Epilog : Syafiq
" It's been a while now... Aku mintak maaf sebab tak dapat nak jenguk kau selalu."
Batu nisan yang telah pun dibasahi air bunga kini diusap lembut. Rumput-rumput liar yang tumbuh kini diganti dengan bunga-bunga segar yang harum.
Disini lah dimana tempat kawan baik Syafiq dikebumikan.
Disinilah tempat Zaki beristirehat buat selamanya.
" Zak, aku rindu kau." Satu senyuman dihadiahkan buat Zak yang mungkin ataupun tidak mungkin dapat lihat. " Aku okay je sekarang. Aku dah ada tunang ... But its not a really got starting. Dulu, hubungan aku dengan dia tak berapa baik. Aku tak rapat dengan dia, aku cuba untuk tak ambil kesah pasal dia... Sebab, aku takut..."
Syafiq menghentikan bicaranya. Perlahan-lahan, dia mengambil nafas dalam sebelum menyambung. " Aku takut kalau bila aku dah sayang dia, dia akan pergi tinggalkan aku. Sama macam kau."
Tanpa dia sedar, air matanya menitis. Hatinya terasa sayu. bercakap sendirian disini membuatkan dia sedar bahawa Zaki tiada lagi di sisinya.
" Aku tak sanggup nak kehilangan orang yang aku sayang lagi. Aku cuba jauhkan diri aku dari tunang aku, tapi itu semua cuma keruhkan lagi keadaan. Tapi alhamudlillah, semuanya berakhir dengan baik,. Semuanya atas pertolongan kawan-kawan baik aku, Zak."
" Diorang selalu ada dengan aku ever since aku pindah dari sekolah lama kita. Lebih-lebih lagi mamat poker sorang ni, nama dia Farish. Dia yang banyak tolong aku baiki hubungan aku dengan Lisa. And perempuan nama Ryna ni pun banyak bagi semangat dekat Lisa. Kalau tak ada diorang, aku tak tahu nak buat apa."
Sesekali, tanganya tidak lekang dari mengusap batu nisan milik Zaki. " Kalau lah kau ada, Zak. Aku pasti kita semua boleh jadi satu geng, sekepala."
Syafiq tergelak kecil. Dia seolah-olah dapat membayangkan bagaimana kelakuan Zaki jika bergaul dengan empat kawan baiknya kini.
Dani dan Danish pasti menjadikan Zaki sebagai bahan lawaknya. Atau mungkin pasangan kembar itu pula yang menjadi bahan usikannya, memandangkan Zaki pun boleh tahan nakal juga orangnya.
Jika bersama Ariffin pula, Zaki pasti akan menjadi lebih popular berbanding dulu. Memandangkan dia mungkin berguru dengan Ariffin bagi mendapatkan ilmu-ilmu pikat memikat.
Kalau dengan Farish pula, dia pasti gembira kerana dikelilingi buku-buku koleksi milik Farish. Sudah pasti mereka berdua menjadi rakan membaca. Dia dapat mengagak bahawa Farish pasti akan suka dengan Zaki, memandangkan perangai suka menyendiri dan berdiam mereka tidak jauh bezanya.
" Syafiq?"
Sedang dia tersenyum sendirian memikirkan kehidupan jika adanya Zaki, satu suara yang tidak jauh darinya membuat dia kembali tersedar ke alam realiti yang menyakitkan.
Namun apabila mata mereka bertentangan, Syafiq bagaikan mahu membuka langkah seribu, lari dari situ dengan kadar yang segera.
Sumpah, dia masih belum bersedia lagi.
" Ma-maaf, saya pergi dulu-"
" Syafiq, tunggu dulu! Tolong!" Langkah Syafiq segera terhenti tatkala rayuan Samsiah, ibu kandung kepada Zaki amat sukar untuk dibiarkan. " Tolonglah, jangan lari dari mak cik lagi..."
Wajah Syafiq hanya menunduk memandang tanah. Dia masih belum bersedia. Namun dia tawakal, jika wanita ini mahu belasahnya kerana dialah punca kematian anaknya...
Dia sanggup terima.
Namun, jangkaannya meleset apabila dirinya terasa di peluk.
Erat pelukan itu menyebabkan Syafiq terkelu.
Bau Samsiah membuatkan dia menangis.
Semua ini sama seperti Zaki. Sentuhannya, baunya, cara percakapannya.
Semua ini seolah-olah membuatkan dirinya terasa seakan-akan Zaki berada di hadapannya, memeluk dirinya, cuba untuk memberitahu bahawa semuanya baik-baik saja.
Sumpah, dia amat merindui Zaki.
