two
♥♥♥
Shinji dan Raesha hanya duduk berdiam diri ketika bersama 4 orang lelaki yang dari tadinya sibuk bermain kuiz. Bising. Hampir kesemua kanak-kanak di taman itu memandang mereka.
Shinji menepuk dahi, manakala Raesha mengeluh panjang.
"Kau berdua okay tak ni? Tak sihat ke?" Soal Seokjin prihatin.
"Aku dengan Raesha sihat je. Aku pula tengok korang semua macam tak sihat." Perli Shinji.
"Hahahahaha!" Mereka semua ketawa melihat dua kembar itu bergaduh.
'I need you girl
nē, kimi wa hitori itsumo migatte de
I need you girl
nē, boku wa hitori kun e hikare te ku
I need you girl
mabushi sō de
I need you girl
kogoe sō de
I—'
"Hello?" Mereka semua serentak membisukan diri setelah melihat Shinji menjawab satu panggilan.
"Sekarang? Haish. Iyalah. Sekejap lagi saya sampai. Eung." Shinji melepaskan keluhan berat lalu menyimpan telefon pintarnya semula ke dalam poket.
"Kenapa ni Shinji?" Laju saja Seokjin menyoal.
"Erm, aku ada hal dengan Hanbin. Ouh ya, tolong pesan pada ibu yang aku akan tidur di rumah Raesha." Pesan Shinji lalu menarik tangan Raesha untuk beredar.
"Kakak! Yah! Kim Shinji!" Jeritan kuat Kim Seokjin hanya diabaikan oleh kembarnya.
"Kenapa dengan Shinji tu? Macam ada masalah je." Taehyung sedikit mencebik apabila Shinji pergi begitu saja tanpa bermain kuiz bersama mereka.
"Aku pun tak tau." Seokjin menggigit bibirnya.
♥♥♥
"Apa maksud awak yang saya curang pada awak? Awak nampak ke saya keluar bersama dengan lelaki lain?! Perlu ke awak tuduh saya sampai macam ni sekali?!" Tengkingan Shinji itu membuatkan Raesha tersentak sebaik sahaja mereka masuk.
"Awak ingat saya tak nampak awak keluar dengan lelaki?! Awak tak boleh bodohkan saya!" Marah Hanbin.
"Sudahlah tu! Abang! Cukup! Abang dah salah fah—"
'Bukk!'
Raesha kini terjatuh di atas lantai yang penuh dengan kaca akibat ditolak kasar oleh Hanbin sendiri. Shinji yang perasaan akan hal itu segera berlari mendapatkan Raesha yang kini terduduk di lantai sambil mengusap tangannya yang sakit.
"Tak boleh ke awak simpan ego awak tu?! Sampai hati awak tolak adik awak sendiri?! Awak tak ada perasaan simpati ke?! Dasar hati batu!" Dada Shinji berombak akibat menjerit dan melepaskan marahnya pada Hanbin.
"Hanya disebabkan salah faham, sanggup awak buat macam ni?! Seokjin ada di sana bersama saya! Kembar saya sendiri! Kenapa awak perlu cemburu?! Bukannya saya bercumbu dengan salah seorang dari—"
"Saya tak suka lihat awak dekat dengan Taehyung! Faham tak?!" Tengkingan Hanbin membuatkan Shinji terdiam.
Taehyung? Kenapa harus Taehyung?
"Dia cuma kawan! Awak tak faham ke erti persahabatan?! Saya tak anggap dia lebih dari seorang kaw—"
"Tapi bukan bagi dia!" Sekali lagi Hanbin memotong percakapan Shinji.
"Dia suka pada awak! Dia anggap awak lebih dari seorang kawan! Hal itulah yang menyebabkan saya tak mahu awak dekat dengan dia!" Tambahnya lagi.
Shinji terkedu. Taehyung suka pada dirinya? Tapi kenapa? Setelah itu, Hanbin terus saja keluar dari rumahnya setelah mencapai jaket kelabu miliknya dan juga sekotak rokok.
"R-raesha. Kau okay?" Soal Shinji sambil menahan tangisnya dari meletus.
"A-aku okay. Maafkan Hanbin. Dia mungkin—"
"Tak mengapa. Aku okay. Mari kita pergi cuci luka dekat tangan dan kaki kau." Segera Shinji memapah Raesha untuk menuju ke arah tandas.
♥♥♥
"Awak pasti ke awak okay?" Soal seorang lelaki yang kini berada bersebelahan dengan Raesha.
"Ya. Saya okay Namjoon." Jawab Raesha yakin walaupun dia masih lagi dalam kesakitan.
"Saya tak tau lah apa yang patut saya buat dengan abang awak tu. Makin lama, makin melampau perangainya sejak bekerja dan berkawan dengan—"
"Jimin?" Raesha meneka.
"Hmm." Namjoon mengeluh kecewa.
