six
♥♥♥
Dalam keadaan lemah dan menggigil, Taehyung berusaha untuk menghirup sup dan menelan bubur yang dimasak oleh Shinji dan Seokjin. Shinji hanya merenung lantai sambil memikir kejadian yang berlaku dan menimpa dirinya dua minggu lepas.
Sejak dari itu, Shinji langsung tidak senyum dan fokus semasa hari pembelajaran. Raesha? Entah kemana kawannya itu pergi selama dua minggu ini. Apabila diketuk pintu rumah, tiada langsung sahutan yang diterima. Begitu juga dengan telefon. Mungkin juga Raesha masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa abangnya sudah tiada.
Taehyung yang perasan akan hal itu meletakkan sudu di atas meja perlahan-lahan. Dia menoleh ke arah Shinji.
"Shinji." Tegurnya.
"Y-ya? Kau nak air ke? Sekejap. Aku tolong ambil—"
"Tak perlu. Duduk sini sekejap." Pinta Taehyung sambil menepuk ruang kosong katil itu.
Shinji berjalan lemah lalu duduk berhadapan dengan Taehyung. Kepalanya diangkat sedikit tanda menyoal Taehyung apa yang dia mahu. Shinji tidak mahu bercakap. Sungguh dia tiada sebarang mood untuk bercakap.
"Sejak kebelakangan ni, kau asyik murung je. Kenapa?" Soal Taehyung prihatin.
"Aku pun tak tau sebab apa. Aku sendiri hairan dengan diri sendiri." Jawab Shinji lalu melepaskan satu keluhan berat.
"Sebab aku ke?" Taehyung meneka sambil memandang ke arah kakinya yang dibalut.
Shinji tersentak.
"B-bukan macam tu. Bukan sebab—"
"Jadi sebab apa?" Soal Taehyung.
Shinji tergamam dan tidak mampu berbicara. Dia sendiri tidak tahu mengapa.
"Kalau tak disebabkan aku kemalangan dua minggu lepas, pasti kau dapat selamatkan Hanbin. Tapi kenapa kau datang ke hospital juga untuk derma darah kau pada aku? Kenapa kau tak biarkan aku mati dan selamatkan Hanbin? Disebabkan aku, Hanbin mati. Disebabkan aku, kau tak dapat berjumpa dia untuk kali terakhir. Disebabkan aku, semua orang bersedih. Semuanya sebab aku!" Air mata Taehyung mula mengalir.
Shinji hanya mampu membisukan diri. Dia tidak mahu menyalahkan Taehyung atas hal ini. Bukan kehendak Taehyung untuk dilanggar kereta dan bukan kehendaknya untuk menerima dugaan seperti itu.
"T-tae.. semua ni bukan salah kau—"
"Jadi salah siapa?!" Taehyung menengking Shinji.
"Kaki aku tak layak pulih. Hanbin patut dapat balasan yang setimpal. Dia layak tengok aku lumpuh." Taehyung mula mengambil batang besi yang berada di sebelah katilnya.
"T-taehyung. A-apa kau nak buat ni?!" Soal Shinji panik.
"Aku layak lumpuh." Batang besi itu mula diangkat setinggi yang boleh dan dituju ke arah kakinya.
"Taehyung! Sudahlah! Jangan buat kerja gila!" Tengking Shinji.
"Aku.. layak lumpuh!" Satu hayunan dilepaskan.
'Bakk!'
"Arkk!" Shinji akhirnya jatuh ke atas lantai.
Sakit. Itulah apa yang dirasai oleh dirinya sekarang ini. Taehyung yang sedar akan hal itu segera membuang batang besi itu ke lantai. Dia menoleh memandang ke arah Shinji yang sedang menahan sakit dikepalanya.
"Sh-shinji! Nurse! Tolong!"
♥♥♥
"Sakit lagi ke?" Soal Seokjin lalu mengusik sedikit luka yang berada di kepala Shinji.
"Tak sak— Aduh! Sakitlah tak guna! Dah! Jangan sentuh lagi!" Marah Shinji setelah memukul lengan Seokjin.
"Ceh. Aku nak tau je." Seokjin mencebik.
"Nak tau rasa sakitnya macam mana? Mari sini aku ketuk kepala kau pula." Shinji mengetap bibirnya.
"Balik." Seokjin dan Shinji serentak memandang ke arah Taehyung yang dari tadinya memandang ke luar tingkap.
"Apa?" Soal Shinji.
"Balik dan jangan datang lagi. Jangan masak apa-apa sebab aku takkan makan." Kata Taehyung dengan jelas dan terang.
"T-tapi kenapa?" Soal Shinji lalu berdiri.
"Aku tak layak dilayan baik macam ni sebab aku dah cederakan kau. Aku taknak cederakan orang lain lagi." Jawab Taehyung dingin.
