Bab 51
" What the hell..."
Khairul mengerut kuat dahinya apabila kelibat seseorang yang kini berada di depan matanya menunjukkan aksi yang agak...
Menghairankan. Ganjil. Mencurigakan.
" Macam mana ni?!" Jauh di sebuah sudut, kelihatan Ryna sedang menggengam kuat rambutnya sambil menyangkung ke satu arah bertentangan dengan Khairul. Nampaknya dia masih lagi belum sedar akan kehadiran lelaki yang amat dibencinya itu. " What should I do?!"
" Ryna, awak-"
" Apa yang patut aku buat ni?! Macam mana kalau..." Ryna terdiam seketika. Kini, kepalanya yang dari tadi memandang tanah kini diangkat. Matanya bulat memandang ke hadapan. " Macam mana kalau dia salah faham?!"
Khairul mengusap perlahan dadanya. Hatinya terasa ditusuk sembilu apabila sedar bahawa benci Ryna terhadapnya sangat tinggi sehinggakan gadis itu sanggup menafikan ketidak wujudan dirinya yang berada berhampiran dengannya. " This is so frustrating..." Bisiknya perlahan.
Niatnya hanya mahu lepak disini bersama Farish, memandangkan sejak dia kembali ke tanah air, masanya bersama Farish semakin berkurang.
Lebih-lebih lagi sejak Farish suka mula berkerja dengan 'dia'.
Tapi apa yang diharapkan, lain pula yang jadi. Dia boleh dikirakan beruntung juga sebenarnya.
Yang dicarinya Farish, namun apa yang dia jumpa ialah gadis yang disukainya.
Akan tetapi, bunyi tidak akan terhsil jika hanya bertepuk sebelah tangan.
Cinta takkan terjadi jika ianya tidak disambut oleh salah seorang.
Tambahan pula apabila yang lagi seorang itu mempunyai perasaan benci.
Sayonara, boku no aisuru hito.
Okay, abaikan.
" What are you doing?"
Serentak mendengar suara itu, Ryna dan Khairul menoleh memnadnag ke belakang. Masing-maisng mempamerkan wajah gembira dan berbunga-bunga. Inilah dia orang yang mereka tunggu selama ini!
Namun sebaik saja mata Ryna bertentangan dengan mata Khairul, segera Ryna berlari, menyorok di belakang Farish yang baru tiba dengan wajah sedia poker face nya itu. Giginya diketap kecil. Lagaknya kini persis seperti kucing yang sedang bergaduh dengan bulunya yang meremamang. " Shuhh! Jauh sana-sana!"
" Wha... Kenapa saya yang kena-"
" Rish! Dia tak nak pergi!" Kini, hujung baju Farish ditarik kecil. Wajah Ryna benar-benar kelihatan sedang marah dengan mulut muncungnya. " Halau dia!"
Mata Khairul membulat memandang Ryna, dan kini, dia beralih memandang Farish. Jelas kelihatan wajah kasihan yang dipamerkan di wajah Khairul. Seperti anak anjing yang cuma meminta simpati dengan puppy eyes miliknya.
Ryna kucing, Khairul anjing. Hah, bagus sangat lah tu.
" Far, kau takkan halau aku kan? Aku-"
" Khai."
Khairul terdiam seketika sambil memandang wajah batu Farish. Dia tahu, walaupun Farish berperwatakan dingin, namun hatinya baik dan selalu menolong kawannya. Sudah pasti Farish tidak akan menghalau-
" Shuh, go away."
" Farish!!!" Teriakkan kesengsaraan Khairul membuatkan Ryna tersenyum jahat. Puas hatinya melihat gelagat Khairul begitu.
Suffer! Suffer even more!
Okay, sekali lagi, abaikan.
" Padan muka!" Lidahnya dijilir kecil sambil menjeling memandang Khairul. Nasib baik ada Farish disini, jika tidak pasti sudah lama dia dibelasah oleh Khairul, walaupun sebenarnya Khairul tidak akan berkasar dengan perempuan.
Lebih-lebih lagi dengan perempuan yang dia suka.
