×7×

Kota Stellar, 3:30 petang..

Kapal angkasa Geng Boboiboy selamat mendarat tidak jauh dari kota tersebut, masing-masing turun dari kapal kecuali Ochobot dimana dia perlu dicas buat sementara waktu kerana dia sudah menggunakan kuasanya dua kali untuk hari ini.

"Mak aih, panasnya! Aku ingat Bumi sahaja panas!" rungut Gopal sambil memandang matahari yang terpancar dengan terangnya.

"Ini sudah petang tetapi panasnya lain macam," kata Boboiboy pula sambil mengipas dirinya.

"Jom kita cari tempat tu cepat, aku tak mahu kita berlengah-lengah." Fang memberi arahan dan mereka berlima mula bergerak mendekati kota tersebut.

Kota itu sungguh senyap sunyi seperti kota mati, tiada kehidupan yang lain bergerak di situ.

"Sudah agak, tempat ni macam kota mati." Fang memandang sekeliling.

"Peliknya, adakah banduan itu menipu kita?" celah Ying.

"Tak mungkin," kata Fang.

Boboiboy memandang sekeliling dan dia ternampak objek yang berkilat dari satu sudut lorong di kota itu, dia menerbeliakkan matanya.

"Fang! Hati-hati!" jerit Boboiboy lalu dia menerkam Fang ke tepi sebelum satu anak panah menembak Fang dari sudut itu.

Anak panah itu mengenai bangunan di belakang mereka dan meletupkan bangunan tersebut, mencampak mereka semua ke tepi.

"Ugh?! Apa?!" Fang terkejut.

"Kita diserang!" jerit Boboiboy lalu banyak lagi anak panah menyerang mereka dari pelbagai arah.

Kelam kabut masing-masing mengelak dari terkena tembak, pelbagai letupan berlaku menyebabkan mereka susah untuk menghalang siapa yang menembak mereka sekarang ini.

"Aku tak nak mati! Aku tak nak mati!" jerit Gopal sambil berlindung dari tembakan itu.

"Hm! Dinding bayang!" jerit Fang lalu dia melindungi kesemua ahli Geng Boboiboy menggunakan dinding bayang.

Tembakan dan letupan masih kedengaran menyerang dinding bayang, Fang sedaya upaya untuk bertahan.

"Tak guna." Boboiboy berdecit.

"Hehe." Tawa kecil seseorang kedengaran, dia menembusi masuk ke dalam dinding bayang milik Fang dengan sangat mudah.

"Huh?! Mustahil!" Fang terkejut.

"Berani kau datang ke sini!" Seth melibaskan lightsabernye ke arah Fang.

"Pedang halilintar!" Boboiboy menahan serangan Seth, percikkan api terjadi antara perlagaan itu.

Seth mendengus sinis dan melompat keluar dari dinding bayang sebelum Fang menurunkannya, Seth memutarkan lightsabernya dengan penuh gaya.

"Siapa kau?!" kata Boboiboy.

"Aku? Aku Seth, selamat bertemu dengan kamu semua." Seth menunduk hormat layak seorang putera kepada mereka berlima.

"Seth?" Fang menerbeliakkan matanya.

"Kau kenal dia ke?" soal Boboiboy.

"Banduan 4560 sebut nama dia tadi, dia kata kita kena berhati-hati dengan dia." Fang membalas.

"Jadi kau ikut kami?!" marah Yaya.

"Oh, cik adik. Aku tak ikut tapi aku sentiasa bersama kamu semua," balas Seth dengan nada sinis.

Seth menggerakkan dengan sangat tangkas dan dia mencampakkan pasir ke wajah mereka berlima.

"Agh! Mata aku!" jerit Gopal dalam kesakitan.

"Jaga pandangan kau!" Seth menyerang mereka berlima dengan sangat pantas.

"Kau yang patut jaga pandangan kau!" Boboiboy dengan matanya tertutup sebelah, menghalang Seth dan perlawanan pedang antara mereka berdua bermula.

