Bab 42
" Yang korang ni menangis dah kenapa?"
" Ke-kenapa... awak tak pernah bagitahu?!"
" Lain kali bagi-bagitahu lah awal-awal. Tak adalah Lis kena bermusuh dengan Ryna!"
" Uwahhh!"
Syafiq mula buntu lalu belakang kepalanya digaru kuat walaupun tidak terasa gatal. Bagaimana dia mahu memujuk dua orang gadis sedangkan hati Lisa pun dia tidak pernah jaga?
Kini, perlahan-lahan, kepala Lisa diusap lembut. Syafiq mengalihkan wajahnya ke arah lain. Kemungkinan tidak mahu Lisa melihat wajah merahnya kini. " Sorry."
Satu senyuman terukir kecil di bibirnya. Lisa terasa sedikit gembira. Kini, dia sedikit demi sedikit mula mengenali Syafiq. " Jadi... Lis dengan Fiq... Masih lagi..."
" Aku tak pernah ada niat nak lepaskan kau pun."
Serentak dengan itu, habis merah wajah Lisa. Tak sangka, semacho itu cara Syafiq mengungkapkan cintanya.
Jika gadis lain, pasti sudah terpisah jantung dari badan- Tak, main-main je.
Melihat keserasian Syafiq dan Lisa mula merapat, Ryna hanya mampu tersenyum kecil. Rasa puas hati memenuhi ruangan hatinya.
Dia gembira.
Apabila kawannya baiknya telah menemukan cinta sejatinya.
" Saya harap awak berdua bahagia, selamanya!"
" Awak dengan Farish macam mana pula?"
Soalan Lisa serentak membuat Syafiq dan Ryna diam. Statik dan mata mereka hanya mampu memandang sesama sendiri.
" Kau ada apa-apa dengan Far ke?"
" Saya ada apa-apa dengan Far ke?"
" Seriously korang tak sedar?"
Syafiq dan Ryna hanya mampu menggelengkan kepala.
Lisa hanya mampu mengeluh kecil. Namun dia tidak salahkan mereka berdua, dia salahkan Farish.
Kerana terlalu tidak beremosi dan susah unguk dibaca.
*****
Dani meemerhati sekeliling ruangan apartmentnya yang telah lama ditinggalkan. Mungkin hampir 5 bulan dia dan adiknya tidak ke mari.
Nasib baik saja tidak dihuni makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Satu keluhan kecil dilepaskan serentak oleh Danid an Danish. Mereka bercadang hendak bermalam di apartmentnya ini namun...
Kesunyian yang melampau ini tidak dapat mereka tangani.
" Nak balik rumah Far?"
Dani mengangguk kecil. " Nak."
" Tapi kau yang nak balik sanagt dekat rumah ni." Ujar Danish lagi sambil mengerling memandang abangnya sambil tangannya sibuk bermain PSP.
" Suka hati akulah." Malas hendak menjawab kesemua soalan adiknya, Dani menghempaskan dirinya ke atas katil. Kalau hendak dikira, sudah hampir 12 tahun mereka duduk di rumah ini.
Bersendirian.
Segala tugasan rumah selalunya diuruskan oleh Danish. Memandangkan sifat keibuan tiba-tiba terturun pada adiknya itu. Dan dirinya pula, hanya bersifatkan kanak-kanak riang yang sering brgantung pada Danish.
Soal perbelanjaan?
Terlalu banyak sehinggakan mereka tidak mahu mahu berbuat apa dengan duit itu.
Namun semua itu diberi atas dasar tanggungjawab.
Dan bukan kasih sayang.
Sekali lagi, mereka berdua mengeluh kecil.
" Aku nak balik rumah."
" Rumah Far?"
Dnai menggelengkan kepalanya. Kini, matanya menatap kosong bingkai gambar yang berada di atas rak berhampiran.
Senyuman yang diukirkan seorang gadis kecil, bersama abang kembarnya disisi membuatkan hati Dani terasa sebak.
Mungkin kerana mereka berdua kembar seiras, Danish seolah-olah turut sama terasa sebak abangnya walaupun tidak diungkapkan dengan kata-kata.
" Aku nak balik rumah kita."
" Tapi apa yang kita dah buat dulu... Bukannya benda yang senang untuk dimaafkan."
Dani menoleh memandang wajah adiknya yang kian berubah. Berbeza dengan sebelumnya dimana wajah Danish sentiasa kelihatan tenang dengan senyuman di wajah.
" Sepatutnya kau tak perlu tanggung semua tu. Aku yang bersalah. Kalau bukan sebab aku yang ajak, 'dia' mungkin..." Dani tidak sempat menghabiskan ayatnya, namun tanpa dia sedari setitis air matanya mula mengalir.
Danish yang melihat turut sama merasakan kesedihan abangnya. Kadang-kadang, dia mula terasa, susahnya apabila mereka adalah kembar.
Kerana apa yang Dani rasa, pasti akan dirasai Danish juga.
" Kalau Farish tahu kita tengah bercakap pasal benda ni..."
" Mesti dia marah." Kini, senyuman kelat terukir di bibir Danish. Farish sungguh tak suka apabila kembar ini mula menyalahkan diri mereka sendiri, atas kesalahan yang mereka pernah buat pada masa lalu.
