Bab 69


     " Comment etait ta journee? ( Macam mana hari awak hari ni? )" Satu senyuman lebar dihadiahkan buat Farish walaupun dia sedar akan hakikat bahawa senyumanya itu tidak akan dibalas.

    Farish hanya mengangguk kecil. Dia hanya akan membuka mulut untuk menjawab yang perlu sahaja. Memandangkan dia datang ke majlis ini bukan atas kerelaan dirinya.

    Seperti yang semua tahu, Farish sangat tidak sukakan tempat yang mempunyai ramai orang.

    Lydia mengerut dahi kecil apabila melihat layanan selamba Farish terhadap salah seorang pemilik syarikat terbesar di Perancis itu. Bukannya Farish tidak tahu bahawa betapa pentingnya lelaki ini bagi syarikatnya nanti. " Rish, you-"

    Belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya, dia tersentak kecil tatkala Farish memandnagnya dengan pandangan maut. Pandangan yang tiba-tiba membuatkan dia berasa kecut perut sehinggakan dia tidak mampu untuk bertentangan mata dengan lelaki itu. 

    " Don't call me that name."

    " But-"

    " Alors, tu es venu? ( Jadi, kau dah datang? )" 

    Farish menoleh kecil untuk melihat pemilik suara tersebut sebelum dia kembali memandnag ke hadapan. Nampaknya, 'boss besar' sudah sampai. " Salutations, duc. ( Selamat sejahtera, duke. )"

   Sapaan Farish dibalas dengan sengihan kecil dari Duke Eugene. Bukannya Farish tidak tahu bahawa kedatangannya ini memang tidak dialu-alukan. " Salutations... Comment aimez-vous votre vie en France? ( Macam mana kau suka kehidup kau sekarang, di Perancis?)"

    " C'est bien. ( okay je ). Juste... ( cuma )" Farish meletakkan minumannya ketepi, kini, dia memandang Duke Eugene tepat ke dalam matanya. " It would be better if i can live in my OWN home."

    Giginya diketap kuat, dahi Duke Eugene kini berkerut seribu. Nampaknya budak ini memang mempunyai motif tersembunyi. " Tu ne dois jamais appatenir ici! ( Kau tak akan pernah layak berada di sini ) Arrete de rever! ( Jangan mimpi lah )"

    " Hehh~, why not? Lagipun... Istana ni kan milik mak aku?"

*****

    Satu keluhan panjang dilepaskan sebaik saja Ryna merehatkan dirinya di atas katil empuk. Akhir, setelah perjalan yang panjang, mereka kini tiba jua di salah sebuah hotel ternama di Perancis.

    " You nak rehat dulu? Lagipun hari dah malam ni." Rianna yang berada tidak jauh dari Ryna kini sibuk memunggah bagasi mereka untuk menyusun pakaian ke dalam almari. " Atau you nak makan dulu? I dengar the foods here are the best!"

    " Hahaha." Tawa kecil berjaya dihasilakn oleh Ryna apabila dia melihat kelakuan Rianna. " Bagi saya rehat dulu boleh? Nanti kita pergi makan sama-sama."

    " Alright! No problem."

    Ryna tersenyum kecil sambil melihat kelibat Rianna menghilang memasuki bilik air. Nampaknya mood Rianna baik hari ni. Memandangkan Adam, tunangnya juga berada di sini, dan mereka berdua bakal bertemu esok.

    Ahhh... Untungnya Rianna.

    Dagunya ditongkat lalu Ryna melemparkan pandangannya ke luar tingkap, melihat langit malam yang dipenuhi bintang.

    Mengapa langit indah ini kelihatan muram baginya?

    Macam-macam yang telah terjadi sepanjang kepergian Farish selama 2 bulan. Bahkan kisah dirinya yang tidak pernah dia ketahui kita telahpun didedahkan.

    Dia sendiri masih lagi berasa kesal dengan Khairul kerana merahsiakan semua ini darinya. Nmaun, dia tidak boleh menyalahkan lelaki itu sepenuhnya. Kerana yang bersalah adalah 'dia', bukannya Khairul.

    Sekali lagi, Ryna menghembus nafas kecil. Sampai bila masalah ini akan berlarutan? 

    Sedang dia termenung sendirian, kedengaran dari jauh, suara seekor kucing mengiau halus. Bunyi kucing mungkin kedengaran biasa baginya namun yang tidak biasanya adalah...

    " Kenapa ada bunyi ayam sekali?"

    Segera, Ryna membuka habis tingkap biliknya lalu meemrhati sekeliling. Suara kucing dan ayam kuat kedengaran di tingkat bawah, memandangkan Ryna hanya 3 tingkat saja dari lobi. Suara kedua haiwan itu sungguh kuat, sehinggakan Rianna yang berada di dalam bilik air turut menegur sama. " Bunyi apa tu, Ryna?"

