lain,tak sanggup memandang mata Lily
"Betul ke? Baguslah..tapi..kenapa kau menghilang?"
Taufan pun memandang Hali lalu bercakap lagi
"Itu sebab..aku rasa bersalah..aku sudah pergi tinggal kan mereka selama 1 tahun sedangkan aku dah janji untuk jumpa mereka setiap kali ada masa.."
Hali pun diam,cuba memikirkan akan kata-kata Taufan
"Sebenarnya...aku ada kembali ke sini..tapi..aku kemalangan semasa nak sampai ke rumah mereka..pada hari tu,hujan lebat turun"
"Dan aku jatuh tepat di hadapan rumah mereka berdua,bunga dan kotak mainan yang dia nak jatuh ke lantai..maafkan.."
Taufan pun menurunkan tangannya
"Maafkan aku Lily-chan...sebenarnya..nama Taufan bukan lah nama sebenar aku..."
"Dan ya,akulah orang yang kau benci dua tahun lalu..Fa"
Hali terus menutup mulutnya tak percaya dan tanpa dia sedar air mata mengalir jatuh membasahi pipinya
"Lily-chan..." panggil Taufan cuba untuk masuk ke dalam kaca itu tetapi tak berhasil
"Maafkan aku...aku mohon..jangan menangis..." kata Taufan lagi
"Ya..ianya salah aku....maaf Lily..maaf..." kata Taufan lalu menunduk,tak sanggup untuk menatap wajah Hali
"Tak...." kata Hali tiba-tiba membuatkan Taufan untuk memandangnya
"Aku Hisk...maafkan aku Hisk...aku yang bersalah....maaf sebab tak tahu yang kau dah kembali...hiskk" tangis Hali lalu menyentuh perlahan dadanya yang sesak
"Hiskkk..maaf..hiskk..aku..aku rasa sangat bersalah..dan rasa bersyukur..Hisk..aku rasa bersyukur sebab dapat melihat kau lagi Fa" kata Hali membuatkan Taufan terus tersenyum
"Maafkan aku Hisk..maafkan aku Fa..maafkan aku sebab membenci kau..hiskk..terima kasih..terima kasih sebab kembali" kata Hali lagi
"Lily-chan.." panggil Taufan perlahan membuatkan Hali terus mengangkat wajahnya
"Terima kasih..sebab maafkan aku.."
Cahaya putih mula menyinari bilik yang gelap itu
Taufan pun terus bergerak ke hadapan lalu masuk ke dalam kotak kaca itu
Badannya sedikit demi sedikit mula bertukar menjadi debu putih
"T-tak! Tak..jangan! Jangan pergi hiskk" teriak Hali lalu memeluk kuat tubuh Taufan
"Jangan Hisk..jangan Fa..jangan Pergi..."
Taufan pun menyentuh lembut pipi Hali membuatkan Hali terus memegang tangan Taufan di pipinya
"Jangan risau,kau akan selamat. Tak lama lagi polis akan sampai."
"Tak..Hisk..jangan Hisk..." tangis Hali semakin kuat memegang tangan Taufan
"Sampai hati kau Fa! Sampai hati kau nak tinggalkan kami! Hisk!"
"Jangan...Hisk..jangan tinggalkan aku lagi Fa..." kata Hali dengan suara yang sangat lemah membuatkan Taufan menjadi sedih
Taufan pun mengusap air mata di pipi Hali
"Lily-chan..ingat lagi tak yang kau akan tunggu aku bila aku dah sedar nanti?" Kata Taufan membuatkan Hali terus menggelengkan kepalanya
"Jadi..aku harap..kau dapat tunggu aku"
"Dan aku harap juga,Lar dapat tunggu aku..tolong beritahu dia tentang aku.."
"Hisk..Fa.."
"Jangan risau...aku tak akan lupakan kau.."
"Aku akan jumpa kau lepas aku sembuh nanti Lily,tunggu aku.."
"Terima kasih untuk semuanya..Selamat Tinggal"
Wajah bahkan tangan Taufan yang memegang pipi Hali pun bertukar menjadi debu putih lalu terus terbang mengikuti angin
"Hisk..aku akan tunggu kau Fa. Selamat Tinggal.."
Dan tak lama lepas itu,bunyi siren polis pun kedengaran di bawa
Bam!
"Haliko!/Lily!" Panggil Tok aba dan Solar serentak lalu masuk ke dalam bilik di mana Hali berada
"Tok aba..Solar..."
Hali pun memandang mereka dengan wajah yang lemah dan tak lama lepas itu semuanya menjadi gelap
"Lily!"
The End?
Khu khu khu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top