Bab 49


   " Kau main-main kan?"

    Izzi tersenyum kecil mendengar bicara Mustafa yang sudah banyak kali dilontarkan olehnya. Semua ini terjadi apabila Mustafa memasang telinga, terdengar perbualan antara Izzi dan Cikgu Saiful sewaktu dia mencari lelaki pemalas itu dibilik guru.

    " Fikirlah apa yang kau nak fikir, aku nak rehat dulu-"

    " Jawablah pertanyaan aku ni, Izzi!"

    " Kalau aku cakap aku tak main-main, kau nak buat apa?" Masih bertopengkan senyuman di wajah, Izzi lantas bangun dari duduknya. " Baliklah, Mus."

    " Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau seksa diri kau sendiri?"

    " I did not."

    " Yes, you did!" Jeritan Mustafa sedikti sebanyak membuatkan bahu Izzi terhinjut kecil. Sesekali membuatkan dia tertanya...

    Mengapa Mustafa perlu marah dengan keputusan yang dia pilih?

    Malas hendak melayan, Izzi kini mengambil keputusan untuk meninggalkan Mustafa. Jika dia hendak balik, tahulah dia bagaimana untuk keluar, tidak perlu untuk Izzi menunjukkan pintu keluar untuknya. " Good night..."

    " In the end... You still prefer Farish kan?"

    " Apa yang kau-"

    " Kalau Farish yang tanya kau, kalau Farish halang kau buat benda yang kau nak buat ni, mesti kau bagitahu dia, mesti kau akan ikut je cakap dia kan?"

    " Stop talking nonsense."

    " Ni bukan mengarut, Izzi. Dunia kau berputar dikelilingi oleh Farish. Semuanya berkaitan dengan Farish! Padahal kau boleh je bagitau dia apa yang kau rasa tapi kau pilih untuk diam! Aku-!" Mustafa tidak dapat mengawal amarahnya lagi, ini kali pertama dia meletus sehingga begini sekali di hadapan Izzi. Nafasnya turun naik menahan marah. Darahnya berderau, membuatkan tangannya tidak dapat berhenti menggigil. " Kalau Farish boleh tolong kau, aku akan buat apa saja." Tanpa berlengah, segala barangnya dicapai. Dia tidak betah lagi melihat kawanya hidup berpandukan seseorang.

    Dia yakin, Selama ini, apa yang Izzi buat semuanya adalah untuk Farish.

    Dia memenangi Persembahan Tahunan pada tahun lepas agar dia dapat satu kelas bersama Farish. Dia sertai Sukan Tahunan kerana Farish ikut serta.

  Melihat kesungguhan yang terpampang di wajah Mustafa, Izzi mengetap bibirnya, meninggikan suaranya, cuba untuk menghentikan kawan lamanya itu dari apa saja yang bakal dia lakukan. " Don't you dare to do anything, Mustafa!"

    " Heh..." Langkahnya terhenti sambil badannya dipusingkan sedikit, memandang wajah Izzi yang diulit kerisauan dengan anak matanya. " I'm sick of playing games with you. I'm gonna end all of this."

*****

    " Lepas character tu mati, aku devastated gila weyh. I was like, gila lah weyh! Aku tak expect langsung perempuan tu nak mati!"

    " So... Dia datang sini sebab nak bincang pasal Izzi kan?"

    Syafiq ingin mengangguk, dia sangat positif bahawa perjumpaan mereka adalah untuk tujuan itu namun kini, dia berasa ragu manakala Farish masih kekal dengan wajah batunya, cuba untuk tidak menghiraukan apa yang sedang terjadi. 

    Jangan salah faham ya. Dia bukannya tidak mahu ambil tahu tentang Izzi, namun lihat sajahlah apa yang Mustafa sedang borakkan dengan Dani dan Danish.

    " Aku menangis, kau tahu tak? Aku expect yang dia sempat tengok persembahan lelaki tu. Mana tahu in the end dia mati sebaik je lelaki tu habis perform!"

