ten

♥♥♥


Tuan Kim masuk ke dalam biliknya dengan perasaan geram. Sakit hatinya apabila Shinji sanggup mengugut dirinya. Ini tidak boleh dibiarkan. Dia harus cari jalan supaya Shinji dan Seokjin menetap di Daegu untuk 5 bulan lagi.

"Sogeun. Kamu okay?" Soal Puan Yoo.

"Mak." Tuan Kim berdiri lalu menjemput Puan Yoo untuk duduk bersama.

"Hmm. Saya tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni mak. Shin pun dah melawan cakap saya dan memberontak. Shin mahu pulang ke Seoul 2 bulan akan datang dan tak mahu menetap di sini lagi 5 bulan." Tuan Kim mengeluh panjang.

"Apa yang susah sangat? Kamu ugutlah dia semula." Kata Puan Yoo dengan sinisnya.

"Macam mana?" Soal Tuan Kim.

"Jika dia masih berdegil untuk pulang ke Seoul, pastikan dia takkan dapat pegang syarikat kamu." Jawab Puan Yoo tenang.

"Tapi mak.. itu dah melanggar perjanjian saya dengan dia." Kata Tuan Kim lalu mengetap bibir.

"Perjanjian atau tak, kamu masih bapa kepada Shinji. Kamu mesti tegas dengan dia. Jangan lemah macam orang suruhan dia." Kata Puan Yoo tegas.

"Hmm baiklah. Saya akan cuba." Tuan Kim akur.

"Tapi kalau dia masih berdegil?" Soal Tuan Kim lagi inginkan kepastian.

"Beri saja syarikat kamu itu kepada anak kamu yang lain." Jawab Puan Yoo selamba.

"Mak." Tuan Kim mula berkerut.

"Apa? Apa gunanya kalau kamu ada 4 orang anak, tapi masih berharap pada anak perempuan kamu yang degil tu?" Puan Yoo memandang Tuan Kim lama.

"Tapi Shinji masih lagi anak sulung saya walaupun Seokjin kembarnya." Tuan Kim mengeluh lalu meraup wajahnya kerana berasa kusut.

"Dan.. mereka berdua masih lagi tak tahu tentang kewujudan adik-beradik mereka yang lain." Tuan Kim mula risau.

"Kamu takut Shinji dan Seokjin membantah? Macam tu?" Puan Yoo mengangkat keningnya sedikit.

"Bukan macam tu. Saya bimbang jika mereka mula berebut syarikat tu." Jawab Tuan Kim lemah.

"Biarkan mereka berebut. Mak nak lihat siapa yang lebih pandai dan layak untuk pegang syarikat tu." Kata Puan Yoo lalu beredar.


♥♥♥


Amylia tercungap-cungap mencari nafas. Lelaki yang baring di sebelahnya juga tercungap-cungap mencari nafas. Amylia tersenyum sinis lalu ketawa kecil. Amylia meletakkan kepalanya pada lengan lelaki itu lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat walaupun kedua-dua mereka tidak mempunyai seurat benang pada tubuh mereka.

Lelaki itu memegang dagu Amylia lalu mengucup bibir lembut milik Amylia. Mereka berdua hanyut dalam dunia mereka sendiri. Setelah 5 minit bercumbuan, mereka akhirnya berhenti. Lelaki itu menyelitkan rambut Amylia ke belakang telinganya.

Wajah Amylia diusap lembut. Lalu dia mencium leher Amylia dengan perlahan. Amylia hanya menutup matanya. Kemudian, Amylia menolak lelaki itu untuk baring bersamanya.

"Tak sangka kita dah jadi suami isteri, kan?" Amylia tersenyum menahan rasa teruja yang membuak-buak apabila mengingati bahawa mereka berdua telah sah menjadi pasangan suami dan isteri.

Suasana di dewan perkahwinan cukup indah dan meriah. Ramai jemputan yang hadir dan ianya majlis yang cukup mewah sekali. Sekali lagi Amylia tersenyum sendiri.

