Epilog : Dani & Danish
Serentak, Dani dan Danish menarik nafas panjang lalu dihembus kuat. Sebelah tangan mereka memegang erat bagasi, manakala sebelah lagi kuat mengenggam tangan masing-masing.
Setelah 12 tahun, akhirnya kini...
Mereka benar-benar pulang ke pangkuan ibu dan adiknya.
" You ready?"
" Err, tbh, not at all. I mean, kau rasa kita patut letak kasut kita kat mana nanti? Depan pintu or atas rak?"
" Seriously, Dan? Itu yang kau nak tanya?" Danish mengangkat keningnya. Seolah-olah tidak percaya dengan soalan lembab abangnya. " Kau patut tanya kita nanti tidur bilik tingkat atas ke tidur bilik bibik dekat bawah."
Nampak, fikiran adiknya juga tidak kurang lembabnya.
" Ha ah lah weyh! Macam mana nanti kalau tetiba kita masuk rumah tu, then suddenly ibu campak kain baju dekat kita?"
" Itu tak teruk lagi. Kalau tetiba dia heret kita masuk dalam bilik air, cuci jamban, apa kau nak buat?"
" Kalau macam tu, better kita duduk je dekat condo kita."
" I agree with you, my brother."
" How about you guys masuk dalam dulu, kita borak-borak then only baru kita fikir which room should i put you guys in?"
" Ibu!"
Doktor Yana tersenyum kecil di hadapan muka pintu. Dari tadi sebenarnya dia memerhati telatah kedua anak kembarnya itu, sungguh dia tidak sangka pemikiran anak-anaknya sangat pelik dan melucukan. " Meh sini..."
" Hmm? Ke-kenapa?" Genggaman tangan Danish dan Dani semakin kuat menggenggam sesama sendiri. Doktor Yana tiba-tiba saja medepankan tangannya. Jujur mereka katakan, mereka masih lagi takut dengan kegarangan dan ketegasan Doktor Yana.
Bagaimana kalau dia bukannya mahu memeluk mereka, bahkan dia mahu 'chokeslam' mereka seperti mana mereka lihat di WWE?
Okay tak, abaikan teks tu.
Sekali lagi, wanita tersebut hanya mampu tersenyum. Dia tidak salahkan mereka kerana takut akan dirinya.
Namun dia salahkan dirinya sendiri, kerana terlampau berkeras dengan mereka.
" Ibu nak peluk anak-anak ibu. Ibu rindu anak-anak ibu."
Lantas, air mata mereka berguguran, satu persatu membasahi pipi. Sungguh, mereka tidak sangka.
Hari yang dinanti mereka kini telah tiba.
Hari di mana mereka kembali bahagia bersama keluarga di sisi.
Hari yang selama ini hanya mampu mereka bayangkan dan catit di dalam diari mereka.
Akhirnya kini...
Mereka benar-benar telah kembali ke pangkuan ibu mereka.
" Ibu!"
Pelukan dari mereka membuatkan Doktor Yana hampir tumbang. Dia turut sama gembira. Dia benar-benar gembira kerana akhirnya, anak kembarnya kembali ke sisinya. " Ibu minta maaf. Ibu terlalu pentingkan diri. Ibu langsung tak fikirkan perasaan kamu berdua. Ibu terlalu pentingkan diri."
" Kitaorang yang patut minta maaf. Kitaorang nakal, ibu. Kitaorang minta maaf."
" Dan minta maaf, ibu. Dan janji dah tak jahat lagi. Dan janji Dan jaga Dian baik-baik, Dan sanggup buat apa je, asalkan.. asalkan ibu tak-"
" Hey, hey! Anak ibu, pandang sini." Kedua pipi Dani dipegang erat lalu mata mereka bertentangan. Wajah Dani dan Danish tidak lagi comel seperti selalu, bahkan kini wajah mereka lecun dibasahi air mata, hingus meleleh seakan-akan anak kecil. " Ibu tak akan buat lagi. Ibu tak nak berpisah dengan kamu. Ibu janji lepas ni, walau apapun yang terjadi, its gonna all of us and we will stick together until forever."
" Betul ke?" Dani dan Dnaihs berpadu suara, memastikan kebenaran disebalik kata-kata ibunya.
" Betul, sayang."
" Mana aci, korang je yang dapat peluk."
Kini, mereka menoleh memandang ke suatu sudut, dimana Diana tersenyum sambil mengelap sisa air mata yang berbaki.
Sumpah, ini merupakan hari yang yang menggembirakan buat dirinya.
" Dian pun nak peluk juga!"
Seraya, mereka bertiga memeluk Diana sambil tergelak kecil.
Gelak tawa yang sudah bertahun tidak kedengaran di dalam rumah besar ini.
Kesedihan dan duka yang menyelubungi rumah ini seakan-akan hilang dengan kepulangan Dani dan Danish.
Selepas ini, walau apa pun yang terjadi...
Dani dan Danish mempunyai tempat yang mereka boleh panggil sebagai 'rumah'.
Tempat yang akan sentiasa menanti kepulangan mereka, walaupun di mana saja mereka.
Kepulangan mereka bakal disambut dengan senyuman lembut dan pelukan hangat.
Dani dan Danish kini saling berpandangan dan tersenyum lebar.
" Finally, we are home."
Epilog : Dani & Danish
~ TAMAT ~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top