Bab 48
Khairul mengemas kotak-kotak yang ada berhampiran dengannya. Sesekali, kedengaran dia melepaskan keluhan kecil menandakan bahawa dia penat.
Susah juga berpindah rumah. Lebih-lebih lagi sendirian. Sudahlah rumah ini besar, dia seorang pula yang duduk di sini.
Namun, nasib baik saja ada Farish. Dapat juga dia tinggal di rumah lelaki itu bersama kawannya yang lain. Kini, dia hanya mengemas sikit-sikit sementara menunggu Farish dan yang lain-lain datang.
Sedang dia mencapai kesemua isi kotak disekelilingnya, mata Khairul terpandang sebuah kotak kecil yang tidak jauh darinya. Kotak itu kelihatan sedikit usang berbanding yang lain. Sudah pasti kotak itu sudah berpuluh-puluh tahun umurnya.
Tapi Khairul tahu apa isi kotak itu. Isinya merupakan salah satu sebab mengapa dia pulang ke tanah air.
Salah satu sebab kenapa dia kembali ke sini.
Perlahan-lahan, Khairul meletakkan kotak tersebut ke satu sudut yang berbeza berbanding kotak yang lain. Kotak ini harus disimpan rapi. Harus sentiasa dijaga.
Kotak ini mempunyai bukti.
Kotak ini mempunyai jawapan.
Bagi kesemua soalan yang selama ini menghantui 'mereka'.
Sebelum sempat Khairul menyelam jauh ke dalam fikiran dalamnya, kedengaran loceng pintunya ditekan beberapa kali. Sudah dapat diagak, ini pasti kerja si pasangan kmebar tersebut.
Hanya mereka berdua saja yang suka dan gemar bermain dengan loceng pintu.
" Ye, ye! Masuk je! Pintu aku tak kunci!" Malas hendak bangun dari duduknya, Khairul lantas hanya menjerit dari tempat yang dia berada kini. Pandai-pandai lah mereka nak masuk.
Seminit, dua minit dan seterusnya.
Masih lagi sunyi. Sama seperti sebelum mereka datang.
Khairul mengangkat sebelah keningnya. Perasan pelik dan tidak sedap hati mula berleluasa di dalam fikirannya. ' Asal senyap je ni?' Desis hatinya.
Melawan perasaan malas yang ada, Khairul bangun dari duduknya. Satu persatu anak tangga dia turuni. Semakin dia menghampiri tingkat bawah, semakin berdebar jantungnya dibuat.
' Asal denagn aku ni-'
" Gila banyak gila makanan dekat tempat kau ni!" Sekali kunyahan, Syafiq dapat menghabiskan setengah paket kepingan kentang berperisa milik Khairul.
" This is..."
" Brilliant!" Pasangan kembar tersbut bagaikan pasangan yang paling bahagia sekali apabilaterjumpa permainan video baru berhampiran dengan televisyen berskrin nipis milik Kahirul.
" Ohh my lovely! Aren't you the prettiest among the roses?!" Bertambah lagi kebingunannya apabila Ariffin mula menari-nari sekeliling rak-rak buku Khairul. Pencinta wanita dan buku. Boleh lah tu.
" Farish-"
Khairul terkedu. Mulutnya bagaikan terkunci rapat. Matanya terbeliak memandang Farish yang kini berdiri betul-betul di hadapan kabinet dapur miliknya.
" Is this... Heaven?!" Kedua-dua belah tanganya terangkat, seperti memuja kecantikan benda yang berada di dalam kebinet tersebut.
Wajahnya tidak berekpresi. Namun dari melihat wajahnya saja, pasti mereka yang lain tahu bahawa kini, Farish dihujani kebahagiaan yang melampau.
Pocky.
Pepero.
Coklat.
Kabinet ini sama seperti kabinet dirumahnya. Dipenuhi pelbagai jenis coklat kegemarannya. " I gonna take this all home."
" Weyh, semua tu aku punya lah!"
*****
" Abang..." Puan Sofea terasa sedikit terganggu. Wajah suaminya diamati betul-betul. Nampaknya suaminya juga begitu. " Macam mana ni? Sampai bila lagi kita nak simpan rahsia ni?"
" Tapi sayang, abang masih tak tahu lagi sama ada 'dia' masih hidup ataupun tidak."
" Sampai bila?"
Tuan Haikal kehilangan kata-kata. Dia tidak sanggup memandang dalam mata isterinya. Lebih-lebih lagi apabila wajah isterinya persis seperti Ryna.
Dia rasa berdosa pada Ryna. Banyak perkara yang gadis itu tidak tahu tentang dirinya sendiri. Banyak perkara menyakitkan yang gadi itu pernah lalui dahulu.
Mengapa perlu dia mengambil ubat setiap hari?
Mengapa perlu jumpa pakar psikologi setiap bulan?
Mengapa sakit selalu berdamping dengannya?
Semua itu sering menjadi tanda tanya di dalam hidup Ryna. Dulu, sering kali gadis itu menyoal soalan yang sama, hampir setiap hari, namun apabila dirinya menginjak dewasa, dia seakan-akan mengerti bahawa bukan semua benda perlu dia tahu.
