seven
♥raesha's♥
Aku perlahan-lahan berbaring di atas katil milik abang. Adakah ini perasaan abang apabila menunggu kematian tiba? Tenang. Sejuk.
Gelang kepunyaan abang, aku genggam dengan kemas. Sekali lagi soalan ini muncul di dalam fikiran aku. Patut ke aku lakukan semua ni? Aku mengetap bibir. Lalu aku bangun semula dan mencapai jaket milik abang.
Aku harus keluar dan pergi dari sini. Tiada kesakitan. Tiada penderitaan. Tiada kesedihan. Tiada lagi memori.. aku dan abang. Jaket berwarna kelabu disarung pada tubuhku. Aku melihat diri di cermin. Mata, hidung dan bibir aku benar-benar kelihatan seperti abang waktu ini.
Aku meraup wajahku kasar lalu menjerit dengan kuat. Aku kembali memandang ke arah cermin. Tiada lagi wajah abang yang dipantulkan oleh cermin di hadapanku ini. Aku segera berlari ke arah bilik tidurku.
Beg baju dibuka seluas mungkin. Baju-baju yang bergantung di dalam almari diambil lalu disumbat ke dalam beg. Begitu juga dengan duit. Setelah mengira jumlah duit simpanan yang aku ada, aku segera memasukkan duit itu ke dalam beg.
Semakin lama aku tinggal di sini, semakin gila aku dibuatnya. Aku tak boleh bertahan.
♥♥♥
"Seokjin. Kau pergilah masuk dulu. Aku nak ambil barang-barang dapur untuk Raesha dalam bonet kereta sekejap." Kata Shinji lalu berlari semula ke arah keretanya.
Seokjin akur. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan menjenguk keadaan di dalam rumah itu. Kepalanya digelengkan. Sungguh berselerak dan tidak teratur. Seperti rumah yang lama ditinggalkan.
"Raesha? Kau dekat mana?" Seokjin cuba menyeru Raesha sambil tangannya ligat mengemas ruang tamu itu.
Namun, tiada sebarang sahutan diterima oleh Seokjin. Setelah siap mengemas ruang tamu itu, Seokjin segera bergegas dan berlari ke tingkat atas.
"Raesha?" Sekali lagi nama Raesha diseru.
Setelah tiba dihadapan pintu bilik Hanbin, Seokjin berhenti lalu menguak sedikit pintu itu. Dalam beberapa detik, Seokjin tergamam. Bilik Hanbin sungguh kemas dan dipenuhi dengan gambar-gambar Raesha dan Shinji.
Seokjin tersenyum nipis. Akhirnya, dia menjumpai satu gambar kecilnya bersama Hanbin di penjuru. Air matanya ditahan sebaik mungkin.
"Aku rindukan kau, Hanbin." Ucapnya perlahan.
Tiba-tiba, seseorang berlari melepasi bilik di mana Seokjin berada. Akibat terkejut dan ingin tahu, Seokjin segera berlari mengejar manusia yang sedang berlari menuruni anak tangga.
"Yah! Berhenti!" Jerit Seokjin.
Akhirnya dia itu berhenti di hadapan pintu dan sedang berhadapan dengan kembarnya, Shinji.
"Raesha?" Shinji berkerut.
♥♥♥
"Apa yang kau cuba buat ni? Apa semua ni? Beg baju? Biar betul? Kau nak lari dari sini? Kau dah gila ke?" Soal Shinji bertubi-tubi sambil berkerut kerana geram dengan tindakan yang cuba dibuat oleh Raesha.
"A-aku.."
"Tak sangka Raesha yang sekarang ni suka buat keputusan terburu-buru." Kata Shinji seakan memerli Raesha.
"Kenapa kau buat macam ni Raesha?" Soal Seokjin.
"Ak— Uhuk!"
Shinji dan Seokjin, kedua-dua mereka tersentak apabila melihat Raesha batuk-batuk sehingga mulutnya berbuih-buih.
"S-seokjin. Telefon ambulance sekarang!" Arah Shinji.
"Ha?" Seokjin masih lagi terkedu.
"Aku cakap telefon ambulance! Kau pekak ke?!" Kata Shinji menengking.
"R-raesha! Bangun! Bertahan!" Kata Shinji sambil menampar perlahan pipi Raesha agar Raesha tidak menutup matanya.
"Bangun!"
♥♥♥
Tangan Raesha kini digenggam kemas oleh Namjoon. Shinji menepuk bahu Namjoon perlahan.
"Namjoon, mari balik. Waktu melawat dah habis—"
"Aku nak jaga dia." Kata Namjoon berkeras.
Satu keluhan pendek dilepaskan oleh Shinji. Shinji hanya akur. Satu sampul berisi duit dan sejambak bunga dihulurkan pada Namjoon. Namjoon terpaku. Dia hairan.
"Ambil ni. Beri pada Raesha bila dia dah sedar nanti. Dan.." Shinji mendiamkan diri seketika.
"Dan apa?" Namjoon menyoal.
"..tolong bawa dia untuk berjumpa dengan Jimin. Aku pasti Jimin akan jaga dia macam adik dia sendiri." Kata Shinji menyambung ayatnya tadi.
"Tapi kau percayakan Jimin ke?" Namjoon berkerut seperti tanda tidak bersetuju.
"Namjoon. Percayakan aku. Jimin dan Raesha memang seperti adik beradik. Aku percayakan Jimin. Ingat, ini amanah dari Hanbin." Kata Shinji sambil memegang tangan Namjoon.
"Tapi—"
"Namjoon. Hanbin tau apa yang dia lakukan. Kau tak percayakan dia ke? Kawan kau sendiri?" Soal Shinji cuba menduga Namjoon.
