Bab 8


    " Farish tak datang hari ni?"

    Soalan Ariffin hanya disambut dengan gelengan kepala oleh Izzi. Bahu diangkat sedikit tanda di sendiri kurang pasti.

    Sama ada dia benar-benar tidak datang, ataupun dia sedang tidur di bilik kesihatan.

    " Aku tengok dekat bilik kesihatan tadi, tapi dia tak ada dekat situ." Bicara Ariffin sekali lagi.

    Ahh, dia betul-betu tak datang lah tu. 

    " Dekat rumah hijau pun tak ada." Balas Izzi malas sambil meletakkan dagunya ke atas meja sementara menunggu cikgu tiba untuk kelas yang pertama.

    " Cari Far?"

    Serentak, Izzi dan Ariffin menoleh. Dani dan Danish tersengih kecil dengan roti bakar di mulut mereka. Nafas mereka agak turun naik, kelihatan seperti tergesa-gesa untuk datang ke sini.

    " Korang dari mana ni?"

    Kerusi bersebelahan Izzi ditarik, manakala Danish pula menarik kerusi berhampiran Ariffin. Buat macam kelas mereka sendiri walhal kelas mereka berada di sebelah. " Dari rumah. Terlambat bangun."

    " Kitaorang tak tahu pulak Far tak sekolah hari ni. So tak ada siapa kejut kitaorang bangun." Tambah Danish sambil menjilat jarinya yang terkena kaya dari roti bakarnya. 

    Memang sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Farish memang tidak gemar dengan tempat yang penuh dengan orang. Hari kegemaraanya untuk ponteng selalunya pada hari Rabu dan Jumaat.

    Sebab?

    Dia kata pertengahan minggu dan hujung minggu adalah waktu terbaik untuk berada di rumah.

    Nonsense, but actually author pun macam ni jugak. Saja nak buatkan Farish jadi satu geng dengan author.

    Okay, abaikan.

    " Farish selalu kejut diorang bangun?" Kening Ariffin terangkat sebelah, membuat wajah seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. " Dia jenis boleh bangun awal ke?"

    " Duhh, dia jam alarm kitaorang. Disebabkan dia lah kitaorang tak pernah lagi miss solat subuh. "

    " Yeah, but sebab dia tak pergi sekolah hari ni, so dia tak ambil peduli pun nak kejut kitaorang. Salah kitaorang juga sebab selalu tidur lepas subuh."

    Tanpa kedua kembar itu sedari, Izzi dan Ariffin perlahan-lahan memedang dada masing-masing. Terasa sesuatu menucuk apabila mendengar bicara Dani sebentar tadi.

    Ya, mereka selalu, hampir setiap hari terlepas solat subuh.

    " Wait, that's mean..." Kini, wajahnya menoleh memandang Dani dan Danish sekali lagi. " Korang tinggal satu rumah?"

    Serentak, mereka berdua mengangguk secara sinkronasi. " Yeah."

    " You don't know?"

    Ariffin hanya sekadar menggeleng kecil menjawab soalan Izzi. Sudah hampir 3 bulan mereka berkawan, namun ini kali pertama dia tahu akan hal ini.

    " Dia dekat rumah... Macam mana?"

    " Maksud kau?"

    " Maksud aku..." Ariffin kini membetulkan posisi duduknya, betul-betul menghadap pasangan kmebar tersbeut. " Apa yang dia buat kalau dia dekat rumah?"

    " Kau selalu buat apa kalau kau dekat rumah?"

    Soalan dibalas dengan soalan membuatkan Ariffin berfikir sejenak. " Tidur, bangun, mandi, makan, baca buku or watch movie? Kalau aku rajin aku keluar."

    " Weyh, sama doh." Seraya, Dani dan Danish gelak kecil sambil memandang sesama sendiri.

    " Actually, dari first day kitaorang lepak dengan kau lagi kitaorang rasa yang kau dengan Farish actually tak banyak beza pun."

    " Yup!" Danish mengangguk laju, mengiakan apa yang dikatakan oleh abangnya. "  Cuma kau banyak cakap, ada ekspresi, suka bergaul, tapi bukan Farish."

    " So apa kene mengena dengan soalan aku tadi?"

    " Maksud aku..."

    " Apa yang kau buat dekat rumah, itu jugaklah benda yang dia buat." Sambung Danish sambil tergelak kecil. " Cuma Farish ni liat sikit kalau nak ajak keluar dari rumah. Last time dia keluar rumah... Bila ah, Dan?"

    " Hmmm..." Dani menggosok dagu licinnya sambil berfikir sejenak. " Empat bulan lepas i think? Itu pun sebab terpaksa. Buku yang dia order kene pergi ambil dekat kedai since perlukan tandatangan dan pengesahan dia."

    " Seriously, empat bulan?!"

    Serentak, Dani dan Danish mengangguk laju.

    " Wow, anti social dia setanding dengan kemalasan kau, Izzi."

