Bab 62


    " Gila ah weyh, kau pergi mana siot? Kau alright tak? Finn kata Cikgu Saiful pergi cari kau. Orang tua tu nak apa?" 

    " Hah aku tahu! Mesti cikgu tua tu dok bebel dekat kau kan? Sebab tu kau tak dapat nak balik kan?!"

    " Aku bet, mesti tu sebab dia! Dia ingat dia suruh Finn beli lauk sedap-sedap, boleh lah pujuk hati kita-"

    Tanpa mengendahkan ujaran Dani, Danish dan Syafiq, Farish beredar dari muka pintu, seraya menampilkan Cikgu Saiful yang dari tadi berdiri dibelakangnya sambil memegang beberapa bungkus nasi ayam penyet dan juga satay ayam sambil tersengih jahat. " What was it again? Orang tua? Membebel? Hmm... Farish, cikgu rasa kita berdua jelah yang makan-"

    " Ehh teruk lah kau ni Far! Asal kau biarkan cikgu lama-lama berdiri dekat luar?!"

    " Entah kau ni! Adab mana, adab?! Masuk, cikgu. Jemput masuk. Saya buatkan air untuk cikgu. Sejuk dekat luar ni, cikgu. Ya Allah kesian cikgu aku kene sidai depan pintu macam ni. Cikgu nak air apa? Milo, nescafe, teh, juice?" Kolar dan bahu Cikgu Saiful ditepuk perlahan oleh Syafiq, mengikut jejak Dani yang turut cuba untuk memujuk kembali hati cikgunya.

    " Kau bukannya tahu apa letakkan semua benda tu-"

    " Ehh silap, rumah ni dah tak ada kopi" Bicara Ariffin selamba saja dicelah oleh Syafiq, seolah-olah dirinya tidak berada di situ.

    " Cikgu jangan hiraukan cakap Ariffin. Meh cikgu, saya tolong urutkan bahu cikgu, mesti cikgu penatkan, nak-nak lagi bercakap dengan Farish. Saya faham cikgu, saya faham."

    " Betul, cikgu. Tapi cikgu jangan risau, lepas ni kitaorang yang akan tolong cikgu. Kitaorang ni ada pendidikan awal berkomunikasi dengan batu sejak dari kecil lagi." Danish tersengih kecil manakala Dani pantas mengurut bahu tegang Cikgu Saiful.

    Mungkin benar apa kata mereka...

    Makanan mampu merubah perangai seseorang, malah kawan pun boleh makan kawan.

    " Kalau ikutkan, aku tak nak mengaku diorang ni kawan aku."

    " You tell me about that." Ujar Izzi yang dari tadi hanya menjadi pemerhati di sofa berhampiran, bersetuju dengan Ariffin apabila melihat perangai hipokrit Syafiq, Dani dan Danish.

    Farish yang tadinya beredar lebih awal kini kembali bersama secawan air ditangannya lalu diletakkan di hadapan Cikgu Saiful. " Here."

    " Thanks." Sejujurnya, dia tidak kesah pun tentang apa yang dicakapkan oleh budak bertiga ini tentang dirinya.

     Salah.

    Sebenarnya, Cikgu Saiful mempunyai soft spot terhadap mereka. Jadi apa saja yang dikatakan oleh enam orang pelajar kesayangannya ini sedikit pun tidak melukaikan hatinya, bahkan menghiburkan.

    " So, makanan dah ada, Orang pun dah berkumpul. Apa lagi, jomlah kita-"

    " Jomlah kita bincang pasal persembahan kamu nanti!"

    Seraya, suasana riuh berubah sepi. Izzi dan Farish memandang sesama sendiri, sudah berkira-kira hendak mengangkat kaki beredar dari situ namun sempat di tahan oleh Dani dan Ariffin apabila hujung baju mereka ditarik.

    Manakala Syafiq dan Danish bertentang mata, otak mereka sedang lihat memikirkan idea apa yang haru dicurahkan agar mereka dapat lari dari topik ini.

    Melihat wajah gusar dan resah anak muridnya, Cikgu Saiful tertawa kecil di dalam hati. Suka apabila dia dapat mengusik mereka.  

