Bab 49
Ryna mengeluh kecil tatkala orang yang dicari tiada di bawah pohon. Sudah hampir satu minggu dia tidak bertemu Farish, sejak kejadian mereka terserempak di cafe tempoh hari.
Dan selama satu minggu ini jugalah dia struggle melarikan diri dari Khairul yang selalu saja mengejarnya tanpa sebab. Selalu Farish ada untuk melindungi dirinya.
Keluhan kecil sekali lagi kedengaran apabila Ryna semakin hampir di bawah pohon besar tersebut. " Mana dia...?"
" Meow!"
Ryna segera menoleh memandang bawah. Nampaknya Kuro masih di sini bersamanya. Mungkin saja kucing ini masih belum makan. " Saya bawa roti tuna untuk awak!"
" Meow!" Seolah-olah faham dengan bicara Ryna, Kuro menggesel-geselkan kepalanya ke kaki Ryna, tanda dia mengucapkan terima kasih dan sayang pada gadis itu.
Tanpa berlengah, Ryna melabuhkan dirinya di batang pohon lalu sebungkus roti dibuka buat Kuro. Pasti kucing ini juga sudah lama tidak berjumpa Farish. " Awak tahu tak Rish pergi mana, Kuro?"
" Kucing boleh jawab soalan awak ke?" Belum sempat Khairul hendak mengukir senyuman, dirinya dibaling dengan fail milik Ryna. Nasib baik saja refleksnya tangkas dan sempat ditangkap. " Whoa, chill! What's wrong with you?"
" What's wrong with YOU?! Kenapa asyik nak dekat dengan saya?! Rimas lah!"
" Kalau Farish kenapa boleh?"
Ujaran Kahirul bagaikan mengena di hati Ryna. Geramnya semakin membuak-buka. Mengapa lelaki ini harus melibatkan Farish dalam hal ini? " Ehh, suka hati lah saya nak bagi siapa dekat dengan saya pun! Awak nak sibuk kenapa?!"
" Saya cuma nak berkawan dengan awak je! Tak boleh?"
" Tak nak!" Buat kesekian kalinya, Khairul terpaksa menekup kecil telinganya. Jeritan Ryna ini boleh tahan bisanya. " Kalau awak kacau saya lagi, saya bagitahu Ariffin!"
" Apa yang Finn boleh buat-"
" Aku boleh pastikan yang kau takkan dapat pikat mana-mana perempuan dalam kolej ni."
" Jangan!!! Perempuan dalam kolej ni semuanya cantik!!!" Raungan Kahirul membuatkan Ariffin tersenyum sinis.
" Kan? Semuanya cantik-cantik."
" Terutama sekali dia ni!"
Kini, jari Khairul ditunding ke arah Ryna dan serentak denagn itu juga, sekali lagi, fail milik Ryna melayang ke arahnya. " Finn! Tengok dia ni!"
" Adududuh." Kepalanya diusap perlahan, tak sakit, cuba rasa sedikit pedih saja. " Awak ni boleh tahan ganas jugakan?"
" Kau ni jangan lah kacau dia. Ryn tak suka kan?"
" Tapi kau boleh pulak rapat dengan dia. Farish tu lagilah, siap boleh lepak berdua lagi dengan dia." Khairul menghembus nafas berat. Mungkin kerana penat. Penat melayan kerenah Ryna yang comel ini. " Takkan aku nak rapat dengan dia tak boleh?"
Ariffin mengerling sedikit memandnag Ryna. Jauh di dalam sudut hatinya, dia dapat merasakan bahawa Ryna tidak selesa apabila berada dekat dengan Khairul. Sebab dan musababnya... Biarlah rahsia dulu. " Ryn."
Ryna menoleh memandang Ariffin dengan mata yang penuh simpati, meminta dan berharap agar Ariffin membawa Khairul pergi jauh darinya. " Finn, please?"
Bdump!
Hati Ariffin bagaikan pepatah inggeris yang berbunyi ' my heart skip a beat ' apabila rayuan Ryna kedengaran amat manja di telinganya. Nasib baik saja gadis ini Ryna, jika perempuan lain, on the spot dia terus mengajaknya kahwin.
Khairul yang hanya memerhati dari tadi kini perasan akan sesuatu. Pada mulanya dia ingat ini hanya mainan mata saja, namun apabila dipandang dua kali, rupanya memang betul. " Aku nak tanya ni. Korang ni adik beradik ke?"
" Kalau aku abang dia ni, aku akan pastikan yang jarak antara kau dan Ryna adalah dalam radius yang-"
" Maksud Finn, kalau dia abang saya, dia akan pastikan lelaki bernama Khairul tak dekat langusng dekat saya!" Celah Ryna sambil menjuihkan mulutnya. Jika dia biarkan Ariffin berbicara, pasti banyak pula benda tak masuk akal dikatakan oleh lelaki kasanova ini nanti. " Maksudnya, boleh tak awak jangan kacau saya?!"
