•Episod 20•
Klak
"Pagi"
Sapa hali sambil tersenyum nipis takala dia melihat budak kecil itu berdiri di depan pintu rumahnya.
Dia pun memakai kasut hitamnya lalu berjalan keluar dari pagar rumah,ingin menuju ke sekolah.
Terlihat taufan melayang lalu berdiri di sebelah budak kecil itu lalu mereka berjalan di belakang hali.
Sudah hampir satu bulan berlalu dan sepertinya hali mula sedikit terbiasa dengan kehadiran budak kecil itu.
Walaupun perasaan hairan akan kehadiran budak itu terbit di hatinya tetapi dia cuba untuk mengabaikannya.
Mungkin dia akan pergi tak lama lagi -.-..tunggu Erm beberapa minggu lagi
Itulah yang hali fikirkan.
---
Kringggg kringggg kringggg
"Lili-chan!"
Masih mengabaikan
"Lili-Chan!!"
Mengabaikan
"Haliko!"
Deg
Serta merta Hali tersentak apabila taufan Tiba2 memegang pergelangan tangannya,dengan perasaan terkejut dia menarik laju tangannya membuatkan taufan pula yang terkejut.
"Ah! Maaf,A-aku cuma terkejut..salah kau lah,kenapa Tiba2 main sentuh tangan aku!" Kata Hali dengan geramnya,sesekali tu dia melihat sekelilingnya,cuba memastikan tiada siapa di situ.
"Hehe,maaf lili-Chan. Iya lah,aku dah panggil kau dari tadi lagi tapi kau abaikan je panggilan aku" kata taufan sambil melayang dan meletakan kedua-dua tangannya ke belakang kepala.
"Apa2lah,aku malas Nak layan kau tu lah aku abaikan" kata Hali lalu meneruskan langkahnya
"Mama..."
Hali terus menoleh ke tepi lalu melihat budak hantu itu sedang berdiri di sebelahnya sambil memandangnya sedih
Sedih kerana takut Hali pun mengabaikannya. Hali tersenyum apabila seperti tahu apa yang budak hantu itu fikirkan
"Jangan risau,aku hanya malas nak layan hantu dekat belakang aku ni" kata Hali dengan selambanya dan dia maksudkan Taufan
Kelihatan budak hantu itu tersenyum gembira dan Taufan mencebik
Mereka pun lalu meneruskan perjalanan mereka melimpasi bangunan usang di depannya
Tiba-tiba budak hantu itu menghentikan langkahnya dan menghadap ke bangunan usang itu menbuatkan Hali dan Taufan turut menghentikan langkahnya
"Hey budak,kenapa ni?"
Diam,tiada jawapan dari budak itu. Mereka semakin hairan apabila melihat budak itu hanya berdiam diri sambil membelakangi mereka
Siuhh~~~
Angin petang yang meniup perlahan mula berlahan-lahan menerbangkan rambut Haliko membuatkan keadaan di situ semakin senyap
"He-"kata-kata Hali terus terhenti apabila budak hantu itu kembali menoleh ke arah dia dan Taufan
"Wouh,kenapa dia menangis?"
Kelihatan air mata mengalir perlahan di pipi budak hantu itu. Budak itu memandang Hali dengan pandangan kosong,seperti ingin mengatakan sesuatu
Sekali lagi,keadaan sunyi dan hanya angin petang kedengaran meniup perlahan melimpasi mereka membuatkan Taufan menjadi hairan
"Oke,ni dah mula janggal" katanya membuat muka kesal kerana kedua-dua mereka hanya berdiam
Dan tak lama lepas itu...
"Hihi" tiba-tiba budak hantu itu tersenyum lalu mengelap air mata di pipinya dan terus berlari ke arah Hali
"Aik,senyum pula dia"
Budak itu mendongak memandang Hali membuatkan Hali semakin terdiam
"Mama..."
Panggil budak itu membuatkan Hali terus tersedar dan terus memandang ke hadapan kembali
"Oh ehem,pelik lah kau ni budak. Kau dah oke kan? Dah jom balik" kata Hali lalu terus berjalan meninggalkan Taufan yang masih binggung dengan apa yang terjadi tadi
"Hey! Sekurang-kurangnya jelaskan lah dulu apa yang berlaku tadi"
—————
————
———
Kelihatan langit-langit yang di penuhi bintang yang bersinar terang menandakan malam sudah tiba dan bilik Haliko yang sudah menjadi gelap menandakan dia ingin tidur
"Selamat malam Lily-chan"kata Taufan lalu duduk di hujung katil Hali
"Erm" dan Hali hanya mengumam sahaja lalu menutup matanya cuba untuk tidur
"Mama..."
Tetapi tidak boleh kerana dia teringat kembali kejadian tadi,tatapan budak hantu itu tadi membuatkan dia terasa risau dan...sedih
Hali menutup matanya kuat,cuba menghalau perasaan yang tidak sedap dalam hatinya
Kenapa dia pandang aku begitu? Kenapa dengan bangunan di sebelah sekolah tu? Dan kenapa tatapan dia sedih sangat,macam....dia minta tolong..kenapa?
Sekali lagi,mindanya bertanya-tanya akan kejadian tadi
Bangunan usang tu,apa kaitannya?
Kejap...kenapa bangunan tu...terbiar?
Dia terus bangun dari baringnya dan duduk di katil membuatkan Taufan yang terperanjat terus terbang ke atas
"Hua! Lily-chan dah kenapa? Huh,terkejut aku"
"Oh,hantu terkejut" sinis bicara Hali di situ dan kelihatan Taufan memandangnya dengan tatapan datar😑
Hali pun mengambil telefonnya lalu terus menaip sesuatu di Google
"Erm?" Taufan pun melayang di sebelah Hali,cuba melihat apa yang Hali sedang lihat atau baca
"Apa ni? Mayat budak di sebalik semak bangunan yang terbiar?"
"Hua Lily-chan,tak seram ke baca malam-malam😨" usik Taufan tetapi Hali hanya membiarkan sahaja jenaka hambar itu berterbangan
"Tak mungkin..."kata Hali terkejut lalu berdiri dan terus membuka tingkap di biliknya,menunduk ke bawa..ingin melihat budak hantu itu
Tiada
"Aku dah agak" kata Hali seperti sudah mengetahuinya
"Taufan" panggil Hali memandang Taufan yang duduk di katilnya
"Ya?"
"Setiap malam budak hantu tu memang tak ada di bawa ke?"
"Oh,ya. Aku pun tak tahu kenapa,tapi lepas dia nampak lampu bilik kau terpadam dia akan terus menghilang"
Kelihatan Hali diam sebentar,cuba berfikir lalu terus memandang ke luar lagi. Tepatnya memandang ke kawasan sekolah dia yang jauh di sana
Bangunan usang tu..
Itulah yang dia fikirkan pada saat itu
Dengan pantas dia berjalan ke almari dia lalu membukanya dan mengeluarkan jaket tebalnya
"Lily-chan,kenapa ni?"
"Ikut aku,kita akan ke bangunan usang tu"
"Apa? Di mana?"
"Aku rasa aku dah tahu penyebab kematian budak tu"
[TBC]
YOW GUYS?MISS ME? No? :(,I hope yes😂
Entah lah apa yang buat author rajin nk sambung tapi Author rasa teruja nak habiskan ep budak hantu ni 😆💓
Ep terusnya belum buat,doakan lah Author ada idea tau untuk buat😁😂
Oke lah,tu je dari Author😗
Bye💓💗
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top