teaser 1

JANGAN apa-apakan saya." Tangan Kim So Hyun menyentuh dinding. Tiada jalan lain untuk dia melarikan diri dari penjahat-penjahat ini. Kiri dan kanannya juga dinding.

Seorang demi seorang penjahat muncul di hadapannya. Dia berdoa agar ada keajaiban. Tenaga perempuannya tidak akan mampu melawan lima orang penjahat yang kelihatan bengis dan kejam itu. Mungkin pengakhiran nyawanya di situ?

"Tolong jangan."

Tangan salah seorang penjahat itu sudah menarik leher baju kemejanya. Tidak sanggup melihat apa yang bakal terjadi, dia pejamkan mata. Sedikit lagi hidung penjahat itu menyentuh bibirnya. Terasa hembusan nafas penjahat itu di pipinya. Maafkan So Hyun ayah! Ini balasan kerana melanggar arahan ayah.

Lama dia pejamkan mata menunggu tindakan penjahat-penjahat tadi. Tangan yang menarik baju kemejanya sudah tiada. Sebaliknya dia hanya terdengar bunyi orang bergelut dan deraman serigala. Dia buka matanya perlahan.

"Jong In, awak..." Kim So Hyun terkejut melihat seorang lelaki bertubuh kurus berdiri di tengah-tengah penjahat yang sedang mengerang kesakitan. Apa yang terjadi sebenarnya? Tidak mungkinlah Kim Jong In yang bertubuh kecil itu menumpaskan semua penjahat tadi.

"So Hyun... kenapa awak suka balik lambat." Kim Jong In tidak mempedulikan wajah penuh tanda tanya Kim So Hyun. Sebaliknya dia mendekat dan menarik tangan gadis itu. Dia paksa Kim So Hyun mengikuti langkahnya.

"Jong In."

"Shhh." Kim Jong In memberi isyarat agar Kim So Hyun senyap. Dia menggenggam erat tangan gadis itu. Sesekali kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah ada bahaya lain yang menanti mereka.

"Jong In. Hutan..." Tiba-tiba Kim So Hyun diburu ketakutan. Mereka masuk ke dalam kawasan hutan.

"Percaya pada saya. Saya akan lindungi awak." Kim Jong In menoleh dan memberi keyakinan kepada gadis itu untuk mengikutnya.

Bagaikan terpukau Kim So Hyun hanya mengikut langkah Kim Jong In. Mereka merentasi kawasan hutan yang sangat ditakuti oleh penduduk di kawasan perumahan mereka. Khabarnya bukit itu penuh dengan serigala liar. Sebab itu bukit itu dinamakan Bukit Serigala. Bunyi lolongan serigala yang sesekali kedengaran mengesahkan khabar itu. Tapi tiada seorang pun yang pernah melihat sendiri serigala di bukit itu. Tiada yang berani melalui bukit itu walaupun jalan tersebut merupakan laluan pintas untuk sampai ke taman perumahan mereka dari bandar.

"Jong In, saya takut." Kaki Kim So Hyun kaku di situ. Lolongan serigala membuatkan dia takut. Hampir sahaja dia menangis kerana ketakutan. Terasa dekat sahaja bunyi serigala itu.

"Jong In. Saya tak mampu nak berjalan." Kerana ketakutan Kim So Hyun tidak sengaja memeluk tubuh Kim Jong In.

"So Hyun, jangan takut. Saya akan lindungi awak." Kim Jong In membalas pelukan gadis itu. Tiba-tiba matanya bertukar menjadi merah. Perlahan dia menderam hingga menampakkan gigi taringnya. Serta-merta lolongan serigala tadi terhenti.

"Tak ada bunyi serigala. Jom kita teruskan perjalanan." Kim Jong In melepaskan pelukannya. Bau Kim So Hyun sangat harum. Mereka harus bergerak sekarang. Jika tidak...

Kim So Hyun menjadi tenang mendengar kata-kata itu. Mereka berjalan sehingga mereka terlihat sinar lampu taman perumahan. Mereka sudah selamat sekarang. Rumah keluarga Kim So Hyun terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Selang satu baris sahaja.

"Kita dah sampai." Kim Jong In segera melepaskan genggaman tangannya. Dia ketawa melihat gadis itu menarik nafas lega. Wajah Kim So Hyun juga tidak lagi ketakutan seperti tadi.

"Jong In terima kasih sebab selamatkan saya. Awak memang berani. Saya tak akan jejak kaki lagi ke hutan ni. Ngeri." Kim So Hyun pusingkan badan melihat kawasan hutan. Matanya ternampak sesuatu berwarna merah. Sungguh menyeramkan. Dia pusingkan kembali bandannya menghadap Kim Jong In.

"Sama-sama. Ingat jangan selalu balik lewat lagi. Anak gadis tidak elok keluar sampai lewat malam." Ucap Kim Jong In sambil tersenyum.

Pertama kali Kim So Hyun melihat senyuman Kim Jong In. Dia terpesona. Selama ini dia langsung tidak berminat untuk mengenali lelaki kurus itu. Mereka belajar di sekolah yang sama sejak kecil lagi namun baru hari ini mereka berbicara. Kim Jong In di hadapannya adalah seorang lelaki yang berani dan kacak. Rasanya dia sudah jatuh cinta pandang pertama terhadap lelaki itu.

"Baliklah... nanti ayah awak risau." Kim Jong In pusingkan tubuh Kim So Hyun menghadap jalan. Menolak perlahan tubuh gadis itu agar berjalan.

"Awak tak balik rumah?"

"Kita kat depan rumah saya ni."