"Sekarang, awak dah jadi milik saya. Jadi, jangan berani awak nak curang dengan saya." Kata lelaki itu lalu mencuit hidung mancung dan kecil milik Amylia.

"Ishh tau lah." Amylia menjeling lelaki itu.

"Tapi kan, kalau kita dapat anak nanti, awak nak bagi nama apa dekat anak kita?" Soal Amylia.

"Amylia!"

Amylia akhirnya tersedar dari mimpinya. Dia melihat keadaan sekeliling. Dia berada di dalam biliknya. Hari sudah cerah. Rambutnya diserabutkan. Pipinya mula memerah dan terasa panas. Dia malu apabila mendapat mimpi seperti itu. Bibirnya diketap.

Siapa lelaki yang berada di dalam mimpinya? Amylia tertanya-tanya. Amylia menampar dirinya sendiri.

"Ish sudahlah! Jangan ingat lagi!" Amylia memarahi dirinya sendiri.

'Krekkk!'

"Yah Amylia Park. Bangun cepat! Ibu suruh kita pergi beli barang dapur." Kata Jimin yang baru saja masuk ke dalam biliknya.

"Yelah. Adik nak bersiap sekejap." Amylia segera melipat selimutnya dengan kemas.

Melihat akan Jimin yang masih lagi berada di pintu biliknya, Amylia mengambil bantal kecil yang berada di atas katilnya lalu dibaling ke arah Jimin.

"Adik nak bersiap ni. Keluarlah! Takkan abang nak tengok adik buka baju pula?!" Marah Amylia.

"Apa salahnya?" Jimin tersenyum sinis.

"Pervert! Ibu! Tengok abang ni!" Adu Amylia saat mengejar Jimin yang berlari menuruni anak tangga.

Apabila Amylia tidak dapat mengejar Jimin, dia segera berlari menaiki anak tangga untuk mandi. Setelah masuk ke dalam bilik mandi dan membuka air pancut untuk mandi, Amylia termenung seketika.

Dia kembali teringat akan mimpinya tadi. Sentuhan lelaki itu membuatkan dirinya tidak keruan. Dari kaki ke lehernya. Sungguh tenang. Dia berasa selamat bersama lelaki itu. Kemudian dia terfikir. Adakah lelaki di dalam mimpinya itu... Kim Namjoon?

Amylia segera menggelengkan kepalanya. Dia tidak patut mengingati mimpi itu. Mengarut!


♥♥♥


Seokjin hanya mendiamkan dirinya saat mendengar penerangan Shinji. Sesekali dia merengus geram.

"Jadi, semuanya kehendak ayah dan bukannya kehendak kau?" Soalan Seokjin hanya dibalas satu anggukan daripada Shinji.

"Orang tua tak sedar diri. Bukannya dia yang besarkan kita." Kata Seokjin geram lalu menggenggam erat penumbuknya.

"Sudahlah Seokjin. Apa yang penting sekarang, kita kena cari jalan supaya kita dapat balik ke Seoul semula dengan aman." Kata Shinji sambil menepuk bahu Seokjin perlahan.

"Tapi Shinji, macam mana kalau—"

'Trutt truttt!'

"Helo?" Shinji menjawab panggilan telefon pejabatnya.

"Cik muda. Tuan Kim berada di luar dan sedang menunggu. Cik mahu saya benarkan Tuan Kim masuk sekarang ke—"

"Jangan! N-nanti dulu. Saya tengah kemas pejabat. Apa-apa pun, jangan bagi Tuan Kim masuk selagi saya tak panggil." Arah Shinji.

"Baiklah." Eunhyang akur lalu meletakkan ganggang telefon.

"Seokjin. Pergi menyorok dalam bilik tu cepat." Segera Shinji menolak Seokjin untuk menyorok di dalam bilik simpanan.

