×4×

Sosok misteri itu terus mengeluarkan senjatanya dan menyerang kumpulan lelaki itu tanpa belas kasihan, darah terpercik sana sini. Dia menyerang mereka semua dengan kesemua tenaga yang dia ada. Habis bergelimpangan kumpulan lelaki itu terbaring di atas tanah dengan kesan luka dan lebam manakala sosok misteri itu sekadar memandang mereka dengan pandangan sinis.

"Si.. Siapa kau sebenarnya?" soal lelaki berbadan besar itu dengan lemah.

Sosok misteri itu bercangkung di sebelah lelaki itu. "Adakah kau pernah dengar tentang Charlatans?" Sosok misteri itu melontarkan soalan pula dan lelaki berbadan besar itu menerbeliakkan matanya.

"Na..Nanti! Kau adalah salah satu daripada mereka?!"

"Jadi kau tahu. Aku kata aku nak ke Genesis Cafe tetapi kau halang aku, sekarang biar kau rasa. Sampah macam kau ni memang patut baring kat sini," kata sosok misteri itu dan dia menyumbat rokok yang belum menyala ke dalam mulut lelaki berbadan besar itu secara paksa.

Lelaki berbadan besar itu cuba untuk melawan tetapi tenaga sosok misteri itu jauh lebih kuat.

"Kunyah. Makan. Aku akan bunuh kau kalau tak makan," ugut sosok misteri itu membuatkan lelaki berbadan besar itu pasrah.

"Bagus." Sosok misteri itu mengeluarkan satu botol alkohol dari beg pinggangnya dan menuangkan cecair ke dalam mulut lelaki itu.

Sosok misteri itu mengambil pemetik api yang diberikannya tadi manakala lelaki berbadan besar itu menjerit ketakutan sambil menggelengkan kepalanya tetapi satu patah perkataan tidak dapat difahami kerana sisa rokok yang masih memenuhi mulut dia berserta alkohol.

"Kalau kau berjaya hidup, kau kira bertuah dan ini amaran pertama aku jika kau berani halang sesiapa lagi. Biar kau tahu siapa yang lebih berkuasa di sini," kata sosok misteri itu lalu menyalakan pemetik apinya itu sebelum membakar mulut lelaki itu.

Lelaki itu menjerit kesakitan kerana mulutnya yang terbakar, sosok misteri itu berdiri dan berjalan meninggalkan lelaki itu terseksa.

"Menyusahkan orang," rungut sosok misteri itu, dia meneruskan perjalanannya ke sebuah kafe yang berada tersorok di dalam lorong itu.

Kedengaran lagu dan suara bergema di dalam kafe itu, lampu disko dan spotlight terpancar dari tingkap kafe tersebut.

Sosok misteri itu berjalan masuk ke dalam kafe tersebut dan terserlah beberapa pengunjung sedang berseronok dan menari tetapi kesemua pengunjung di situ memakai topeng masquerade berwarna hitam.

"Macam biasa," kata sosok misteri itu lalu menghulurkan kad kepada bartender yang berdiri disebalik kaunter minuman.

Bartender yang memakai topeng berbentuk anjing jackal memandang kad itu. "Silakan masuk, Osiris sedang menunggu."

Sosok misteri itu menganggukkan kepalanya dan mengambil semula kad itu, bartender itu menekan butang di bawah kaunter dan pintu rahsia terbuka disebalik rak minuman. Sosok misteri itu berjalan ke belakang kaunter dan memasuki pintu rahsia itu, menuruni tangga yang menuju sebuah pejabat.

Di dalam pejabat itu, terdapat seorang lelaki yang memakai topeng masquerade berwarna putih menghisap rokok. Pejabatnya mempunyai satu aura misteri  dan lampu merah yang menyinari pejabatnya menambahkan lagi keseramannya.

"Osiris," sapa sosok misteri itu.

"Ah, Seth. Akhirnya kau tiba." Osiris menoleh dan tersenyum sinis, tangannya memadamkan rokok di dalam bekas abu rokok. Mata Osiris menatap tangan Seth yang berdarah.

"Apa jadi dengan tangan kau?"

"Itu tidak penting. Kau ada maklumat yang aku nak?" soal Seth sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja Osiris.

"Sudah tentu, kau tahukan anak buah aku semuanya pakar-pakar." Osiris mencampkan sekeping sampul surat bersaiz A4 kepada Seth.

Seth mengambil sampul surat itu dan mengeluarkan sedikit beberapa helai kertas di dalam sampul itu untuk memeriksa.

"Kenapa? Tidak percaya?" soal Osiris, senyuman sinis masih menghiasi bibirnya.

"Tidak, cuma nak pastikan." Seth membalas.

"Kau tahukan aku takkan menipu kau, tidak seperti orang lain yang telah mengkhianati kau. Kau sudah beberapa tahun sertai aku, adakah kau masih tidak percaya aku?" kata Osiris.