"Owwh." Kim So Hyun malu sendiri. Dia tidak pernah ambil tahu di mana rumah lelaki itu. Dengan rasa segan, dia melangkah menuju ke rumahnya. Sebelum sampai ke selekoh sempat lagi dia berpusing dan melambai ke arah Kim Jong In.

Kim Jong In membalas lambaian Kim So Hyun. Senyuman kegembiraan terbit dari bibirnya. Namun senyuman itu mati sebaik sahaja terdengar lolongan serigala. Roman wajahnya bertukar serius. Seorang lelaki muncul dari semak.

"Jangan jatuh cinta kepada gadis manusia. Kau akan kehilangan kuasa kau kerana cinta." Kim Jun Myeon memberi amaran.

"Aku tahu." Balas Kim Jong In.

"Kuasa kami bertujuh tidak setanding dengan kuasa kau seorang." Kim Jong Dae yang lengkap berpakaian berdiri sambil berpeluk tubuh di sebelah kanan Kim Joong In. Matanya memerhatikan lorong masuk ke perumahan Kim So Hyun.

Kim Jong In tidak membalas kata-kata Kim Jong Dae. Derianya mengesan sesuatu. Seorang demi seorang kawan-kawannya muncul dari belukar, tempat yang sama dia keluar bersama Kim So Hyun tadi.

"Dia cantik. Bau pun harum. Patutlah Alpha kita tertarik." Baek Hyun menarik nafasnya dalam-dalam. Menghidu bau yang ditinggalkan Kim So Hyun.

"Jangan buat Alpha mengamuk. Nanti teruk kau kena belasah." Do Kyungsoo menepuk perut Byun Baek Hyun. Saat begini sempat lagi bergurau. Mungkin sahabatnya tidak perasan perubahan riak wajah Alpha mereka.

"Masa untuk kita semua balik. Besok ada kelas. Jumpa besok." Kim Min Seok menunjukkan jam di tangannya. Sudah pukul sepuluh malam.

"Tak boleh ke kita terus berada di hutan tanpa perlu balik ke alam manusia." Park Chen Yeol bersuara. Belajar adalah sesuatu yang paling dia tidak gemari. Apalagi mata pelajaran matematik. Pecah kepalanya memikirkan jawapan.

"Kita harus jadi handsome with brain. Musuh akan menyerang kita sama ada melalui kekuatan fizikal atau kecerdasan akal fikiran." Oh Sehun menyambut kata-kata Park Chen Yeol. Pada zaman sekarang otak juga penting dalam mempertahankan diri. Musuh akan muncul dengan apa cara sekalipun.

***

KIM JONG IN duduk di atas bumbung rumahnya sambil matanya ralit memerhatikan bilik Kim So Hyun. Gadis itu sedang mendengar lagu sambil menyanyi. Langsung tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan.

"Dia cantik dan harum." Lintasan suara Byun Baek Hyun muncul di kepala Kim Jong In.

"Jangan masuk ke dalam fikiran aku." Kim Jong In menderam perlahan sambil berkata dalam hati. Dia tahu lintasan itu pasti sampai ke Byun Baek Hyun. Nampaknya sahabatnya itu belum tidur lagi.

"Kita kembar tetapi lain ibu bapa. Hubungan kita unik. Lebih rapat daripada saudara sedarah. Apa yang kau fikirkan aku pasti tahu. Aku tidak mampu untuk menghalangnya."

Kim Jong In faham maksud Byun Baek Hyun. Kawan-kawannya semua ada kuasa berlainan. Dia sebagai Alpha memiliki kuasa yang kawan-kawannya miliki. Byun Baek Hyun mampu membaca fikirannya. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain, yang hanya boleh berkomunikasi jika dia izinkan.

"Kalau mampu aku kawal kuasa ni aku pun tidak mahu dengar kau asyik merintih fikirkan dia. Penat otak aku fikir fasal dia."

Kim Jong In tergelak. Kuasa mereka di luar kawalan diri mereka sendiri. Anugerah kepda mereka yang bergelar penjaga Bukit Serigala sejak lahir lagi. Kim Jong In menarik nafas dalam-dalam. Memcium bau Kim So Hyun yang dibawa angin malam.

"Dia memang lain dari manusia lain. Baunya lain. Aku tak boleh tidur kalau kau asyik fikirkan dia."

"Kenapa aku dilahirkan sebagai Alpha?" Hatinya terikat kepada Kim So Hyun tetapi mereka tidak boleh bersatu. Kalau dia dilahirkan sebagai serigala biasa, tiada masalah untuk dia cintakan gadis itu. Hanya Alpha Betina boleh menjadi pasangannya. Serigala yang akan membantunya menjaga Bukit Serigala kelak.

"Kita tidak boleh memilih takdir kita. Kau jatuh cinta dengan gadis manusia itu sejak remaja lagi. Tapi kau harus ingat tanggungjawab kau terhadap kaum kita."

Kata-kata itu sering Byun Baek Hyun katakan sejak mereka remaja lagi. Dia mampu mengawal rasa cintanya kerana nasihat itu. Tapi sebentar tadi dia tidak mampu menipu perasaannya lagi. Deria serigalanya sangat tajam kalau berkaitan Kim So Hyun. Dari jauh dia mengesan ketakutan gadis itu.

"Kalau kau mampu. Hindari dia."

Kim Jong In tidak membalas. Sebaliknya dia memanjat masuk ke dalam biliknya. Jika dia mampu pasti dia sudah hindari gadis itu. Namun jiwa dan hatinya mahukan gadis itu. Sentiasa ingin berada dekat dan mencium bau harum yang menggetarkan jiwanya.

"Tidur. Jangan fikirkan dia lagi! Kau harus tunggu kehadiran Alpha Betina kau."

nak baca selanjutnya boleh dapatkan Antologi Oppa Saranghaeyo!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top