"Tak! Aku okay je! Aku tau kau tak sengaja. Jangan risau okay? Esok aku datang lagi dan bawa spaghetti yang kau suka—"
"Pergi!" Tengking Taehyung.
Dua kembar itu amat terkejut dengan perubahan mengejut Taehyung itu. Dalam masa yang sama Sungoh baru saja tiba. Mendengar akan jeritan kembarnya itu, segera dia minta maaf pada Seokjin dan Shinji.
"Korang pergilah balik ya? Jangan risau tentang Taehyung. Aku ada dengan dia." Pujuk Sungoh.
Berat langkah Shinji untuk keluar dari wad itu. Dia tidak mahu pergi selagi kawannya itu tidak pulih.
"Shinji." Panggilan Sungoh membuatkan Shinji tersedar dari merenung Taehyung.
"Aku nak jumpa dengan kau di kafe, boleh? Cuma kita berdua." Soal Sungoh.
Shinji memandang ke arah Seokjin. Seokjin hanya mengangguk tanda tidak mengapa. Shinji kembali memandang ke arah Sungoh.
"Baiklah." Ucap Shinji sebelum keluar.
Setelah dua kembar itu pergi, Sungoh berjalan menuju ke arah Taehyung. Satu keluhan dilepaskan. Taehyung mula menangis teresak-esak.
"Aku terpaksa Sungoh. Aku terpaksa. Aku rasa bersalah dengan Shinji, Raesha dan Hanbin." Ucap Taehyung tatkala dia tersedu-sedan menangis.
"Sudahlah tu Taehyung. Kau kena kuat. Ha nah makan ni. Kau kena cepat sihat dan teman aku dekat rumah. Kau kan kembar aku yang happy virus. Mana mungkin aku boleh hidup tanpa kau." Kata Sungoh memberi semangat.
♥♥♥
Raesha dalam keadaan kusut, berjalan melepasi bilik abangnya. Langkahnya terhenti lalu dia berundur kembali. Pintu bilik Hanbin dibuka seluas mungkin. Dia memandang ke arah dinding.
Penuh dengan gambar Hanbin dan kawan-kawannya termasuklah Shinji. Gambar Shinji berada ditengah-tengah kesemua gambar itu. Benarlah abangnya itu sayang pada Shinji. Satu keluhan dilepaskan lalu Raesha berjalan ke arah katil milik Hanbin.
Raesha berbaring di atas katil Hanbin. Air matanya mengalir deras. Mahu saja dia meraung. Tapi ditahan. Dia memeluk bantal Hanbin erat. Tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu berada di bawah bantal Hanbin.
Raesha bangun lalu mengetepikan bantal itu. Terdapat sepucuk surat yang sudah dimasukkan kemas ke dalam sampul surat. Tangannya menggigil-gigil tatkala ingin mengambil surat itu.
Sampul surat dibuka. Dalam keadaan berdebar, Raesha membuka surat itu.
"Abang rasa hukuman ni memang setimpal atas apa yang abang dah buat pada adik. Abang minta maaf. Abang tak layak digelar abang. Dan tentang Shinji, abang cuma cemburu bila Taehyung luahkan kata-kata dia pada abang bahawa dia suka pada Shinji. Abang takut. Abang takut Taehyung akan rampas Shinji daripada abang. Tapi malang. Penyakit leukemia ni semakin memakan diri abang. Abang tak dapat tahan sakit ni lagi. Abang mahukan yang terbaik untuk adik. Abang tak mahu susahkan adik. Lagipun, kos rawatan dan pembedahan mahal. Abang tak mampu. Abang kena jaga adik. Tapi abang tau abang takkan mampu jaga adik lagi lepas ni. Maaf sebab lepaskan tanggungjawab abang untuk jaga adik. Mulai sekarang, adik kena belajar untuk berdikari. Kalau adik nak cari kerja, adik pergilah ke Park Restaurant. Abang pasti, mereka akan terima adik. Abang minta maaf sekali lagi sebab terpaksa buat macam ni. Ini jalan terakhir untuk hentikan kesakitan ni. Maafkan abang. Dan tolong beritahu Shinji yang abang cintakan dia tak kira di mana abang berada. Terima kasih sebab jadi adik yang baik untuk abang selama ni."
Setelah menulis semua kata-kata maaf dan luahan di atas kertas, Hanbin mengeluh. Darah mengalir keluar dari hidungnya lalu jatuh setitik darah di atas kertas itu. Segera dia mengelap darah di hidungnya dengan menggunakan tisu. Hanbin meramas rambutnya. Gugur. Penyakitnya semakin teruk kebelakangan ini dan dia tidak mampu untuk bekerja seperti biasa.