Setelah Shinji pastikan tiada apa yang mencurigakan berada di situ, Shinji memanggil Eunhyang agar membenarkan Tuan Kim masuk ke dalam pejabatnya.

"Ada apa ayah datang ke sini?" Soal Shinji dengan tenang.

"Ayah datang sini sebab nak berbincang dengan kamu buat kali terakhir." Jawab Tuan Kim lalu duduk di sofa berdekatan.

"Bincang apa lagi? Tak cukup lagi ke dengan pergaduhan kita berdua pagi tadi?" Kerutan di dahi Shinji mula kelihatan.

"Kalini lebih penting—"

"Kalau ayah nak cakap lagi tentang Seoul, Shin tak mahu dengar lagi. Keputusan Shin muktamad. Shin akan balik—"

"Kalau macam tu, ayah takkan serahkan syarikat ni kepada kamu." Tuan Kim tersenyum sinis.

"A-apa? Apa ayah merepek ni?! Ayah nak langgar perjanjian kita berdua?! Semua ni memang mengarut! Kalau Shin tau ayah ni seorang yang suka melanggar perjanjian, Shin takkan akur dengan tawaran ayah!" Nafas Shinji mula tidak teratur.

"Perjanjian atau tak, ayah tetap ayah kamu. Ketua keluarga—"

"Tapi ayah tak pernah jenguk kami dari kecil hinggalah ke besar!" Air mata Shinji mula bertakung.

Tuan Kim terpaku dan terdiam seketika.

"Layak ke ayah digelar ketua keluarga? Ayah dah lepaskan tanggungjawab sebagai seorang ayah, sekarang ayah suka-suka hati saja nak arah Shin? Heh." Air mata Shinji mengalir walaupun Shinji menunjukkan senyuman sinis.

Seokjin yang berada di dalam bilik peti besi hanya menahan sabar dan terus mendengar. Penumbuknya digenggam.

"Kalau ayah langgar perjanjian tu, ayah kena ingat. Perjanjian tu sudah tertulis, ayah akan kehilangan semua harta yang ayah ada. Fikir lah dengan baik ayah. Shin tak mahu rampas harta ayah macam tu saja. Shin nak semuanya dapat bahagian masing-masing dengan adil." Shinji terduduk di atas kerusi lalu memicit kepalanya yang pening.

Tuan Kim masih lagi berdiri kaku dan melihat anaknya lama. Betul juga apa yang dikatakan oleh Shinji. Dia bukan seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab.

"Kamu mahu dengar cakap mak atau Shin? Kalau kamu masih lagi degil mahu dengar kata anak perempuan kamu yang keras kepala tu, teruskan. Mak akan pergi ke Australia sendiri." Ucap Puan Yoo yang berada di hadapan pintu.

Shinji tersentak lalu berdiri. Dia memandang neneknya lama. Lalu pandangannya dialihkan kepada ayahnya pula. Shinji pasti, ayahnya berada di dalam dilema sekarang.

"Ayah fikir baik-baik." Ucap Shinji sambil berharap di dalam hatinya agar Tuan Kim berfikir dengan betul.

"Maafkan ayah." Tuan Kim akhirnya melangkah kaki keluar dari pejabat Shinji.

Shinji mengeluh panjang lalu menangis teresak-esak. Sudahlah dia mengalami banyak masalah, ditambah pula dengan masalah keluarganya. Puan Yoo berjalan masuk ke dalam pejabat dan berdiri di hadapan Shinji.

"Kamu nak tahu sesuatu? Kamu dah hancurkan segalanya." Kata Puan Yoo tenang.

"Siapa kata Shin yang hancurkan segalanya?! Semua ni salah nenek! Nenek yang hasut ayah buat macam ni! Nenek buatkan Shin nampak jahat di mata ayah!" Tengking Shinji kegeraman.

