20
Jiseul melihat balutan pada kakinya itu. Disebabkan kejadian itu, dia diberi cuti sakit selama seminggu kerana kakinya terseliuh dan buku lalinya bengkak menyebabkan dia sukar berjalan.
"Aku nak buat apa seminggu duduk rumah?" dia mengeluh perlahan.
Tubuhnya dibaringkan di atas katil.
"Haechan," nama itu tiba-tiba terpacul dari mulutnya.
"Kenapa kau muncul dan buat macam takde apa-apa yang jadi?" tubir matanya mula bergenang.
.....
"Haechan!" Jiseul tersenyum sebaik sahaja wajah Haechan muncul di skrin komputer riba miliknya.
Seperti biasa, setiap malam minggu mereka akan melakukan panggilan video. Hari biasa, Haechan hanya akan menelefon atau menghantar pesanan sahaja.
"Jiseul ah," wajah lelaki itu tidak ceria seperti selalu.
"Wae? Kenapa kau nampak tak ceria ni? Ada masalah?" Jiseul menongkat wajahnya sambil memandang lelaki itu di skrin.
Haechan menggeleng.
"Kim Jiseul-uri heeojija,"
Senyuman Jiseul mati mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Chan, janganlah bergurau,"
"Aku serius. Heeojija. Uri,"
"Haechan ah, tak kelakar lah. Kau nak kenakan aku kan?"
Lelaki itu menggeleng lagi.
"Aku serius. Mianhei, Kim Jiseul. Jangan cari aku lagi lepas ni,"
Skrin di hadapannya bertukar gelap.
.
.
"Mark! Kau mesti tahu kan? Kau kan kawan baik dia? Dia mesti beritahu kau kenapa dia buat macam tu?" Jiseul menggoncang lengan Mark kuat.
"Jiseul ah, aku tak tahu apa-apa. Sumpah. Last aku berbual dengan dia pun dua minggu lepas. Lepas tu dia langsung tak contact aku,"
Jiseul jatuh terduduk di kerusinya sendiri.
"Jiseul," Koeun mengenggam tangan sahabatnya itu.
"Haechan,"
Koeun terus menarik tubuh Jiseul ke dalam pelukannya bila gadis itu mula menangis. Sementara Mark dan Jeno, mereka hanya berbalas pandangan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top