Bab 76
" Saya tanya, kenapa awak buat semua ni?!" Dokumen yang ada ditanganya dihempas kuat ke atas meja. Namun, air muka Fairuz sedikit pun tidak berubah, tiada rasa takut atau terkejut.
Dia hanya mampu senyum kecil sambil memandang dengan matanya yang sayu.
Polis yang berada di hadapannya mulai buntu. Mati akal dibuatnya apabila Fairuz hanya tersenyum setiap kali mereka menanyakan soalan. " Kita nak buat apa ni?"
" Jangan tanya aku, aku pun nak buntu gila tak tahu nak buat apa."
" Kalau macam tu, kita-"
" Biar saya yang uruskan hal ni."
" Tuan Raziq!" Tabik diangkat apabila daun pintu dibuka oleh Cif Inspektor Raziq. " Tapi suspek langsung tak memberi kerjasama. Macam mana tuan nak uruskan?"
Satu senyuman kecil terukir di bibir lelaki berwajah bengis itu.Ini bukan kali pertama dia berurusan dengan orang begini.
Apatah lagi dengan si Fairuz ni.
" Itu saya tahu apa nak buat. Sekarang ni, saya nak kamu semua tinggalkan bilik ni. Tinggalkan kami berdua sendirian."
" Baik, tuan!"
Daun pintu di tutup perlahan. Kerusi yang berhadapan Fairuz ditarik lalu punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi tersebut. " So, agak lama jugak tak jumpa kau."
Masih lagi tersenyum. Senyuman Fairus sedikit sebanyak membuatkan Raziq berasa risau. Fairuz merupakan lelaki yang jarang menunjukkan emosinya. Seseorang yang jarang tersenyum dan selalu tegas dengan pendiriannya.
Namun hanya ada seorang saja yang dapat mengubah dirinya. Iaitu Liliana Clemence Milhiore, isteri Fairus yang berdarah Perancis.
Isteri kesayangannya, sehingga dia mati.
" Straight to the point, aku langusng tak percaya bila kau kata kau yang bunuh Liliana. Aku tak percaya yang korang selalu bergaduh dan memang berniat untuk berpisah. Tapi yang aku tahu..." Raziq mendekatkan badannya ke arah Fairuz. " Aku tahu kau ada sebab yang kukuh kenapa kau buat semua benda ni."
" You're the same as always, Ziq. Dari zaman sekolah sampailah sekarang, aku still tak dapat nak tipu kau." Untuk kali pertamanya sejak dia tiba di balai, Fairuz bersuara sambil tersenyum kecil. Bukan senyuman yang dibuat-buat, ianya merupakan senyuman kelegaan.
Lega kerana akhirnya, seseorang yang dia percayai telah hadir di hadapannya.
" Aku takkan paksa kau untuk ceritakan semuanya, tapi aku cuma nakkan kepastian. Pembunuh Liliana, bukan kau kan?"
Fairuz menggeleng kecil. " Nak marah dia pun aku tak sanggup, inikan nak bunuh dia."
" Kenapa kau sorokkan perkara yangs sebenar?"
" Aku tak nak nyawa anak aku terancam." Fairuz menarik nafas panjang. Fikirannya tertumpu pada Farish seorang. " Kau pun tahu kan, Farish macam mana budaknya?"
" Mestilah. Aku nak dia jadi polis bila besar nanti. Budak tu sangat, sangat pandai."
" Jangan nak memandai. Tu anak aku." Serentak, mereka berdua tergelak kecil. " Aku tak nak dia bazirkan masa depan dia semata-mata untuk balas dendam. Aku nak dia hidup macam budak lain. Mmbesar dalam keadaan selamat dan terjamin."
" Sebab tu kau dengan Liliana buat keputusan untuk lakukan semua ni? Sorokkan identiti sebenar pembunuh supaya nyawa orang lain selamat?" Fairuz mengangguk kecil. " Tapi kau yakin ke yang 'dia' tak akan cari Farish lagi? Lebih-lebih lagi kau dalam penjara sekarang, kau tak rasa ke kemungkinan 'dia' untuk cari anak kau lepas ni sangat tinggi?"
Terdiam, Fairuz seolah-olah tidak dapat berkata apa-apa. Apa yang dikatakan oleh Raziq sememangnya betul. Bagaimana dia hendak melindungi anaknya sedang dirinya dikurung di sebalik tirai besi?
" Apa yang... boleh aku buat, Ziq?"
Raziq lama merenung dalam ke wajah Fairuz. Masih tidak berubah lelaki ini. Masih lagi kacak dengan gayanya yang bersahaja. Namun kerungsingan yang dia alami, kesedihan yang dia rasai, semuanya Raziq dapat rasakan. " Aku boleh tolong kau, tapi dengan syarat."