Tiba-tiba, satu akal muncul di minda Khairul. Jika Ryna berjaya memujuk Farish dengan cara memujuk yang comel, sudah pasti dia pun boleh.
Gelaran ' Lelaki Paling Comel Kolej Akustika ' dipegang kukuh olehnya walaupun dia telah meninggalkan kolej ini selama setahun lebih masih lagi dapat meunmbangkan sesiapa sebelum ini.
Perlahan-lahan, Khairul mendekati Farish. Hujung baju lelaki itu ditarik, wajah sedih Khairul tepat memandnag wajah Farish. Lalu perlahan-lahan, Khairul mendongakkan kepalanya. " Far, jangan halau aku please."
Keadaan menjadi sunyi seketika. Ryna tidak lagi mempamerkan wajah bencinya, namun wajahnya berubah kosong. Tidak dapat diungkapkan apa jenis ekspresi yang dia tunjuk kini.
Manakala Farish pula merenung wajah Khairul, lama. Wajahnya seperti biasa, tiada ekspresi. Tiba-tiba, jari telunjuknya ditunding ke arah tangan Khairul yang sedang memegang hujung bajunya.
Mata Ryna dan Khairul mengikut arah telunjuk Farish, lalu wajah Farish dan tangan Khairul dipandang bersilih ganti oleh mereka berdua.
" Jauhkan ketidaksempurnaan kau ni dari aku." Ujar Farish selamba.
*****
" Apa yang saya nak buat ni?"
Ryna menguis-nguis hujung cawannya dengan jari. Dia tidak dapat berfikir panjang. Dia buntu.
Bagimana dia hendak membalas whatsapp Vince jika telefon pintarnya sudahpun arwah malam semalam?
Dengan hentakan kuat tepat ke pintu, habis segala 'usus dan isi perut' telefon tersebut terburai.
Tapi ini pun salah Vince jugak!
Siapa suruh dia jadi sweet dan cute sampai macam tu sekali?!
" And now kau takut yang dia slaah faham sebab kau tak balas whatsapp dia?" Serentak dengan itu, Ryna mengangguk laju. " What are you? A kid?"
Prang!
Terniang-niang bunyi bagaimana telefonya pecah. Dentuman yang meruntuh jiwanya, retakkan yang menghancurkan hatinya.
Sama seperti apa yang dia rasai sekarang setelah mendengar ujaran Farish.
Tak guna punya mamat terencat emosi.
" Ta-tapi... Vince."
Bicaranya belum habis namun Ryna dapat merasakan tangan Farish kini sidah berada di atas kepalanya. Setahunya, ini merupakan salah satu cara Farish bagi memujuknya. " Don't worry. I'm sure that he will understand."
" Rish..."
" Lagipun dia mesti busy dengan kerja dia. Kau ingat dia tak ada kerja lain ke selain dari chat kau?"
" Arghh! Diam!!!"
" Pfftt." Tawa Pak Cik Roslan tidak dapat ditahan lagi. Dari tadi dia melihat kelakuan mereka berdua, persis seperti budak-budak. " Apalah kamu berdua ni."
" Dia ni hah! Bukannya nak menolong! Selalu sangat sakitkan hati saya!"
Kini, Farish tidak mengendahkan rajuk Ryna, bahkan dia santai bersandar di kerusinya sambil menghirup perlahan susu panas bersama madu miliknya. Walaupun hari ini tidak hujan, namun dia terasa tenang di sini.
Bersama Ryna.
" Kalau macam tu, apa kata kamu bawak Ryna pergi beli phone baru, Farish?"
Serentak, Ryna menoleh memandang Farish. Dahi gadis itu berkerut kecil. Farish sendiri tidak tahu sama ada gadis ini sebenarnya sudi ataupun tidak keluar dengannya. " Why should I?"
" Bukan ke tugas gentleman adalah untuk bahagiakan gadis?" Ujar Pak Cik Roslan lagi sambil tersenyum kecil. Kini, mulutnya didekatkan ke telinga Farish agar dapat berbisik sesuatu. " Lebih-lebih lagi gadis yang disukai."