" Sa-saya minta maaf... Saya betul-betul minta maaf... " Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia benar-benar tidak kuat menghadapi semua ini. "Saya tak dapat nak selamat Zaki... Saya biarkan dia mati..." Tangan Samsiah dipegang erat oleh Syafiq yang kini perlahan-lahan melurut kebawah, melutut memohon kemaafan. " Sa-saya... betul-betul minta maaf..."
" Syafiq, jangan macam ni." Samsiah melutut agar wajah Syafiq dapat dilihat olehnya. Inilah wajah budak lelaki yang selalu bersama dengan anaknya. Inilah dia wajah yang selama ini menjadi kawan kesayangan anaknya.
Inilah wajah lelaki yang Zaki sanggup gadaikan nyawa untuknya.
" Mak cik sikit pun tak marahkan Syafiq, bahkan mak cik bersyukur. Mak nak ucapkan terima kasih, sebab selalu ada dengan arwah Zaki dulu. Dan mak cik nak berterima kasih, kerana pastikan hidup mak cik selesa, sampai ke hari ni."
" Tapi apa yang saya buat tak dapat nak tebus kesalahan saya terhadap Zaki..."
" Macam mana kamu nak tebus kesalahan tu sedangkan kamu tak buat apa-apa salah pun? Mak cik nak kamu tahu, makcik dan Zaki sangat bersyukur kerana Syafiq muncul dalam hidup kami. Kamu banyak bantu kami, Syafiq. Terlampau banyak sehinggakan mak cik tak tahu macam mana nak balas kebaikan kamu."
" Mak cik benarkan saya berkawan dengan Zaki itupun dah sangat berharga buat saya. Saya tak minta lebih dari tu, saya... Cuma nak selalu jadi kawan baik Zaki."
" Dan mak cik nak kamu sentiasa kejar kebahagiaan kamu. Mak cik nak kamu tahu bahawa mak cik akan selalu ada dengan kamu kalau kamu perlu. Mak cik tak akan biarkan anak mak cik sorang ni menderita." Samsiah tersenyum kecil sambil mengusap kepala Syafiq. Sungguh, dia sudah lama meganggap Syafiq seperti anaknya sendiri.
Dan dia tidak sanggup jika terpaksa kehilangan seorang anak, sekali lagi.
" Saya janji dengan mak cik, saya janji dengan Zaki. I will be happy, for your sake. And for my sake too."
" Fiq?"
Syafiq tersenyum kecil lalu menangkis air matanya. " Mak cik, ni saya kenalkan. Lisa, bakal isteri saya."
Lisa membalas senyuman Samsiah sambil menyalam lembut tangan wanita itu. " Apa khabar, mak cik?"
" Khabar baik, nak. Cantik bakal isteri kamu, Syafiq. Ini kalau Zaki ada, mesti dia jealous. Al maklumlah, dia dengan perempuan ni kemistri tak kuat sangat."
Serentak, mereka bertiga ketawa kecil. Apa yang telah terjadi sebelum ini akhirnya membawa hikmah buat diri Syafiq.
Dia berjaya menemukan kebahagiaannya.
Dia berjaya menemukan seseorang yang sekali lagi boleh dipanggil sebagai sahabat.
Dia berjaya menemukan seseorang untuk dia sayangi, sepanjang hidupnya.
Dengan apa yang telah berlaku sebelum ini, susah senang yang dia hadapi sebelum ini...
Dia amat berterima kasih kepada Zaki kerana telah selalu berada dengannya, selalu menjadi kan baiknya, tidak kira apa pun yang berlaku.
" Jom kita balik! Kami hantarkan mak cik sekali." Membiarkan Lisa dan Samsiah jalan beriringan di hadapannya membuatkan Syafiq gembira. Nampak gayanya, dia masih boleh menghabiskan masa bersama orang kesayangan Zaki.
Sedang dia hendak melangkah bagi mendapatkan Lisa dan Samsiah, kakinya terhenti dengan sendiri. Seakan-akan terdengar sesuatu berbisik di belakangnya.
Bisikan suara dari seseorang yang selama ini dia rindui.
" Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau."
Dia kenal akan suara itu, namun apabila dia menoleh, tiada siapa di belakangnya.
Melainkan kubur milik arwah Zaki.
Sesekali dia tersenyum kecil. Nampaknya, Zaki benar-benar kawan yang baik dan sampai bila-bila pun kenyataan itu pasti tidak akan berubah.
Dia bersyukur kerana Zaki muncul di dalam hidupnya.
Zak, terima kasih banyak-banyak.
" Agaknya lama sangat aku berkawan dengan Farish ni. Habis aku terkena tempias kuasa psikik dia."
Epilog : Syafiq
~ TAMAT ~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top