Bab 20
Nafasnya sekali lagi tercungap-cungap. Badannya pula bermandikan peluh. Matanya meliar memandang kawasan sekeliling dan tidak terkecuali juga...
Matanya kini bergenang dengan air mata.
Tak kira berapa kali pun Farish bermimpi akan kemalangan tragik itu, ianya tetap membutanya mengangis dalam tidur. Penghancur angin baiknya sepanjang hari jika bermimpikan mimpi tersebut.
Pernah sampai satu tahap, dirinya tidak tahan lagi dengan semua ini. Nasib baik saja Ariffin ada untuk menasihatinya, kalau tidak, mungkin saja dia sudah menjadi salah seorang penghuni hospital sakit jiwa kini.
Farish mengucap panjag di dalam hatinya. Zikir tidak lelakng dari mulutnya. Dia harus menenangkan irinya terlebih dahulu. Dia tidak boleh berterusan begini.
" Perempuan tu..."
" Cantik?" Dani mengeliat kecil tatkala terjaga dari tidurnya. " Kau ni dah selalu sangat ni terjaga malam. You sure you okay?"
Farish tidak menjawab soalan Dani, bahkan hanya membiarkan soalan itu tergantung. Dirinya masih tidak dapat tenang denagn sepenuhnya lagi. Dia tidak mahu melayan sesiapa pun pada masa ini.
" Aku boleh buat air untuk kau."
Masih lagi tiada jawapan balas dari Farish. Nasib baik saja Dani sudah faham benar dengan perangai lelaki itu. Namun pada malam ini, Farish kelihatan berbeza dari biasa. Tidak seperti dirinya yang selalu.
Melihat saja keadaan Farish begitu, Dani mula rasa simpati. Dia tidak mahu melihat Farish dalam keadaan begitu. Cukuplah pada waktu 'itu' sahaja Farish begini.
Lama Dani mendiamkan diri, perlahan-lahan, dia mula bersuara. " Pergi jumpa mak aku..."
Dalam keresahannya yang masih belum reda, Farish dengan rasa terkejutnya menoleh memandang Dani. Walaupun wajahnya poker, namun hatinya sedikit tersentak kecil. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Dani akan sukarelanya menyebut tentang ibnya sendiri. " Don't mess with me."
" Aku tak bergurau. Dalam keadaan macam ni pun tahu yang mak aku je yang boleh tolong kau kan?!"
" But-"
" Aku tak kira, kau kena pergi jugak. Walau apa pun yang terjadi!"
Belum sempat Farish hendak membalas apa-apa, Dni trus bangun lalu beredar dari bilik itu. Farish masih lagi dalam keadaan keliru, dan terima kasih juga pada Dani, akibat terkeutnya yang melampau, panik Farish terhadap mimpinya terus hilang serta merta. " What the..."
" It's okay, Far." Kini, pandangan Farish beralih kepada Danish yang sebenarnya sudah terjaga disaat abangnya Dani terjaga. " Aku tahu apa yang aku nak buat denagn abang aku tu nanti."
" We are talking about your mom here..."
" And we are talking about your health. Kesihatan kau, keselesaan kau. Pasal Dani kau jangan risau. Aku boleh slow talk dengan dia nanti. Aku kan adik dia yang berjiwa matang." Danish tersengih kecil. " Tapi betul cakap Dani, mak aku yang boleh tolong kau sekarang ni."
Farish memang bukan seperti dirinya yang selalu sekarang ini. Dia tidak boleh berfikir lurus. Keputusan Dani untknya berjumpa dengan ibu mereka membuatkan dirinya bertambah buntu. Bukannya dia tidak tahu, menyebut soal ibu mereka di hadapan Dani dan Danish adalah perkara terlarang.
Ini pula, mereka sendiri yang menyebut tentang ibu mereka. Mahu tidak terkejut Farish dibuatnya. Tambahan pula, sejak kejadian 'itu'... Lupakan.
Farish sekali lagi mengeluh kecil. Dia sedar, semenjak dua menjak ini dia banyak mengeluh. Namun dia tidak dapat nafikan bahawa mak pasangan kembar tersebut mungkin saja dapat membantunya.
Sekurang-kurangnya, itu yang dia harapkan.
*****
" Ryn kenapa tak datang semalam?"
" Awak tak sehat ke?"
" Ataupun Ryn sakit sebab rindukan Finn?"
' Pap!' Tak semena-mena, kepala Ariffin serta merta ditepuk kuat oleh Syafiq. Masakan gadis itu sakit kerana dirinya?
" Kau ni, stop lah merepek!" Dengus Syafiq. " So, Ryna, asal kau semalam?"
