×3×

Yaya dan Ying melepasi garis polis di mana cuma kerusi yang rentung sahaja berada di situ, Yaya memakai sarung tangan putih dan menyentuh abu-abuan di atas lantai.

"Nampaknya dia biarkan kertas ni terbakar habis," kata Yaya sambil menyentuh cebisan kertas yang sudah terbakar.

"Masalah macam ni, kemungkinan besar ianya bukti penting dan dia sudah hapuskannya." Ying mencelah, wajahnya berkerut kerana buntu.

"Jumpa apa-apa?" soal Fang yang berjalan mendekati mereka.

"Negatif," balas Yaya sambil menggelengkan kepalanya.

"Hmm. Aku fikir dia tidak pandai bila dia lakukan pembunuhan di tempat ni sebab tempat ni ada kamera," kata Fang sambil mengusap dagunya.

"Dan sebenarnya dia tahu?" celah Boboiboy.

"Ya, aku fikir dia sengaja nak tunjuk kat kita. Dia tahu tempat ini ada kamera dan dia mahu orang lain perasan yang dia cuba hapuskan bukti," kata Fang.

"Kalau aku jadi dia, aku mungkin akan hancurkan kamera tu dahulu sebelum lakukan kerja gila ini," sambung Fang lagi dan matanya merenung ke arah kamera yang berada di siling gudang itu.

"Jadi dia mahu perhatian?" Boboiboy bercekak pinggang.

"Mungkin ya, mungkin tidak. Kita tidak mempunyai bukti yang sahih jika dia sengaja biarkan kamera merakam segala kerjanya, lagipun kita tak nampak dia memandang ke arah kamera kerana muka dia tidak kelihatan." Fang menjongketkan bahunya.

"Benar juga." Boboiboy melepaskan keluhan, dia pun buntu sekarang ini.

"Maafkan saya?" Tiba-tiba satu pegawai polis mendekati Geng Boboiboy.

"Ya, boleh kami bantu?" Boboiboy tersenyum ramah.

"Kami mendapat keputusan bedah siasat," kata pegawai polis itu lalu menghulurkan tablet kepada Boboiboy.

Boboiboy menanggalkan sarung tangannya lalu mengambil tablet itu, dia menekan dokumen bedah siasat mangsa.

"Kami dapati sebelum dia dibakar, dia diserang oleh seseorang yang mempunyai tenaga yang kuat. Terdapat kesan luka di bahagian pergelangan tangan, kaki dan lehernya," terang pegawai polis itu.

"Adakah suspek menggunakan objek tajam?" soal Boboiboy, suaranya kedengaran serius.

"Kami tidak pasti tetapi ada dna organik pada kesan luka itu," balas pegawai polis itu.

Boboiboy terkebil-kebil. "Maksudnya?"

"Kemungkinan besar dia mengikat mangsa menggunakan bahan semulajadi seperti rotan atau sebagainya," terang pegawai polis itu.

"Nanti, nanti! Bukan ke rotan mudah untuk dilepaskan oleh mangsa?! Macam mana mangsa tak boleh lepaskan diri?!" Yaya semakin terkejut.

"Mudah terbakar pula tu!" Ying turut terkejut.

"Itu saya tidak pasti, cik. Itu sahaja dna yang dapat jumpa pada mangsa," balas pegawai polis itu.

"Dna suspek?" Boboiboy melontarkan soalannya.

"Tiada. Sepertinya suspek hapuskan dna kulitnya di kuku mangsa kerana terdapat kesan kikis di kukunya," kata pegawai polis itu dan menunjukkan slide seterusnya pada tablet yang dipegang oleh Boboiboy. 

Geng Boboiboy terdiam sepenuhnya, masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Aku tak sangka dia sehebat itu," bisik Gopal.

"Aku rasa suspek sememangnya pakar dalam hal ini," bisik Fang pula.

"Baiklah, terima kasih atas keterangannya. Sila beritahu lebih lagi jika encik ada bukti baru," kata Boboiboy lalu menghulurkan semula tablet kepada pegawai polis itu.

"Baiklah." Pegawai polis itu menabik hormat kepada Boboiboy sebelum beredar.

Boboiboy menggarukan kepalanya, dia pun sudah buntu kerana tiada lagi bukti kukuh yang mereka mahu cari.

"Jadi, macam mana?" soal Boboiboy.

"Hmm.. Oh, baru aku ingat!" Yaya menekan jam kuasanya dan hologram terpancar dari jam kuasa gadis itu.

"Apa dia?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Korang ingat tak pasal simbol yang kita cakap tadi?" soal Yaya pula.

"..Ingat? Dan?" Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Mungkin sesiapa tahu pasal simbol ni," kata Yaya smabil menunjukkan gambar kad yang diberikan oleh Kaizo.

".. selain kau, Fang." Yaya menatap ke arah Fang.

"Aku macam pernah nampak, okey? Pernah nampak," balas Fang.

"Eleh, entah-entah nampak kat mimpi je." Boboiboy mengejek.

"Eh! Diamlah kau," marah Fang.

"Tapi siapa kita nak tanya?" celah Gopal.

"Mungkin kita boleh tanya pada pegawai polis tadi," kata Yaya dan dia berjalan ke arah pegawai polis sebentar tadi.