"Bukan tidak percaya, cuma berjaga-jaga. Orang zaman sekarang bukannya boleh percaya pun," balas Seth dengan nada dingin.

"Haha! Kau ni selalu dingin aku tapi bila kau dapat bunuh, aku nampak kau gembira je. Kau ni benar-benar lain daripada lain."

Seth menggulingkan matanya, dia malas nak layan ketua dia yang satu ini. Bila dapat berjumpa, ada sahaja dia mahu katakan.

"Jadi, macam mana hidup kau sekarang?" soal Osiris, dia minum sedikit minuman alkohol yang berada di atas mejanya itu.

"Biasa sahaja," balas Seth ringkas.

"Biasa sahaja? Tak buat kawan baru? Kau tidak mahu sesiapa bantu kau?" soal Osiris bertubi-tubi.

"Aku lebih suka lakukannya seorang diri," balas Seth. 

"Bukankah lebih bagus ada orang lain bantuan kau?" kata Osiris dengan sinis.

"Apa-apa sahaja. Kau dah selesai bercakap? Aku ada hal lain."

"Haha! Kau baru sahaja datang, sudah mahu pergi?" seloroh Osiris.

"Aku tak suka duduk di sini lama-lama, aku pergi dulu. Dan satu lagi, ada sampah di lorong sana. Lebih baik kau bersihkan." Seth terus beredar tanpa mengatakan selamat tinggal kepada ketuanya itu.

"Heh. Budak zaman sekarang, suka sangat terburu-buru." Osiris menyalakan sebatang lagi rokok dan bersandar pasa kerusinya.

"Aku pergi dahulu, Anubis." Seth menyapa Anubis Si Bartender yang sibuk mengelap cawan.

"Selamat tinggal. Sila datang lagi, Tuan Seth." Anubis menunduk hormat kepada Seth yang terus keluar dari kafe itu.

Seth memandang jam tangannya dengan perasaan kecewa. "Tsk, sepertinya tidak cukup masa."

■ ■ ■ Our Darkest Secret ■ ■ ■

Stesen Angkasa TAPOPS, 12:30 pagi..

"Boboiboy! Boboiboy!" Ochobot terbang masuk ke dalam bilik Boboiboy dengan keadaan kelam-kabut.

Boboiboy yang masih tertidur sekali sekala mengerang dan menggeliat kerana suara Ochobot yang lantang itu.

"Boboiboy, bangun!" Ochobot menggoncang badan Boboiboy dengan sangat kuat.

"Senyaplah.. Aku mengantuk lagi," rungut Boboiboy.

"Bangun! Dah pukul 12 lebih ni!" jerit Ochobot lagi.

"Huh?! 12 lebih?!" Boboiboy serta-merta bangun.

"Kenapa kau tak kejut aku awal pagi?!" soal Boboiboy yang kelam-kabut berlari ke bilik mandi.

"Yaya suruh aku jangan kejut kau awal pagi, aku fikir nak kejutkan kau pukul 10 tapi aku lupa!" balas Ochobot.

Boboiboy cepat-cepat gosok gigi dan cuci muka dia, dia terus mengeringkan mukanya sambil berlari keluar dari bilik mandi. Dia merentap jaket dan topinya yang berada di kepala katil sebelum berlari keluar dari biliknya, diikuti oleh Ochobot.

"Maafkan aku sebab tak kejut kau awal-awal," ucap Ochobot.

"Tak apa, aku tak marah." Boboiboy mengusap kepala Ochobot.

Boboiboy menapak masuk ke dalam kantin dan terlihat Ying, Gopal dan Fang berkumpul di satu meja yang dipenuhi dengan kertas. Papan putih beroda juga berada berdekatan mereka, nampaknya mereka sibuk menyelesaikan kes pembunuhan itu.

"Oh hai, Boboiboy! Selamat.. Tengah hari?" Gopal tersengih-sengih seperti kambing.

Boboiboy mencebikkan bibirnya. "Mana Yaya?" soal Boboiboy dan dia duduk di sebelah Gopal.

"Ada orang call dia tadi," balas Fang.

"Siapa?" soal Boboiboy lagi manakala Ochobot menyediakan makanan dan minuman kepada Boboiboy.

"Makan ni," kata Ochobot.

"Terima kasih," ucap Boboiboy lalu dia mula mengisi perutnya.

"Entah. Mungkin pegawai polis semalam," balas Fang.

"Korang! Korang!" Yaya berlari masuk ke dalam kantin.

"Hah, panjang umur."

"Kita dah dapat maklumat tentang simbol itu!" kata Yaya dengan teruja lalu memancarkan skrin hologram kepada mereka.

"Car.. Lanterns Of Judgement?" Gopal mengerutkan dahinya.

"Charlatans, lah!"

"Eh, salah ya?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top