    Ikutkan hati, mahu saja dia memanjangkan lagi usikannya namun apakan daya, kelaparan yang dirasai perutnya kini seolah-oleh memihak kepada anak muridnya. " Tak ada lah. Makan, makan. Cakap sikit dah takut. Nampak sangat masih belum ada idea lagi nak perform apa."

    Seraya, masing-masing tersengih tatkala mendengar ujaran Cikgu Saiful.

    And of course, Farish tak tersengih. Mahu tercekik tulang ayam dibuatnya kalau Farish tiba-tiba tersengih disitu.

    " I know it's a bummer tapi kamu semua kene pastikan persediaan persembahan kamu semua sebelum due date. Kalau tak, masak saya nak menjawab dengan pengetua nanti."

    " We, we actually already have the plan ready, sekarang tengah focus practice je." Jawapan Ariffin membuatkan Cikgu Saiful membeliakkan mata, mengangguk kegembiraan sambil mengangkat ibu jarinya buat Ariffin.

    Tak salah dia meletakkan kepercayaan kepada buaya darat bertauliah ini.

    " If thats the case..." Cikgu Saiful meletakkan mangkuk makanannya lalu memandang wajah kesemua anak muridnya sekilas.

    Tiba-tiba rasa sebak di dada apabila mengenangkan ini mungkin kali pertama dan kali terakhir mereka dapat makan bersama begini.

    Sebuah nafas panjang ditarik, lalu dihembuskan.

    " Cikgu tak sabar nak tengok persembahan pertama dan terakhir kamu semua nanti. Apa saja yang kamu semua buat, I just want you to know that you guys are my pride and joy."

*****

    " Bila cikgu Saiful cakap macam tu tadikan, aku tiba-tiba rasa sebak."

    Bicara Ariffin membuatkan yang lain terhenti melakukan apa saja kerja yang sedang mereka lakukan.

    Syafiq mengalihkan pandangan matanya dari televisyen.

    Dani dan Danish pula tidak lagi kelihatan bermain dengan PSP milik mereka.

    Izzi pula menghentikan pergerakkan tanganya dari melukis lakaran, namun tidak Farish.

    Matanya masih lagi tertumpu pada buku ditangannya, khusyuk membaca walaupun dia sebenarnya dengar apa yang dikatakan oleh Ariffin.

    " Well, bila difikirkan balik, betul jugakkan?"

    " I mean, tahun ni tahun terakhir kita sekolah menengah. Lepas ni..."

    " No more school life." Ayat tergantung Dani dan Danish yang disambung oleh Syafiq membuatkan yang lain sekali lagi terdiam tanpa bicara.

    Ahhh... maksudnya lepas ni... Tak ada lagi masa-masa seperti sekarang ini?

    " Tapi, boleh je kalau kita nak lepak sama-sama kan? I mean, kolej! Yeah, kolej!"

    Bersetuju dengan kata-kata abangnya, Danish turut sama mengangguk laju. " Ha ah! lepas ni kita masuk kolej yang sama jugak kan? So thats mean, kita still boleh have fun macam ni lagi."

    " Doing nothing like this you call have fun? Dude, let's step up our game. Why not nanti kita pergi trip sama-sama?!"

    Serta merta, Ariffin terus mencampak buku yang tadinya dipegang setelah mendengar cadangan Syafiq. " For the first time in a while, otak kau berfungsi!"

    " Tak guna kau ni kan?"

    " Whatever!" Tidak mahu menghiraukan apa yang Syafiq katakan, Ariffin kini lebih teruja dengan racangan bernas yang didengarinya. " Why not, lepas graduate nanti, kita semua pergi trip?"

    " Hmm... Well I don't mind but korang punya trip sound expensive for some reasons." Ada sebab kenapa Izzi berfikiran begitu. Tengok sajalah latar belakang kawan-kawannya.

    Farish merupakan anak Tan Sri, setakat ni dia tidak pernah kenal sesiapa lagi yang berusia 17 tahun namun mempunyai kereta Ferarri sendiri. 

