•Episod 31•

[pagi]

Klak

Hali yang baru keluar dari bilik mandi pun terus menuju cermin,sempat dia melihat sekeliling bilik itu mencari kelibat Taufan

Tetapi hampa kerana kelibat Taufan tidak kelihatan

Entahlah,sejak kebelakangan ni dia asyik tak nampak Taufan lepas bangun..biasanya Taufan lah yang akan kejutkan dia

Sret

Langkah Hali terhenti apabila dia merasa terpijak sesuatu,dia pun menunduk untuk melihat apakah benda tu

Bunga..?

Kelihatan kelopak-kelopak bunga bertaburan di bawa lantai,Hali pun mengikuti arah kelopak itu

Ia menuju ke cermin

Hali terus terkejut apabila melihat sekuntum bunga di hadapan cermin,dia pun menuju ke sana lalu mengambilnya

"Pagi Lily-chan"

Serta merta kelibat Taufan muncul di hadapan cermin membuatkan Hali ketawa

Taufan pun turut ketawa lalu terbang menghadap ke arahnya

"Terima kasih" kata Hali gembira mencium haruman bunga itu

"Terima kasih je? Tak nak bagi morning kiss" usik Taufan membuatkan pipi Hali merah

"Hish! Apa kau ni!/////"

"Hahahahah"

————
————

[skip je sebab ada sesuatu nk di bongkarkan guys HAHAHA]

Ting tong

Klak

"Oh Haliko,Solar pun ada. Masuklah^^" kata Gemri lalu mereka pun masuk ke dalam lalu menuju ke ruang tamu

"Aku dengan Gemri ada sesuatu nak buat jadi macam kelmarin,korang berdua berborak lah" kata Hali kepada Solar dengan nada dingin

"Harap kau tak kesah Taufan" kata Hali dengan nada lembut membuatkan Solar berdecik

Setelah Hali menuju ke Gemri,Solar terus bersuara

"Kamu agak rapat" kata Solar dan dia maksudkan Taufan dengan Hali

Taufan diam berfikir sama ada patut beritahu atau tidak tapi dia takut kalau dia beritahu hubungan dia dengan Hali,Solar akan buat hati Hali sakit lagi

Solar terus melihat buku itu terbuka lalu terus pensel terapung itu menulis satu persatu huruf

[kami dah lama kenal sebab tulah]

"Oh Haha kami pun" kata Solar sedih

[berapa lama kamu dah kenal satu sama lain?]

"Kalau kau nak tahu dia kawan waktu kecil aku"

"Kami sangat rapat dulu..." kata Solar lagi membuatkan Taufan terfikirkan sesuatu

Dia pun menulis lagi

[boleh aku tanya sesuatu?]

"Ya,silakan"

[kenapa hubungan kau dengan Haliko jadi renggang?]

Solar diam membaca tulisan itu lalu dia pun memandang Hali yang sedang membuat berbincang sesuatu dengan Gemri

"Panjang cerita ia tapi..semuanya bermula dengan dia " kata Solar sedih,ada juga terlihat raut marah dan kesal di situ

[siapa yang kau maksud kan tu?]

"Oh,dia? Kawan kami,umur dia lebih tua tiga tahun dari kami sebenarnya tapi kami dah macam kawan"

"Kami sangat rapat dulu tapi..semuanya beruba bila dia berpindah..."

"Sebenarnya...dia ada kembali waktu umur kami 12 tahun tapi...dia tak jumpa kami pun..."

"Waktu tu..aku bergaduh dengan Lily,kami bergaduh tentang dia dan di situlah hubungan kami mula sedikit renggang"

Taufan diam memikirkan akan kata-kata Solar itu lalu dia pun menulis lagi

[siapa..nama dia?]

"Fa,kami panggil dia Fa"

Deg

Serta merta pensel di tangan Taufan terus terlepas

Terkejut? Mestilah. Bukan terkejut je tapi juga tak sangkah

Tapi Taufan pelik,kenapa Solar cakap dia yang tinggal mereka?

Bukan..mereka ke yang tinggalkan dia?

"Dah lah,aku malas nak cakap pasal dia ..tak guna cakap dengan orang macam dia" kata Solar sedih

"Tapi..kalau lah dia datang jumpa kami..mungkin hubungan ini tak akan jadi renggang..."

Taufan diam memikirkan lagi kata-kata Solar

————
————

Mereka pun pulang dan dalam perjalanan menuju ke rumah masing-masing

Keadaan sunyi ke antara mereka tiga,Hali pun memandang Taufan pelik

Biasanya Taufan lah yang paling bising tapi kenapa dia diam je ni

Solar pun..selalunya dia akan tanya macam-macam soalan tentang Taufan

Hali yang berada di tengah-tengah antara mereka pun merasa ada sesuatu yang tak kena

Mereka diam di sepanjang perjalanan menuju ke rumah masing-masing

Klak

Hali masuk ke dalam bilik lalu menuju ke almari untuk mengambil baju

"Taufan,aku nak mandi dul-"

Kata-katanya terhenti apabila Taufan tiba-tiba memeluknya dari belakang

"Taufan!?// apa ni! Lepaslah/////"

Taufan diam masih memeluk Hali membuatkan Hali turut diam

Biasanya dia akan ketawa tetapi...kenapa dia diam je?

"Kenapa ni?" Kata Hali lalu memusingkan badannya menghadap Taufan

"Lily-chan...apa kau akan tunggu aku?" Tanya Taufan memegang tangan Hali

"Mestilah,aku akan tunggu kau sampai kau sedar dari koma kau"

"Berjanjilah,bila kau dah sedar,datang ke sini ya?" Kata Hali lagi memegang pipi Taufan

Taufan diam mendengar kata-kata Hali

Terus terlintas kata-kata Solar tadi waktu di rumah Gemri

"Sebenarnya..dia ada kembali waktu umur kami 12 tahun..tapi,dia tak datang jumpa kami pun.."

Taufan takut..takut dan binggung

Siapa dia sebenarnya di masa lalu? Kenapa memorinya menjadi begitu? Kenapa memorinya tidak memberitahu perkara yang sebenar?

"Taufan?"

Taufan terus tersedar apabila Hali memanggilnya

Taufan pun tersenyum lalu memegang tangan Hali di pipinya dan mengangguk

"Baiklah"

Malam dah tiba dan terlibat Hali sedang baring di katil dengan Taufan duduk di tepi katilnya

Taufan memegang tangan Hali dan pegangannya di sambut oleh Hali

"Selamat malam" kata Hali perlahan lalu menutup matanya untuk tidur

"Selamat malam.." bisik Taufan perlahan

"Lily-chan..kalau aku di masa lalu adalah seorang yang teruk..maafkan lah aku"

"Aku tak faham kenapa ingatan aku menipu aku..kalau bukan kamu yang tinggalkan aku tetapi aku yang tinggalkan kamu..aku mungkin akan terus-menerus salahkan diri aku"

"Dan mungkin aku akan pergi dari sini..aku tak nak,kau tengok diri aku yang tinggalkan kau di masa lalu..."

"Aku perlu cari tahu,perkara yang sebenar"

Taufan pun mengusap perlahan rambut Hali lalu terus berlayang keluar dari situ

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top