Bab 36


    " Wake up, sleepy head!" Perlahan-lahan, kepala Ariffin diketuk kecil oleh Dani dan Danish. Agak lama juga lelaki ini tidur sejak bermulanya kelas bahasa inggeris satu jam yang lepas.

    Begitu juga dengan Syafiq. Patutlah senyap saja tidak bergaduh, membuta rupanya dua-dua ini.

    Beberapa kali juga kepalanya diketuk, namun masih tiada sebarang respon dari Ariffin. Sesekali, Dani dan Danish memandang sesama sendiri sebelum membuka mulut, memanggil Izzi. " Dia tak nak bangun."

    " Just leave him." Ujar Farish selamba sambil menguap kecil. Dia juga baru tersedar dari lenanya namun terima kasih pada Izzi, dia dapat bangun tepat pada waktunya. " Thanks."

    " No sweat." Senyuman malas terukir di bibir Izzi tatkala tangannya mencapai getah rambut yang dicabut oleh Farish sebentar tadi. " Mana topi kau?"

    " I wash them." Getah rambutnya dicapai, perlahan-lahan, Farish mengikat rambutnya separuh dan bahagian bawah rambutnya dibiarkan tidak berikat.

    Sedang Izzi dan Farish menikmati masa mereka, Dani dan Danish pula masih belum berputus asa hendak mengejutkan Ariffin. Macam-macam cara sudah mereka lakukan, namun lelaki ini masih lena seperti kayu.

    " Kau confirm ke dia ni hidup lagi?" Helaan nafas berat dan keluhan yang dikeluarkan oleh Dani disetujui oleh adiknya. Walaupun geram, namun di dalam hati terselit juga kerisauan.

    Manalah tahu kan... Well.. Tak, diorang main-main je.

    Tanpa mereka sedari, Syafiq yang tadinya sedang lena kini mula mengerut-ngerutkan kening nya. Matanya mula terbuka sedikit demi sedikit setelah mendengar bunyi bising yang amat hampir dengan telinganya.

    Ini tidak lain tidak bukan mesti mamat jambu ni tidur mati lagi.

    Tanpa amaran, Syafiq mengangkat wajahnya yang tadi dibenamkan ke dalam lengan sasa miliknya, dahinya berkerut kecil, mungkin kerana masih lagi mamai. 

    Dani dan Danish yang berada dekat dengannya mula menganjak ke belakang, sedikit terkejut apabila lelaki bertubuh besar itu tiba-tiba bangun tanpa sebarang bunyi. Belum sempat mutlut hendak menegur, pergerakan tangan Syafiq lebih laju dari bicara mereka.

    " Pang!"

    "Aduh!"

    " Auch!" Serentak, pasangan kembar tersebut mengeluh kuat tatkala memegang belakang badan masing-masing. Walaupun belakang badan Ariffin yang ditampar, namun sakitnya seolah-olah boleh dirasai oleh mereka. Jauh di sudut hati, mereka bersyukur bahawa Ariffin masih hidup walaupun telah menerima tamparan maut dari sang raksasa. " Syukur alhamdulillah kawan kita hidup lagi."

    " Kau dah kenapa, sakit lah tahu tak?!"

    " Sakit lagi telinga aku nak dengar diorang dok bising semata-mata nak kejutkan kau!" Beberapa kali wajahnya diusap kuat. Walaupun dia masih mengantuk namun Syafiq tidak boleh ponteng untuk kelas seterusnya ini.

    Ponteng kelas Cikgu Saiful bersamaan dengan ibu bapanya akan dipanggil, sekali lagi.

    Tidak menghiraukan mereka yang lain, Syafiq lantas bangun, mengeliat dan menguap besar sebelum kakinya melangkah keluar dari kelas untuk ke dewan muzik untuk kelas yang seterusnya.

    " Asal bukan korang je yang kejut aku macam biasa? Sakit duh dia tampar belakang aku!" Rungutan Ariffin masih kedengaran walaupun nadanya perlahan. Tangannya meraba-raba bahagian belakangnya, seolah-olah cuba untuk mengurut tempat yang ditampar.

    " Kalau kitaorang yang kejutkan kau, alamatnya memang kita terpaksa ponteng kelas Cikgu Saiful lah sebab kau tak bangun-bangun." Tanpa disuruh, Dani meringankan tangannya menggosok bahagian belakang badan Ariffin. Kuat juga bunyi tamparan Syafiq sebentar tadi sehinggakan dia dan adiknya turut sama terhinjut akibat terkejut.

    " Impressive... Dia boleh kejut kau bangun duh." Ujaran lembut Izzi yang diselangi tawa kecil membuatkan Ariffin mencebik kecil. " Here, tampal koyok ni belakang badan dia."

    Tanpa bersuara, Danish mengangguk kecil seraya mencapai ubat tampal yang dihulurkan oleh Izzi untuk ditampal ke belakang badan Ariffin. " Cepat angkat baju, nanti kta lambat masuk kelas-"

     " Bam."

    Ayat masing-masing mati tatkala pintu kelas sekali lagi dibuka. Disangkakan Cikgu Saiful yang mencari mereka kerana lambat ke kelas, rupa-rupanya kelibat Syafiq yang muncul di hadapan pintu.

    Mata bertentang mata, namun tiada bicara yang kedengaran. Perlahan-lahan, Syafiq berpura-pra memandang sekeliling sambil menuju ke loker yang berada di belakang kelas lalu mengambil alat muzik yang sepatutnya dibawa bersama ke dewan muzik.

