BONUS EPISODE
Rancang nk post 2020 tapi author nak umumkan sesuatu sebenarnya
Lepas korang baca cerita di bawa ni dulu baru Author akan umumkan di bahagian paling bawa
———————————————————————
[Beberapa tahun kemudian]
Kelihatan sebuah kereta berhenti di hadapan sebuah rumah dua tingkat itu
Rumah itu tidaklah terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil
Rumah itu merupakan rumah peninggalan seseorang yang sudah lama pergi
Pintu bahagian belakang kereta terbuka lalu kelihatan kaki kecil keluar dan terus melompat turun dari kereta itu
Si kecil memandang ke arah rumah yang kelihatan besar di matanya itu sambil di tangannya terdapat sebuah album
Dia menoleh ke arah ibu dan bapanya yang kelihatan sibuk mengeluarkan barang-barang mereka
"Sayang,kalau bosan kamu boleh pergi tengok-tengok kawasan sekitar" kata seorang wanita yang merupakan ibu kepada si kecil itu
Si kecil pun tersenyum gembira lalu berjalan ke halaman belakang rumah itu
Dia menghentikan langkahnya apabila dirinya sudah sampai di halaman belakang rumah itu
Kelihatan sebuah pokok besar di situ membuatkan si kecil berjalan perlahan mendekati pokok itu
Mata birunya yang indah tiba-tiba terlihat sebuah ukiran nama di pokok itu
Tangan kecilnya pun menyentuh tulisan itu sambil memandang pelik kepada tulisan itu
"Fa..Lily..Lar" dengan perlahan dia membaca tulisan di pokok itu
"Oh!" Katanya apabila dia teringat sesuatu
Dia pun membuka album di tangannya itu,tepat di halaman paling belakang
Kelihatan tiga orang dewasa di dalam gambar itu,seorang wanita dan dua orang lelaki
Si kecil tersenyum apabila sudah mengetahui siapakah pemilik nama itu
"Sayang"
Si kecil terus menoleh apabila merasa dirinya di panggil oleh ibunya
Dia pun menutup album gambar itu lalu berjalan ke halaman depan,meninggalkan kesunyian di situ
Dia terus berjalan ke arah ibunya membuatkan si ibu menoleh lalu tersenyum
"Mari kita jumpa Pakcik Lar" kata Hali,Si ibu
"Petir nak jumpa tak dengan Pakcik Lar?" Tanya Taufan pula,Si Ayah
Petir,Si kecil itu mengukirkan senyuman lalu mengangguk
"Petir nak!" Katanya ceria
Hali dan Taufan pun ketawa kecil lalu memegang tangan Petir
Mereka berjalan ke rumah sebelah,menuju ke pintu rumah itu
Tok tok
Pintu terbuka lalu kelihatan seorang wanita bermata hijau jernih di hadapan pintu
"Oh kamu dua dah sampai^^..Masuklah" kata wanita itu ceria
Petir memeluk tangan ibunya,dia mendekatkan pipinya ke tangan ibunya sambil berjalan masuk ke dalam
Mereka pun duduk di situ lalu kedengaran bunyi tapak kaki seseorang berjalan menuju ke ruang tamu
"Awalnya datang,kenapa tak besok je datang" kata seorang lelaki berkaca mata oren
"Nak sindir tu agak-agak lah-,-" kata Hali
Solar,lelaki berkaca mata itu hanya ketawa lalu duduk di hadapan mereka
Matanya yang keemasan itu memandang ke arah Petir yang sedang sibuk melihat album gambar
"Kejap,tu Petir ke?"
"Tak lah^^" kata Hali membuatkan Solar tersenyum paksa memandangnya
"Haha..ya ini Petir" kata Taufan
"Umur dia dah lima tahun kan? Cepatnya masa berlalu,dah besar dah" kata Solar lalu berjalan ke arah Petir
"Tengok apa tu?" Tanya Solar membuatkan Petir memandang ke arahnya
"Ni!" Kata Petir lalu menunjuk ke arah gambar-gambar mereka yang dulu
"Kamu suka tengok ya"
"Ya! Petir suka tengok gambar ibu dan ayah Petir" katanya membuatkan Solar tersenyum
Dia pun mengusap rambut Petir yang masih sibuk melihat album gambar itu
Kelihatan wanita bermata hijau jernih tadi datang ke arah mereka dengan membawa sedulang minuman
Wanita itu adalah isteri Solar dan namanya adalah Thorny
"Oh ya,mana..Cahaya?" Tanya Taufan
"Dia ada di bilik,tengah bermain"
"Petir,nak tak jumpa kawan baru?" Tanya Hali membuatkan Petir memandangnya
Petir tersenyum gembira lalu mengangguk
"Nak!"
"Baiklah,mari Makcik bawa jumpa dengan anak Makcik"kata Thorny tersenyum ceria
Petir pun mengangguk lalu memegang tangan Thorny menuju ke tingkat atas
"Berapa umur Cahaya?" tanya Taufan
"Baru tiga tahun"
"Tak ke kau rasa nama tu macam nama lelaki-,-" kata Hali
"Tu nama perempuan lah -,-" kata Solar
"Ikut kau lah"
"Kau memang dengki dengan aku kan? ^^' "
"Tak sangkah lepas bertahun lama baru kau perasan"
"Ka-"
"Kamu dua..sudah lah -,-" kata Taufan yang dari tadi diam
Hali mengeluh lalu menyandarkan badannya
"Tak sangka bukan?"
Taufan dan Hali menoleh ke arah Solar
"Apa maksud kau? Tak sangka apa?" Tanya Hali
"Tak sangka setelah apa yang kita lalui,kita pada akhirnya masih bersama-sama" kata Solar lalu tersenyum
Hali dan Taufan yang mendengarnya diam sebentar dan tak lama lepas itu turut tersenyum
"Mestilah,persahabatan kita lebih kuat dari permata atau berlian" kata Taufan yakin
"Ya,kerana itu kita masih boleh kekalkan hubungan persahabatan kita" kata Solar tersenyum nipis
"Walaupun waktu itu kita tidak mengenali satu sama lain lagi dan kita saling bergaduh tetapi pada akhirnya kita bersama semula" kata Hali
—————
Siuhhh~~
Angin bertiup lembut di belakang halaman rumah Hali dan Taufan
Dedaun terbang mengikuti arah angin,melayang melimpasi pokok besar di situ
Kelihatan di bawa ukiran nama di pokok itu terdapat sebuah lagi tulisan yang ditulis oleh tiga orang yang berbeza
' Kita adalah Sahabat '
[THE END]
Okey pasal pengumuman itu
Macam yang korang baca di atas,Hali dan Taufan ada seorang anak begitu juga dengan Solar
Author rancang nak buat sambungan untuk cerita ni
Dan tajuk dia adalah...
[The Secret Of Indera Keenam]
PxC [PetirxCahaya]..Lol Why not
Cahaya girl okey,this is not yaoi story
Kenapa tajuk dia begitu? Sebabnya..
Cerita tu adalah tentang anak mereka iaitu petir yang mempunyai kelebihan seperti ibu dia TETAPI kelebihan dia melebihi batas daripada ibu dia
Macam mana itu? Kalau nak tahu korang tunggu lah
Sebab cerita tu masih dalam proses lagi jadi tak pasti bila akan buat huhu
Dan author nak buat cerita ni macam cerita Fantasy,fantasy macam mana? Nanti korang tahu lah,JIKA aku setuju nak buat lah
Btw harap korang suka Bonus episod ni
Okey bye~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top