    " I dont know, but it seems bunyi tu datang dari lobby."

    " Siapa yang gila sangat bawak ayam-" Rianna segera menghentikan bicaranya sambil membulatkan mata memandang Ryna. 

    " Riann, awak kenapa?"

    Tanpa menghiraukan soalan Ryna, Rianna terus berfikir dalam.

    Seseorang yang cukup gila untuk membawa ayam datang ke hotel.

    Seseorang yang akan lakukan apa saja bersama ayamnya.

    Seseorang yang sehidup semati tetap bersama ayam.

    " Weyh! Tak guna! Dia bawak ayam tu datang hotel ni?!"

*****

     " Syazrin!" 

    Adam menelan air liur kelat tatkala dia mendengar suara seseorang memanggilnya. Ahh, kali ini, pasti, dia bakal menemui ajalnya. 

    Perlahan-lahan, dengan perasaan takut yang menyelubunginya serta senyuman kelat yang diukir, Adam menoleh kebelakang, walaupun pada hakikatnya, dia tidak bersedia lagi hendak melihat wajah berang tunang kesayangannya. " H-haiii~"

    " Banyaklah kau punya hai! Mana ayam tu?!"

    " Kok kok!" Serentak, semua yang berada di situ terdiam. Dengan perasaan megah dan angkuh, seekor ayam berjalan perlahan menuju ke arah Adam. Wajahnya kelihatan sombong walaupun pada hakikatnya, rupa ayam semuanya sama. 

    Setibanya dia berdiri di hadapan Adam, wajah Rianna dipandang. Mereka kini saling bertentangan mata, nampaknya ayam ini marah apabila melihat tindakan Rianna meninggi suaranya ke arah tuannya.

    " Jumbol! Jangan! A-aku.. aku tak sanggup nak kehilangan kau!" Adam mula berasa bimbang. Walaupun ini bukan kali pertama Jumbol dan Rianna bergaduh, namun hatinya masih diulit keriasauan.

    Risau jika satu hari nanti, apabila dia tiada bersama Jumbol, ayam itu bakal digoreng oleh tunangnya.

   " Kok kok... kok kok kok!"

    " Ta-tapi.. Kau pun tahu kan, perempuan ni macam mana orangnya?! Macam mana nanti kalau dia-"

    " Kok kokkok!" Jumbol kini memusingkan badannya memandang Adam. " Kok! Kokok!"

    " Jumbol...." Dengan hati yang terharu, Adam mengusap air matanya yang mengalir lalu segera memeluk Jumbol. " Aku sayangkan kau, Bol!"

    " Apa benda yang korang buat ni?!" Tanpa belas kasihan, Rianna membaling sebuah buku yang berhampiran dengannya ke arah Adam. Terkejut juga Ryna dibuatnya apabila Rianna bertindak begitu.

    Namun dia lagi terkejut melihat drama di antara Adam dan juga ayam kesayangannya. " Awak boleh cakap dengan ayam?"

    " Heh! Cuma aku dengan Emier je yang faham bahasa Jumbol. Itulah tanda ikatan persahabatan kitaorang! Bukan macam Puteri Hitler ni-"

    " Kau cakap lagi sekali and I'll make sure yang aku akan masak ayam ni jadi hidangan yang paaaling sedap yang kau pernah makan."

    " Jumbol!" Segera, Adam mengetatkan lagi pelukannya agar Jumbol tidak lari darinya. Bahkan Jumbol juga  bagaikan sudah melekat dengan Adam.

    Mungkin dia juga ada rasa takutnya.

    " Ahh! Ckaap pasal bahasa Jumbol. Ada sorang lagi yang faham." 

    Ryna mengangkat keningnya sambil memandang wajah Adam. Gayanya seperti Ryna kenal dengan orang itu. " Siapa?"

    " Saka."

    Ryna mengangkat keningnya sambil berkerut kecil. Saka? Siapa kawannya yang bernama Saka-

    " Aish lembabnya dia ni!" Dengan kadar segera, Rianna mendekati Adam lalu menutup mulutnya agar lelaki itu tidak bercakap apa-apa agi, namun semuanya sudah terlambat.

    Ryna sudah pun tahu siapakah orang itu. " Farish pun... tahu?" Senyuman cuba untuk diukir di bibirnya namun tidak berhasil. Dia berasa sedih apabila mendengar nama itu. Nama seseorang yang selama ini dia rindu.

    " Ryn.. you okay tak-"

    " Mamat Saka tu ada dekat sini."

