×5×
"Charlatans Of Judgement ni apa sebenarnya? Syarikat guaman ke apa? Dengar macam ada kena-mengena dengan peguam." Boboiboy mengerutkan dahinya, nasi goreng yang dikemamnya ditelan.
"Mungkin juga tapi aku tak pernah dengar syarikat guaman seperti ini," kata Yaya.
"Mungkin dari planet lain?" celah Fang pula.
"Makhluk asing pun ada syarikat guaman ke?" Gopal mengerutkan keningnya.
"Mestilah ada! Kalau tidak macam mana kita nak sumbat penjenayah ke dalam penjara angkasa?" balas Fang.
"Ada maklumat yang lain pasal Charlatans of Judgement ni?" soal Boboiboy, dia menghabiskan nasi goreng yang disediakan Ochobot itu.
"Tak banyak sangat tetapi belakang kad tu ada nombor. Macam nombor telefon begitu tetapi pihak penyiasatan kata nombor itu sudah dimatikan," terang Yaya.
"Jadi ianya panggilan untuk sekali?" soal Boboiboy.
"Ya," balas Yaya ringkas.
"Mungkin kita boleh tanya mana-mana pihak polis atau pegawai penjara pasal Charlatans Of Judgement untuk pastikan jika ianya syarikat guaman dan juga mana-mana anggota TAPOPS yang rapat dengan mangsa tentang Charlatans Of Judgement." Ying memberi cadangan.
"Oh, aku setuju!" kata Gopal.
"Aku pun! Terbaik, Ying!" puji Boboiboy lalu dia mengambil cawan di atas meja dan ingin meneguk air.
"Boboiboy!!" Suara lantang milik Kokoci mengejutkan Geng Boboiboy terutama sekali Boboiboy yang sedang meneguk air, habis tersembur air ke kertas di atas meja.
"Boboiboy!!" jerit Yaya, Ying, Gopal dan Fang dengan cemas.
"Ma..Maaf!!" ucap Boboiboy sambil terbatuk-batuk.
"Tisu! Tisu! Ambil tisu!" jerit Yaya, habis kelam kabut masing-masing mencari tisu untuk keringkan kertas-kertas itu.
"Maaf! Maaf!" Boboiboy cuba keringkan kertas itu.
Dalam kehuru-haraan itu, Kokoci mendekati Geng Boboiboy dan memanjat kerusi berdekatan dengan meja mereka. Menghempas surat khabar di atas meja dengan sungguh kasar sehingga menarik perhatian Geng Boboiboy.
"Se..Selamat tengahari, Komander." Geng Boboiboy menabik hormat kepada Kokoci.
"Boboiboy!" Kokoci menatap tajam ke arah Boboiboy.
"Y..Ya, Komander?!" Boboiboy menyahut, habis gemuruh dibuatnya apabila Kokoci tiba-tiba menatap tajam ke arah dia.
"Kamu baca ni." Kokoci menghulurkan surat khabar itu kepada Boboiboy.
Boboiboy mengambil surat khabar itu dan membaca muka hadapan surat khabar itu, dia sepenuhnya terdiam.
"Kenapa? Kenapa?" Gopal mendekati Boboiboy dan turut membaca akhbar itu.
"Berita hangat! Hero dari Bumi, Boboiboy kembali menunjukkan diri. Menaikkan suara pada wartawan dan menghalang kerja wartawan?!" Gopal tercengang.
"Huh?!" Yaya, Ying dan Fang turut tercengang.
"Adakah ini betul?" soal Kokoci, suaranya kedengaran tegas.
".. Ya. Maafkan saya," ucap Boboiboy, dia tidak mampu menghadap wajah Kokoci.
"Komander, kami boleh terangkan!" celah Yaya.
"Betul tu, itu bukan salah Boboiboy!" Ying pula mencelah.
"Wartawan-wartawan tu semua yang kerumuni kami sehingga kami sesak nafas, sudah tentu Boboiboy marah! Satu lagi, Boboiboy langsung tak halang mereka! Mereka yang halang kami!" kata Fang.
"Betul tu! Saya pun tak boleh bernafas sebab semalam!" Gopal bersetuju, mereka semua cuba untuk mempertahankan Boboiboy daripada dimarahi oleh Kokoci.
"Tapi tiada cara lain ke selain marah?" marah Kokoci.
"Mereka tak dengar arahan saya dan Yaya! Takkan kami nak guna kuasa kami? Ianya lagi membahayakan," bantah Fang.
"Seorang kadet dibenarkan untuk tinggikan suaranya tetapi bukan dengan cara marah, faham?" nasihat Kokoci.
"Faham, Komander." Boboiboy pasrah.
"Kamu baru sahaja kembali, sudah buat hal. Jangan sesekali buat perkara sama atau kamu didenda," ugut Kokoci.
"Baik, Komander. Maafkan saya," ucap Boboiboy lagi, suaranya kedengaran datar.
"Teruskan kerja kamu," kata Kokoci sebelum dia beredar pergi.
Boboiboy memandang surat khabar yang berada di dalam genggamannya, dia merenung nama wartawan yang membuat berita itu. Tangannya meramas surat khabar itu dengan sangat kuat.
Fang yang terperasan Boboiboy merenung surat khabar itu seperti mahu tembus, mula rasa risau. "Boboiboy? Boboiboy!" Fang menyapa Boboiboy.
"Hu..Huh?" Boboiboy memandang Fang dengan wajah terkebil-kebil.