    Usai beg miliknya ditarik keluar dari loker yang sememangnya tersedia untuk setiap pelajar di dalam kelas, dengan selambanya dia beredar pergi, meninggalkan yang lain terpinga-pinga kecuali Farish.

    Ya, Farish kini sedang termenung ke luar tingkap sambil berfikir apa yang patut dia makan untuk makan malam ini.

    " Pfttt, ahahahahahahah!!!"

    Tawa yang tidak dapat ditahan akhirnya terburai. Izzi sedaya upaya cuba menekup mulutnya sambil menahan tawa, manakala Ariffin menepuk-nepuk mejanya, ketawa tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

    Dani dan Danish pula tidak perlu dihuraikan lagi. Yang paling kuat sekali ketawa tidak lain tidak bukan hanya mereka saja.

    Takkan lah Farish pula yang ketawa kot, buat lawak ke?

    " Is he actually an idiot?"

*****

  " Syafiq. Tolong ke depan bersama alat muzik kamu."

    " Aduh, apa pulak orang tua ni nak aku buat."

    " Bawak alat muzik kamu ke depan dan umur saya baru saja 35 tahun!" 

    Dani dan Danish menekup mulut mereka manahan tawa. Nampak gayanya Cikgu Saiful masih tidak berubah.

    Masih lagi cuba menafikan dan tidak dapat merima kenyataan bahawa dia sudah pun memasuki usia 35 tahun pada tahun ini.

    Tidak rela dirinya dipanggil, Syafiq melepaskan degusan kecil sebelum bangun dari tempat duduknya sambil mencapai beg yang sebentar tadi diambil dari dalam loker miliknya.

    " Kecilnya beg dia, kau rasa dia main apa?"

    " Kecik , tapi panjang. Takkan seruling kot?" Seraya, Dani dan Danish mengangkat bahu lalu mengalihkan pandangannya ke arah Ariffin, mengharapkan lelaki yag dianggap abang di dalam kumpulan mereka itu tahu.

    " Don't look at me. Aku syak dia main recorder."

    " Aku tak pandai sangat dalam muzik, but I believe recorder tak sepanjang tu?" Tambah Izzi sambil menongkat dagunya. Memandangkan dia adalah pelajar seni, dia hanya perlu untuk melihat saja sesi pembelajaran pelajar muzik berlangsung sementara menunggu kelas seninya selepas ini.

    Tiba saja di depan, Syafiq berdiri tanpa mengeluarkan sebarang bicara. Matanya tepat merenung ke wajah Cikgu Saiful, manakala lelaki itu juga membuat perkara yang sama.

    Mata bertentang mata, debaran semakin terasa. Tatkala kesemua pelajar kini menumpukan perhatian mereka pada Syafiq yang berada di hadapan, bicara Cikgu Saiful lantas memecahkan suasana sunyi.

    " Kamu tengok muka saya kenapa? Apa muka saya ni macam muka alat muzik kamu ke?"

    " Ohh, serupa sangat. Setiap kali saya pandang muka cikgu, saya selalu teringat dekat alat muzik saya."

    " Really?"

    " Yeah!" Senyuman mula terukir di wajah Syafiq walaupun ianya kelihatan agak mencurigakan. " Cikgu tahu tak? Selama ni, cikgu sentiasa beri saya semangat untuk terus bermain alat muzik saya. Tanpa cikgu sedar, cikgu pembakar semangat saya selama ni."

    Mulutnya ditutup degan tangan. Sungguh, tidak pernah Cikgu Saiful berasa terharu sehingga begini sekali apabila dapat menjadi insprisasi kepada anak muridnya namun pengalaman mematangkan seseorang.

    Tidak akan sesekali dia tertipu dek helah anak muridnya, terutama sekali pelajar twisted seperti Syafiq. 

    " Jadi, apa alat muzik yang kamu main sampaikan saya jadi inspirasi kamu? Alat muzik apa yang sama macam muka saya?"

    " Ohh, sekejap ya!" Senyuman mencurigakan itu masih tidak pudar dari wajahnya. Lantas, tangannya membuka beg yang dipegang di tangannya. " Sumpah, cikgu! Betul! Setiap kali saya nampak muka cikgu an, terus saya nak main alat muzik saya pakai benda 'ni'."

    " Yelah, benda apa yang kamu nak main dekat muka saya-"

    " Ni hah!"

    " Bertuah punya budak!" Tanpa banyak bicara lagi, Cikgu Saiful lantas mengambil buku muzik tebalnya lalu mengejar Syafiq keliling dewan.

    Tawa sekali lagi terburai tatkala Syafiq mengeluarkan batang pemukul drum dari beg kecilnya.

    Rupa-rupanya, selama ini setiap kali dia memandang wajah Cikgu Saiful, Syafiq mahu memukul wajah cikgunya dengan memakai pemukul drum tersebut.

    " Dude, this guy is so sick!" Kaki masing-masing dihentak sambil memburaikan tawa. Tidak cukup dengan hentakan kaki, habis bahu Ariffin dan Izzi pula yang menjadi sasaran Dani dan Danish untuk dipukul.

    " Serious lah dia samakan muka Cikgu Saiful dengan drum? Ahahahaha!"

    " This is ridiculous!" Izzi memegang dahinya sambil ketawa. Sudah lama rasanya tawanya tidak sekuat ini. " Far, kau pasti kau tak humban dia kuat sangat hari tu sampai dia jadi lembab macam ni?"

    " I'm sure that he's already stupid right from the start." Ujar Farish selamba sambil matanya mengekor saja ke mana kelibat Syafiq berlari. " He really is dumb."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top