Bab 48
" Masih tak ada keputusan untuk persembahan apa?"
Seraya, Ariffin, Syafiq, Dani dan Danish hanya mampu meneguk air liur sambil menundukkan kepala mereka.
Kecuali Farish.
Ya. Kini, hanya Farish saja yang berani meluruskan pandangannya, memandang tepat ke wajah Cikgu Saiful tanpa ada sebarang perasaaan serba salah mahupun takut.
Satu nafas berat dihembuskan oleh cikgu berumur 35 tahun itu. Cermin mata yang hanya dipakai apabila diperlukan kini dibuka lalu diletakkan ke atas meja sambil batang hidungnya diurut perlahan. " Rasanya boleh cepat tua aku kalau tiap-tiap hari hadap budak-budak ni." Bisiknya perlahan.
" Well, kita still ada masa lagi kan-"
" Lagi dua bulan? Kamu pasti ke yang kamu sempat nak buat persiapan? Rasanya nak pujuk Farish sertai kamu semua pun mungkin makan masa dalam sebulan kan?"
Sekali lagi, Cikgu Saiful berjaya membuat kesemua mereka terkedu. Izzi yang hanya memerhati dari jauh hanya mampu tumpang bersimpati, tapi tak boleh lebih lah.
Sebab dia pun still tak ada idea nak lukis apa.
" Yang kamu ni pula, bila masanya idea tu nak timbul?"
" You can't force art."
" Oh you're wrong, young man. Cikgu akan buat apa saja asalkan idea kamu tu ditarik keluar."
" Cikgu panggil Izzi young man..."
" Maksudnya cikgu mengaku yang cikgu ni tua?"
" Mana ada orang yang tidak tua dimakan usia- Kau menyampuk cakap aku kan?!"
Dalam diam, Ariffin dan Syafiq sedaya upaya menahan gelak mereka yang hampir terletus. Izzi turut sama menahan namun tangannya lebih tangkas menyubit belakang badan Syafiq agar tawa lelaki itu tidak terletus.
Dibuatnya datang angin Cikgu Saiful untuk memanggil lagi ibu bapa mereka, mahu haru jadinya.
" I don't care about all of this but I can't ignore the fact that you're trying to put the blame on me."
" Dah sudah, kenapa time time ni jugak kau baru nak bersuara, Farish?!" Sudah bertahun-tahun dia menjadi cikgu, rasanya tahun ini dahinya lebih jendul dari biasa kerana asyik asyik ditepuk apabila berhadapan dengan perangai sekumpulan anak muridnya ini. " Aku pening, aku pening."
" Okay, macam ni." Ariffin membetulkan suaranya lalu membuat keputusan untuk menjadi penyelamat keadaan. Jika mereka lama-lama disini pun, bukannya akan ada idea yang akan timbul. " Saya akan pastikan kitaorang ada idea dan membuat persiapan yang sepenuhnya sebelum waktu persembahan. I give you my words."
" Fine, I'll trust you, Finn." Jika ianya datang daripada Ariffin, dia sedikit sebanyak boleh berasa lega kerana dia boleh meletakkan harapannya pada lelaki pencinta wanita ini. " Kalau macam tu, awak semua boleh balik ke kelas, except you Izzi."
" Alaa! Kalau Izzi stay sini macam mana kita nak ponteng pergi rumah hijau- Hmppphh hmphhh!"
Sebelum sempat Dani menghabiskan ayatnya, seraya Dani menekup mulut abangnya sambil tersenyum bagaikan kerang busuk memandang ke arah Cikgu Saiful yang kini berkerut kening. " Apa yang saya dengar tadi-"
" Tak, tak! Maksud budak ni, kalau Izzi tak ada, macam mana kita nak buat group brainstorming sebab kitaorang kan tolong menolong antara satu sama lain untuk fikir idea."
Farish yang mendengar alasan yang direka oleh Syafiq terasa bagaikan mahu tergelak, namun apabila dia sedari bahawa dirinya adalah batu, Farish membatalkan niat tersebut.
Tapi serious lah? Dia nak tipu cikgu dengan alasan yang-
" Allahu, cikgu betul-betul bangga dengan kamu semua."
Satu hembusan nafas panjang dilepaskan. Seperti apa yang Farish cakap sebelum ini...
Dia bukan tuhan, akan ada juga tekaannya yang tidak tepat dan akan ada juga perkara yang dia sendiri tidak dapat jangka oleh deria keenamnya.
" Tak apa, cikgu nak pinjam Izzi sekejap je. Nanti cikgu pulangkan balik dia pada kamu semua."
" Ermm, kalau boleh saya tahu, cikgu nak bincang apa dengan saya?"
" Oh, pasal keputusan yang kamu buat sebaik saja kamu tamat-"
" Far, kau ada kunci pendua kan? Pergila dulu, nanti aku datang." Senyuman diukir di bibirnya buat Farish dan yang lain sebaik saja dia berjaya mencelah percakapan Cikgu Saiful.
Seakan-akan faham dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh Izzi, Farish hanya mengangguk lalu beredar dari situ. " Come, let's go 'brainstorming' ."
Hilang saja kelibat mereka dari bilik guru, senyuman Izzi lantas pudar. Perlahan-lahan, kepalanya kembali menoleh memandang Cikgu Saiful yang seakan-akan mempunyai seribu satu soalan yang bermain di mindanya. " Saya harap cikgu faham yang saya tak nak diorang tahu pasal ni."
" Sampai bila? Lama kelamaan nanti diorang akan tahu juga."