    " Apa yang diorang borakkan tu?" Soal Syafiq sambil menguyah keropok ubi kentang yang sering menjadi punca gaduh diantara dia dan Ariffin.

    " Your Lie in April, anime."

    Serentak, Farish dan Syafiq menghela nafas berat mendengar jawapan Ariffin. Rasa kesal lagikan menyesal mula menyelubungi perasaannya. Sesekali, mata Syafiq memandang ke arah Farish. " Aku faham. Kau pun mula rasa ragu kan sama ada betul ke tidak budak ni nak borak pasal Izzi."

    " Thank you for your understanding."

    " Oh, lupa." Seakan-akan teringat akan sesuatu, Mustafa yang tadinya khusyuk berborak dengan pasangan kembar sambil memakan keropok kentang kini meneguk air mineral, membersihkan tangannya lalu menegakkan postur duduknya. " Okay, jom cakap pasal Izzi."

    ' Apa kene dengan budak ni sebenarnya?' Percaya atau tidak, inilah ayat yang Farish, Ariffin dan Syafiq katakan dalam hati secara serentak tanpa mereka sedari.

    " Aku... Gaduh dengan Izzi malam tadi."

    " Nothing new? Tiap-tiap hari pun korang bergaduh-"

    " Shhh..." Tidak semena-mena, jari telunjuk Mustafa kini berada di mulut Dani, menghalang lelaki itu dari mencelah percakapannya. " Dia terlalu rapat sangat dengan korang, terutama sekali Farish, jadi sebab tu aku datang sini, nak jumpa korang."

    " Tapi, setiap hari pun kau memang marah yang Izzi rapat dengan Farish-"

    " Shhh..." Kini, tiba giliran mulut Danish pula didiamkan oleh jari telunjuk Mustafa. Seolah-olah menganggap tidak ada apa-apa yang berlaku, Mustafa kini meneruskan percakapannya. " Aku harap korang dapat tolong aku dalam hal ni."

    ' Sumpah, budak ni memang tak betul.' Sekali lagi, hati Farish, Ariffin dan Syafiq bagaikan bersatu sambil memandang Mustafa dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.

    " Okay, aku faham yang kau datang sini nak jumpa kitaorang, supaya kitaorang boleh tolong selamatkan Izzi." Terangguk-angguk kepala Mustafa mendengar bicara Syafiq, membuatkan Syafiq berfikir sejenak sama ada lelaki ini sememangnya serious ataupun main-main dalam tindakannya.

    " Tapi kau sedar tak yang kita ni tengah meeting dekat rumah hijau ni? Tempat lepak Izzi, dan Izzi pun ada dekat sini?"

    " It's seems like today's topic is about you." Sambung Farish, sambil mengambil sebatang coklat jejari Pocky yang dihulur oleh Izzi yang berada di sebelahnya.

    " Wow, facinating. Teruskan. Aku nak dengar hipotesis yang dapat dirangkumkan di akhir perbincangan ni." Spontan, Izzi tersenyum sambil memandang Mustafa sambil menyilang kakinya. 

    Namun jauh di sudut hati Mustafa, dia tahu bahawa senyuman itu bukannya senyuman yang ikhlas.

    Senyuman itu mempunyai makna tersembunyi seolah-olah berbunyi 'kau jagalah nanti.'

    " I told you, I have no choice! Dimana ada Farish, di situ juga akan ada Izzi! Kan aku dah cakap, diorang memang rapat!"

    " Kau boleh je call kitaorang and bagitahu apa yang kau nak kitaorang tolong."

    Wajah Dani dipandang lama. Seketika kemudian, mereka semua seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di fikiran Mustafa kini.

    Seraya, hati mereka semua berbisik. 

    ' Dia tak terfikir pulak nak buat macam tu kan?'

    " Ya Allah, apa dah jadi dengan otak kau ni, Mus?! Benda boleh settle cara mudah, kenapa tak dari awal je kau fikir nak buat macam tu?!"