    Serentak, Ryna mendongakkan kepalanya sambil memandang Adam. " Farish... ada dekat sini?"

    " Syaz, you buat apa ni?"

    " Benda ni perlu selesai sekarang. Sampai bila kita nak tengok Ryna macam ni?"

    " Apa maksud awak... Farish ada dekat sini?"

    Adam menghirup nafas panjang sebelum menjawab soalan Ryna. " Saka- no, maksud aku, Farish, dia ada dekat sini. Dekat hotel ni. Aku baru lepas habis meeting dengan dia tadi."

    " Ryn..." Tangan Ryna dicapai lalu diusap lembut. " Ryn, you okay?"

    Ryna tidak terus menjawab, bahkan dia memandang tepat ke dalam mata Adam. " Betul... Farish ada dekat sini?"

    Adam mengangguk perlahan. " Kau mungkin tak tahu, tapi hotel ni dia yang punya. Mungkin dia masih lagi ada di sekitar taman dekat luar, kalau kau kejar dia, mungkin sempat lagi."

    Ryna terkaku sendirian. Patutkah dia kejar? Perlu kah?

    Bagaimana kalau kehadirannya hanya menganggu sahaja? Bukannya Ryna tidak tahu bahawa Farish di sini bersama tunangnya.

    Lihat dari air muka Ryna, Adam sudah dapat mengagak perasaan Ryna kini. Nampaknya gadis itu masih lagi ragu-ragu.

    Jadi, tugas ex - Cinderellla ini kini adalah mengapuskan keraguan itu.

    " Aku tak paksa kau untuk kejar dia. Cuma... Kau pasti yang kau tak akan menyesal?"

    " Apa maksud awak?"

    Adam menghembus nafas perlahan sambil tangannya merangkul tangan Rianna yang berada tidak jauh dari nya. "" Dulu, aku pernah lepaskan Rianna sekali, dan itu merupakan satu penyesalan paling besar yang pernah aku lalui. Aku rasa teruk. Aku rasa sangat tak berguna sedangkan masa tu, aku yakin yang aku boleh lebih baik lagi. Tapi waktu tu, semuanya berlum terlambat lagi. Tapi kalau dalam masalah kau kali ni, dia lebih kurang macam..."

    Adam berfikir seketika. Mencari ayat yang sesuai bagi mengungkapkan situasi Ryna dan Farish pada ketika ini. " Kalau kau lepaskan satu peluang yang ada depan mata kau, aku yakin, korang tak akan lagi ada peluang kedua."

    " Habistu, apa yang saya nak buat sekarang?!"

    " Kejar dia! Bagitau dia apa yang you rasa sekarang. Luahkan semuanya. Dia terima atau tidak, itu belakang cerita."

    " Riann..." Ryna mengusap pipinya, menyeka air mata yang jatuh. Sungguh, dia tidak sangka bahawa pasangan Rianna dan Adam bakal menyokongnya sehingga ke tahap ini.

    Tanpa ragu lagi, Ryna tersenyum kecil sambil memandnag Adam dan Rianna. " Saya akan pergi kejar dia sekarang!"

    " Ryna!"  Ryna menoleh kebelakang apabila Adam memanggilnya. " Tolong, bawak dia keluar dari kegelapan hati dia. Bagi dia kebahagiaan yang sepatutnya dia dapat."

    Ryna mengangguk sambil tersenyum kecil. Terima kasih kepada Adam dan Rianna, dia kini mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan Farish.

    " I harap Ryn okay." Lengan Adam dirangkul rapat. Perasaan Rianna tidak tenang selagi dia tidak mendengar khabar dari mulut Ryna. " Macam mana kalau apa-apa jadi dekat Ryna?"

    Adam tersengih kecil sambil menjentik halus dahi tunangnya. " Janganlah risau sangat, aku yakin, semuanya akan okay." Hatinya beraa sedikit tenang. Memandangkan dia dan Farish sebentar tadi mempunyai ' boys talk' yang agak, menusuk kalbu.

    " By the way..."

    Rianna menoleh memandang tunangnya sambil mengangkat kening. " Apa?"

    " Ada nampak kucing tak?"

    " Haiwan apa lagi yang kau bawak datang sini?"

    " No no! Bukan kucing liar lah. Kucing belaan orang. Dia ada dekat sini tadi, main dengan Jumbol. Kau tak nampak tadi, Jumbol dengan kucing tu rapat gila!"

    " Kucing apa?"

    " Hmm..." Adam menggosok dagu licinnya sambil berfikir dalam. " Anak kucing hitam, baka Scottish Fold rasanya. And nak tahu tak? Kucing tu kan, sangat pandai."

    



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top