Api terpercik antara perlagaan pedang mereka, Boboiboy melibas pedangnya ke arah wajah Seth tetapi Seth melakukan backflip dan menendang pedang Boboiboy ke atas.

"Alamak!" Boboiboy terkejut kerana pedangnya terlepas daripada genggamannya.

"Tumbukan pasir!" jerit Seth lalu pasir berbentuk buku lima menumbuk Boboiboy dengan sangat jauh.

"Boboiboy!" jerit Yaya, Ying, Fang dan Gopal serentak.

Boboiboy mengerang kesakitan apabila badannya terhempas pada salah satu bangunan di kota aku.

"Heh, lemah." Seth tersenyuman sinis disebalik topengnya.

"Tumbukan padu!" Yaya pula melakukan serangannya terhadap Seth.

"Tendang laju!" Ying juga melakukan serangannya secara serentak dengan Yaya.

"Heh, dua lawan satu? Mari sini, ribut pasir!" Seth menggerakkan tangannya ke udara dan ribut pasir memerangkap Yaya dan Ying.

Yaya dan Ying menjerit ketakutan apabila mereka berputar di dalam ribut pasir itu.

"Hoi, kau berhenti sekarang! Jejari bayang!" Fang pula menyerang Seth.

Seth mengelak dari serangan jejari bayang milik Fang dengan sangat tangkas, dia melibaskan lightsabernya dan menyerang setiap jejari bayang yang cuba tewaskan dia.

"Serangan pasir jerlus!" jerit Seth lalu pasir jerlus muncul di bawah kaki Fang dan Gopal.

"E..Eh?! Apa ni?! Fang, tolong aku!" jerit Gopal ketakutan.

"Berhenti bergerak, nanti lagi laju kau kena tarik!" jerit Fang, keadaan tidak terkawal apabila Gopal mula memaut pada dia.

Seth menatap sinis ke arah mereka dan dia memetikkan jarinya, ribut pasir itu menolak Yaya dan Ying yang sudah pening lalat masuk ke dalam pasir jerlus itu.

"E.. Eh?! Apa ni?!!" jerit Ying yang terkapai-kapai di dalam pasir jerlus itu.

"Aduhai, adakah ini superhero yang semua orang suka? Aku nampak korang semua ni lemah sahaja," ejek Seth dengan penuh sinisnya.

"Kau! Kau sebenarnya siapa huh?! Adakah kau yang membunuh anggota TAPOPS itu?!" marah Fang.

"Ya, memang aku yang bunuh mereka." Seth membalas dengan penuh jujur.

"Kenapa?! Kenapa kau bunuh mereka?!" marah Fang lagi.

"Sebab mereka hutang dengan aku!" balas Seth.

"Hutang?! Hutang apa?! Duit?!" tengking Fang.

"Tidak, mereka hutang kebenaran. Kebenaran yang mereka selama ini simpan!" marah Seth.

"Kebenaran? Apa maksud kau?!" marah Yaya pula yang baru sedar dari peningnya.

"Kebenaran yang menghancurkan segala hidup aku! Aku akan pastikan semua rahsia gelap mereka akan terbongkar! Ingat ya, jangan percaya mereka hanya kerana mereka melindungi galaksi!" kata Seth.

"Kau tidak patut membunuh mereka begitu sahaja, entah-entah mereka juga tidak bersalah!" marah Yaya.

"Tidak bersalah? Mereka semua bekerjasama untuk menutup segalanya! Apa yang kau sayang sangat dengan TAPOPS tu?! Oh, aku lupa sebab kau tak pernah rasa apa yang aku rasa!" marah Seth dan tiba-tiba pasir jerlus itu semakin menarik mereka dengan dalam.

"Tidak! Tidak! Berhenti! Jangan buat macam ni!" rayu Gopal.

"Sebab kau sayang TAPOPS sangat, kau akan ditakdirkan seperti mereka. Mati!" kata Seth dan semakin dalam mereka berempat ditarik masuk ke dalam pasir jerlus.

