•Episod 32•
["Kita sahabat sampai bila-bila,sekarang..dan selamanya."]
————
———
——
—
"Hari ni tak pergi rumah kawan kau ke?"kata Solar yang berdiri di pintu bilik Hali
"Nope" balas Hali sibuk melakukan sesuatu
"Kenapa pula?" Kata Solar lalu masuk ke dalam
"Tak nampak ke?" Tanya Hali kesal
Solar pun diam memandang kotak-kotak yang Hali keluarkan dari almari usang di biliknya itu
"Oh" katanya lalu berjalan ke arah Hali
"Apa semua ni?" Tanya Solar membuka salah satu kotak itu
Habuk pun berterbangan membuatkan Solar serta merta menggerakkan tangannya ke kiri dan kanan,menghalau habuk itu dari mengenai wajahnya
'Ini...'
Solar diam memandang barang-barang mainan di kotak itu,Taufan yang berada di sebelahnya pun turut diam memandang barang-barang lama itu
Solar pun mengangkat satu patung berbentuk teddy bear berwarna putih dengan nama "Frends" di situ
Dia tersenyum lalu melihat Hali yang memandangnya juga
"Yes,aku simpan lagi barang kau dengan dia. Jadi kenapa? Kalau kau nak ambil balik patung kau tu ambil lah" kata Hali meneruskan kerjanya
Taufan mengambil mainan kereta yang sudah hilang sebelah tayarnya itu
Dia ingat ni..ini mainan dia dulu
Taufan pun tersenyum gembira lalu mengangkat kereta mainan itu ke atas [macam budak-budak gitu perangai dia sekarang HAHAHA]
"Ingatkan kau dah buang"
"Aku...aku memang nak buang cuma aku tak sempat sebab... kita kan nak pindah waktu tu" kata Hali membuatkan Solar diam
"Hali"
"Apa?"
"Maaf tentang hari tu" kata Solar membuatkan Hali menghentikan kerjanya
"Lar,tunggu lah dulu. Mungkin..mungkin malam baru dia balik,mana tahu?"
"Fa tak akan balik! Dia tipu! Dia penipu!! Aku dah penat tunggu.."
"Lar.."
"Kau tunggu lah dia selama mana pun,dia tak akan datang. Janji tu hanya sebuah janji palsu..dia tak akan datang..."
"Aku..sepatutnya dengar cakap kau..mungkin aku juga lah penyebab kita tak dapat jumpa dia..maafkan aku"
Hali hanya diam membuatkan Solar terus menjadi sedih
"Aku maafkan kau" kata Hali tiba-tiba membuatkan Solar memandangnya gembira
"Tapi"
"Aku tak akan dengan mudah maafkan kesalahan yang kau buat dekat aku selama aku hidup dengan mata ni" kata Hali dingin lalu menyentuh mata merahnya
"Baiklah...asalkan kau maafkan aku tentang kita pindah tu" kata Solar tersenyum sedih
Hali pun meneruskan kerjanya memgangkat keluar kotak yang terakhir
"Lily-chan! Tengok ni" kata Taufan dengan nada ceria sambil menunjukan kereta mainan yang rosak itu
Hali pun tersenyum tetapi senyumannya terus pudar apabila melihat kereta mainan itu
"O-oh,kau..suka ke kereta mainan ni..?" Kata Hali mengambil kereta mainan itu
Mestilah dia tahu siapa punya kereta mainan ni..ia..milik Fa..