" Syarat?"
" AKu akan lepaskan kau dari sini. Tapi, kau kene bantu pihak polis dengan ceritakan semua benda yang terjadi. Jangan risau, hanya kumpulan aku yang akan tahu kisah sebenar ni dan kitaornag akan pastikan rahsia ni selamat antara kita."
" Maksudnya... AKu boleh keluar dan, lindungi anak aku?"
Raziq tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya. " Tapi kau jangan happy sangat. Sepanjang kau bebas, kau masih lagi dibawah pengawasan aku. Boleh?"
" Apa-apa pun yang kau nak, aku akan buat. Selagi aku boleh bersama dengan Farish, apa pun aku sanggup."
*****
Air matanya jatuh satu per satu. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diceritakan Farish, Ryna kini dibasahi dengan air mata. Sungguh, dia sedikit pun tidak menyangka bahawa Farish terpaksa melalui semua ini. " Jadi selama ni..."
" Orang yang bunuh mak kau dan juga yang bunuh tunang Ryna dalam kejadian langgar lari tu sebenarnya orang yang sama. Pembunuh tu sebenarnya.... "
" Ayah kau."
" Tapi kenapa?!" Ryna berteriak kecil membuatkan Khairul tersentak. Dia sudah bersedia untuk dibenci oleh Ryna, namun seperti yang dia jangka, ini semua bukannya mudah bagi dirinya. " Kenapa ayah awak nak buat sampai macam tu sekali?! Kenapa dia nak tengok kami semua menderita?!"
" Mungkin semua ni bermula dari salah kami sendiri."
" Daddy?"
Fairuz tersenyum sedikit sambil menangkat tangannya tanda sapaan. " Hi there."
" Uncle Fairuz..." Sekali lagi, Khairul menundukkan wajahnya. Sungguh, rasa serba salah benar-benar menghurungi dirinya. Semua ini berlaku kerana sifat jahay ayahnya sendiri. Jika bukan kerana ayahnya....
Mungkin dia dapat menjadi kawan yang terbaik buat Farish.
Lama dia mengamati wajah Khairul, namun dia tidak boleh membencinya. Kerana apa yang telah berlaku, sedikit pun tiada kaitannya dengan Khairul.
Anak ini tidak bersalah. Dia hanya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak agar ayahya dapat hidup dengan aman tanpa sebarang dendam menghantui dirinya.
" Kamu tak pernah bersalah. Jujur uncle kata kalau ayah kamu ada dekat sini, uncle tak akan teragak-agak untuk bunuh dia, sama macam apa yang telah dia buat pada isteri uncle. Tapi kalau kamu, kamu langusng tak salah apa-apa."
" Tapi ayah saya..."
" Dosa bukan untuk diwarisi, Khai. Apa yang ayah kau dah buat, bukan tanggungjawab kau untuk pikul semua tu. Kau dah cuba sdaya upaya. Kau datang Malaysia, rapat dengan aku, cuba bantu aku sedaya yang boleh. Kau rapat denagn Ryna, cuba tenangkan dia dan jaga dia selama ni, semua tu dah memadai."
" Tapi Far, aku... Aku rampas Ryna dari kau."
" Awak tak pernah rampas apa-apa pun." Ryna bersuara kecil tatkala wajahnya sayu memandang Farish. " Awak tak pernah rampas saya dari sesiapa. Saya... Dari mula lagi, saya bukannya milik Farish."
Sesekali, Fairuz mengerling memandang Farish di sebelahnya. Jelas kelihatan wajah hampa anaknya pada ketika itu. Sesungguhnya dia tidak tahu masa ada mahu bersimpati ataupun ketawa.
Sebab, dia sendiri tidak pernah tengok anaknya berada di dalam keadaan dimana dia akan menunjukkan perlbagai emosi pada waktu yang sama.
" Apa yang terjadi pada bakal suami Ryna, itu semua memang diluar jangkaan semua orang. Tak sangka pula dia akan balas dendam dengan meragut nyawa tunang Ryna dan bukannya Ryna sendiri. Mungkin, dia memang dah rancang untuk tengok semua keturunan kami terseksa-"
" Tak!" Ayat Fairus terhenti tatkala Khairul tiba-tiba saja meninggikan suaranya, cuba menafikan apa yang hendak Fairus katakan. " Ayah saya... Tak sejahat tu!"
" Dia bunuh banyak orang, itu tak jahat ke?"
" Tapi dia dah menyesal! Dia sangat-sangat menyesal! Dia sedar apa yang dia buat selamanya tak bermakna apa-apa pun. Wlaaupun dia dah balas dendam, dia masih tk dapat apa yang dia nak. Sampaikan pada saat-saat akhir dia.. Dia merayu... Dia.." Esakan Khairul mula kedengaran. Tangisannya mula menjadi penghalang buatnya itu bertutur. " Hi-hinggakan ke saat akhir pun dia..."