Puan Yoo akhirnya berjalan keluar meninggalkan Shinji. Shinji masih lagi menahan geram. Akhirnya, Seokjin yang sudah lama menyorok di dalam bilik simpanan itu keluar.

"Shinji." Seokjin memegang bahu Shinji.

"Tepi. Aku tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa." Kata Shinji lalu menepis tangan Seokjin.

Seokjin mengeluh kesal. Sampai bila lagi keluarganya harus hidup di dalam suasana seperti ini? Seokjin meraup wajahnya.


♥♥♥


Taehyung dan Sungoh akhirnya berjaya sampai di Daegu. Taehyung bersorak gembira apabila dia semakin hampir dengan bangunan syarikat milik Shinji. Dia tidak sangka bahawa Shinji sudah berjaya memegang sebuah syarikat walaupun masih di usia muda.

"Sungoh! Cepatlah sikit!" Jerit Taehyung tidak sabar.

"Kau boleh sabar tak." Sungoh mengetap bibir.

Dia tidak mahu Taehyung berjumpa dengan Shinji. Tiada cara lain lagi untuk dia mengelak.

"Ermm Taehyung!" Taehyung berpaling saat namanya dipanggil oleh Sungoh.

"Mari kita ke rumah nenek dulu." Ajak Sungoh.

"Tapi kita dah sampai sini tau tak! Mana boleh buang masa!" Taehyung mencebik.

"Shinji tu, bila-bila kita boleh jumpa. Dah jom balik rumah nenek—"

"Taknak! Aku nak jumpa Shinji dulu! Sekejap pun jadilah. Please?" Rayu Taehyung.

Sungoh mengeluh.

"Iyalah. Jom." Sungoh akhirnya mengalah.

Laju saja kaki Taehyung melangkah ke arah salah seorang pekerja di situ lalu menahannya.

"Cik. Boleh tumpang tanya?" Soal Taehyung pada pekerja perempuan itu.

"Ya?" Soal perempuan itu.

"Dimana pejabat cik Shinji?" Soal Taehyung sopan.

"Encik ada buat apa-apa temu janji ke dengan cik muda Shinji? Kalau tak ada, saya tak boleh tolong." Kata perempuan itu.

"Alaa. Tapi saya kawan baik dia. Saya kena berjumpa dengan dia. Sekejap pun jadilah, tolonglah." Rayu Taehyung.

"Maaf encik tapi—"

"Sudahlah Taehyung. Mari balik." Sungoh mula memegang lengan Taehyung.

"Taknak! Aku nak jumpa Shinji!" Bentak Taehyung.

Sungoh menggelengkan kepalanya. Sudahlah mereka berdua berpakaian seperti orang kampung. Ditambah pula orang sekeliling mereka mula bergosip dan berbisik.

"Cik tolonglah saya. Saya nak jumpa dia. Tolong! Saya dah melutut ni!" Rayu Taehyung sambil melutut.

"T-taehyung!" Sungoh tersentak melihat Taehyung yang sedang melutut itu.

Pekerja wanita itu mula tidak keruan apabila melihat pekerja lain memandang ke arahnya.

"Ish baiklah! Encik bangun sekarang! Tak malu ke?" Perempuan itu berkerut.

"Hehe." Taehyung tersengih lebar.


♥♥♥


'Tok Tok Tok!'

"Siapa?" Soal Shinji.

"Eunhyang." Jawab Eunhyang diluar pintu.

"Masuk." Arah Shinji tanpa memandang ke arah pintu.

Seokjin yang berada di atas sofa jatuh tergolek di atas lantai setelah melihat dua orang lelaki yang berdiri di hadapan pintu pejabat Shinji. Shinji yang pelik melihat Seokjin yang tiba-tiba saja jatuh tergolek itu turut memandang ke arah pintu.

"T-taehyung." Nama itu yang menjadi ayat pertama keluar dari mulutnya apabila memandang ke arah Taehyung yang masih lagi berdiri di hadapan pintu.

