three

♥♥♥


"Kau pasti dalam mimpi kau tu, Taehyung suami kau dan bukannya Hanbin?" Soalan Raesha dibalas dengan anggukan.

"Ya. Aku tak tau kenapa. Tapi aku dapat rasakan mimpi yang aku alami ni satu petanda buruk." Shinji menggigit bibir bawahnya kerana berasa bimbang.

"Hey, bertenang. Aku tak rasa ianya petanda buruk. Mungkin ianya mimpi semata-mata." Kata Raesha ingin menenangkan Shinji.

"Erm, aku nak bagitau kau sesuatu ni." Shinji mula memandang Raesha sambil mengangkat keningnya.

"Apa dia?" Shinji menyoal.

"Abang aku nak jumpa kau lepas habis sekolah—"

"Taknak." Pantas saja Shinji memotong kata-kata Raesha.

"Shinji. Kau tau kan Hanbin sayang kau sorang je?" Raesha mengeluh.

"Aku tak kenal siapa dia Hanbin yang sekarang ni. Aku nak Hanbin yang dulu." Kata Shinji masih berkeras.

"Kau jumpa lah dia, ya? Mana tau dia nak baiki apa yang dah retak kelmarin?" Pujuk Raesha.

Shinji masih berdiam diri dan tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu bertemu Hanbin dalam waktu terdekat ini. Rasa sakit di hatinya masih belum pudar apabila dituduh oleh Hanbin sedemikian.

Kemudian, hidungnya mula memerah, dadanya terasa sebak dan air matanya mula bertakung. Sungguh dia tidak mahu bersikap begini. Tetapi, Hanbin lah puncanya.

"Haih. Suka hati kau lah Shinji. Ambil lah masa kau. Aku taknak paksa. Tapi, lebih cepat lebih baik." Raesha bangun dari tempat duduknya lalu keluar.

'Aku bukan tak nak. Tapi hati aku sakit sangat.' Bisik hatinya.

Shinji meletakkan kepalanya di atas meja sambil matanya memandang ke luar tingkap. Air matanya perlahan mengalir.

'Tok! Tok! Tok!'

"Ya? Cari siapa?" Soal salah seorang pelajar di dalam kelas itu.

"Kim Shinji." Setelah mendengar namanya disebut, Shinji pantas mengangkat kepalanya dan memandang ke arah pintu.

Kelihatan Taehyung di hadapan pintu sambil tersenyum.


♥♥♥


"M-maafkan aku sebab menangis." Ucap Shinji sambil mengusap air matanya dengan menggunakan tisu.

"Takpe. Nangislah Shinji. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Kau kan kawan aku." Taehyung tersenyum lalu menepuk bahu Shinji perlahan.

"Apa-apa pun, nah! Hadiah kau." Taehyung menghulurkan hadiahnya pada Shinji.

"Hadiah? Harini bukan hari lah—"

"Hadiah sebagai tanda persahabatan kita yang ke-3 tahun." Taehyung ketawa perlahan sambil menggosok belakang lehernya.

"Eh? Dah 3 tahun ke?" Shinji sedikit terkejut.

Taehyung sekadar mengangguk.

"Terima kasih, kawan." Shinji ketawa hambar.

"Sama-sama, kawan." Balas Taehyung.

"Tak kira apa pun yang berlaku, aku akan sentiasa ada di sisi kau. Sampailah... aku hembuskan nafas yang terakhir." Ucap Taehyung.

Shinji terkedu seketika. Dalam masa yang sama, dia tersentuh. Shinji mengukir sekuntum senyuman.


♥♥♥


Raesha duduk bersandar di atas katilnya sambil membaca novel yang dibelinya tempoh hari. Kemudian, Raesha menutup bukunya lalu berjalan ke arah balkoni biliknya. Langit direnung. Gelap.

"Hmm. Nak hujan ni." Raesha meneka.

'Tok! Tok! Tok!'

"Boleh abang masuk?" Soal Hanbin yang berada di luar bilik.

"Masuklah." Jawab Raesha.

Hanbin masuk perlahan-lahan dan berjalan ke arah katil Raesha. Dilabuhkan punggungnya di atas katil lalu menepuk-nepuk katil yang didudukinya.

"Duduk sini kejap." Pinta Hanbin.

Raesha hanya menurutkan saja. Raesha kembali masuk ke dalam lalu menutup pintu balkoni dan duduk di sebelah Hanbin tenang.

"Apa dia?" Soal Raesha.

"Shinji betul-betul marahkan abang?" Soal Hanbin dengan nada yang sayu.

"Hmm nampaknya macam tu lah." Raesha tersenyum kelat.

"Abang nak jumpa dia dan minta maaf. Boleh tolong abang?" Soal Hanbin sambil memegang tangan adiknya itu.

"Raesha tak pasti—"

"Please." Rayu Hanbin.

"B-baiklah. Raesha cuba." Raesha mengangguk tanda setuju.

"Terima kasih." Ucap Hanbin sebelum keluar dari bilik adiknya itu.

"Haih. Apa yang aku patut buat?" Soal Raesha sambil memandang ke arah jam dindingnya.

"나비 (butterfly)." Raesha tersenyum nipis.


♥♥♥


Raesha menangis dan meraung sambil menahan sakit di perutnya. Sakit yang tak boleh digambarkan.

"T-tolong.." Sayu saja suaranya meminta tolong.

Malang, tiada sesiapa di dalam rumah itu. Raesha kembali memandang ke arah secawan air di atas meja. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada air itu. Darah mula mengalir dari celah kangkangnya.

Raesha kembali mengerang kesakitan. Perit. Berpeluh-peluh Raesha menahan sakit.

"Arghhhh!" Raesha menjerit sekuat hatinya.

Jam yang berada di dinding dipandang. Sudah jam 3 pagi. Kenapa Seokjin masih belum pulang? Raesha menggagahkan dirinya lalu berjalan sambil memegang dinding sebagai sokongan.

Satu persatu dia membuka langkah. Sakit di perutnya ditahan sebaik mungkin.

"I-ibu takkan biarkan kamu sakit." Ucapnya pada perutnya sendiri.

Raesha telah mengandung hampir 3 bulan. Anak pertama yang sangat dinanti-nantikan oleh Seokjin untuk menjadi seorang bapa.

"K-kim Seokjin.. selamatkan a-anak kita."

'Bukk!'

Raesha akhirnya jatuh bergolek di tangga akibat terlalu lemah dan pengsan. Semakin banyak darah yang mengalir.


♥♥♥


Raesha menekup wajahnya sambil menggelengkan kepala. Air matanya masih lagi mengalir. Jam di dindingnya dipandang. Jam menunjukkan 03:32 minit pagi. Raesha kembali menekup wajahnya.

"Kenapa..?" Soalnya sambil menangis teresak-esak.

Mimpi yang sungguh mengerikan dan sungguh menyedihkan. Mengapa dia harus mendapat mimpi sebegitu? Entah kenapa dia berasa sangat sebak walaupun ianya sebuah mimpi.

Mimpinya untuk menjadi seorang ibu gagal. Dia bermimpi dia keguguran tanpa mengetahui sebabnya.

"Hiks." Tersedu-sedan Raesha menangis.


tbc

Sincerely
[ violet ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top