"Tak. Aku percaya pada dia. Tapi lepas kejadian yang dia dah lakukan pada Raesha—"
"Dia tak sengaja. Dia tak ada niat pun. Tolong percayakan aku. Percayakan Hanbin. Raesha akan baik-baik saja bila ada bersama dengan Jimin. Dan kau tau Raesha hanya sayang kau seorang saja, bukan?" Shinji menguntum senyuman.
"B-baiklah." Namjoon akhirnya akur.
"Terima kasih Namjoon. Dan tentang bil hospital, kau beritahu Raesha supaya tak perlu risau. Aku dah bayarkan untuk dia. Anggap sajalah ini hadiah terakhir untuk dia daripada aku." Kata Shinji sambil matanya tidak lepas dari melihat setiap inci wajah Raesha.
"Hadiah terakhir? Kau nak pergi mana?" Segera Namjoon menghentikan langkah Shinji.
"Tak jauh. Aku cuma akan pindah ke Daegu untuk beberapa.." Shinji mengetap bibirnya.
"..bulan. Dan selepas tu, aku akan pindah ke sini semula selepas semua urusan aku di Daegu selesai. Tolong jangan beritahu Raesha, okay? Aku percayakan kau." Kata Shinji lalu keluar dari wad meninggalkan Namjoon yang masih terpinga-pinga.
"Jom JinJin. Kita dah lambat untuk pergi ke airport." Kata Shinji yang menyedarkan Seokjin dari lamunannya.
"T-tapi macam mana dengan Raesha?" Soal Seokjin.
"Tak perlu risaukan dia. Aku dah uruskan segalanya." Shinji memegang tangan kembarnya itu dan cuba untuk menyakinkan Seokjin.
"Tak. Aku tak nak pergi." Shinji sedikit terkejut apabila Seokjin memberontak.
"Seokjin. Please. Dah tiada apa yang tinggal dekat sini untuk kita berdua. Tolonglah. Hanya beberapa bulan. Takkan lama." Pujuk Shinji sambil mengeratkan lagi pegangan tangannya bersama Seokjin.
"Tapi Shinji.. aku sayangkan Raesha." Akhirnya terkeluar juga rahsia besar yang selama ini dirahsiakan oleh Seokjin.
Shinji terpaku.
"Tak semua benda yang kita sayang—"
"Kau pun sayangkan Taehyung, bukan?" Soalan Seokjin membuatkan pegangan erat tangan Shinji dilepaskan.
"Kau jangan nak mengarut. Hati aku hanya untuk Hanbin. Tak ada sesiapa boleh gantikan—"
"Kalau Taehyung boleh?" Sinis saja soalan yang dilemparkan Seokjin kepada Shinji.
"Sudah! Nak atau tak, kita kena pergi dari sini! Kau tak perlu nak bantah apa yang aku suruh!" Satu tengkingan diterima oleh Seokjin.
Seokjin tergamam. Dia tidak pernah melihat Shinji menengking dirinya sampai begitu sekali.
"Kalau kau berdegil juga, aku takkan teragak-agak untuk hukum kau. Kau adik kembar aku. Dan aku masih lagi lebih tua daripada kau walaupun hanya tua untuk 20 minit. Tolong patuh dan dengar cakap aku. Seoul atau Daegu?" Soal Shinji sambil dadanya berombak akibat menahan marah dan menggenggam tangannya.
Seokjin menoleh memandang ke arah wad dimana Raesha ditempatkan. Dia mengeluh panjang untuk seketika.
"D-daegu." Berat mulutnya mahu menjawab.
"Sekarang mari pergi. Kita dah habiskan terlampau banyak masa di sini." Shinji mula mengorak langkah meninggalkan Seokjin dibelakang.
"Maafkan aku Raesha. Aku.. sayang kau." Seokjin mengikuti kakaknya dengan langkah yang berat.
Dia tidak mahu tinggalkan Seoul. Terlampau banyak kenangan manis dan pahit di sini. Tapi apakan daya. Di Seoul, sudah tiada apa yang tinggal untuk dirinya. Rumahnya habis dijilat api kerana dibakar oleh orang yang tidak dikenali.
Hanya fail-fail dan segala surat yang penting sempat diselamatkan. Manakala ibu mereka, tidak sempat diselamatkan oleh kerana ibu mereka sibuk mengeluarkan barang-barang berharga milik anak kembarnya. Setelah habis kesemua barang-barang mereka dikeluarkan, si ibu pula terperangkap.
Pihak bomba pula tiba di rumah mereka saat api sudah pun reda. Hangus. Semuanya hangus termasuklah, ibu mereka. Seokjin menatap gambar keluarganya yang sudah separuh hangus dimakan api. Air matanya perlahan mengalir.
"Seokjin." Seokjin tersedar dari lamunannya tatkala namanya diseru oleh Shinji.
"Kau okay?" Soal Shinji.
Seokjin membalas soalan Shinji dengan anggukan kecil. Dia tidak mahu berkata apa-apa.
"Maafkan aku. Tapi kita kena balik ke Daegu dan tinggal dengan nenek dan ayah. Lepas aku dapat pegang syarikat papa dengan sah, kita akan datang ke sini balik. Aku janji. Okay?" Pujuk Shinji.
"Hmm." Balas Seokjin ringkas.
"B-bagus. Mari." Shinji melepaskan keluhan pendek.
Dia harus mengambil alih syarikat bapanya itu walaupun di usia muda supaya dia dapat menepati janjinya terhadap Seokjin. Dia harus lupakan segala-galanya pada waktu ini. Wajah Seokjin yang muram itu di pandang sayu.
'Tak lama pun.' Desis hatinya.
♥tbc♥
Sincerely,
[ violet ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top