Bab 38
" Kene belasah lagi?"
Zaki tersengih kecil sambil mencampakkan tuala basah pada Syafiq yang kini tersandar di dinding bangunan lama sekolah. Tempat dimana dia sering dibelasah kini.
Syafiq yang baru sedar akan kehadiran Zaki hanya mampu menghadiahkan jelingan buat lelaki itu. Sejak mereka menjadi rapat, Zaki seperti tahu-tahu saja dimana hendak mencarinya. " Mana kau tahu aku dekat sini?"
" Satu sekolah punya gangster pilih tempat ni untuk belasah kau. Lagipun..." Zaki menghentikan bicaranya lalu menoleh memandang ke atas. " AKu boleh nampak kau dari sana.
Tingkat aras tiga bangunan baru, tempat dimana bilik rawatan berada.
Syafiq hampir terlupa bahawa bangunan lama sekolah dan bangunan baru bersebelahan sahaja. " Jadi kau memang selalu lepak situ?"
" Well, kind of." Jawab Zaki sambil selamba mengangkat bahunya. Tanpa dijemput, Zaki mengambil tempat di sebelah Syafiq yang kini menahan sakit di bawah bibirnya. " Pandang sini."
Syafiq hanya menurut. Pedih terasa apabila Zaki menyapu sesuatu pada bawah mulutnya lalu perlahan-lahan, Zaki menampalkan 'plaster'.
" Pandai juga kau rawat orang." Niatnya memang hanya untuk puji Zaki. Dia sedikit kagum dengan kebolehan Zaki merawat orang dengan tenang dan teratur. " Kalau kau bukak klinik, aku janji aku akan jadi pesakit tetap kau."
" Kau patut janji untuk jaga diri kau elok-elok supaya kau tak jumpa aku, gila." Tawa kecil Zaki memecah suasana sepi. " Tapi, ada betul juga cakap kau tu."
" Apa? Pasal aku jadi pesakit tetap kau?"
" Bukanlah!" Bahu Syafiq ditumbuk kuat. Sekali lagi mereka berdua ketawa kecil. " Aku nak jadi doktor."
Syafiq tersenyum kecil memandnag Zaki. Sesiapa saja yang kenal Zaki, pasti akan mengatakan bahawa lelaki ini mempunyai masa depan yang amat cerah. Memandangkan dia antara pelajar pintar di sekolah. Jika tidak mendapat tempat top 10, itu bukan Zaki namanya.
" Aku yakin kau boleh."
" Tapi tak semudah tu." Zaki mengeluh kecil sambil tersenyum tawar. " Bukan senang aku nak capai semua tu, dengan keadaan keluarga aku sekarang."
Serentak denagn itu, Syafiq mengangkat sebelah keningnya. " Keluarga kau?"
Zaki hanya mampu tersenyum. Dia sendiri tidak pernah buka cerita tentang keluarganya pada sesiapa pun. Melainkan Syafiq. Tidak tahu mengapa, dia terasa selesa berkawan dengan SYafiq. " Orang lain tak pernah tahu tapi sebenarnya... Keluarga aku bermasalah."
" Bermasalah macam mana maksud kau?"
" Ayah aku kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan, kaki judi, senang cerita semua kaki ada dekat dialah."
" Uish, kita patut kaki je dia tu. Nak aku tolong 'kakikan' dia?" Lawak Syafiq sedikit menjadi apabila Zaki terpaksa menahan tawanya. Buat penat saja dia mencipta mood suram ini, namun senang-senang saja Syafiq hancurkannya.
" Pendek cerita, aku dengan mak aku selalu jadi mangsa. Kitaorang hanya mampu bergantung sesama sendiri. Aku ada mak aku, mak aku ada aku. Kalau salah seorang daripada kitaorang tak ada, aku tak tau nak buat apa." Dompetnya dikeluarkan lalu sekeping gambar dikeluarkan. " Ni mak aku."
" Lawa gila weyh!"
" Lawa kan?" Celah Zaki sambil mengangkat keningnya. " Tengok lah, anak dia ni pun hensem."
" Tak, aku rasa kau ikut genetik ayah kau."
" Kurang ajar punya budak." Sekali lagi, bahu Syafiq menjadi mangsa. " Sampai hati kau!"