" O-oii budak, apa maksud kau hingga ke saat akhir?!" Fairuz mula gelabah. Masakan ayah Khairul sudah...
" Sehinggakan sebelum dia hembuskan nafasnya yang terkahir, dia merayu, menangis minta maaf atas apa yang dia telah lakukan. Dia rampas nyawa wanita kesayangan Farish dan uncle. Dia ragut kebahagiaan Ryna dengan tunangnya. Dia musnahkah kebahagiaan orang yang suatu ketika dulu merupakan kawan-kawan baik dia. Atas segala yang telah dia lakukan, atas segala dosa yang telah dia buat, dia merayu, semahu-mahunya, menuntu kemaafan dari semua orang!"
" Jadi... Maksudnya.. Ayah kamu... Khalid.. dia dah..?"
" Meninggal dunia... Cancer hati tahap 4. Tahun lepas, bulan april."
" Masa tu... Kau kata kau terpaksa balik ke UK sebab ada urusan, kan?" Khairul mengangguk kecil, mengiakan apa yang dikatakan oleh Farish. " Maksudnya masa tu kau balik sebab... Ayah kau dah nazak?"
" Sebab tu aku datang sini balik. Aku sendiri terkejut dengar cerita ni semua dari mulut ayah aku. Sumpah, aku sendiri sampai sekarang tak tahu macam mana nak maafkan ayah aku sendiri, jadi... Aku tak marahkan korang kalau korang tak dapat nak maafkan ayah aku. Sebab tu aku balik ke Malaysia, aku nak tebus balik kesilapan ayah aku..."
Suasana sekali lagi berubah sepi. Fairuz sendiri tidak sangka bahawa Khalid telah pergi meninggalkan mereka. Nampaknya dia tidak berjaya membantu Raziq untuk membawa Khalid ke muka pengadilan.
Ryna yang tadi hanya mendengar sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi. Semua ini terjadi kerana ayah Khairul. Jika kekeliruan ini tidak berlaku, jika tragedi ini tidak terjadi...
Pasti dia kini sudah bahagia bersama Farish.
" Sa-saya... minta maaf.. bagi pihak ayah saya-" Pelukan kuat oleh Fairuz membuatkan bicara Khairul mati. Matanya terbeliak kecil. " Un-uncle, apa yang-?"
" Uncle minta maaf... Uncle tak sangka kamu lebih banyak menderita. Kamu tak tahu apa-apa tentang semua ni tapi kamu..." Pelukan Fairuz bertambah erat tatkala hatinya semakin merudum akibat kesedihan yang melampau. " Uncle nak kita tamatkan semua ni... Lupakan semuanya dan.... Kita semua mulakan hidup baru."
*****
Ryna menarik nafas panjang sambil memandang pemandangan ptang dihadapannya. Dia masih lagi di tanah perkuburan, betul-betul di kubur arwah Liliana.
Fairuz dan Khairul telah pun beredar, mengambil keputusan untuk berjumpa kesemua kenalan mereka dahulu untuk menyampaikan cerita ini dan memohon kemaafan bagi pihak Khalid.
" You wanna go home now?"
Ryna terkejut kecil lalu menggeleng perlahan. Teguran Farish membuatkan dirinya yang hanyut dalam fikiran sendiri terhinjut bahunya." Ta-tak, belum lagi... Abang Finn belum sampai."
" I can drive you home." Keadaan Farish nampak sudah kembali normal. Nasib baik saja dia hanya mengambil beberapa teguk dari kopi tersebut. Jika dia habiskan semua, mahu kecoh jadinya.
" It's okay."
Sekali lagi, suasana sepi menyelubungi mereka. Masing-masing tidak tahu apa yang perlu mereka katakan.
" El..."
Ryna menyahut kecil tanpa menoleh memandang Farish. Pada ketika ini, dia terasa sangat malu. Memandangkan Farish dihadapannya ini juga merupakan Vince. ketua kumpulan muzik kegemaran dunia. Mengapa baru sekarang dia sedar akan perkara ini? " Ye-ye?"
" I'm sorry. For everything... Aku tak bermaksud untuk sakitkan hati kau. Aku... Aku cuma nak kan kau bahagia, thats all."
" Tapi awak tahu tak, saya bahagia kalau ada dengan awak."
" I know..." Farish mengerling memandang Ryna lalu kembali memandang matahari yang semakin terbenam. " Sebab aku pun gembira kalau kau ada dengan aku. But i'm sorry... Aku... Tak dapat nak tunaikan hajat kau."
" Tak apa... saya faham."
