Bab 31
-Beberapa ketika sebelum itu-
" Nak jumpa mak ayah aku? Huh, kau ingat senang-senang macam tu je ke aku nak biarkan mak ayah aku tahu apa yang aku buat?" Bicara Syafiq sendirian sambil bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia sedikit pun tidak hairan dengan amaran yang diberikan oleh Cikgu Saiful.
Semua cikgu sama saja. Mereka bukannya betul-betul prihatin akan anak murid mereka. Selalu menghakimi pelajar dari luaran.
Tidak ada sebab untuk Syafiq mendengar kata-kata mereka yang sedikit pun tidak memberi kesan terhadap dirinya.
Memandangkan tidak pernah ada seorang pun guru yang benar-benar mengambil berat akan dirinya, maka dia juga akan membuat perkara yang sama.
" Rasanya sini boleh kot." Pintu bilik kesihatan dibuka perlahan. Gelap, tiada sebarang lampu yang dipasang pada ketika itu. Bilik ini juga kelihatannya jarang dimasuki sesiapa namun masih kelihatan bersih.
Mungkin bangunan ini merupakan bangunan lama dan ramai pelajar lebih gemar menggunakan bilik kesihatan yang berada di bangunan baru.
Tanpa berlengah, kerusi berhampiran di tarik perlahan. Jika bukan kerana tidak mahu disoal oleh ibu bapanya mengapa dia pulang awal sebelum waktu persekolah tamat, sudah lama dia pulang.
" Bukannya aku gaduh teruk pun, sibuk nak jumpa mak bapak aku apasal? Kecoh je lebih."
Pen berhampiran dicapai. Meja diketuk perlahan, seolah-olah menyamai rentak drum. Perlahan, namun tenaganya dapat dirasai.
" Kalau lah Zak ada... Mesti ni jadi tempat lepak dia..."
Sesekali, hembusan nafas berat kedengaran tatkala dia mula termenung memandang ke satu arah. Suasana sepi membuatkan dia berasa tidak tenang. Membuatkan fikirannya sering kali teringat akan masa lalu.
Otaknya mula memikirkan senario yang mungkin akan terjadi jika Zaki berada bersamanya kini.
Mungkin dia tidak akan bersendirian begini. Mungkin mereka berdua telahpun menyambung pelajaran mereka ke universiti.
Banyak yang telah mereka rancang bersama namun tidak ada satu pun yang menjadi kenyataan.
Namun, bukan kuasa dia untuk menentukan apa yang akan terjadi. Dia sepatutnya tahu bahawa manusia datang dan pergi. Zaki datang secara tiba-tiba di dalam kehidupannya.
Dan dia juga pergi dengan secara tiba-tiba.
Ahh, baru dia sedar. Walaupun baru berjumpa, dia tidak sepatutnya terlalu selesa apabila bersama Mat Bunga yang bernama Izzi tu.
Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.
Sedang Syafiq termenung sendirian, pintu bilik kesihatan ditolak perlahan lalu wajah Izzi terpacul di sebalik pintu.
' Ahh, panjang umur dia.' Desis hati Syafiq. Baru saja lelaki ini muncul di fikirannya, kini dia benar-benar muncul di hadapannya.
" Erm, sorry, but ada nampak sesiapa tak dalam bilik ni?"
" Kau ada nampak orang lain selain aku ke dalam ni?" Soalan dibalas dengan soalan, namun dengan nada yang sedikit kasar.
Izzi yang mendengar hanya mampu mendiamkan diri. Nada yang digunakan oleh lelaki ini agak berbeza dengan yang sebelum ini. " Ohh, sorry. Tak apalah kalau-"
" Izzi..."
Perlahan, namun jelas. Dengar saja namanya dipanggil, Izzi segera berjalan menuju ke arah katil yang ditutupi tirai lalu perlahan-lahan, tirai tersebut ditarik. " Farish."
Dengan wajah yang tidak berekpresi, Farish menguap kecil sambil menggosok sebelah matanya. Nampak gayanya seperti baru saja bangun dari lena. " What time is it...?"
" Dah nak habis sekolah dah. Yang lain semua tunggu kat rumah hijau." Tanpa disuruh, Izzi mencapai topi yang berada di meja berhampiran lalu dihulurkan pada Farish. " Let's go."
" Heh, so budak berlagak berani macam kau pun takut nak bagi cikgu jumpa mak ayah kau ke?" Sedar akan dirinya dilayan seperti tidak wujud, Syafiq tersenyum sinis sambil menyilang kaki, menongkat dagu sambil memandang ke arah Farish dan Izzi. " As I thought, orang macam kau i berlagak je lebih."
" Let's go..." Seperti biasa, perbualan yang tidak mencapai tahap intelektual yang setaraf dengan dirinya tidak akan dilayan oleh Farish. Tanpa berlengah, Farish lantas membetulkan pakaiannya, bergegas hendak beredar dari situ.
" Trying to ignore me huh? Jangan macam ni. Kita duduk-duduk dulu, lepak-lepak. Banyak benda aku nak cerita ni. So, kenapa tak nak cikgu jumpa dengan mak ayah kau? Takkan kau betul-betul takut dengan mak ayah aku, huh? Hahaha."
" I don't wanna get involve since its gonna be a hassle but aku nak cadangkan kau supaya berhenti bercakap." Amaran yang diberikan oleh Izzi sedikit pun tidak dimakan oleh Syafiq, bahkan ianya seolah-olah menjadi pembakar semangat buat Syafiq untuk memprovok Farish lebih lagi dari ini.
" Oh, come on! Kau barani sumbat mulut aku guna tuala, takkan kau tak berani nak bawa mak ayah kau datang sini?"
" Ada sebab ke untuk aku takut dengan kau? You're nothing."