*****
Tidak tahu berapa banyak kali keluhan berat sudah dilepaskan di dalam siri ini. Jika boleh dikumpul keluhan-keluhan tersebut lalu ditukarkan jadi duit, komfem dan kaya dah sekarang.
Khairul bermain-main dengan pen miliknya. Itulah tabiatnya dari dulu, jika dia runsing ataupun sedang memikirkan sesuatu, pasti ada benda yang perlu dia buat main di tangannya.
Mungkin dia dan fidget spinner ditakdirkan untuk bersatu.
" Hmm, dia dah ingat ke?" Matanya memandang ke atas langit sambil mulutnya berbicara sendirian. Nampaknya masih lagi tiada siapa yang akan menghalaunya kerana baring di atas padang berbukit kecil ini. " Tapi, tengok dari kelakuan dia, dia macam tak ingat."
Kadang-kadang, dia sendiri tidak faham. Dia sangka bahawa dia sudah mahir tentang seni hati dan perasaan perempuan, memandangkan dirinya juga merupakan kegilaan wanita, sama hebatnya seperti para Prince Charming Akustika ; Farish, Ariffin, Syafiq, Dani dan Danish. Memandangkan dia juga sebahagian dari kumpulan tersebut.
Tapi kenapa hanya perasaan gadis ini seorang saja yang dia tidak dapat faham sepenuhnya? Dia mampu bersifat lemah lembut dan penyayang pada orang lain, tapi pada masa yang sama, sifat tegas dan garangnya menonjol sama.
" Dia ni lemah lembut ke garang sebenarnya?" Sekali lagi, Khairul berbicara dengan dirinya sendiri. " Tapi... Betul ke dia tak ingat?"
" Apa yang kau merepek ni?"
" Haish!" Laju Khairul bangun dari baringnya lalu dadanya diurut beberapa kali. Sungguh, dia langsung tak sangka bahawa pasangan kembar, Dani dan Danish akan muncul tiba-tiba di atasnya. " Tolong jangan buat macam tu lagi. It's not good for my heart!"
Sengihan pasangan kembar tersebut sedikit pun tidak membantu, malah menambahkan lagi api kegeraman di hati Khairul. Tapi nak buat macam mana, mereka berdua ni nakal orangnya.
" Sorry, sorry." Ujar Dani selamba sambil melabuhkan dirinya di sebelah Kahirul. Diikuti adiknya, Danish. " Kau buat apa?"
" Apa yang ingat tak ingat tadi?" Sambung Danish sambil tanganya masih sibuk menekan kekunci yang ada di atas permainan video PSP miliknya. " Dan, take cover jap. Aku nak makan lolipop." Dani hanya akur lalu mencapai PSP dari tangan Danish untuk menyambung permainannya.
Kahirul hanya tersenyum sambil menggeleng kecil. " Tak ada apa. Korang ni, asal tak balik lagi?"
" Kau pun sama, asal tak balik lagi?" Soalan dibalas dengan soalan. Tanpa Dani sedari, inilah salah satu perangainya. Suka sangat memberikan soalan sebagai jawapan.
" Aku... Nak lepak dulu."
" Kalau macam tu kitaorang pun nak lepak dengan kau."
Sekali lagi, Khairul hanya membiarkan. Dia tidak kesah pun. Memandangkan dia pun sudah lama tidak lepak dengan mereka berdua. " Korang sihat?"
" Sihat je. Alhamdulillah macam ni juga." Kunyahan gula-gula Danish perlahan, tidak seperti selalu. Menandakan dia benar-benar menghayati suasana nyaman apabila ditiup angin sejuk pada petang ini.
" How bout..."
" Belum lagi." Ayat Khairul terhenti separuh jalan apabila Dani yang sedang bermain permainan videonya mula bersuara. " Masalah dengan 'dia' belum selesai lagi."
" Sampai bila? Semua ni salah faham je kan?"
" Kalau setakat salah faham, kau ingat perlu ke kitaorang hidup sendirian selama 12 tahun?" Jawapan Dani membuatkan Khairul terdiam seketika.
Dia tidak ada niat pun hendak melukakan hati pasangan kembar tersebut, namun nampak gayanya, hati mereka sedikit terasa dengan bicaranya. " A-aku... minta maaf-"
" Bukan salah kau." Kini, Danish pula bersuara. Nampak gayanya dia sedar bahawa abangnya sekali lagi sudah terikut-ikut akan perasaannya. " Salah kitaorang. Kalau bukan sebab kitaorang yang ajak..."
" Mesti Dian tak jadi cacat sampai macam tu sekali."
Serentak dengan itu, mereka berdua mengeluh kuat.
" Nampaknya, semua orang ada masalah masing-maisng kan?" Ujar Kahirul sambil tersenyum kelat. Dia bukanlah jenis manusia yang gemarkan suasana moody seperti in. Al maklumlah, Khairul ini spesis happy go lucky. " AKu pun ada masalah juga ni."
" Masalah apa?" Serentak, pasangan kmebar tersebut berpadu suara.
Khairul melirikkan matanya memandang mereka yang berada di sisinya, kemudian dia kembali bersuara. " Ryna tu, dah ada boyfriend?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top