•Episod 26•

Author nak fikir,authro rasa nak gabung cerita Gemri dengan taufan lah khu khu,bukn gabung mcm dorng ada kaitan gitu cuma hais nanti kamu tahu lah😂

Di sini korang boleh dengar lagu sedih atau ceria

Tapi ada baiknya dengan lagu sedih awal-awal,last-last tu dengarlah lagi ceria sikit🤣😂

————————————————————————

Ting tong

Senyap

"?" Hali pun melihat ke arah tingkap atas rumah itu,melihat ke arah bilik Gemri

Ting tong

Dia menekan sekali lagi loceng pintu Gemri tetapi

Senyap

"Tak ada ke di rumah" kata Hali pelik

"Lily-chan nak aku tengok di dalam ke?"

Hali pun menoleh lalu melihat Taufan yang sedang melihat ke arahnya

Cepat-cepat dia menoleh ke hadapan kembali lalu mengangguk

"Ya"

Taufan tersenyum lalu masuk ke dalam rumah Gemri

Sebaik sahaja Taufan masuk ke dalam Hali terus memegang wajahnya

Entah kenapa,dia berasa malu akan kejadian tadi

Siapa tak malu

Menangis depan lelaki😫dipeluk pula tu😫

Dan teruknya,Hali maki dia huhu😫

Hali pun memegang kedua-dua pipinya,menepuk-nepuknya perlahan lalu menghembuskan nafas untuk bertenang

"Lily-chan!"

Hali pun terus memandang ke hadapan dan serta merta matanya bertembung dengan mata biru Taufan

"Y-ya?"

Taufan yang hanya kelihatan separuh badannya itu pun keluar dari pintu itu lalu berdiri di tepi Hali

"Dia tak ada lah Lily-chan"

Hali terus diam berfikir tapi tak lama lepas itu

"Haliko?"

Hali terus menoleh dan terlibat Gemri di pagar

"Gemri,oh kami ingatkan kau di rumah" kata Hali lalu berjalan ke arah Gemri

Tetapi

Langkahnya terus terhenti apabila melihat bayangan seorang lelaki di sebelah Gemri

"Gemri"

"Ya?"

"Kau..dari mana?"

"Oh Erm" terlihat Gemri berfikir kejap tapi tak lama lepas tu dia pun bercakap

"Tanah perkuburan"

————

"Oh,jadi kau ada abang?"

"Haah,tapi..dia dah tak ada" kata Gemri tersenyum sedih

"Macam mana...dia mati?"

"Kemalangan"

"....,aku turut bersimpati"

"Terima kasih"

Taufan pun duduk di sebelah Hali,ingin mendengar juga

"Dia seorang yang baik,selalu ambil berat dengan semua dalam keluarga aku."

"Sentiasa tolong aku,temankan aku bila mak ayah aku ke luar negara untuk kerja"

"Tak pernah tinggalkan aku..tapi lepas umur aku 13..."

"Abang janji akan balik,tunggu abang tau?"

"Dia janji nak balik tapi...Haha nampaknya tak" kata Gemri tersenyum sedih

Hali diam begitu juga dengan Taufan

"Dia balik..cuma kau tak nampak" bisik hati Taufan lalu menoleh ke luar,melihat ke laman belakang Gemri

Di mana,Abang Gemri berada

Sedang duduk di situ,termenung mungkin

"Rupa dia agak hensem" kata Taufan tiba-tiba membuatkan Hali memandangnya datar

Hali diam sekejap tapi tak lama lepas itu dia pun bersuara

"Gemri"

"Ya?"

"Kau nak tak,jumpa abang kau?"

————

"Baiklah kami balik dulu,besok kami datang lagi" kata Hali kepada Gemri

Gemri mengangguk lalu melambai ke arah Hali dan Hali membalasnya

Bam

Pintu tertutup dan Hali terus berjalan ke laman belakang

Di sebalik dinding,dia pun menunduk sikit untuk melihat seorang lelaki sedang duduk di kerusi di taman itu

Satu-satunya kerusi di situ

"Mungkin dia selalu duduk di situ waktu dia hidup? Sebab tu kerusi tu di biarkan" kata Taufan seperti tahu apa yang Hali fikirkan

Hali pun memandang lelaki itu lama,berfikir kan sesuatu

"Kau nak tak,jumpa abang kau?"

"Oh,Erm..tak perlulah"

"Erm? Kenapa?"

Hali pun berdiri tegak lalu berjalan kembali ke depan

"Cukup lah aku tengok dia waktu dia hidup,aku takut..aku akan merasa sakit bila lihat dia lagi.."