"Maaf, menganggu?" sapa Yaya.

"Ya, cik? Apa yang saya boleh bantu?" kata pegawai polis itu dengan ramah.

"Boleh ke encik beri maklumat lebih tentang kad ini?" soal Yaya sambil menunjukkan gambar itu.

"Boleh tetapi cik boleh dapat esok, tak apa ke?" soal pegawai polis itu.

"Tak apa, hantar sahaja kepada saya. Saya akan bincang dengan ahli pasukan saya," balas Yaya.

"Baiklah."

"Terima kasih," ucap Yaya dan dia kembali ke kawan-kawannya.

"Macam mana?" soal Ying.

"Esok dia akan hantar," balas Yaya.

"Esok?!" Gopal tercengang.

"Semua orang sibuk okey? Bukan kita sahaja, kita tunggu sahaja esok." Yaya bercekak pinggang.

"Harap-harap ada lah maklumat penting tentang simbol tu," kata Boboiboy.

"Harap-harap macam tulah." Yaya mengeluh.

■ ■ ■ Our Darkest Secret ■ ■ ■

Malam mula membuka tirainya, ramai penduduk yang mula pulang ke rumah masing-masing di sebuah kota kecil. Tiada sesiapa berani keluar dikala malam menjelma di kota itu kecuali seorang sosok yang berjalan disepanjang kota itu, tangannya sibuk bermain dengan pemetik api dan sekali sekala dia menyalakan pemetik api itu serta memadamkannya secara bergilir-gilir.

Anggota di bahagian kepalanya masih berselindung dengan topeng dan hoodie lagi menambahkan aura misterinya. Dia memandang sekeliling sebelum berjalan masuk ke dalam sebuah lorong yang gelap.

"Kau ada rokok?" soal seorang lelaki berbadan besar kepada rakan-rakannya yang berkumpul di lorong itu.

"Ambil." Salah satu rakannya melemparkan kotak rokok pada lelaki berbadan besar itu.

"Nice." Lelaki berbadan besar itu tersenyum gembira, dia terus mengambil rokok dari kotak dan ingin menyalakannya menggunakan pemetik api miliknya tetapi tidak berjaya.

"Tsk, dah tak ada gas ke apa?! Kau ada pemetik api?" soal lelaki itu tetapi rakan-rakannya sekadar menggelengkan kepala mereka.

"Kau bawa rokok tapi tak bawa pemetik api?! Apa ni?!"

Dalam kebisingan kumpulan lelaki itu, sosok misteri itu terhenti di hadapan mereka dan tangannya berhenti bermain dengan pemetik. Kesemua mata kumpulan lelaki itu memandang ke arah sosok misteri itu.

"Apa pandang-pandang?!" kata lelaki berbadan besar itu dengan kasar.

Sosok misteri itu menyimpankan pemetik api itu di dalam poketnya. "Tepi," kata sosok misteri itu dengan dingin.

"Siapa kau nak arahkan kami ke tepi? Ini tempat aku dan geng aku lepak," kata lelaki itu yang cuba berlagak seperti dia yang kuat.

"Aku tiada masa nak cakap dengan kau," kata sosok misteri itu.

"Heh. Tadi aku nampak kau ada pemetik, bagi pemetik api tu kat aku dan kau boleh lalu. Macam mana?" Lelaki itu tersenyum sinis.

Sosok misteri itu sekadar mendiamkan dirinya dan terus melemparkan pemetik api kepada lelaki berbadan besar itu. Lelaki itu menyalakan rokoknya menggunakan pemetik api itu.

"Kau buat apa lalu di sini? Bukan ke budak hingusan macam kau tak sesuai lalu di sini?" ejek lelaki itu lalu rakan-rakannya ketawa mendengar kata-kata lelaki itu.

"Aku tiada masa nak bermain dengan kau, ke tepi. Aku ada urusan di Genesis Cafe," kata sosok misteri itu dengan perasaan geram.

"Genesis Cafe? Bukan ke kafe tu kelab malam? Kenapa budak macam kau ni pergi kelab malam?" kata salah seorang rakan lelaki itu, dia merangkul lengannya di bahu sosok misteri itu.

"Aku kata aku ada urusan di sana," kata sosok misteri sambil menolak lengan rakan lelaki itu.

"Sombongnya, buat apa nak pergi sana. Lepaklah sini, lagi seronok. Kalau betul kau bukan budak, lebih baik kau tunjuk muka kau tu." Rakan lelaki itu menyentuh topeng sosok misteri.

Sosok misteri itu terus merentap tangan rakan lelaki itu dan mematahkannya tanpa belas kasihan. Lelaki berbadan besar itu dan rakan-rakannya yang lain terkejut dengan tindakan sosok misteri itu.

"Hoi! Kau buat apa, huh?!" Lelaki berbadan besar itu terus menyerang sosok misteri itu.

Sosok misteri menarik salah satu kakinya ke belakang dan terus menendang perut lelaki berbadan besar dengan segala tenaga yang dia ada. Lelaki berbadan besar itu tersungkur dan mengerang kesakitan.

"Ta.. Tak guna, kau! Korang tengok apa lagi?! Serang dialah!" marah lelaki berbadan besar itu.

Kesemua rakan-rakan lelaki itu terus menyerang sosok misteri itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top