×1×

"Ada apa-apa yang terjadi ke semasa aku tiada?" soal Boboiboy, mereka berlima sekarang ini berkumpul di kantin markas.

Yaya, Ying, Gopal dan Fang memandang antara satu sama lain dengan raut wajah yang tidak dapat dijelaskan.

"Kenapa? Korang nampak risau." Boboiboy mengerutkan dahinya.

"Sebenarnya.. Macam mana nak cakap ya?" Gopal menggarukan kepalanya.

"Cakap je, aku tak marah." Boboiboy memandang hairan pada kawan-kawannya.

"Sebenarnya beberapa anggota TAPOPS dari cawangan lain mati terbunuh," kata Yaya.

"Huh?! Kau biar betul ni?!" Boboiboy menerbeliakkan matanya.

"Ya, ianya berlaku dari tahun lepas dan kami masih tidak tahu siapa yang lakukan. Kemungkinan besar suspeknya masih berlegar di luar sana," balas Fang.

"Teruknya, kenapa korang tak bagitahu aku?" soal Boboiboy lagi.

".. Kami tak nak ganggu kau, kau pun tiba-tiba tinggalkan TAPOPS tanpa khabar. Jadi kami risau jika kami ada buat apa-apa salah kat kau," balas Yaya.

"Betul tu! Terkejut kami semua yang lu tiba-tiba nak tinggalkan TAPOPS," celah Ying.

"Adakah itu yang Komander Kokoci beritahu kat korang?" soal Boboiboy.

"Ya," balas mereka berempat serentak.

"Haha, maaf. Aku cuma ambil cuti rehat, itu sahaja." Boboiboy tersengih malu.

"Ish, Komander pun satu. Buat takut orang sahaja kata kau nak tinggalkan TAPOPS," marah Gopal.

"Apa yang kamu semua bincangkan?" celah Kokoci yang berdiri di sebelah meja mereka, membuatkan mereka berlima terkedu.

"Ko…Komander! Bila Komander di sini?" kata Gopal.

"Dua saat lepas," balas Kokoci.

"Komander tak dengar apa yang saya cakap tadi, kan?… Kan?" Gopal mula berpeluh kerana takut Kokoci terdengar kata-katanya tadi.

"Tak… Tapi gaji kamu dipotong bulan ni," balas Kokoci.

"Fuh, nasib baik…. Huh?! Apa?!"

"Kamu semua ikut saya ke bilik perjumpaan, sekarang." Kokoci terus berjalan mendahului mereka semua.

"Na..Nanti dulu, Komander! Komander tak boleh potong gaji saya untuk bulan ni! Saya minta maaf! Maafkan saya!" rayu Gopal.

"Sabarlah ya, Gopal?" Boboiboy menepuk belakang Gopal sebelum dia bangun dan berjalan mengikuti Kokoci.

"Aku baru nak beli game baru," kata Gopal dengan nada sedih, dia turut mengikuti Boboiboy.

Di ruang perjumpaan, Geng Boboiboy berbaris di hadapan Kokoci dan Kaizo.

"Eh, mana Laksamana Tarung?" soal Boboiboy apabila dia menyedari Laksamana Tarung tiada bersama mereka.

"Dia ada hal dengan pihak atasan," balas Kokoci.

"Eh? Kenapa?" soal Ying pula.

"Ini ada kena-mengena dengan benda aku nak katakan sekarang ini… Satu lagi anggota TAPOPS terbunuh," kata Kokoci.

"Huh?! Apa?!" Mereka berlima tercengang.

"Ya dan pembunuhan ini adalah kali ke-25 untuk tahun ni. Mangsa merupakan pembantu kanan pihak atasan TAPOPS dan dia dibakar secara hidup- hidup di sebuah gudang di Planet U-19."

"Kejamnya!" kata Gopal.

"Dan masih tiada bukti tentamg pembunuh tu?!" celah Boboiboy, dia turut terkejut seteruk itu bagaimana anggota TAPOPS itu mati.

"Pembunuh itu sepertinya pakar dalam membunuh, pihak penyiasatan masih siasat di kawasan rumah mangsa jika terdapat bukti di sana." Kokoci membalas.

"Teruklah macam ni, kenapa dia serang anggota TAPOPS?" soal Gopal.

"Mungkin dia ada sesuatu dengan TAPOPS," balas Fang yang sejak tadi berdiam diri.

"Dendam?" celah Yaya pula.

"Mungkin," balas Boboiboy pula.

"Dan saya nak kamu semua turut membantu dalam kes ini," arah Kokoci.

"Eh? Kenapa pula?" Ying kehairanan.

"Kerana kita kekurangan tenaga kerja, saya arahkan kamu semua siasat dengan segera untuk permudahkan anggota penyiasat!" sambung Kokoci.