" Then let the time decide." Ujaran ringkas Izzi membuatkan hati guru kelasnya itu sekali lagi dihurungi perasaan risau.
Rahsia apa lagi yang anak-anak muridnya ini hendak rahsiakan darinya?
Tidak ada apa-apakah yang boleh dia buat untuk membantu mereka?
*****
" Kau serious tak nak buat apa-apa pasal Izzi?" Tidak tahu untuk kali keberapa, namun yang pasti Farish sudah jemu mendengar saoalan yang sama yang dilontarkan oleh Syafiq ini.
Lelaki berbadan sasa ini ada tersilap makan radio rosak ke?
Ariffin yang memasuki bilik Farish untuk mengambil pakaian setelah selesai membersihkan diri turut menghela nafas berat bagi pihak Farish kerana dia tahu mamat poker itu tidak termampu hendak berbuat demikian. " Kau ni kenapa?"
" No, I was just..." Tiba-tiba, bicara Syafiq mati. Apa yang disoalkan oleh Ariffin membuatkan dia sendiri terfikir sejenak.
Kenapa dia beriya-iya sangat hendak ambil tahu soal Izzi.
" Entahlah, aku sendiri pun tak tahu kenapa tapi... Aku rasa.. Dia macam jauh dari kita."
" Maksud kau?" Niatnya yang hendak mencari baju untuk disarung ke badan dibatalkan. Nampaknya perbincangan Syafiq mengenai Izzi ini lebih menarik minat Ariffin. Kini, dia mengambil tempat di atas katil kosong yang hanya diduduki oleh Syafiq sambil memeluk salah satu bantal yang ada.
" I mean, kita semua rapat. Yes, aku selesa bila Izzi ada dengan kita, rasa complete but... Kau tak rasa ke yang sejak kebelakangan ni, dia macam lain?"
" Well, now that you mention, aku tertanya-tanya apa sebenar nya yang dia bincangkan dengan Cikgu Saiful masa dekat pejabat siang tadi."
" And I'm curious why are you guys so busy body about him."
" Oh, come on!" Bantal berhampiran dibaling ke arah Farish namun seperti yang dijangka oleh Syafiq, dengan mudah saja dia mengelak. " Tak kan kau tak rasa macam serba salah langsung?"
" Aku rasa aku faham apa yang Farish maksudkan."
" Come on, man. Not you too."
" No, I mean, hear me out. Kau tak rasa ke ada sebab kenapa Izzi macam tu? Mungkin dia ada something yang dia betul-betul tak nak bagitahu kita?"
" But kita sebagai kawan kita kenalah-"
" Kau nak ke rapat sangat dengan orang yang akan tinggalkan kau?"
Terkedu dek bicara Farish yang tiba-tiba mencelah, seraya Ariffin dan Syafiq terdiam sambil memandang sesama sendiri. Sesekali, telan air liur juga mereka dibuatnya tatkala mendengar Farish berbicara dalam bahasa melayu.
" Mak-maksud kau...?"
Tidak menjawab soalan Syafiq, Farish lantas kembali menumpukan perhatiannya pada buku yang sedang dibacanya. Seperti biasa dari mamat terencat emosi, ayat berkiasnya boleh membuatkan orang hilang kesabaran apabila bercakap dengannya.
" You know something about Izzi, don't you?"
Sesekali, wajah Ariffin dikerling, Tidak tahu mengapa, Farish baru sedar bahawa dia agak sukar untuk menyimpan rahsianya dari Ariffin. Lelaki ini seolah-olah tahu saja apa yang bermain di fikirannya. " Nothing. Just random assumptions."
" Ahhh, apalah nasib aku dapat kawan batu macam kau ni?"
" Kau jangan sampai dia menyesal dapat kawan muscle head macam kau."
" Dude, seriously, I'm joking." Agak takut dengan ugutan Ariffin, Syafiq tersengih kecil sambil memandang wajah Farish. " Ehh cakap pasal kawan kan, lepas habis sekolah nanti korang nak sambung mana?"
" Well, since kita semua ambil bidang seni muzik, maybe university or kolej seni muzik? Might as well sambung je dekat Kolej Akustika, sah-sah terus dapat masuk je."
" Okay but misal kata kita semua masuk Kolej Akustika-"
Belum sempat Syafiq menghabiskan ayatnya, Farish menutup buku yang tadi dibacanya lalu diletakkan ke atas meja.
Tidak tahu mengapa, Farish seolah-olah tidak mahu dengar tentang semua itu.
Fikirannya tiba-tiba saja melayang mengingatkan Izzi membuatkan Farish berasa tidak senang duduk hendak mendengar perbualan tentang masa depan mereka.
Seolah-olah... Dia dapat rasakan bahawa Izzi tidak akan jadi sebahagian daripada masa depan mereka.
Sejujurya, dia tidak suka hendak membayangkan ketiadaan Izzi.
" Guys, emergency!"
" Kenapa?"
Dani dan Danish serentak menunjukkan telefon bimbit yang dipegang ke arah mereka yang lain, membuatkan Ariffin terkebil-kebil biji matanya hendak membaca tulisan kecil yang amat sukar untuk dilihat itu. " Jap, jap. Mana spec aku?"
" Ish! Mustafa, budak pengecut tu teks kitaorang."
" Dia kata nak jumpa kita semua esok, urgent!" Sambung Danish.
" Alah, paling kurang pun dia nak cari gaduh pasal Izzi rapat dengan-"
" Dia minta tolong kita selamatkan Izzi."
Serentak, suasana di bilik berubah tegang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top