" Lek, lek. Lawak je." Kini, Syafiq melunjurkan kakinya. agar dia dapat bersandar dengan lebih selesa. " Jadi kesimpulannya, kau pandai rawat orang sebab... Kau selalu ubatkan luka mak kau?"
" Dengan luka aku sendiri." Perlahan-lahan, Zaki menyeseng lengan baju dan seluarkan ke atas.
Alangkah terkejutnya Syafiq apabila melihat bekas luka dan lebam yang sarat pada tangan dan kaki kawannya itu. Itu baru tangan dan kaki, jika badan, dia rasa ianya lebih teruk dari ini. " Kau.."
" Tapi aku kena pastikan semua ni tak menjadi penghalang untuk aku terus belajar. Aku... Cuma tak nak orang tahu."
" Tak sakit ke weyh?"
" Muka kau selalu kene tumbuk, tak sakit ke?"
Syafiq terdiam seketika. Benar perumpaan Zaki itu. Dirinya yang selalu dibelasah sememangnya sakit tidak terhingga. Inikan pula Zaki yang kemungkin selalu disebat dan dibelasah ayahnya.
Pasti rasanya lebih teruk lagi.
" I'll take you to the hospital. And your mom too."
" No, tak apalah! Relax lah, Fiq. Kau kenapa ni?" Zaki cuba untuk mebgukir senyuman. Nmaun dia tidak sangka bahawa Syafiq dapat membaca perasaan sebenarnya yang kini sebak. " Lagipun, bill hospital mahal."
" Duit bukan masalah bagi aku. Tapi kau dengan mak kau. Kalau salah satu lebam kau tu punca darah beku macam mana?"
Untuk kali pertama perkenalan mereka, Zaki merasakan bahawa Syafiq berjaya menunjukkan kepandaiannya. Jika dikutkan dari markah antara kelas, Syafiq pun bukanlah seperti pelajar samseng yang lain.
Sekurang-kurangnya dia selalu berapa diantara 20 teratas di sekolah.
" Bawak aku pergi rumah kau sekarang!"
" Tapi sekolah..."
" Bukannya kau tak biasa ponteng, kan?" Jawab Syafiq selamba sambil mengeyitkan matanya.
Zaki hanya mampu memandong kosong wajah Syafiq. " Habislah rekod bersih aku..."
*****
" Kau tak guna! Kau menyusahkan aku je! Aku menyesal kahwin dengan ka-!"
" Mak!" Sepantas kilat, Zaki terus menerpa ke arah ibunya. " Apa ayah buat ni?!"
" Ni lagi sorang! Kau jangan nak menyibuk boleh?! Ke kau pun nak kena belasan sekali?!"
" Aku rela kena belasah dari tengok mak aku menderita! Dasar lelaki tak guna!"
Jeritan Zaki membuatkan ayahnya bertambah berang. Sungguh, dengan suara anaknya saja membuatkan jantungnya berdebar laju.
Berdebar dek kemarahan yang melampau.
" Kau!!!"
Sebelum sempat tangan ayahnya menghinggap mukanya, lengannya dipegang seseorang yang berlengan 3 kali ganda lebih besar darinya.
" Kalau kau rasa kau nak hidup lama lagi, baik kau jangan buat apa-apa." Tenang tapi menakutkan. Syafiq merenung ayah Zaki denagn pandangan yang tajam, bersedia untuk memulas tangan lelaki berumur 40-an itu bila-bila masa sahaja.
" Kau siapa nak masuk cam-"
" Kalau kau tak nak berhenti, aku akan pastikan yang kau takkan selamat selagi kau ada dekat muka bumi ni."
Bukan hanya ayah Zaki, malah Zaki dan ibunya sendiri turut kecut perut mendengar ugutan Syafiq.
Zaki tahu bahawa ugutan Syafiq bukan hanya ugutan main-main sahaja.
Syafiq serius dengan ugutannya.
Namun ayah Zaki maish lagi memberanikan diri dengan mengukir senyuman sinis di wajahnya sambil merenung memandang Syafiq. " Kau ingat kau siapa nak masuk campur urusan aku? Kau tu budak je tahu tak?!"
" Tapi bapak aku bukan budak."
Serentak dengan itu, Zaki dan ayahnya mengangkat kening masing-masing.
" Dato Jamal bukan budak. Kau pun tahu tu kan?"
Dengar saja nama itu disebut, Zaki terdiam seketika. Manakala ayahnya pula mula berpeluh dingin.
