Bab 40
Terangkat sebelah kening Zaki apabila terdapat sampul surat di atas mejanya. Jika ianya surat dari cikgu, pasti akan diserahkan sendiri ke tangannya. Melainkan...
Zaki mula rasa gelisah di hati. Sampul putih bersih tersebut dipandang lama. Lama juga dia berdiri di hadapan mejanya. Sampai pada satu saat, otaknya mula menangkap sesuatu.
Surat seperti ini... Surat yang diserahkan secara diam tanpa ingin diketahui siapa penghantarnya. Surat yang didalam pasti terselit tempat pertemuan. Pertemuan yang bakal menimbulkan sebuah cerita yang tidak terduga.
Zaki meneguk air liur kelat. Selangkah demi selangkah kakinya melangkah mendekati mejanya lalu tanganya mencapai surat tersebut. Kini, tidak disangkal lagi.
Ini merupakan surat yang dia telah jangka.
" Zak, kau kenapa-"
" Syafiq!!! Aku dapat surat cintaaaaaa!!!"
Tanpa sempat kawan sekelasnya menegur tindakan pelik Zaki, laju saja lelaki itu meninggalkan kelasnya bagi mendapat Syafiq yang berada di kelas sebelah. Terkedu mereka dibuatnya apabila Zaki bertindak begitu.
" Apa yang bising-"
" Fiq! Surat cinta!"
Syafiq terdiam seribu bahasa.
Begitu juga dengan kawan sekelas Syafiq.
Kini, semua mata tertumpu pada Syafiq. Suasana sepi melanda mereka sampailah ketua kelas Syafiq perlahan-lahan menepuk bahunya. " Aku tak sangka selama ni kau suka lelaki."
" Bu-bukanlah woi! Apa korang ni?! Asal fikir macam tu?!"
" Dah tu Zaki bagi kau surat cinta?!"
" Mana ada Zaki bagi aku surat cinta."
" Tapi Fiq, ni memang surat cinta lah!"
" Hah tengok tu!"
" ZAKI!"
" Hahahahaha!!!" Pecah perut Zaki ketawa apabila salah faham itu menjadi lebih parah. Tak sangka pula Syafiq akan cuak denagn keadaan seperti ini. " Lek, lek. Gurau. Maksud aku, aku dapat surat cinta."
" Hah?!"
Kali ini, bukan saja Syafiq, malah seluruh kelasnya dan juga kelas Zaki turut sama menjerit. Ini sudah jadi satu berita besar!
" Zaki dapat surat cinta!"
" Alah! Melepaslah aku! Aku baru nak rapat denagn dia!"
" Alah, Zak! Jangan lah terima budak tu!"
Syafiq yang melihat keadaan itu mula terasa hairan. Sepanjang dia berkenalan dengan Zaki, dia tidak sangka pula bahawa lelaki ini popular. Baru dia sedar, bahawa Zaki mempunyai wajah yang hensem. " Boleh tahan popular jugak kau ni."
" Heh, tengok lah siapa. Ni Zaki lah."
" Ha ah, Zaki. Budak yang selalu ponte-"
Belum sempat Syafiq menghabiskan ayatnya, mulutnya telah ditekup kuat oleh Zaki. Nasib baik saja tidak kuat dia cakap, jika tidak pasti terbongkar rahsianya. " Kau! Aku bagitahu kau selalu gaduh dekat belakang sekolah."
" Aku tak gaduh, aku kene belasah je~" Jawab Syafiq selamba sambil bersiul kecil. " So, tak nak baca surat tu?"
Tanpa berlengah, surat tersbeut dibuka lalu satu-satu perkataan Zaki baca. Dia senyap, diam tidak terkutik. Sepertinya dia amat khusyuk membaca setiap isi yang ada di dalamnya.
" So, how?"
Zaki tersenyum kecil. Surat tersebut dilipat kembali lalu dimasukkan kembali ke dalam sampul. " Balik sekolah nanti aku terus pergi jumpa dia. Kau baliklah rumah dulu."
*****
Zaki melangkah perlahan memasuki perkarangan kilang terbiar yang terletak tidak jauh dari sekolah. Nmaun, ianya jarang dimasuki orang kerana ada yang mengatakan bahawa, ini adalah tempat dimana 'hantu' berkumpul.
Tapi bagi orang pandai seperti Zaki, dia pasti tidak menganggap ini adalah tempat makhluk halus. Dia tahu, ini adalah sarang dimana semua 'hantu' yang membaut kacau berada.
Sarang dimana semua gangster kuat berkumpul.