"Kau okey ke?" soal Fang.
"A.. Aku okey, kau jangan risau." Boboiboy tersenyum manis.
"Okey?" Fang mengerutkan dahinya.
Boboiboy berdehem. "Jadi, bila kita nak mula bekerja?" soal Boboiboy.
"Setelah kau bersihkan diri kau dulu," celah Ochobot.
"Boboiboy tak mandi?! Patutlah busuk!" gurau Gopal.
"Ish, kau ni." Boboiboy menepuk belakang Gopal tetapi dia tidak sengaja menepuk belakang Gopal terlalu kuat.
"Aduh?! Belakang aku!" Gopal merintih kesakitan.
"Alamak! Maafkan aku!" ucap Boboiboy.
"Hah! Kan dah dapat sakit, padan muka kau!" Fang tersenyum gembira.
"Aduh. Kau tepuk kuat sangat, dah kenapa?" tangis Gopal.
"Maafkan aku, aku tak sengaja!" ucap Boboiboy.
"Dah, dah. Boboiboy, pergi mandi dulu okey? Kami akan tunggu," celah Yaya.
"O..Okey," kata Boboiboy lalu dia beredar dari kantin, diikuti oleh Ochobot.
"Wartawan, suka sangat kontroversi." Fang mengambil surat khabar itu.
"Aku setuju, tak ada berita lain ke mereka tu nak cari? Sikit-sikit salahkan orang lain," kata Gopal, tangannya sibuk mengusap belakangnya yang terasa sakit.
"Biasalah, tak kontroversi tak dapat duit. Mereka nak kita semua ni sempurna," kata Fang sambil mengoyakkan surat khabar itu dengan perasaan tidak puas hati.
"Yaloh! Apa yang best buat cerita kontroversi pun aku tak tahu!" celah Ying.
"Sudah, sudahlah mengumpat tu. Tak baik! Lebih baik korang kemas barang mana nak bawa nanti, lagi bagus!" celah Yaya manakala Ying, Fang dan Gopal tersengih seperti kerang busuk setelah ditegur oleh Yaya.
"Baik, cik bos!" gurau mereka bertiga manakala Yaya hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.
Beberapa jam kemudian, Geng Boboiboy sudah bersiap dan mula melakukan kerja mereka. Mereka berada di Penjara Angkasa untuk melakukan soal siasat.
"Maaf, menganggu? Boleh kami bercakap dengan pihak atasan penjara ini?" soal Yaya kepada pegawai penjara yang menjaga kaunter.
"Untuk apa ya, cik?" soal pegawai penjara itu.
"Kami dari pihak TAPOPS yang sedang menyiasat kes pembunuhan anggota TAPOPS yang berlaku baru-baru ini, kami ingin bertanya tentang Charlatans Of Judgement." Yaya memberi keterangan sambil menunjukkan kad TAPOPSnya kepada pegawai itu.
"Sebentar ya," kata pegawai penjara itu sebelum dia melakukan satu panggilan.
Geng Boboiboy memandang antara satu sama lain, mengharapkan kali ini mereka berjaya mendapat maklumat yang lain.
"Ketua kami sudah tunggu di pejabat dia, kamu semua boleh pergi ke sana." Pegawai penjara itu menundingkan pejabat ketuanya itu.
"Baiklah. Terima kasih," ucap Yaya lalu Geng Boboiboy mendekati pejabat yang ditunjukkan.
Yaya mengetuk pintu itu sebelum seseorang membenarkan mereka berenam untuk masuk.
"Maaf kerana menganggu," ucap Yaya.
"Tidak mengapa, silakan duduk." Ketua pegawai penjara itu memperlawa mereka untuk duduk.
Boboiboy dan Fang memberikan tempat duduk kepada Yaya dan Ying kerana hanya ada dua kerusi di hadapan meja ketua pegawau penjara itu.
"Dua kerusi je?" rungut Gopal secara perlahan.
"Ish, kau ni. Jaga adab kau," marah Boboiboy.
"Jadi, kenapa adik-adik semua ingin berjumpa dengan saya?" soal ketua pegawai penjara itu dengan ramah.
"Kami ingin bertanya tentang Charlatans Of Judgement, adakah ianya sebuah syarikat guaman di mana-mana planet?" soal Yaya.
"Charlatans Of Judgement? Saya tak pernah dengar nama syarikat sehebat itu," balas ketua pegawai penjara.
"Eh? Betul ke?" soal Yaya untuk kepastian.
"Ya. Saya uruskan banyak pihak guaman dari pelbagai planet tetapi saya langsung tak pernah dengar syarikat guaman dengan nama itu," terang ketua pegawai penjara itu panjang lebar.
"Macam tu ke," kata Yaya, kedengaran suaranya menunjukkan kekecewaan.
"Adakah kamu ada mana-mana benda melibatkan Charlatans Of Jugdement? Simbol atau apa-apa sahaja. Saya nak tengok," kata ketua pegawai penjara itu.
"Oh, ada!" Yaya menghulurkan sehelai kertas dimana simbol Charlatans Of Judgement padanya.
Ketua pegawai penjara itu memandang ke arah simbol itu dan membulatkan matanya, terkejut.
"Kenapa, tuan?" Yaya mengerutkan dahinya.
"Saya rasa salah satu banduan di sini mempunyai simbol ini sebagai tatu," kata ketua pegawai penjara itu.
"Huh?!" Geng Boboiboy turut terkejut dengan kata-kata ketua pegawai penjara itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top