"Shinji!" Taehyung terus saja berlari ke arah Shinji lalu memeluk Shinji erat.

"Taehyung! Rindunya aku dekat kau!" Shinji bersorak gembira sambil melompat-lompat ketika memeluk Taehyung.

"Samalah! Aku pun rindu kau!" Balas Taehyung.

Akhirnya pelukan dileraikan.

"Kau buat apa datang ke sini? Bagaimana kau tahu aku di sini?" Soal Shinji bertalu-talu.

"Aku datang sini sebab nak jumpa kau lah! Disebabkan bangunan syarikat kau berdekatan dalam perjalan kami ke rumah nenek, aku ambil keputusan untuk singgah ke sini dulu sebelum aku balik ke rumah nenek. Esok kan hari lahir nenek aku." Balas Taehyung dengan perasaan teruja yang membuak-buak.

"Dan tentang bagaimana aku tahu kau dekat sini, kau marahlah Namjoon. Dia yang terlepas cakap masa aku dan dia lepak sama-sama. Tapi semua tu tak penting! Buang jauh-jauh! Yang penting sekarang, aku ada di depan kau!" Sambung Taehyung lagi sebelum dia mengukir senyuman lebar di bibirnya.

"Ehem!" Sungoh berdehem sehingga Shinji dan Taehyung memandang ke arahnya.

"Sungoh. B-bila kau sampai?" Soal Shinji sedikit kekok.

"Itulah. Galak sangat berborak sampai tak sedar yang aku datang bersama dengan Taehyung tadi." Perli Sungoh.

"Hehe. Apa-apa pun, aku rindu kau juga." Shinji memeluk Sungoh untuk beberapa saat lalu melepaskan pelukan.

Sungoh terkaku. Pertama kali dalam hidupnya dia dipeluk oleh perempuan yang disukai olehnya. Wajahnya yang mula terasa panas itu segera ditutup oleh topeng mulut yang tersangkut di cuping telinganya.

"Seokjin! Aku rindu kau juga wahai kembar Shinji!" Jerit Taehyung lalu memeluk Seokjin erat.

"Eish lepaslah! Aku bukan gay!" Jerit Seokjin.

Shinji dan Sungoh hanya ketawa apabila melihat adik kembar mereka gembira. Sungoh akhirnya sedar bahawa dia betul-betul berdiri berhadapan dengan Shinji. Shinji mengalihkan pandangannya ke arah Sungoh. Tidak keruan Sungoh dibuatnya.

"Sungoh." Sungoh memandang ke arah Shinji yang memanggilnya.

"Y-ya?" Soal Sungoh tergagap-gagap.

"Jom kita berempat pergi makan tengahari? Aku belanja. Lepas tu, aku hantar kau berdua ke rumah nenek. Okay?" Shinji mengukir senyuman.

"Tapi, bagaimana dengan kerja kau?" Soal Taehyung bimbang.

"Kita lari." Jawab Shinji lalu tersenyum sinis.

"Satu. Dua." Kaki mereka mula bersedia.

"Tiga!"

Mereka berempat berlari keluar daripada pejabat dengan gelak tawa yang kuat. Eunhyang yang perasan akan hal itu, segera menahan pengawal agar tidak mengejar mereka. Manakala dua pengawal lagi berusaha mengejar Shinji dan Seokjin agar mereka tidak ke mana-mana.

"Shinji! Mereka kejar kita!" Jerit Taehyung ketika berlari bersama Shinji yang memegang tangannya.

Ini benar-benar idea gila.

"Ikut aku!"


♥♥♥


"Sini!" Amylia mendepakan tangannya saat berlari.

'Woof!'

Amylia segera memeluk Winter iaitu anjing milik keluarga barunya. Penat dia berlari ke arah Winter. Dia baru pulang dari pasar untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh ibu angkatnya.

"Abang masuk dulu tau. Jangan lupa beri Winter makan." Pesan Jimin sebelum melangkah masuk ke dalam rumah mereka.