    Syafiq pula anak Dato. Walaupun selalu bertikam lidah dengan ayahnya namun dia tidak dapat menyangkalkan bahawa apa yang Syafiq nak, pasti dia akan dapat.

    Dani dan Danish juga boleh tahan mewah hidup mereka walaupun berstatus anak buangan. Macam kelakar bunyinya tapi tulah hakikat dia. Ibunya yang bekerja sebagai doktor yang mendapat pengikhtirafan dunia itu sekali pun tidak pernah gagal memberi duit bulanan yang lebih daripada cukup buat mereka berdua, walaupun semua itu hanya atas dasar tanggungjawab.

    Ariffin pula datang dari keluarga yang agak mewah juga, Walaupun tidak berpangkat seperti yang lain, namun keluarga angkat mempunya bisnes sendiri yang sememangnya mampu untuk memberikan apa saja yang Airffin kehendaki.

    " Eleh kau, duduk je dekat rumah buruk, padahal kau lagi kaya dari kitaorang. Jangan ingat kitaorang tak tahu that you actually earned a lot from your drawings, kan?"

    Ujaran Ariffin membuatkan Izzi tersengih kecil. Tak salah apa yang dikatakan oleh Ariffin.

    Duitnya bukan saja datang dari hasil lelongan lukisannya di sekolah, bahkan dia juga sering menjual lukisannya pada pengumpul dan peminat dengan harga yang tinggi.

    Mungkin tidak semewah yang lain, tapi setakat nak pergi bercuti, rasanya dia tidak ada masalah untuk melakukan semua itu.

  " Kalau macam tu, apa kata kita-"

    " Confident kan? Practice tak settle ada hati nak cakap pasal trip."

    Bunyi tegukan air liur jelas kedengaran tatkala suasana berubah sunyi sebaik saja Farish membuka mulutnya. 

    Matanya masih lagi sedang memandang pada helaian muka surat namun telinganya mendengar dengan jelas setiap butir bicara mereka.

    Dan yang paling lawak sekali...

    Apa yang membuatkan diorang fikir bahawa Farish akan bersetuju untuk turut serta dalam trip mereka ini?

    Seperti yang diketahui umum, Farish dan dunia luar is a big NO NO.

    " Alah, come on, Far! Don't be such a boomer!"

    " Yeah! Lagipun kita tak pernah pergi trip macam ni!"

    " Of course you never had it before. Sebelum ni kita mana pernah ada kawan?"

    Sekali lagi, mereka terkedu.

   Ahhh susah untuk mereka akui namun apa yang dikatakan oleh Farish itu sememangnya tepat.

   Dah nak habis sekolah baru tahu nikmat mempunyai kawan tu macam mana.

    Sedih, pathetic. 

    " Well, I think it's a good idea. I mean..." Kini, pandangan Izzi beralih ke arah Farish yang berada di sisinya, mengharapkan lelaki poker tu faham dengan kehendaknya yang sememangnya berminat dengan trip yang dikatakan oleh Arifin. " Mesti best kan, kalau kita dapat pergi bercuti sama-sama."

    Sesekali, Farish mengeluh kecil. Dia sudah nampak senyuman terukir di wajah rakan-rakannya yang lain apabila Izzi cuba untuk memujuknya.

    Tiada siapa yang dapat menolak ajakan Izzi.

    Tiada siapa, termasuk Farish- bukan.

    Terutama sekali Farish.

    Malas hendak meneruskan perbincangan ini, Farish mengambil keputusan untuk beredar. Namun sebelum dia menghilangkan diri ke biliknya, dia sempat berkata sesuatu.

    " We'll go to the trip IF ONLY we win and I get to buy Izzi's painting later."



P/S :

    Hmm.. Lama menghilangkan? Ehehe. I'm so sorry for those yang lama menunggu. I had to read back the story from the start so that saya dapat tangkap balik what im going to write as i've been having writers block lama sangat.

    As i said before, a lot of things happend to me as I'm losing motivations but alhamdulillah lately, I think im getting better, little by little.

    As always, for those that still waiting and choose to stay, thank you so much! I will try update as much as possible starting now own, memandangkan cerita ni pun memang dah nak sampai penghujung dah pun, ahahaha. Once again, thank you so much!




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top