"Kau nak tahu tak Taufan?"

Taufan terus menoleh

"Benda apa paling aku takut?"

"Hilangnya seseorang yang aku sayang"

"Abang!!Kakak!! Tidakk!"

"Dan kita ingin melihat mereka tapi..."

"Abang! Kakak!Hahaha"

"Kita takut,kita akan sakit bila melihat mereka"

————

Hali pun berjalan ke kedai Tok Aba lalu duduk di meja yang tersedia di situ

"Aik,kenapa dengan cucu atok ni?"

"Tak ada lah Tok Aba,Haliko penat je" kata Hali lalu meletakan kepalanya di meja,memerengkannya ke tepi

Dan serta merta wajahnya bertembung dengan wajah Solar

"Eh.."

Terus Hali mangangkat kepalanya dan menunjuk Solar

"Kau! Apa kau buat di sini?"

"Dia teman Tok Aba di sini,dah dia cakap kamu tinggalkan dia" kata Tok Aba

"Kenapa kamu tinggalkan dia Haliko,dia datang sini dengan muka sedih tau" kata Tok Aba lagi membuatkan Hali menundukkan kepalanya

"Maaf Tok Aba. Haliko nak pergi rumah Gemri je sebab tu Haliko suruh Solar pergi kedai Tok Aba" kata Hali sambil memandang tajam Solar

Solar hanya mengabaikan tatapan tajam Hali sambil meminum minuman yang tok aba buatkan untuknya

"Pergi rumah kawan tapi tak ajak kawan dia ni" kata Solar dengan selambanya

"Buat apa aku nak ajak kau"

"Kita kan kawan" kata Solar lalu smirk

"Eih! Sejak bi-"

"Dah-dah,eih kamu ni..tak baik gaduh,sekarang Tok Aba nak kamu bersihkan stor di belakang rumah tu" kata Tok aba dengan selambanya

"Apa?! Tapi To-"

"Tak ada tapi-tapi Haliko,cepat pergi."

Solar pun tersenyum kemenangan membuatkan Hali memandangnya kesal

"Kamu pun Solar,tolong Haliko kemaskan Stor belakang tu" kata Tok Aba membuatkan Hali ketawa kecil dan Solar terdiam sebab terkejut dan tak percaya

————

"Asal kau beli minuman special Tok aba? Kau kan tak suka minuman manis?" Kata Solar yang sedang berada di sebelah Hali

Hali memandang Solar lalu terus mengangkat minuman itu

"Untuk kau Taufan" katanya dengan selamba

Hampir tercabut jantung Solar apabila melihat minuman itu terapung

Hali pun memandang depan balik lalu tersenyum sinis

Taufan pun meminum minuman itu tanpa mengucapkan apa-apa

"Hey,tak berterima kasih?" Tanya Hali

Taufan memandang Hali sekejap lalu memandang tepat lain

Hali memandang Taufan pelik tetapi Solar lagilah memandang Hali pelik😂

"Kenapa kau ni? Merajuk?" Kata Hali tetapi Taufan hanya diam

"Cakaplah,aku dengar" kata Hali membuatkan Taufan berhenti berjalan

Hali pun berhenti berjalan dan itu membuatkan Solar turut berhenti berjalan

Taufan melihat Hali lama lalu mula bersuara

"Lily-chan" lalu memandang Solar,nampak di situ dia tengah berfikir

Tapi tak lama lepas itu dia tersenyum sedih lalu tersenyum sinis

"Tak takut ke Lily-chan di anggap gila oleh budak Solar ni sebab cakap seorang diri?"

Hali memandang Taufan datar lalu memandang Solar yang sedang memandangnya pelik

"Solar"

"Hah? ya?"

"Kau tak takut ke aku bercakap seorang diri?"

Hampir tersembur minuman di mulut Taufan apabila Hali dengan selambanya menanyakan soalan itu

Solar diam membuatkan Hali dapat mengagak jawapan Solar

"Well,kau takut nampaknya" lalu berjalan ingin meninggalkan Solar tapi..

"Tak"

Dan langkah Hali terhenti

[TBC]

Last last tu aku buat macam drama siak HAHAHAHAH

Nantikan lah lagi ep seterusnya apa yang akan Solar katakan🧐😂

Cuba fikir,kenapa Taufan nampak merajuk? Kenapa dia tersenyum sedih dan lepas tu mengubah senyumannya? Dan kenapa dia tengok Solar?🧐😂

Semua akan terjawab nanti,nantikan lah😉

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top