•Episod 23•
Author rasa ada bagusnya korang dengar lagu sedih sambil baca ep ni khu khu khu,hanya bagi tau je. Baru ada feel 😂
Lagu say something pun bole juga😂sedih lagu tu:)
————————————————————————
[Hali pov]
"Lily-chan!"
Aku menutup mataku kuat sambil menarik bantalku untuk menutup telingaku apabila suara menyebalkan itu memanggil ku
"Lily...-Channnnnn!!"
Teriaknya lagi dengan suara yang kuat. Aku mengeluh geram lalu menarik selimutku pula,tanda aku tidak ingin di ganggu
"Lily-chan bangun,jangan macam ni. Ada..ada se-"
"Diam lah!💢" Kata ku memintas laju percakapannya
Kenapa lah dihari cuti yang indah ni ada je yang mengacau. Dah cukuplah kelmarin Ails dan Blaze pergi,datang pula lelaki tak guna tu
Dan sekarang💢💢
"Lily-channnn"
Lelaki hantu ni pula,tak padan dengan umur..perangai macam budak darjah 1 😤kalau boleh,dia nak runtuhkan rumah ni haru dia puas😤
"Lily-channn,please bangun. Lily-chan patut dengar dulu apa aku nak cakap"
Aku terus membuka mataku lalu bangun,melihat ke arah Taufan yang kelihatan...risau?
"Kenapa?" Kata ku pada akhirnya aku mengalah
"Ada..ada dia..ada di bawa"
Aku memandangnya datar tanda aku tak faham
"Aku tak faham lah,apa maksud kau?"
"Haliko,dah bangun ke?Turun lah makan"
Belum sempat Taufan bercakap terus kedengaran suara Tok Aba di bawa
"Baiklah Tok aba,Haliko mandi dulu" kata ku lalu turun dari katil lalu ke almari untuk ambil baju dan terus ke bilik mandi
———
Aku menyisir rambut ku perlahan lalu terus berjalan keluar dari bilik ku
"Lily-chan,dengar dulu"
"Apa dia?" Kata ku perlahan sambil menuruni tangga untuk ke bawa
"Budak S-"
"Pagi Tok aba" kata ku memotong percakapan Taufan,ku lihat Tok Aba duduk di depan meja makan
Aku pun masuk ke dalam kerana aku hanya dapat melihat setengah meja itu sahaja dan apabila aku masuk
"Hey"
Serta merta aku terkaku apabila aku melihat siapakah yang duduk di tepi Tok Aba
"Solar..." kata ku dengan nada dingin
"Jangan salah kan aku..aku tak..aku dah cakap,Lily-chan yang tak dengar. Oke bye" kata Taufan lalu menghilang
Aku mengeluh perlahan lalu berjalan ke meja dan duduk di depan Solar
"Kenapa kau di sini?" Tanya ku dingin tidak melihat ke tempat lain,tidak ingin melihat mukanya
Apa dia tak dengar apa yang aku cakap semalam
Kenapa dia tunjuk kan muka dia? Tak cukup ke dia buat hidup aku merana?
"Tok Aba yang ajak,abang dia dah pergi kerja awal jadi dia tak sempat makan sebab tu lah" kata Tok Aba
"Tok aba pergi kedai dulu ya. Haliko,untuk hari ni Solar akan ada di sini sebab abang dia pergi kerja"
Aku memandang Tok Aba terkejut lalu memandang Solar yang sedang tersenyum ke arah ku
"Baaaiklah" kata ku cuba mengukirkan senyuman
Tok aba membalas senyumanku lalu terus berjalan keluar dari rumah
"Berseronok lah"
Kata-kata itu bagaikan satu sumpahan di telingaku
Berseronok?
Dengan
Lelaki tak guna ni?!
————
[Author pov]
Kelihatan Hali mengambil piring-piring kotor itu lalu mencucinya dan meletakkan di tempat letak piring sebelahnya
"Jadiii?"tanya Taufan yang tiba-tiba berdiri di tepinya
"Apa?"
"Apa kita nak buat dengan budak tu? Nak aku ajar dia ke?🧐" Hali memandang Taufan datar,biar betul dia ni kata Hali dalam hati
"Aku nak pergi rumah Gemri" kata Hali lalu mengelap tangannya yang basah di kain kering tepi meja
"Dan tinggalkan dia di sini?"
"Erm,nope. Aku akan suruh dia pergi kedai Tok Aba"
"Dah sekarang diam" katanya lagi lalu pergi ke ruang tamu
Sesampainya di ruang tamu,mata merah/hitamnya terus bertembung dengan mata emas milik Solar sebelum dia cepat-cepat melihat ke arah lain
"Aku nak pergi rumah kawan,kau pergi lah kedai Tok Aba" kata Hali dingin lalu ke pintu utama untuk memakai kasut
"Aku ikut boleh?" Tanya Solar yang sudah berdiri di sebelahnya
"No"
"Why?"
"Aku tak nak" Hali bangun lalu menghadap Solar
"tengok muka kau" katanya sambil memandang Solar tajam lalu membuka pintu untuk keluar
"Lily,tenang lah. Kau masih marah ke?"
Pergerakannya terus terhenti
"Oke baiklah,aku bersalah. Mungkin itu keterlaluan sudah dan aku sedar itu. Maafkan aku"
Hali diam,cuba memikirkan kata-kata dari Solar
Dia pun lalu menoleh dan terus memandang Solar yang sedang memandangnya sedih
Kelihatan cuaca yang mendung menandakan hari ingin hujan dan angin meniup kuat di situ,meniup menuju ke arah dua orang yang berdiri memandang satu sama lain
"Pergi kau!"
Penipu...
Hali pun terus memandang Solar dengan penuh benci
"Minta maaf saja tidak cukup Solar. Kau musnahkan hidup aku,kau hina aku,kau buli aku dan kau...khianati aku"
"Kau musnahkan hidup kawan kau sendiri"kata Hali lagi dengan nada perlahan lalu berjalan keluar dari situ
"Lily,jangan macam ni."
Diam,dia meneruskan langkahnya tanpa memperdulikan Solar
"bukan kah kita kawan?"
Kawan?
Kawan....?
"Kita kawan,sampai bila-bila"
Hali menutup matanya lalu menggenggam kuat kedua-dua tangannya
"Bukan kah aku dah cakap tadi?Hidup aku dah musnah! Persahabatan kita dah lama musnah Solar,dan kau penyebabnya!"kata Hali sedih lalu menoleh ke arah Solar
"Aku cuba untuk tahan semua yang kau lakukan,aku cuba untuk lupakan semua yang kau buat dan cuba untuk faham..kenapa kau buat begitu pada aku"
"Mungkin kau takut untuk lihat mata ku,mungkin kau takut orang akan menjauhi kau sebab berkawan dengan orang macam aku"
"Atau mungkin..." Hali menghentikan percakapannya lalu memandang Solar lama
"Jangan risau,aku ada"
"Kau memang bencikan aku dari dulu lagi"
"Kalau betul kau rasa bersalah dengan semua yang kau buat"
"Jadi tunjuk kan lah pada aku yang kau betul-betul rasa bersalah"
"Aku tak nak di khianati lagi,itu menyakitkan"kata Hali dengan suara serak lalu memusingkan badannya dan terus pergi meninggalkan Solar
"Lily-chan..." Taufan yang dari tadi di situ memandang Hali sedih,dia pun lalu melayang ke arah Hali
Solar diam sambil memandang Hali yang semakin menjauh darinya,dia menunduk lalu mengeluh perlahan
"Maafkan aku..."
[TBC]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top