Ryna hanya mampu tersenyum kecil. Takkan dia mahu ceritakan dari A sampai ke Z tentang apa yang jadi.
Dan megingat kembali apa yang dikatakn oleh Lisa tentang peminat hardcore Farish, mahu mati dia leps ini jika cerita tentang mereka meluangkan masa bersama semalam di sebuah kafe. Aishh, mintak dijauhkan!
" Dah lah, awak mesti penatkan. Nak air? Saya belikan." Pelawa Lisa disambut baik oleh Ryna. Nasib baik saja ada Lisa, jika tidak dia pasti tidak tenang duduk berdua di sini bersama dua jejaka idaman malaya. " Finn, awak nak apa-apa?"
" Esspresso."
" Fiq?"
Syafiq terdiam seketika. Dan kebetulan, mindanya bagaikan muncul sebuah mentol lampu yang sudah lama tidak menerangi minda gelapnya itu. Lek, gurau je Fiq.
" Aku ikut kau. Tolong angkat air."
Lisa yang tidak snagka dengan jawapan Syafiq itu hanya mampu akur. Takkan mahu dihalau pula lelaki itu kan?
Hilang saja kelibat mereka, Ryna membuka topik baharu agar perbualan emreka tidak mati disitu. Jika tidak, pasti perasaan janggalnya akan berleluasa. " So, mana yang lain? Tak nampak pun."
" Ada hal katanya."
" Tiga-tiga sekali gus?"
Ariffin tersenyum kecil. Nampakya Ryna jenis gadis yang tidak berpuas hati dengan jawpaan yang ringkas. Sangat bertentangan dengan Farish. " Yang kembar ada hal, well I don't know what it is. And Far..."
" Rish kenapa?"
Ariffin terdiam seketika. Kini dia benar-benar berada di dalam keadaan di mana dia sangat terkejut. Lama juga dia mengambil masa untuk menjawab soalan Ryna, sehinggakan gadis itu terpaksa memanggilnya beberapa kali. " Erm, Far pula dia... Jumpa doktor rasanya."
" Di-dia kenapa?" Ryna mula khuatir. Adakah Farish sakit kerana dia semalam? " Dia tak apa-apa kan?"
" Ehh, dia okay je cuma..." Sekali lagi, sepi melanda Ariffin. ' Boleh ke Ryn tahu pasal ni? Far mesti tak kesah kan? Sebab Ryn yang nak tahu... Errmm...'
" Dia ada bagitahu yang dia selalu mimpi?"
Ryna lantas mengangguk kecil. Dia teringat dimana Farish pernah memberitahunya bahawa dia mempunyai mimpi buruk sejak kebelakangan ini. " Yeah, why?"
" So cerita dia macam ni, mimpi dia tu jadi makin lama makin teruk. Berlarutan berbulan-bulan sampaikan dia tak boleh nak tidur. Dia memang ada plan nak jumpa pakar psikiatri pun sebelum ni."
" Teruk sangat ke mimpi tu?"
Ariffin mengangkat bahu. " Dia kata, dia mimpi pasal perempuan."
" Entah-entah ex-girlfriend dia."
" Boleh hancur kolej ni kalau dia pernah ada ex"
Serentak dengan itu, Ryna dan Ariffin ketawa besar. Benar kata lelaki kasanova itu. Mana mungkin lelaki seperti Farish mempunyai wanita yang dia cintai.
Mana mungkin... Kan?
*****
" Kau rasa, Far dan jumpa dia?"
Danish hanya mampu mengangkat bahu sambil menggeleng kecil. " Not sure."
" Kau rasa, dia ada tanya apa-apa pasal kita?"
Sekali lagi, si adik hanya mampu menggeleng kepalanya lagi. Kini, kakinya dipeluk erat, sama seperti abangnya yang kini sedag memeluk lutut. " Aku tak tahu."
Seketika, mereka kembali sunyi. Namun mereka faham isi hati masing-masing.
Hati yang selama ini hanya mapu bergantung antara satu sama lain. Hati yang selama ni memendam rasa dan perasaan Hati yang selama ini hanya mampu menyimpan kesedihan dan penyeksaan.
Hati yang sudah lama menginginkan kasih sayang.
Mereka tahu bahawa diri mereka bukanlah sesiapa di hadapan 'dia'. Sejak kejadian itu. sejak hari itu. Secara rasminya...
Mereka bukan lagi anak 'dia'.
P/S :
Heyya guys! Thank you so much for keep on reading the story and thanks sangat2 sbb leave a positif feedback for me T.T seriously rasa nak nangis bila baca ahahha. So, as i promise minggu ni saya akan rajin sikit update since tak busy sangat. So here's the new chapter and enjoy! And seriously guus, thank you so much for keeping supporting me and stay tune!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top