Isi Hati Farish ( 3 )
Aku mendongak kecil sambil memandang langit. Cuaca nyaman, dengan angin yang bertiup perlahan. Bunyi kicauan burung yang amat menyenangkan membuatkan aku menghembus nafas lega. " What a nice day."
Namun semua tu tak kekal lama. Ketenangan yang aku alami tak pernah bertahan lama. Lebih-lebih lagi bila dia ni datang.
Bunyi tapak kakinya yang kedengaran tidak teratur. Pasti pemilik bunyi tapak kaki ini milik 'dia'.
Memandangkan bunyinya sama macam kali pertama aku dengar dulu.
" Lost your way again, elementary school girl?"
" Jahatnya!" Aku dengar dia hentak kaki kecilnya ke tanah.
Comel.
Tapi cepat-cepat aku tangkis perasaan ini. Baik aku tukar topik lain sebelum benda lain jadi. " You have snacks?"
Aku nampak dia senyum sebelum dia duduk di sebelah aku. Perlahan-lahan, dia keluarkan pelbagai jenis snek yang ada di dalam bagnya.
Gula-gula, coklat, manisan. Dan yang semestinya, Pocky kesukaan aku.
Bag dia ni bag Doraemon ke apa?
" Awak dah makan ke? Takkan terus nak makan snek?"
Ujaran dia langsung aku tak hiraukan. Yang aku tahu, aku nak Pocky. Seraya itu, aku menghulurkan tangan aku ke arah dia, berharap otaknya yang sedikit lembab itu dapat tangkap apa yang aku inginkan.
Nampaknya dia hanya mampu akur. Mestilah, berani dia nak melawan aku?
Tak.
Aku yang tak berani kalau dia melawan aku.
Mesti dia nampak comel.
Nampaknya dia pun ada belikan makanan untuk Kuro. Gemoklah kucing ni nanti.
Tadi makan, sekarang makan.
" Kucing ni, baka Scottish Fold kan?"
Hampir tersedak Pocky yang aku makan. Nasib baik makanan ni sempat hancur sebelum aku tersedak.
Sungguh, aku tak sangka dia tahu prihal baka-baka kucing ni.
Tapi yang pasti, itu saja takkan cukup untuk aku membuat riaksi muka. Aku pun tak tahu... Mungkin, dah terbiasa dengan muka batu ni. Jadi, aku pun anggukkan saja.
" Kucing ni kan mahal. Kenapa biarkan dia dekat sini? Kenapa tak bawak dia balik?"
Hah, ni lagi satu soalan yang pandai.
" This little one might die."
Aku dengar bunyi dia hampir tersedak roti. Sampai tak tertelan dibuatnya. Cepat-cepat dia terus merampas Kuro yang berada di depan aku lalu dipeluknya.
Aku hanya diamkan diri. Tengok seberapa jauh lagi perangainya boleh menjadi comel.
" Kenapa sampai macam tu sekali?!"
" Because they all there, at my home." Jelas aku sambil menguyah sebatang Pocky. " My friends, I mean."
" Tapi kenapa sampai mati?"
" You really believe that they can take good care of the cat?"
Aku terus menoleh memandang wajahnya. Rasanya aku dapat agak apa yang dia fikirkan. Biasalah, budak lembab macam ni sesiapa pun boleh tahu apa yang dia fikir.
Kan?
Mungkin dia-
" Don't you dare benarkan diorang sentuh Kuro! Jangan sesekali!"
" Wh-what's wro-"
" Janji?!"
" O-okay, janji..."
Yang ini, sumpah aku terkejut.
Muka dia betul-betul dekat dengan aku. Wajah dia betul-betul serious. Aku dah dapat agak, mesti dia fikir benda buruk yang akan ebrlaku kalau aku tinggalkan Kuro dengan makhluk empat ekor tu.
Tapi janganlah sampai macam ni sekali.
Ini semua betul-betul tak baik untuk hati aku.
Jadi dengan itu, aku bercadang untuk tukar topik sekali lagi. " What's your name?"
" Hah?"
" Don't make me repeat myself, ignorant girl." Tolonglah, aku rasa aku dah banyak sangat bercakap hari ni. Terasa malas dah aku nak bercakap.
Lebih-lebih lagi dengan spesis baka lembab macam dia ni.
" Ryna..."
" Just Ryna?" Sekali lagi, aku menyoal dia. Terserlah gemuruhnya tu bila aku menanyakan soalan.
" N-Nur Ryna Elyna."
" Hmm..." Aku bersuara kecil lalu mendongak memandang langit sekali lagi.
Sedap nama tu.
Ryna, maksudnya melambangkan ketenangan. Mungkin betul... Sebab...
Aku rasa tenang bila ada dia.
Dan Elyna, bermaksud luar biasa.
Ya, dia memang luar biasa sebab berjaya mengkucar-kacirkan hidup aku.
Tanpa aku sedari, mulut aku berbicara sendiri. " El."
" El?"
Aku tergamam seketika. Aku tak berniat pun nak sebut denagn kuat, tapi tak tahu kenapa, hati ni langsung tak nak ikut kemahuan aku. Nasib baik aku ada muka batu ni, tak delah terkantoi.