    " You know what? This kid is a joke. Kalau satu hari nanti aku rasa sedih, aku rasa budak ni boleh buat aku happy balik." Syafiq tergelak kecil, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ariffin sambil berhi-fi dengannya. " This kid's whole life is a joke."

    " All of this is giving me a hard time." Kot makmal milik Izzi dicapai lalu dijadikan selimut untuknya melelapkan mata buat seketika. Otaknya terlalu penat utuk memproses fenomena aneh yang sedang berlaku di hadapan matanya kini. Tambahan pula dengan cuaca pada hari ini yang sedikit sejuk, lebih-lebih lagi apabila dia kini duduk betul-betul berhampiran dengan tingkap. " Borrow me this for a while."

    " Sure. Want some hot tea?"

    " Yes please."

    Senyuman sekali lagi terukir di bibir Izzi dan kali ini, ianya merupakan senyuman ikhlas buat Farish. Mustafa yang memerhati dalam diam mencebik kecil sambil menjeling, mengerling ke arah lain sebaik saja kelibat Izzi hilang.

    Tanpa berlengah, Mustafa lantas bangun dari duduknya, perlahan-lahan menuju ke arah Farish. " Kalau kau anggap Izzi sebagai kawan kau, tolong datang malam ni."

    Sehelai kertas dihulurkan secara senyap kepada Farish, tidak ingin Izzi tahu apa yang sedang dia rancang.

    Farish yang baru saja hendak lelap membuka sebelah matanya, memandang helaian kertas yang dihulur buatnya. " If I don't?"

    " Believe me, you will come."

    Sesekali, Farish berfikir sejenak sambil sebelah matanya yang terbuka beralih memandang Mustafa.

    Adakah lagak kurang pandainya sebentar tadi hanya sekadar lakonan semata-mata bagi mengaburi pandangan Izzi?

    Apa yang sebenarnya telah terjadi sehinggakan lelaki ini sanggup berbuat sehingga demikian sekali buat Izzi?

    Dan yang paling penting, apa sebenarnya hubungan diantara dia dan Izzi sehinggakan ke tahap ini sekali dia ingin membantu lelaki pemalas itu?

    Banyak persoalan yang berlegar di fikiran Farish, membuatkan otaknya bertambah penat dengan semua ini. Sejak bila dia menjadi seorang yang berhati lembut sehinggakan masalah orang lain pun dia hendak ambil tahu?

    Atau mungkin kerana masalah ini ada kene mengena dengan Izzi?

    Ahh... Rasanya dia sudah terlalu membukakan dirinya buat orang lain.

    " Come on, Farish. Aku tak nak semuanya jadi terlambat. Aku tak nak dia menyesal dengan keputusan dia."

    " Apa yang buatkan kau fikir Farish satu-satunya orang yang boleh bantu dia?"

    " Dia rapat dengan kau, dia buka hati dia untuk berkawan dengan korang, dengan Farish, takkan korang tak perasan lagi?" Soalan Danish kini dibalas kembali dengan soalan. Suara Mustafa sedikit terketar, rasa sebal apabila orang yang dikatakan rapat dengan Izzi sendiri tidak sedar apa yang sebenarnya lelaki pencinta bunga itu inginkan.

    " What make you think that?"

    " Oh, come on Farish! Stop playing dumb! Aku rasa kau pun dah boleh agak kan? Yang selama ni, Izzi memang nak kau selamatkan dia tapi dia tak dapat nak bagitahu kau!"

     " Wow, chill, apa maksud kau-"

    " Dia takut kalau korang semua, Farish, akan tinggalkan dia sebaik saja korang tahu, siapa dia yang sebenarnya!"


P/S :

    Okay geng, dah nak masuk climax pasal Izzi dah ni. Excited? I'm not sebab dah dapat rasa macam idea sis makin menghilang ni HAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top