Suasana kembali sunyi. Masing-masing kembali membisu. Lama mereka mendiamkan diri, sehinggalah Ryna terasa bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
Farish tiada lagi di sisinya.
" Rish? Rish?! Awak dekat mana?!" Berulang kali namanya dipanggil, namun masih tiada sahutan yang dia terima. Mungkinkah... " Rish, betul-betul dah tinggalkan aku ke?"
" Stop talking like that, you are scaring me."
" Awak pergi mana?!" Lengah Farish cicubit kuat menunjukkan betapa geramnya dia terhadap lelaki ini. " Jangan lah suka-suka hilang macam tu je!"
" Sorry. Aku... Pergi ambil ni tadi." Sebuah beg violin ditunjukkan pada Ryna. Beg tersebut kelihatan lama, namun violin yang ada di dalamnya kelihatan rapi dan dijaga dengan baik. " Ni, hadiah yang mak aku nak bagi masa hari jadi aku... Well, dia tak sempat nak bagi."
" Violin?"
Farish mengangguk kecil. " You know, aku sebenarnya nak kau simpan violin ni."
" Ta-tapi, inikan hadiah dari mak awak. Benda ni mesti sangat sangat sangat penting untuk awak."
" Dan aku nak barang yang sangat sangat sangat penting ni dijaga oleh orang yang akan selamanya jadi sangat sangat sangat penting bagi aku."
Jantung Ryna berdebar laju tatkala mendengar biacara Farish. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan begini.
Ini membuatkan dia teringat akan masa mereka bersama. Di mana dia pasti akan jatuh hati pada Farish berulang-ulang kali apabila lelaki itu berbicara begini.
" Ke-kenapa awak tak nak simpan sendiri?"
" Lepas ni aku takkan main muzik lagi. My main focus will be on my father business. And also business keluarga mak aku. Dua bisnes besar yang aku kena jaga, aku rasa aku dah tak ada masa nak main benda ni lagi."
" Maksudnya, awak akan berhenti dari... The Noizers?"
Farish terdiam seketika. Pada kali pertama mereka bercadang untuk menubuhkan The Noizers, Farish yakin bahawa kumpulan mereka ini boleh pergi jauh.
Tapi dia tidak sangka pula bahawa dia sendiri yang akan menamatkan perjalan The Noizers.
" Yeah. Aku tak akan balik ke Malaysia lagi. Esok flight aku and today will be the last day me meet."
" O-ohh..." Perlahan dan sayu. Itu merupakan nada suara Ryna kini apabila mengetahui bahawa dia tidak bakal bertemu Farish lagi selepas ini.
Tiada lagi masa berehat di pohon rendang.
Tiada lagi masa bersama di kafe Pak Cik Roslan bersama secawan susu madu sambil melihat hujan.
Tiada lagi pertikaman lidah yang selama ini mengeratkan lagi hubungan mereka.
Tiada lagi masa mereka bersama, yang tinggal hanyalah kenangan.
Tanpa dia sedari, air matanya menitis setitik demi setitik. Dia tidak dapat menahan. Ryna tidak sanggup menerima semua ini.
Perlu kah mereka berjauhan sedangkan di dalam hati, mereka ingin untuk terus bersama?
Tidak sanggup melihat gadis kesayangannya sedih, Farish mengangkis air mata yang mengalir di pipi gadis itu dengan jarinya. Masa mereka untuk bersama sudah tidak lama.
Jadi, dia tidak mahu saat-sat terakhir mereka hanya bersedih sepanjang masa.
" Nak aku mainkan? Khas untuk kau."
Sambil tersedu-sedu, Ryna mengangguk perlahan. Jika benar ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Biarlah kali terakhir mereka diakhiri dengan kebahagiaan.
Alunan violin mula kedengaran. Seakan-akan ingin memberikan mereka ketenangan bersama untuk kali yang terakhir, angin petang mula meniup sepoi-sepoi bahasa, lembut menyapa pipi mereka.
Alunan lembut tarikan violin Farish membuatkan mereka melayang jauh, seakan-akan terbang.
Memori mereka bersama, kisah mereka berdua, sentiasa kaan menjadi sesuatu yang paling indah yang bakal mereka ingat seumur hidup.
Tidak mahu melepaskan dia, namun terpaksa. Tidak mahu berjauhan, namun takdir yang menentukan. Tiada apa yang dapat mereka lalukan lagi. Cukuplah dengan apa segala yang telah mereka lalui. Pahit manis masa mereka akan sentiasa menjadi harta yang paling berharga dalam hidup mereka.
Pada detik ini, pada saat ini, melodi terakhir violin Farish menjadi saksi perpisan mereka.
Serentak, untuk kali yang terakhir... mereka berdesis kecil di dalam hati...
" Aku cintakan kau, selamanya."
P/S : Siapa yang potong bawang ni? T.T
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top