    " And I'm proud of it." Ujar Izzi selamba sambil tersenyum kecil. Dia pemalas, Farish anti social, gabungan yang unik, bukan? 

    " But to think that you guys stay together... Aku ingat korang juat kawan rapat biasa." 

    Izzi yang dari tadi hanya mendengar kini turut sama memaling, memandang wajah Dani dan Danish. Jujur dia katakan, memang sudah hampir setahun dia mengenali Farish dan kembar ini, namun dia tidak pernah sekali pun menyoal perkara ini kepada mereka.

    Kerana jauh di sudut hatinya, dia merasakan...

    Dia bukan kawan yang Farish anggap sebagai sahabat, berbeza dengan Dani dan Danish.

    Dan juga Ariffin. Lihat dari cara saja dia tahu bahawa Farish selesa dengan kehadiran Ariffin.

    " Kitaorang kawan sejak kecil lagi. And kitaorang start tinggal dengan Farish since umur kitaorang 11 tahun."

    " What? Mak ayah kau tak kesah ke?" 

    Terdiam.

    Lama Ariffin menunggu jawapan mereka namun hampa, soalannya dibiar tergantun sepi tanpa jawapan. Apa yang mereka bat hanya lah tersenyum sambil menguyah cebisan terakhir roti bakar mereka.

    " Put that topic aside..." Setelah lama mendiamkan diri, Dani kembali membuka bicara. " Nak datang rumah Farish lepas sekolah nanti?"

    " Nak buat apa?"

    " Lepak-lepak. Aku rasa Farish masak hari ni, sebab dia cuti kan? Selalunya kitaorang bungkus makanan luar untuk lunch sebab Farish tak suka terkejar-kejar."

    " Ermm.. Dia tak kesah?" Soal Ariffin lagi. Yelah, takut juga dia hendak datang ke rumah mamat poker itu.

    Dia tidak terkejut kalau sampai-sampai saja dia di sana, Farish terus menghalaunya balik.

    " He don't mind. Kau kawan dia jugak kan?" 

    " Then, kalau macam tu, Izzi-"

    " Aku tak ikut."

    Jawapan segera Izzi membuatkan Ariffin tersentak seketika. Tidak tahu mengapa, suara Izzi berubah, lain seperti selalu. Bukan suara malas dan tidak bersemangatnya...

    Namun suara dingin yang membuat Ariffin tidak mahu menyoal lebih banyak lagi.

    " Aku ada benda nak buat dekat rumah hijau." Sedar akan keadaan menjadi sedikit tegang, Izzi kembali tersenyum nipis sambil mengeliat malas, membuat seolah-olah tiada apa yang terjadi.

*****

    " Achoo... Alhamdulillah..."

    Tangannya terhenti dari menyelak helain buku yang dibaca ambil-sambil menunggu mesin basuhnya berhenti berpusing. Hidungnya yang sedikit gatal digosok perlahan.

    Rasanya dia tidak batuk atau selsema, demam jauh sekali.

    Tapi mengapa dia berasa tidak sedap hati?

    Matanya kini mengerling ke arah jam dinding yang tergantung kemas di bilik basuhan. Jam baru saja menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. 

    Walaupu terlambat sebentar tadi, rasanya Dani dan Danish sepatutnya sempat sampai ke sekolah.

    Namun dia sebenarnya tidak berapa kesah. Mereka yang pergi ke sekolah, bukannya dia. Kenapa dia perlu ambil tahu?

    Bukunya ditolak ketepi, kakinya kini melangkah masuk ke dapur, ingin membuat secawan susu panas bersama madu sambil-sambil melihat apa yang patut dimasaknya untuk makan tengahari.

    Ikan, ayam, daging, udang... Jika diikutkan selera kembar itu, pasti daging saja yang mereka mahukan.

    " Chicken Rice should be nice." Ujarnya perlahan sambil menghirup perlahan susu panas.

    Selalunya dia tidak akan buat nasi ayam, kerana kerjanya agak renyah dan leceh ( bagi dia lah, sebab dia tak berapa suka kerja menyusahkan ) namun memandangkan dia sedang cuti hari ni, why not?

    Tiba-tiba, matanya terpandangan ayam yang kini berada di tangannya. Sepatutnya cukup saja kuantiti ayam tersebut untuk mereka bertiga namun tidak tahu mengapa, hatinya kuat mengatakan bahawa ayam ini tidak akan cukup.

    Mungkin perlu lagi setengah ekor.

    Lama dia merenung ayam tersebut. Berkira-kira sama ada perlu atau tidak untuk dia menambah kuantiti ayam tersebut. Tiba-tiba, otaknya terfikir akan Dani dan Danish.

    " Mesti diorang nak bual hal lagi nanti ni." Desisnya perlahan sambil mencapai telefon bimbitnya, menelefon kedai runcit berhampiran agar menghantar ayam mentah yang dia ingini.

    Lebih baik dia sediakan ayam sebelum terlambat.

    Macam salah je pepatah ni, apa-apa jelah.

    

     

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top