" Tak sangka kau betul-betul datang sorang." Tepukan tangan yang kedengaran dari belakang sedikit memeranjatkan Zaki. Kelibat seseorang mula keluar dari bayangan gelap. Senyuman sinis terukir cerita di bibir lelaki berketinggian serdahana itu. " I need to say yang aku suka keberanian kau."
Rasa takut tidak menerjah ke susuk tulang Zaki, malah dia juga tidak mahu kalah. Sengihan Ari dibalas dengan senyuman lembut. " Maaflah sebab kecewakan kau, tapi aku tak minat lelaki." Ujarnya selamba sambil menayang sampul surat yang disangka surat cinta sebentar tadi.
" Heh, of course lah aku tahu. Aku pun tak berminat denagn kau. Cuma boss aku berminat nak jumpa dengan kawan baik kau."
Dengar saja perkataan kawan baik keluar dari mulut Ari, senyuman lembut di ajah Zaki pudar. Kini riaksinya berubah serius. Tanpa berdolak dalih lagi, dia tepat menatap wajah Ari. " Kau kan? Orang yang khianat kepercayaan Syafiq dulu."
Ari terkedu seketika. Nampaknya hubungan mereka berdua sememangnya rapat sehinggakan perkara ini pun dapat diketahui olehnya. " Ma-macam mana kau tahu-"
" Itu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang, apa lagi yang kau nak dari Syafiq?"
" Aku nak maruah aku! Selagi dia tak mati, selagi tu maruah aku takkan pulih."
Kini, tiada lagi suara halus ataupun kebudak-budakkan. Suara yang lebih kuat dan lebih garau mencelah perbualan mereka berdua.
Ari sudah mula kecut perut.
Zaki masih lagi menatap wajah tersebut dengan penuh kebencian. Mujur saja Zaki tidak berfikiran singkat akal. Dia harus mencuba kekuatan mental ketua gangster terlebih dahulu kerana dia tahu, kekautan fizikal merupakan kelebihan kedua-dua musuh yang berada di hadapannya ini.
" Orang macam korang ni ada ke maruah?"
Ternyata apa yang hendak dibuktikan Zaki benar. Merka hanya kuat pada fizikal dan bukannya mental. Buktinya, ketua gangster tersebut kelihatan sudah hilang sabar denagn mulut celopar Zaki.
Mereka berdua tidak seperti Syafiq yang kuat dari segala segi.
" Kau...!"
Baru saja penumbuk hendak menghinggap wajah Zaki, tangan ketua gangster tersebut digengam erat lalu ditepis kuat. " Why don't you pick someone with your own size?"
" Fiq!"
Pandangan Syafiq terhadap kedua gangster di hadapannya mendingin, namun apabila matanya menoleh memandang Zaki, matanya kembali bersinar, seperti sedia kala. " Lain kali, kalau ada apa-apa, bagitahu aku boleh? Kau ingat best ke dok mengintip kau balik sekolah, sorok-sorok sebalik tiang tu?"
" Muat ke badan besar kau tu menyorok sebalik tiang?"
" Sebab tak muat lah aku menyorok sebalik pokok pulak lepas tu."
Serentak dengan itu, Zaki tertawa kecil. Seperti yang dia sangka, dia memang tidak akan dapat menipu Syafiq. " By the way, thanks."
" Tak de hal lah." Jawab Syafiq selamba dan kini, dia mula memulas kuat tangan ketua gangster di hadapannya. " So, ada masalah kau dengan aku?"
" Pulangkan maruah aku!"
" Sejak bila aku amik maruah kau?"
" Sejak hari tu..." Kini Ari mencelah tatkala aura membara sedang menyelubungi mereka. Jujur dia katakan, dia tidak mahu terlibat jika Syafiq ada di dalam pertarungan ini.
" Ohhh..." Ujaran kecil Syafiq membuatkan Ari tersentak kecil. " Sejak hari yang kau mula 'berkawan' dengan aku tu, kan?"
Lembut namun berbisa. Sengaja Syafiq menekankan perkataan berkawan itu agar Ari sedar akan perbuatannya dahulu.
" Pulangkan maruah aku lah!"
" Kau nak aku pulangkan macam mana?!"
" Kau kena mati!"
" Syafiq!"
Satu das tembakan dilepaskan. Tergamam dan semuanya membisu. Pada saat itu, tiada sebarang pergerakan pun yang dibuat oleh sesiapa.
Namun apa yang pasti...
Ketua gangster itu tersenyum kecil sambil berbisik sesuatu dengan nada bersahaja. " Ahh~ Salah target."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top