"Tidak! Tidak! Aku tak mahu mati! Aku tak mahu mati! Jangan bunuh aku!" jerit Gopal ketakutan.

"Jangan harap kau nak bunuh mereka!" Boboiboy memecut ke arah Seth menggunakan kuasa halilintarnya dan menyerang Seth dengan libasan pedangnya.

"Heh, dinding ribut pasir!" Ribut pasir mengelilingi Seth dan menolak Boboiboy ke tepi kerana betapa kuatnya ribut itu.

"Selamat berjaya selamatkan kawan-kawan kau," kata Seth dengan sinis sebelum dia menghilang bersama ributnya dengan sekelip mata.

"Tsk, tak guna." Boboiboy berdecit.

"Boboiboy, tolong kami!" jerit Gopal.

"Oh, maaf." Boboiboy berlari ke arah mereka dan dia sedaya upaya menyelamatkan mereka berempat dengan seluruh tenaganya.

Setelah mereka semua berjaya dikeluarkan, masing-masing terduduk dan tercungap-cungap kerana kepenatan.

"Penatnya," rungut Boboiboy, sampai terbaring dia kerana dia paling banyak menarik mereka keluar.

"Maaf, Boboiboy sebab susahkan kau." Yaya memujuk Boboiboy.

"Tak apa, lebih baik kita balik ke kapal dahulu. Korang semua dah kotor," kata Boboiboy.

"Ya. Ugh! Sikit lagi kita dapat tangkap dia," marah Fang.

"Dah, dah. Bawa bersabar, jom kita pergi." Boboiboy terlebih dahulu berjalan.

Setelah masuk ke dalam kapal angkasa mereka, masing-masing masuk ke dalam bilik sementara mereka untuk membersihkan diri mereka termasuk Boboiboy.

Boboiboy berdiri di hadapan cermin bilik mandinya dan mengelap luka yang ada di wajahnya. Dia merenung refleksi dirinya di cermin itu sebelum dia membuka matanya dengan luas dan jari kirinya mengeluarkan kanta lekap yang dipakainya, menunjukkan matanya yang berwarna merah.

"Nampaknya kau makin pandai berlakon," celah seseorang dan Boboiboy melirik belakangnya melalui refleksi cermin.

"Heh, kau pun sama. Aku tak sangka kau sanggup nak bunuh kawan kita, bukan ke kau selalu sayang mereka?.. Gempa," kata Boboiboy.

Gempa menonjolkan dirinya dan menanggalkan topeng yang dipakainya, sebuah senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"Itu kisah lama, kau pun tahukan? Hali?" balas Gempa.

Boboiboy yang selama ini Halilintar sekadar ketawa sinis, dia menanggalkan satu lagi kanta lekap yang ada di mata kanannya.

"Kalau bukan sebab mereka nak datang ke sini, mungkin kita takkan berpecah tapi sekarang aku benci bila mereka masih sayang sangat dengan TAPOPS tak guna ni." Gempa duduk di atas kaunter dan kakinya disilangkan.

"Heh, merekakan anjing-anjingnya TAPOPS sudah tentu mereka akan patuh. Mana lagi mereka akan dapat duit," balas Halilintar.

"Benar juga, sayangnya nak bunuh mereka awal-awal sebab kita masih perlukan mereka sebagai pelindung kita. Tanpa mereka, kita takkan berjaya masuk lagi di kumpulan ini." Gempa tersenyum sinis.

"Heh, jadi kita guna mereka dengan lebih baik lagi. Mereka masih fikir kita adalah Boboiboy yang mereka selalu kenal," kata Halilintar.

"Mudahnya mereka jatuh ke tangan kita," kata Gempa dengan sinis.

"Jadi apa plan seterusnya?" soal Halilintar.

"Oh, kita ada tugas baru nak selesaikan." Gempa menunjukkan cebisan surat khabar yang dikoyakkan oleh Fang kepada Halilintar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top