"Baik." Amylia akur lalu mendukung Winter sambil mencium dahi Winter.

"Dah lah putih, gebu pula tu. Eish. Aku selalu sangat geram dengan kau ni." Ujar Amylia berbicara dengan Winter.

Winter seakan memahami Amylia lalu pipi Amylia dijilat. Amylia ketawa kecil kerana kegelian apabila dijilat oleh Winter. Makanan anjing yang berada di sebelah rumah kecil milik Winter diambil lalu dituang ke dalam mangkuk kecil. Amylia mengusap lembut kepala Winter sebelum dia beredar.

"Hei si pendek." Amylia memalingkan kepalanya dan memandang tajam apabila Jimin memanggilnya dengan gelaran Si Pendek.

"Nak apa?!" Amylia berkerut dan mencebik.

"You are my penicillium. The one who saved me. My angel. You're my world. I am your calico cat. One who came to meet you. Love me now. Touch me now." Jimin tiba-tiba menyanyikan sebuah lagu yang tidak pernah didengari oleh Amylia.

"Lagu apa yang abang nyanyi tu?" Soal Amylia hairan.

"Lagu yang abang tulis sendiri lah. Haa bagaimana? Merdu tak suara abang?" Jimin mengangkat keningnya tanda berbangga dengan dirinya sendiri.

"Ceh. Perasan." Amylia hanya menjeling Jimin.

"Heh. Mengaku saja lah yang suara abang ni merdu." Kata Jimin sambil mencucuk-cucuk pinggang Amylia.

"Ish tak payah— HAHAHAHA! Gelilah! Berhenti! Sudahlah!" Jerit Amylia apabila Jimin sudah mula menggeleteknya.

"Mengaku dulu!" Kata Jimin memaksa.

"Iya! Suara abang merdu bak buluh perindu! HAHAHA! Dahlah!" Setelah Amylia menjerit dengan kuat, akhirnya Jimin berhenti menggeletek Amylia.

"Nanti abang bagi lirik lagu dan ajar bagaimana nak nyanyikan lagu tu, okay?" Jimin mengenyitkan matanya pada Amylia.

"Iyalah. Tapi bila?" Soal Amylia.

"Abang tak tahu? Mungkin minggu depan? Kalau kita tak sibuk lah. Kita akan berlatih perlahan-lahan. Lepas tu, kita buat persembahan jalanan. Jadi, bagaimana?" Jawab Jimin lalu memberikan cadangan.

"Dapat duit ke?" Soal Amylia.

"Pandai menari? Menyanyi? Rap?" Soalan Amylia dibalas pula dengan soalan Jimin.

"Menari, boleh lah. Menyanyi, boleh. Rap? Tak mungkin. Tak mungkin dan tak akan." Jawab Amylia.

"Boleh lah tu. Dan ya, dapat duit. Nak ikut tak?" Soal Jimin lagi.

"Adik ikut saja." Jawab Amylia bersetuju.

"Yes! Kita mula berlatih minggu depan lah. Ohoho." Jimin ketawa ala diva kerana berjaya dapat memujuk adiknya.

"Amylia! Jimin! Tolong ibu kejap!"

"Ya!" Mereka berdua segera berlari masuk apabila nama mereka dipanggil.

Impian besar Jimin ialah untuk menjadi seorang penyanyi terkenal. Jadi dia berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pelatih di sebuah syarikat industri hiburan. Disebabkan itu, dia tidak mahu bersekolah.

'Aku kena berlatih bersungguh-sungguh dan banggakan ibu dan ayah.' Getus hati kecil Jimin.

"Abang! Cepatlah ke sini dan tolong ibu!" Marah Amylia sambil mencekak pinggang.

"Hehe sekejap!" Jimin tersengih seperti kerang busuk apabila dimarahi oleh adik angkatnya.


♥tbc♥

Sincerely
[ violet ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top