Lebih-lebih lagi sekarang, seseorang yang berwajah sama seperti 'dia' hadir dalam hidup Ryna. Adakah ini akan mejejaskan kehidupan anak gadisnya?
Tuan Haikal buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia seakan-akan tidak boleh hadapi semua ini sendirian. Dia takut, dia takut bahawa dia akan kehilangan orang yang dia sayang.
Mampukah dia untuk menjaga keluarganya?
Lututnya terasa lemah lantas Tuan Haikal terduduk di atas lantai. Apa yang harus dia lakukan?
Perlahan-lahan, dia terasa kepalanya diusap lalu dicium lembut. Pelukan isterinya seolah-olah menghalau segala kerunsingan dihati. Sememangnya, hanya Puan Sofea sajalah yang mampu berinya semangat untuk hadapi semua ini. " Abang..."
Tuan Haikal mendongak kecil memandang isterinya. Dia tidak malu menunjukkan air matanya, namun dia lebih malu jika dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Satu senyuman singgah di bibir Puan Sofea. Kepala suaminya terus diusap lembut, itulah yang Tuan Haikal suka. " Dia kata jangan risau. Dia akan jaga Ryna. Dia akan pastikan Ryna selamat selagi dia ada."
" Dia?"
Puan Sofea sekali lagi tersenyum lembut sambil menganggukan perlahan. " Ya, abang. Dia. Satu-satunya anak lelaki kita. Anak sulung kita. Abang kandung Ryna."
*****
Farish menarik keluar sebuah buku di dalam salah satu laci meja belajarnya lalu diletakkan di atas meja. Helain demi helain diselak. Satu demi satu tulisan dibacanya. Dalam banyak-banyak buku yang dia pernah baca, buku ini yang paling dia tidak pernah jemur untuk membaca.
Sampai di satu helaian, sekeping gambar terselit bersama. Gambar tersebut ditenung lama. Inilah tempat yang bakal dia ambil alih.
Inilah tempat yang bakal menjadi miliknya, walau apa jua cara.
Sebelum yang lain masuk, Farish menyimpan kembali buku ini ke dalam laci lalu dikunci rapat. Sebelum sempat dia bangun dari duduknya, telefon bimbitnya berbunyi, menandakan pesanan ringkas masuk.
Tidak perlu melihat siapa pengirimnya, Farish sudah dapat agak.
Sudah pasti 'dia'.
Farish menarik nafas panjang, perlahan-lahan. Rasanya tidak perlu baca pun dia tahu apa isi dalamnya.
" It's about time for you to take over eveything." Bisiknya perlahan sambil tangannya membetul-betulkan rambutnya di hadapan cermin. Dia sudah tahu apa isi kandungan teks tersebut.
Kadang-kadang terfikir jugak, perlu ke sebenarnya Farish ni ada telefon bimbit?
Selalunya, dia akan buat tidak tahu saja tentang teks begini. Terutama sekali daripada 'dia'. namun sekarang ianya berbeza.
Memandangkan 'dia' mempunyai cara supaya Farish dapat memiliki segalanya.
'Dia' merupakan kunci bagi Farish untuk mendapat kesemuanya.
" Far, nak lepak?"
Farish mhanya menggeleng perlahan membalas soalan Ariffin. Kini, mata mereka bertentang. " Lepas ni, aku mungkin tak ada banyak masa untuk korang."
Lantas dengan itu, Ariffin menelan air liur kelat. Tidak pernah dia berasa setakut ini apabila Farish berbicara bahasa melayu. Kedengaran sangat serius, ditambah lagid dengan wajahnya yang tidak berekspresi. " Ma-maksud kau?"
" Aku akan dapatkan aku yang aku nak, denagn bantuan 'dia'."
" 'Dia'? Maksud kau-?!"
" Ayah 'kesayangan' aku."
Pintu biliknya ditutup perlahan, Farish meninggalkan Ariffin sendirian, ditenggelami tanda tanya yang membanjiri fikirannya.
Apa yang Farish mahukan lagi?
Apa yang Farish ingin kejarkan, sehinggakan dia sanggup meminta tolong ayahnya?
Lelaki yang selama ini dibenci oleh Farish?
Dahinya diurut perlahan. Dia sudah berjanji pada seseorang untuk mejaga 'dia', tapi dia tidak boleh abaikan Farish yang kini sepertinya ingin disedut kembali ke dalam kegelapan masa silamnya.
Pada siapa fokusnya harus di berikan?
' Dia' ataupun Farish?
" Kenapa semua masalah datang serentak ni?!"
P / S :
Heyya guys! So this is the newest chapter and rasanya korang dah tahu sikit-sikitkan about rahsia diorang ni? Hew hew! But sadly to be said, this story kemungkinan akan tamat dalam masa dua bulan lagi. Tak nak lah buat cerita panjang lebar right? So, one more! Nak tahu siapa Khairul sebenarnya? Stay tune tau! Hahaha! Thanks so much for all the support guys! Love u guys and bye!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top