Siapa yang tidak kenal dengan Dato' Jamal? Usahawan berjaya yang terkenal di seluruh Malaysia. Jangan dibuat main dengan lelaki ini memandangkan Dato' Jamal juga merupakan seseorang yang digeruni.
" Kau... anak Dato' Jamal?"
" Anak tunggal dan bakal pewaris syarikat dia." Jawab Syafiq dengan penuh bangga dengan wajahnya yang tenang namu serius. " Jadi, aku bagi kau 10 saat untuk kau tinggalkan rumah ni. Jangan datang balik. Kalau tak... Kau pun tahu apa yang aku boleh buat kan?"
Tanpa berlengah lagi, ayah Zaki terus meninggalkan kawasan rumahnya tanpa membungkus pakaiannya. Dia tidak mahu berurusan lebih lama lagi denagn dengan anak Dato' Jamal. Buruk padahnya.
" Aunty okay?"
Teragak-agak, mak Zaki, Samsiah mengangguk perlahan. " Te-terima kasih."
" Kau... Tak bagitau pun yang kau anak Dato' Jamal." Bicara Zaki membuatkan Syafiq hairan. Lama dia menatap wajah Zaki yang kelihatan seperti kesal akan sesuatu. " Kau kawan dengan aku... Sebab simpati je ke?"
" Kau nampak muka aku ni macam suka bersimpati dengan nasib orang ke? Kalau ye, kenapa aku belasah orang?" Sekali lagi, jawapan selamba Syafiq menghilang kerisauan di hati Zaki. Bukan apa, dia cuma rasa tak selesa jika memikirkan tentang dirinya yang sehelai sepinggang berkawan rapat dengan pewaris syarikat besar.
Dia malu.
" Dah lah, jangan fikir banyak. Jom kita pergi hospital. Nanti kita sambung cerita."
*****
Hampir lima bulan berlalu sejak mereka berkenalan. Sekelip mata, Syafiq dan Zaki menjadi rapat, lebih-lebih lagi ketika Syafiq membantu keluarga Zaki keluar dari genggaman ayah kandungnya.
Syafiq juga tidak lagi dipandang serong oleh guru-guru disekolahnya. Malah dipuji melambung-lambung tingginya apabila Syafiq dan Zaki kedua-duanya menjadi antara pelajar top 10 sekolah.
Namun perangai ponteng kelas mereka masih tidak berubah. Bak kata pepatah inggeris, habits are hard to beat.
Sekotak air minuman dihulurkan buat Syafiq. Walaupun dirinya dipandang tinggi oleh guru kini, namun dirinya maish lagi menjadi punching bag kepada pelajar gangster lain.
Dan semestinya, Zaki lah yang menjadi doktor yang selalu di sisinya.
" Kan. Aku. Dah. Kata. Melawan. Lah. Kalau. Diorang. Belasah. Kauuu!!!" Pada akhir ayatnya, Zaki sengaja menekan kuat lebab di tanganya. Terjerit juga SYafiq dibuatnya apabila Zaki berbuat begitu.
" AKu tak boleh melawan, faham tak?!"
" Kenapa tak boleh?"
" Sebab perjanjian tu."
Zaki menghentikan pergerakkannya apabila prihal perjanjian tersebut disebut Syafiq. Perlahan-lahan, kepalanya didongak memnadnag Syafiq. " Boleh aku tahu, punca kau berhenti jadi gangster?"
Syafiq terdiam seketika. Celopar betul mulutnya apabila dia terlepas cakap tentang perkara itu. Namun, perlukah dia sorokkan tentang perkara itu lagi?
Lebih-lebih lagi pada Zaki.
Satu nafas dihela perlahan sebelum Syafiq kembali berbicara. " Dulu, aku ada kawan baik... Kitaorang memang rapat gila. Kalau ada apa-apa fight, mesti dia ada sekali dengan aku."
" Partner in crime kau lah ni? Gila ahh, acah cool je."
" Kau nak dengar ke tak nak?"
Laju Zaki menganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu Syafiq berhenti bercerita lagi.
Helaan nafas berat Syafiq membuatkan Zaki dapat mengagak bahawa perkara ini bukanlah hal kecil buat lelaki berbadan besar itu untuk menceritakan padanya.
Pasti semua ini berat buat dirinya.
" Aku ada kawan baik. Kawan paling baik yang aku ada. Tapi... Dia khianat aku."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top