Memandangkan Farish merupakan orang yang plaing terikat dengan masa silamnya. Masa lampaunya yang mungkin tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Masa lalu yang mengakibatkan dia kehilangan satu-satunya perempuan yang plaing dia cintai.
Nasib baik Farish tidak bersama mereka kini. Jika tidak, pasti kuasa telepati berkuasa ultra Farish dapat membaca fikiran mereka.
Banyka orang kata, Farish ni special. Ada juga yang kata dia bela saka.
Sejauh mana kebenarannya, masih lagi mereka tidak dapat ungkaikan.
" Kau rasa kalau kita mintak maaf.... Semua akan okay?"
" Nish, kalau maaf je yang dia perlukan, kau rasa perlu ke kita hidup bersendirian dekat sini selama 12 tahun?"
Kini, Danish kehilangan kata-katanya. Benar kata abangnya. JIka hanya maaf saja yang diperlukan...
Mereka tidak perlu keluar dari rumah mereka.
Bukan.
Bukan keluar, namun mereka dihalau.
" Nasib baik ada Far, nasib baik ada rumah ni. Kalau tak..."
" Kalau tak, aku dah boleh nampak kau tidur tepi jalan dengan berselimutkan kotak."
" Hah, aku pula boleh nampak aku dalam kotak. Tinggal tunggu masa untuk dibuang je." Balas Dani selamba tatkala dia mula tersengih nakal.
" Tak gun!" Kini, tawa mereka memenuhi segenap ruang. Jika tidak, pasti suasana suram itu mula menguasai mereka.
Mereka adalah kembar.
Mereka adalah satu.
Dani adalah Danish, dan Danish adalah Dani.
Jika hilang salah seorang dari mereka...
Maka hilanglah separuh jiwa mereka.
*****
Farish memetik kecil gitarnya sambil termenung memandang bunga-bungaan yang mulai mekar di bawah sinaran cahaya bulan mengambang.
Tidak tahu mengapa, dia terasa gembira. Sangat gembira namun dia tidak tunjukkan pada wajah.
Sudah lama dia tidak berasa begini. Mungkin sejak dari kecil lagi...
Tak.
Sejak kehilangan 'dia'.
Farish kini menarik nafas panjang lalu memetik kecil gitarnya. Jika dia sendiri tidak dapat meluahkan perasaannya, biarlah melodi indahnya yang mengatakan semuanya.
Syafiq yang meemrhati dari dalam kini mula berfikir sendirian. " Apa kena dengan Farish tu?"
" Asal?" Kerepk kentang dikunyah laju tatkala tangan dan matanya fokus dengan buku yang sedang dibaca kini.
Syafiq merapatkan dirinya denagn Ariffin lalu suaranya turut direndahkan. " Kau... Ada rasa apa-apa pelik pasal Farish?"
" Dia tu kan memang pelik. Pernah ke nampak dia normal?"
Lantas dengan itu, kedengaran petikan gitar Farish sudah tidak berbunyi lagi. Seolah-olah, dia dapat mendengar seseorang sedang bercakap tentang dirinya.
Puas Syafiq menunjukkan isyarat tangan agar Ariffin memperlahankan suaranya. Jarak antara mereka dan Farish agak jauh namun dia pasti tahu tentang kebolehan psikik Farish.
Walaupun pada hakikat sebenarnya, Farish tak denagn pun perbualan mereka.
" Maksud aku, perangai dia. Kelakuan dia. Macam, dah lain dari yang sebelum ni."
Pergerakan tangan Ariffin terhenti. Jarang dia hendak mendengar SYafiq serious akan sesuatu perkara. Ini pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran mamat sasa ini. " Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya?"
Syafiq menoleh kiri dan kanan. Matanya kemudian difokuskan pada Farish. Nampaknya lelaki itu tidak memandang ke sini. " Far denagn Ryna tu... Ada apa-apa ke?"
Ariffin membulatkan matanya. Wajahnya seakan-akan terkejut denagn soalan Syafiq. Snek kentangnya tidak lagi disentuh, bukunya pula tidak lagi dibaca. " Kau..."
" Aha?" Syafiq menanti penuh kesabaran. Berharap agar jawapan Ariffin dapat menghilangkan keresahan dan tanda tanya yang bermain di fikirannya.
" Kau gila ke apa? Takkan lelaki batu macam Farish tu boleh ada apa-apa dengan bidadari pujaan aku tu? Memang tak lah! Dah lah dia tu terencat emo-"
" Wow, sorry kalau aku ada apa-apa denagn bidadari pujaan kau."
Darah sejuk mula berderau ke seluruh badan mereka berdua, terutama sekali Ariffin. Tidak tahu mengapa, tiba-tiba pintu hatinya terbuka untuk bertaubat, kemungkin dapat merasai bahawa maut semakin hampir dengannya.
Perumpaan ini hanya hyperbola semata-mata.
Belum sempat Farish berbicara lagi, kelibat Ariffin dan Syafiq hilang dari pandangan. Cepat saja mereka lesap. Mungkin takut jika raja berdarah sejuk itu naik angin.
Jangan mempermainkan Farish jika mamat terencat emosi ini sedang marah.
Namun apabila dia fikirkan kembali soal apa yang dikatakan oleh mereka berdua, mungkin ada betulnya juga.
Dia dan Ryna...
Ada apa-apa ke?
Haih, dia sendiri pun tak tahu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top