Jadi denagn ini, sekali lagi, aku cuma cover kesilapan aku.
" Kau ceroboh tempat aku. Kau rampas kasih sayang kucing aku. Kau rasuah aku dengan snek..."
" Mana adalah! Awak yang suruh saya bawak! Mana ada saya rampas kasih sayang Kuro! Lagipun awka yang janji. Kalau saya bawak snek, awak benarkan saya duduk dekat sini!"
" Kau rasuah aku." Sekali lagi, aku mengulang ayat yang sama. I may talk in malay but itu tak bermakna aku selalunya serious.
Cuma sekarang ni, kelakuan aku macam budak-budak bila denagn dia. Aku tak nak kalah.
Jadi sekarang ni, aku ataupun dia yang macam budak sekolah rendah?
" Rish, awak sangat jahat!"
" Ahh, kau panggil nama aku dengan panggilan yang tak pernah ada orang panggil aku. Kau rampas panggilan nama aku."
" Stop being a child lah, Rish-"
Dia terdiam dekat situ.
Dia terdiam sambil termenung pandang aku. Tepat ke dalam mata aku.
Serentak denagn itu, wajah dia terus berubah merah. " " Ja-jangan salah faham, sa-saya-"
Dah mula balik gelabah dia tu. Gelabah tak tentu pasal dia ni kadang-kadang boleh jadi annoying juga.
But, I don't hate it.
Jujur aku kata, aku pun terkejut bila dia panggil aku dengan nama tu.
Sama macam 'dia' pernah panggil aku.
Sebelum ni, aku akan marah kalau orang panggil aku macam tu tapi dia ni...
Aku selalu lemah denagn budak tak matang ni.
" Kau rampas nama aku. So do I." Aku menyandarkan diri aku pada pohon besar sambil tutup wajah aku dengan topi. " " I'll call you El. Tak ada orang panggil kau denagn nama tu kan?"
Aku tak nampak, tapi aku tahu. Aku tahu dia perlahan-lahan menekup wajah dia denagn tangan.
Mungkin tengah menahan malu?
Tapi... aku pun sama.
Tak tahu kenapa... Susana sunyi ni, aku seolah-olah boleh dengar dengupan jantung kitaorang berdua.
Sangat... laju.
' This is really bad for my heart.' Bisik aku dalam hati.
*****
Sekali lagi, aku memejamkan mata. Sengaja aku biarkan rambut sedikit panjang aku ni ditiup angin penghawa dingin dan kipas.
Memandang aku memang suka sejuk.
Semakin lama aku mendiamkan diri, semakin jauh aku jatuh ke dalam kolam fikiran aku sendiri.
Sampia bila aku harus lari? Aku tak takut, tapi... Aku seolah-olah tak mampu nak berhadapan semua ni.
Perlahan-lahan, aku kembali membuka mata aku.
" So, aku dengar yang korang dating dekat pokok tempat kau selalu lepak itu?"
Lantas dengan itu, aku mengeluh kecil. Bersusah payah aku tidak memperdulikan bicara mereka dengan membayangkan suara diorang sama seperti kicauan burung di pagi hari...
Namun semua itu mustahil.
Suara kembar monyet dan buaya darat itu pun sudah seperti salakan anjing dan nyaringan gagak, inikan pula suara Syafiq. Mahu pecah tingkap bilik dibuatnya walaupun pada hakikatnya suara mereka tidaklah seteruk itu.
Suara mereka yang telah di didik oleh pensyarah berprestij selama empat tahun, takkan lah boleh pecahkan tingkap kan?
" Tak sangka kau lagi sweet dari aku, Far. Mesti kau belajar dari perhatikan aku ka-"
" You're so full of yourself."
Kalaulah aku tak terencat emosi, comfirm aku akan gelak sampai pecah perut.
Tak sangka pula dia terkesan betul dengan ayat aku. Sampaikan batang ros Finn terpatah dua.
" Tapi, seriously doh, kau nampak lain bila dengan dia." Kini, semua mata tertumpu pada arah Syafiq. Termasuk jugak aku. " You seem... Open to people lot more than you do before."
Lama aku merenung wajah dia. Sambil tu, aku berfikir.
Betul ke aku dah berubah? Betulkah aku kelihatan lebih terbuka dari yang sebelum ini? Adakah perubahan ini merupakan satu kebaikan?
Ataupun tragedi yang sama bakal berulang lagi?
Seraya, aku menggeleng kecil. Menidakkan apa yang bermain difikiran aku.
Nampaknya penyakit budak sekolah rendah tu dah berjangkit dengan aku.
Aku semakin hanyut dengan imaginasi aku sendiri, sama macam dia.
Tapi jika betullah aku dah berubah...
Aku harus jauhkan diri balik, dari semua orang.
Aku tak nak benda yang sama berulang lagi.
Aku tak nak kehilangan lagi.
Kalau perubahan ni membawa kegelapan sekali lagi dalam hidup aku...
Aku rela hidup dalam kesengsaraan yang sekarang aku hadapi sampai bila-bila.
Sampai aku mati.
" I'm going out."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top