" Bam!"
Sebelum sempat Izzi melangkah mendapatkan Farish, tubuh lelaki poker itu ditolak ke almari lalu dikunci pergerakkannya oleh Syafiq dengan kedua-dua tangan lelaki itu menghadang, seolah-olah menguncinya di tengah-tengah.
" Kau betul-betul nak cari gaduh dengan aku kan?"
Tidak menjawab apa-apa, namun mata Farish terus menerus merenung mata Syafiq yang berada tidak jauh darinya tanpa mengalihkan pandangan. Justeru membuatkan Syafiq sedikit kecut melihat pandangan Farish yang sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut.
" Farish!"
Sebaik saja pintu bilik kesihatan ditolak, Dani dan Danish terpaksa menggunakan seluruh tenaga mereka untuk menarik dan menghentikan Ariffin yang hampir saja menerkam Syafiq. " Lepaskan aku! Biar aku ajar dia ni!"
" Chill, Finn!"
" Kalau korang mula gaduh dekat sini, lambat laun mesti cikgu akan tahu!"
Cuma untuk menenangkan Ariffin, namun mereka tidak dapat menipu diri mereka sendiri bahawa mereka sedang menahan amarah yang teramat apabila melihat Farish diperlakukan begitu.
Jika terdapat sedikit saja kecederaan pada Farish, mereka tidak teragak-agak untuk mengapa-apakan Syafiq, tidak kira walau dengan apa cara sekali pun.
" Heh, tengok. Geng kau semua dah sampai dah. So, apa lagi? Still tak nak gaduh?"
" Syafiq, please. Violence not gonna solve anything." Cuba untuk menenangkan keadaan, namun Izzi sendiri buntu, tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Badannya seolah-olah tidak mampu bergerak seiring dengan otaknya.
" Come on, benda ni tak akan jadi tau kalau kau jawab je soalan aku dengan baik tadi. Soalan aku simple je, aku just tanya kenapa kau tak nak parents kau datang jumpa cikgu? Itu je, tak susah pun kan?"
" Suka hati dia lah nak jawab ke tak? Stop acting like a kid lah weyh, lepaskan Farish!"
" Apa yang penakut macam kau nak buat dengan aku? Kau duduk situ diam-diam, aku ada perhitungan nak dibuat dengan dia ni." Kini, pandangan Syafiq kembali ke arah Farish yang masih mendiamkan diri dengan wajah batunya. " Still not gonna say anything?"
Beberapa ketika kemudian, satu keluhan nafas dilepaskan oleh Farish. Apakah kesalahan yang telah dia lakukan saat dia sedang tidur yang membuatkan dia terpaksa berhadapan dengan situasi begini?
Mungkinkah ini balasan yang dia dapat kerana telah memonteng dua kelas berturut-turut untuk memenuhi kehendak tidurnya?
Nampak dia hanya perlu menjawab soalan sebenatr tadi saja, bukan? Okay then.
" I don't-"
" Kitaorang tak ada mak ayah! Aku dengan adik aku ada sebab kenapa tak nak bagitahu cikgu pasal benda ni, so kitaorang pujuk diorang ni semua supaya tak panggil mak ayah diorang datang, supaya diorang dapat temankan kitaorang."
Ariffin dan Izzi terkedu memandang Dani dan Danish, manakala Farish pula memandang kosong wajah mereka berdua.
Baru saja Farish hendak memberitahu sebab mengapa dia tidak bawak ibu bapanya berjumpa dengan cikgu kerana itu saja caranya untuk dia menyelesaikan pergaduhan kebudak-budakann ini , tidak sangka pula Dani dan Danish yang pula sanggup menipu demi dirinya.
" So, kau nak bagitahu aku yang kau sanggup nak heret kawan-kawan kau biar kene marah dengan cikgu sekali, hanya disebabkan kau tak ada mak ayah? Hahaha! Buat lawak ke weyh? So, sekarang ni like what? Kau dah tak ada tempat nak bergantung dan cuma ada kawan-kawan kau ni je yang kau boleh harapkan? Heh, maksudnya kau ni kurang kasih sayang-"
Dengan pantas, kolar Syafiq dicekak kuat kemudian tubuh Syafiq ditarik dengan kuat. Belum sempat dia hendak bertindak, Farish dengan tangkas dan mudahnya menyepak kaki lelaki sasa itu agar dia hilang kesimbangan, seterusnya mengangkat tubuh lelaki itu lalu dipusingkan, dicampak kehadapan..
Kejadian berlalu begitu pantas membuatkan Syafiq masih dalam keadaan terpinga-pinga apabila dirinya dicampak dengan begitu mudah. Rasa sakit yang kemudiannya dia rasai akhirnya membuat dia sedar apa yang seebnarnya telah terjadi.
" Wha... What the heck just happend?"
" Ahh.. aku pernah dengar yang Dani cakap Farish ada tali pinggang hitam dalam judo tak silap aku." Ujar Izzi perlahan, mejawab persoalan yang bermain di fikiran Ariffin. Nampaknya kini, lelaki pencinta wanita ini lebih terkejut dari marah sebaik saja melihat Farish mencampak tubuh besar itu dengan mudah.
" Far..." Tidak mampu berkata apa-apa, Dani dan Danish hampir lemah lutut melihat riaksi Farish tatkala terpaksa mendengar Syafiq melemparkan pelbagai kata-kata yang menyakitkan buat mereka.
Sumpah, tidak pernah sekali pun, Farish bertindak demikian walaupun niatnya adalah untuk melindungi mereka.
" Kau-!"
" Sekali lagi kau cakap benda yang bukan-bukan, aku tak teragak-agak nak humban kau ke tingkat bawah lepas ni."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top