Hanbin meletakkan surat itu di bawah bantalnya dan terus berjalan ke dalam bilik air lalu merenung wajahnya di cermin bilik air. Wajahnya kelihatan kusut, pucat dan tidak bermaya. Air matanya mula mengalir. Sudah lama dia menyimpan rahsia tentang penyakitnya ini dari semua orang termasuklah, Jimin dan Yoongi. Kawan baiknya.
Salah satu ubat diambil di atas rak di belakang cermin. Painkiller. Dia menuang ke dalam tangannya sebanyak mungkin. Botol mineral yang berdekatan diambil. Dia keluar dari bilik air dan menjenguk adiknya yang sudah tidur di dalam bilik.
"Maafkan abang." Ucap Hanbin dengan nada berbisik.
Hanbin kembali berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Dia kembali masuk ke dalam bilik air. Wajahnya diperhatikan sekali lagi.
'Adakah tindakan aku ni betul?' Soal Hanbin di dalam hatinya.
Tiba-tiba, penyakitnya datang menyerang secara mengejut. Hanbin mula mengerang perlahan. Dia jatuh terduduk bersama pil-pil yang berada di dalam genggaman tangannya. Dengan keadaan menggigil, Hanbin menelan ubat-ubatan itu sekaligus dengan bantuan air yang diteguk.
Setelah itu, Hanbin merangkak menuju ke arah katilnya. Seksa. Sungguh dia terseksa. Hanbin baring lalu mengkerekot akibat kesakitan. Lama kelamaan, buih-buih mula keluar dari mulutnya. Akhirnya, nafasnya yang terakhir dihembus setelah menyebut nama adiknya dan juga Shinji.
Dalam situasi yang berbeza, Raesha memerhatikan dirinya dihadapan cermin. Haruskah dia berbuat demikian dan mengikut perbuatan Hanbin? Patutkah dia ikut Hanbin bersama?
Ubat yang sama diambil oleh Hanbin sebelum meninggal dunia diambil oleh Raesha. Dia membuka penutup botol ubat itu. Pil berwarna merah. Air matanya mula bertakung. Benarkah tindakan dia ini?
10 biji ubat dikeluarkan dari botolnya. Sekali lagi Raesha memandang wajahnya di cermin. Disoal dirinya beberapa kali sama ada tindakannya benar atau pun tidak. Raesha bingung. Telefonnya mula berdering. Raesha hanya mendiamkan diri.
"Maafkan Raesha, abang."
♥♥♥
Shinji meneguk air mineralnya sambil menunggu ketibaan Sungoh. Sesekali telefonnya dijenguk. Raesha masih lagi tidak menjawab panggilan atau mesej yang dihantar oleh dirinya.
"Ish. Kemana Raesha ni pergi sebenarnya? Jiran dia cakap, dia ada dekat rumah. Haih." Shinji mengeluh setelah merungut sendirian.
"Hai." Tegur seorang lelaki.
"Sungoh. Duduklah." Jemput Shinji setelah menutup telefonnya.
"Ingatkan taknak jemput duduk tadi." Perli Sungoh lalu ketawa.
"Haa. Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Shinji sebaik sahaja Sungoh duduk.
Dia tidak mahu membuang masa. Dia mahu pergi ke rumah Raesha.
"Aku nak cakap sesuatu. Tapi kau janji yang kau takkan marah aku, okay?" Kata Sungoh sambil menunjukkan jari kelingkingnya.
Shinji menggulingkan bebola matanya. Menyampah. Suka melambatkan masa.
"Eish cepatlah. Aku ada hal penting ni." Rungut Shinji.
"Ish yelah. Kau ni. Sikit-sikit nak marah." Sungoh mencebik.
"Haa cakap cepat." Shinji mula memakai beg galasnya.
"Aku sebenarnya... s—"
'But you ‘ re my everything ( You ‘ re my )
Everything ( You ‘ re my )
Everything ( You ‘ re my )
i naku nare huh
gomen ne ( I hate you )
Love you so ( I hate y—'
"Hello?" Shinji menjawab panggilan sambil meletakkan jarinya dibibir agar Sungoh diam.
'Shinji, kita kena cepat. Makin kita lambat, makin hari gelap. Ibu nak balik kejap lagi. Jadi kita kena pergi ke rumah Raesha cepat.' Bebel Seokjin dari dalam talian.
"Haa yelah. Kau tunggulah dulu dalam kereta. Sekejap lagi aku sampai." Kata Shinji lalu menamatkan panggilan.
"Oh ya. Kau nak cakap pasal apa tadi?" Soal Shinji ingin tahu.
"T-tak ada apa-apa. Saja nak gurau. Hehe." Kata Sungoh berbohong.
"See? Eish buang masa aku je. Dah lah. Aku balik dulu. Esok jumpa dekat sekolah." Kata Shinji lalu berlari meninggalkan Sungoh bersendirian di hospital itu.
"Aku suka kau."
♥tbc♥
Sincerely,
[ violet ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top