"Ehhh." Geng Boboiboy merungut kerana tugasan yang diberikan oleh Kokoci adalah bertentangan dari skop kerja mereka.

"Ini dokumen-dokumen penting yang melibatkan pembunuhan sebelum ini, kamu boleh buat rujukan melalui dokumen ini."

Dokumen-dokumen itu dihantar melalui skrin hologram milik Kokoci ke jam kuasa Geng Boboiboy.

"Bukan ke tugas kita kumpul sfera kuasa je ke?" bisik Gopal.

"Ikut sahaja, nanti kena marah pula. Lagipun kita juga yang lindungi galaksi." Boboiboy pula membalas.

"Betul juga tu." Gopal bersetuju.

"Hah! Bisik-bisik apa tu? Bergeraklah sekarang, masa tak tunggu kamu semua!" kata Kokoci dengan tegas.

"Ba..Baik, Komander!" Terkedek-kedek Geng Boboiboy keluar dari ruang perjumpaan setelah Kokoci meninggikan suaranya.

"Adakah mereka akan baik-baik sahaja?" soal Kaizo.

"Mereka sudah besar, mereka tahu apa perlu buat.. Kecuali yang satu itu," balas Kokoci.

"Huh? Maksud Komander?" Kaizo kehairanan.

"Tiada apa-apa, harap-harap tugas mereka berjalan dengan lancar." Kokoci terus berjalan meninggalkan Kaizo yang masih terpinga-pinga.

■ ■ ■ Our Darkest Secret ■ ■ ■

Di kantin, mereka berlima berkumpul di situ dan membaca setiap dokumen yang diberikan oleh Kokoci sebentar tadi.

"Aku tak percaya yang tugas pertama aku untuk tahun ini adalah bukan selamatkan sfera kuasa," rungut Boboiboy.

"Aku setuju! Sejak kes pembunuhan ini berlaku, banyak kes selamatkan sfera kuasa sudah tiada. Aku pun pelik," balas Gopal.

"Peliknya," kata Boboiboy pula.

"Mungkin ada kemalangan yang berlaku beberapa tahun yang lalu sehingga kes selamatkan sfera kuasa dihentikan?" celah Fang, matanya sibuk membaca dokumen yang terpancar melalui jam kuasanya.

"Huh? Kemalangan yang beberapa tahun lalu?" Boboiboy, Ying dan Gopal mengerutkan dahi mereka.

"Tak tahu, aku cuma teka sahaja." Fang menjongketkan bahunya.

"Ish, lu ni Fang! Tak elok main teka-teka sahaja!" marah Ying pula.

"Heh. Ya, ya. Maaf," ucap Fang.

"Uh, korang?" Suara Yaya menarik perhatian mereka berempat.

"Kenapa, Yaya?" Boboiboy memandang ke arah gadis yang duduk di hadapannya itu.

"Tengok ni, rasa-rasanya ni simbol apa?" soal Yaya lalu dia memusingkan skrin hologramnya.

Boboiboy, Fang, Ying dan Gopal memandang gambar pada skrin hologram itu, ianya merupakan sekeping kad yang mempunyai simbol padanya.

"Hmm.. Kenapa aku seperti pernah lihat simbol ni?" Fang mengusap dagunya.

"Eh?! Lu pernah tengok simbol ini?" Ying terkejut.

"Tetapi aku tak ingat aku nampak dimana," balas Fang.

"Hmm.. Meragukan." Boboiboy merenung Fang dalam-dalam.

"Hoi! Bukan aku yang membunuh!" marah Fang.

"Eh! Pembunuh takkan ngaku dia membunuh, okey?" balas Boboiboy.

"Entahnya!" Gopal bersetuju.

"Macam mana kau tahu? Entah-entah ada pembunuh yang mengaku dia membunuh," kata Fang pula yang tidak mahu kalah.

"Dah mula dah mereka berdua ni." Ying menatap datar.

"Hehe, aku rindu tengok mereka bergaduh." Yaya pula mencelah.

Tiba-tiba jam kuasa mereka berbunyi menunjukkan seseorang menghubungi mereka, mereka berlima menekan jam kuasa masing-masing dan nama pemanggil muncul di skrin mereka.

"Eh, Kapten Kaizo? Ada apa-apa masalah ke?" soal Boboiboy.

"Ada, pihak penyiasat menjumpai bukti baru." Kaizo membalas.

"Eh, bukti baru?! Bukti apa?!" soal Gopal pula.

"Rakaman dari tempat kejadian," balas Kaizo.

"Huh?! Rakaman dari tempat kejadian?!" Mereka berlima tercengang dan memandang antara satu sama lain, tidak percaya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top