"Saya tak salahkan Jimin atas hal ni. Hanbin sendiri yang pilih jalan dan bentuk dirinya sendiri." Pujuk Raesha sambil menepuk perlahan bahu Namjoon.
"Awak pasti awak okay ni?" Soalan Namjoon membuatkan Raesha ketawa.
"Ya Namjoon. Saya okay." Jawab Raesha.
"Atau awak nak saya kiss awak baru awak okay?" Namjoon mengangkat keningnya.
Satu tamparan di peha diberikan oleh Raesha. Namjoon mengaduh kesakitan sambil menggosok peha kirinya yang ditampar tadi.
Dari dalam rumah, Shinji hanya memerhatikan mereka berdua lalu mengeluh panjang. Kalaulah Hanbin masih lagi seperti dulu, kan bagus. Selalu bersikap matang, tidak menengking, selalu bergurau senda dan selalu bersama Taehyung, Seokjin, Namjoon, Jimin, dan Yoongi.
Shinji perlahan-lahan menapak ke arah sofa. Setelah menghenyakkan punggungnya di atas sofa, Shinji mengeluh sekali lagi. Dia masih memikirkan tentang mimpi yang dialaminya pagi tadi.
Dia runsing memikirkan hal itu. Adakah mimpi itu satu petanda buruk jika dia terus berkawan rapat dengan Taehyung? Shinji mengusutkan rambutnya. Telefon pintarnya yang berada di atas meja dicapai.
Senarai kenalan di dalam telefonnya itu diselak sehinggalah menjumpai kenalan bernama 'beloved twins ♥'. Jalan terakhir untuk melepaskan tekanan yang dialaminya ialah menceritakan segala-galanya kepada kembarnya, Kim Seokjin.
♥♥♥
Koleksi rantai berbentuk rama-rama disusun kemas oleh Seokjin. Mendengar esakan tangisan kakaknya itu amat menyakitkan hatinya. Apabila mendengar masalah yang dialami Shinji, Seokjin juga turut mengalirkan air mata. Kasihan melihat kakaknya itu dituduh sedemikian oleh Hanbin.
Seokjin segera mengusap air matanya lalu bangun dan berjalan ke arah Shinji yang masih menangis di atas katil. Satu sapu tangan yang kemas berlipat di atas meja diambil oleh Seokjin.
Air mata Shinji yang mengalir diseka oleh Seokjin dengan menggunakan sapu tangan yang dipegangnya.
"Sudahlah tu. Jangan menangis lagi. Hodoh." Gurauan Seokjin itu langsung tidak terkesan pada Shinji.
"Kalau betul dia sayangkan kau, dia akan cari dan minta maaf. Dan tentang Taehyung, itu semua tak betul. Hanbin hanya salah faham bila nampak kau bermesra dengan Taehyung." Ucap Seokjin.
Semakin menjadi-jadi tangisan Shinji dibuatnya.
"Aduhai. Sudahlah Shinji." Seokjin mencebik.
♥♥♥
Shinji semakin tidak keruan apabila suaminya tidak pulang ke rumah. Anaknya masih lagi menangis kerana sakit di bahagian perut.
"Shintae. Sabar ya, a-ayah akan pulang sekejap lagi. Tolong bertahan." Air mata Shinji tidak henti-henti mengalir apabila melihat anaknya itu berada di dalam kesakitan.
'Awak dimana Taehyung? Cepatlah pulang.' Bisik hatinya.
"I-ibu.. sakit." Shintae menangis sambil menggigil apabila mengalami kesakitan yang amat sangat di perutnya.
Makin deras air matanya mengalir apabila mendengar aduan Shintae. Kemudian, muncul lagi seorang anaknya dari tingkat atas.
"Ibu, kenapa dengan abang?" Soalan anak keduanya itu membuatkan Shinji membisu.
Nak atau tak, dia terpaksa membawa anak pergi ke hospital dengan sendirinya. Pantas Shinji berlari menaiki tangga. Beg menggalas bayi dicapainya lalu meletakkan anak bongsunya yang baru berusia 5 bulan di situ.
Digendongnya bayi itu dibelakang dengan sokongan beg itu. Segala keperluan anak-anaknya dicampak masuk ke dalam beg kecil. Setelah itu, Shinji berlari semula ke bawah dan terus mendukung Shintae.
Dengan kekuatan yang ada, Shinji mendukung seorang lagi anaknya. Dia harus cepat. Walaupun hospital agak jauh dari rumahnya, Shinji harus cepat.
"S-sakit.." Adu anak kecil itu.
"Ya ibu tau. Sabar ya." Deras air matanya mengalir.
♥♥♥
Shinji termenung melihat ke luar tingkap biliknya. Dia alami mimpi buruk sekali lagi. Air matanya masih tidak berhenti mengalir walaupun mimpi itu sudah tiada. Dia kasihan pada anak kecil yang berada di dalam mimpinya.
Apakah benar mimpi itu satu petanda buruk buat dirinya?
♥tbc♥
Sincerely,
[ violet ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top