Hali pun memberikan kembali ke Taufan lalu tersenyum nipis
Taufan diam lalu memandang kereta mainan di tangannya
Dia pun berjalan ke Solar lalu meletakkan balik kereta mainan itu,Taufan tersenyum sedih lalu terus berlari ke arah Hali
"Lily-chan!~ nak aku tolong ke?" Katanya dengan nada ceria membuatkan Hali ketawa kecil
"Ya,tolong angkat ni ke luar sana ya?" Kata Hali memberikan Taufan satu kotak kecil
"Baiklah"
Taufan pun mengambil kotak itu lalu membawanya ke luar bilik
"Apa dalam kotak ni ya?" Bisik hati Taufan dengan perasaan ingin tahu yang kuat
Dia pun membuka kotak itu dan terlihat begitu banyak kepingan gambar-gambar yang kelihatan sedikit kotor sudah
Tiba-tiba matanya ternampak satu buku berwarna pink yang terselindung di sebalik gambar-gambar itu
Dia pun mengambil buku itu dan membersihkan habuk-habuk di buku itu
"Diary Haliko..." Kata Taufan membaca nama di buku Diari itu,dia pun tersenyum lalu membukanya
Dia ketawa membaca setiap halaman demi halaman yang mengisahkan tentang hari-hari Hali dengan Solar dan dia
Senyumannya tiba-tiba sedikit demi sedikit hilang apabila dia membaca halaman yang hampir sampai penghujungnya
04/06/2015
Dear diari,
Aku rasa sangat sedih...sebab Fa pergi tinggalkan kami...
Aku marah dan sedih bahkan ada menangis depan dia Haha..
Tapi lepas tu..dia mula tenangkan aku dan cakap dia akan datang ke sini balik
Jadi aku pun gembira
Aku harap,dia tepati janji dia..
Deg
Buku di tangan Taufan terlepas,dia memegang kepalanya apabila memorinya mula datang tiba-tiba
[Info:di bawa tu episod 24,masa lalu di ep 24 tu tipu je dan di bawa ni lh yang betul..secara jujurnya,memori Taufan dah rosak jadi masa lalu dia jadi tak betul]
"Betulkah kau dengan Lar akan pindah?"
"Fa!..kau nak pindah ke?kenapa!...?"
"Bye Fa,kalau ada masa kami datang ke sini balik"
"Fa,janji tau kalau ada masa kau akan datang ke sini balik"
"Janji tau?"
"Aku..janji"
"Bye!"
"Kita sahabat sampai bila-bila,sekarang..dan selamanya"
"Jumpa lagi.."
"Selamat...tinggal.."
"Tak...tak mungkin..." kata Taufan melihat buku pink di lantai itu tak percaya
Dia pun mengambil buku pink itu lalu membuka halaman terakhir
Sebaik sahaja dia membukanya,dia terus melihat satu kepingan gambar dengan tiga orang budak di situ
Dia memandang terkejut gambar itu sebab kepingan gambar itu terkonyak tepat di bahagian seorang budak lelaki yang lebih tinggi dari mereka
Tepat di wajahnya...
Dia pun membaca diari itu
06/05/2017
Dear diari,
Hari terakhir aku di sini sebelum aku pergi ke KL bersama Lar
Nak tahu tidak?..aku dapat khabar yang Fa nak datang ke sini..jadi aku lari ke stesen kereta api dengan Lar
Aku sangat-sangat gembira waktu tu,dah dua tahun dia tak datang ke sini :)
Kami menunggu di situ
Menunggu
Dan...menunggu sampai lah petang..
Lepas tu..Lar cakap nak balik tapi aku suruh tunggu dulu
Dan dia marah...dia cakap...Fa tak akan datang,dia tipu..dia tipu kami..janji tu hanya palsu
Kami bergaduh di situ dan lepas tu Lar pergi tinggalkan aku sendirian di stesen tu..
Pada mulanya,aku tetap teguh menunggu sampai malam
Tapi..Fa tak datang
Rasanya betul cakap Lar,Fa tak akan datang..
Diari,aku sedih..kenapa Fa mungkir janji?
Kenapa dia tak tepati janji yang dia buat dengan aku..?
Aku..rindukan dia..
Air mata jatuh membasahi pipi Taufan,dia pun mengambil kepingan gambar yang terkonyak di sebelah diari itu
Dia memandang sedih gambar dirinya yang terkonyak di situ
"Apa..apa yang aku dah buat..?"
"Lily-chan,Lar..tunggu aku"
Taufan diam apabila memorinya mula datang lagi
"Arkk!!" Dia memegang kepalanya dan itu menyebabkan buku dan gambar di tangannya terjatuh
Dia menunduk memandang kosong lantai apabila memorinya perlahan-lahan datang
Memori hari di mana dia kembali ke sini
[Flahsback]
[TBC]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top