" Pap!"
Bahu Ryna terhinjut kecil. Dia yang dari tadi asyik termenung memikirkan Vince kini terkejut apabila Farish tiba-tiba saja menghentak cawannya agak kuat ke atas meja dengan wajah pokerface nya. " Awak kenapa?"
" L-let's go. I'll buy you a new phone."
*****
" Yo, Far!"
Jurujual di kedai telefon yang dimasuki mereka berdua tersenyum lebar apabila Farish masuk ke dalam kedainya. Sudah agak lama juga dia tidak melihat Farish setelah lelaki itu menukar telefon barunya tiga bulan lepas. " Lama tak nampak! Kau sihat?"
" I'm fine." Seperti biasa, ringkas dan padat. Walaupun kelihatan rapat namun Farish tetap Farish. Tabiat tidak suka bercakapnya itu masih lagi kuat pegangannya. " I'm buying a new phone. An iPhone, latest model."
" Wow, wow, kau ni cepat sangat jump to business. Relax dulu." Bahu Farish ditepuk perlahan, sesekali, matanya mengerling ke arah Ryna dengan sengihan nakalnya. " Tak nak kenalkan kat aku ke-"
" Memory yang paling besar, warna yang paling cantik."
Jurujual tersebut tersentak seketika sambil menela air liur kelat. Jujur, dia tidak pernah mendengar Farish berbahasa melayu walaupun lelaki itu sudah hampir tujuh tahun menjadi pelanggan tetapnya. " Oh-okay... How about... yang warna merah? Limited edition. Baru sampai minggu lepas."
" Rish..." Hujung baju Farish ditarik kecil oleh Ryna. " Awak nak beli phone baru juga ke?"
Lama dia mendiamkan diri. Beberapa ketika kemudian, barulah Farish membuka mulut menjawab soalan Ryna. " I'm buying for you, silly."
" Tapi kenapa awak yang pilih warna untuk saya?"
" Because I like red."
" Tapi phone saya yang guna."
" But I'm the one that buying this phone."
" Then kenapa saya kena guna phone yang awak nak beli ni?"
" Because im buying this phone for you, and I want you to wear my favorite colour-"
Diam.
Serta merta mulut Farish dan Ryna bagaikan terkunci apabila Farish menghentikan bicaranya secara tiba-tiba. Jurujual yang tadinya berada dekat dengan mereka kini hilang entah ke mana.
Lama Farish terdiam sebelum dia membetulkan topinya lalu menoleh kembali memandang ke almari kaca dimana telefon pintar dipamerkan. " Let's... get a new phone... together."
" Okay."
Ryna hanya akur. Wajahnya kini boleh dikatakan sama seperti Farish.
Batu dan tidak beremosi.
Bukan kerana dia sudah berubah dingin seperti lelaki itu. Akan tetapi, dia seperti dapat merasakan bahawa kilang ekspresi yang ada di dalam badannya kini sudah rosak.
Rosak akibat perangai Farish yang kini makin lama makin sukar untuk dijangka.
Tanpa menghiraukan mereka berdua, jurujual tersebut mengeluarkan dua biji telefon pintar berlogokan epal berwarna merah lalu diletakkan ke atas meja. " Nak dua biji?"
Farish hanya mengangguk kecil. Dia cuma mengawal cool nya, namun dalam hati... Hanya tuhan saja yang tahu. " Here." Sekeping kad dikeluarkan dari poketnya lalu dihulurkan pada jurujual tersebut. " Siapkan semua, nanti aku datang balik."
" Awak nak pergi mana?" Soal Ryna sambil dirinya terburu-buru mengejar Farish. Nasib baik saja kerusi ini tidak tinggi, kalau tidak pasti dia sudah jatuh.
Sama seperti telefon bimbitnya semalam.
Auch.
Farish menoleh kepalanya sedikit sambil kakinya berjalan perlahan menuju ke luar kedai. Dengan hanya memandang Ryna dengan ekor matanya, dia menjawab. " Makan. Teman aku."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top