Bab 26
" Farish, ni air kamu." Secangkir susu panas bersama madu diletakkan di atas meja. Senyuman Pak Cik Roslan tidak lekang sejak tibanya Farish di kedainya. " Kawan kamu yang lain tak ikut ke hari ni?"
" Let me rest from them for today."
Seraya, lelaki berumur 60-an itu hanya mampu tergelak kecil. Nampaknya Farish sendiri terasa bahawa berkawan dengan tiga orang kawannya itu merupakan cabaran yang besar buat dirinya yang jarang bergaul. " Pak cik masuk dapur dulu ya. Kalau ada apa-apa, Farish panggil lah."
Hanya membalas dengan anggukan kecil, Farish hanya mampu memerhati Pak Cik Roslan beredar ke dapur sebelum matanya kembali memandang ke luar tingkap. Cuaca mula menunjukkan tanda-tanda hujan memandangkan langit kini telah pun berubah gelap tanpa segaris cahaya matahari.
Tidak lama kemudian, rahmat mula turun membasahi bumi. Sesekali, kelihatan Farish memejamkan matanya, menarik nafas panjang sambil menongkat dagu memandang ke luar tingkap.
Hujan yang dari tadi ditunggu kini turun jua akhirnya.
Sedang dia leka menatap hujan di luar tingkap, matanya terlihat kelibat yang kini sedang berlari menuju ke arah kafe. Mungkin hendak berteduh dari hujan yang turun tanpa amaran. Tanpa dia sendiri sedari, setiap pergerakkan lelaki itu diekori oleh matanya, sehinggalah lelaki itu memasuki kafe tersebut.
" Bodoh, masa-masa ni juga dia nak hujan." Masuk saja lelaki itu ke dalam kafe tersebut, amarah mula menyumpah keluar dari mulutnya. Seraya, matanya da Farish saling bertentangan. Namun sebelum sempat Farish mengalihkan pandangannya kembali ke arah hujan, dirinya pula dihembur oleh lelaki berbadan sasa itu. " Kau pandang apa?"
Dan seperti biasa, Farish yang tidak akan bercakap dengan manusia yang tidak mencapai tahap intelektual yang ditetapkan selamba tidak mengendahkan tengkingan lelaki itu lalu kembali menatap pemandangan di luar tingkap di hadapannya.
Anda fikir Farish ada masa nak melayan semua ini?
" Jemput duduk. Kamu nak order air apa-"
" Aku nak duduk je dekat sini. Bukan nak order air."
Kasar dan bernada tinggi, akan tetapi senyuman di bibir Pka Cik Roslan tetap tidak pudar. Seolah-olah dirinya menerima saja apa yang dilemparkan oleh lelaki itu. " Kalau macam tu, kamu duduklah dulu."
" Tak payah nak cakap, aku tahu lah." Tidak mengendahkan lelaki separuh abad itu, kerusi di meja belakang Farish ditarik kasar. Senang cerita, segala perbuatannya kesemuanya kasar belaka.
Melihat lelaki itu sedang membetul-betulkan rambut panjangnya yang basah dek hujan, dengan perasaan simpati, Pak Cik Roslan kembali mendekati lelaki berkulit suar matang tersebut sambil menghulurkan sehelai tuala. " Ambil lah tuala ni, keringkan badan kamu. Takut kamu demam nanti..."
" Tak payah nak sibuk hal aku."
" Tapi, pak cik risau-"
" Kau siapa nak risaukan aku?!"
Sekali lagi, Pak Cik Roslan ditengking kuat. Kini, senyuman hampir pudar dan diganti dengan riak wajah sayu, namun cuba untuk ditahannya. Sayu kerana keprihatinannya mengundang kemarahan tetamunya. " Pak Cik minta maaf-"
" Bukan pak cik yang sepatutnya minta maaf."
" Farish..."
Bahu Pak Cik Roslan dipegang lembut, seolah-olah menginginkan lelaki tua itu duduk dikerusi berhampiran. " You don't need to serve a guy like him."
" Aku tak minta pun dia untuk layan aku! Yang kau nak masuk campur apahal?"
" Kau masuk kedai dia, mestilah dia kene layan kau."
" Tak, masalahnya sekarang ni aku nak berteduh je! Dah aku kata tak nak apa-apa, dah tak payah lah kacau aku!"
" Stop shouting, you are annoying."
" Ehh, kau kalau nak senyap, balik rumah lah! Datang sini buat apa?!"
" Bodoh sangat kau ni, tak tahu fikir common sense."
" Kau-!"
Pak cik Roslan mula gelabah tatkala lelaki bersifat baran itu mula mengangkat tangannya, seolah-olah hendak memukul Farish yang berdiri dihadapannya.
Akan tetapi, dengan refleksi pantas Farish, kain yang tadinya hendak digunakan untuk mengeringkan tubuh lelaki itu dicapai dari tangan Pak cik Roslan dan selamba, Farish menghalakan tuala tersebut pada wajah lelaki itu.
Menonyoh tuala tersebut sehinggakan separuh dari tuala itu masuk ke dalam mulutnya tanpa ada sebarang ekspresi pada wajah Farish.
Sebelum sempat wajah Farish memakan penumbuknya, lelaki itu terlebih dahulu memakan tuala suapan khas penuh kasih sayang oleh Farish.
" If you feel like you dont want to be serve, then pergi berteduh dekat tepi longkang depan sana."
*****
" Hmm.. Hmmm~" Senandung kecil Izzi semakin lama semakin kedengaran riang. Cuti akhir tahun telah pun bermula sejak seminggu yang lalu namun perasaannya membuak-buak, seolah-olah tidak sabar untuk kembali ke sekolah. " Cepatlah masa berlalu."
Sesekali, bunga yang mekar di veranda rumah flat miliknya dihidu perlahan. Gembira rasanya melihat bunga tanamannya hidup mekar walaupun tidak mendapat cahaya mentari yang secukupnya.
Memandangkan ruang di verandanya kecil, maka tanaman yang dapat ditanam di sini adalah terhad.
" Kalau lah aku ada taman besar macam dekat rumah Farish..."
Tiba-tiba, wajah Farish singgah di fikirannya. Apa agaknya yang sedang lelaki poker itu buat sekarang ini? Dani dan Danish sedang menjerit dan melompat sambil bermain permainan video ke? Ariffin pula mesti sedang membaca buku, ataupun menonton movie kegemarannya.
" Ahh... Kalau lah aku boleh terus ada dengan diorang..."
Setahun saja lagi.
Setahun saja lagi sebelum di bakal meninggalkan mereka semua. Setahun saja lagi baginya untuk menikmati saat dan luangkan masa bersama mereka.
Setahun saja lagi...
Tak, setahun saja tidak cukup bagi Izzi untuk terus bersama dengan mereka. Dia mahu lebih lagi dari itu.
Zaman kolej, zaman bekerja, mungkin sehingga ke zaman tua, dia mahu berada bersama mereka sehingga ke akhirnya.
Jika mereka tiada lagi di sisinya, siapa lagi yang akan ada bersamanya?
Sedang Izzi hanyut di dalam fikirannya sendiri, tanpa dia sedari, Mustafa kini berada di pintu veranda rumahnya, merenung wajah Izzi sambil menahan rasa sebak di hati. " Kau fikirkan diorang lagi?"
" Mus..." Senyuman dipaksa untuk terukir di bibir. Dia tidak tahu sesiapa pun membaca perasaan atau fikirannya. " Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau masuk?"
" Kau lupa nak kunci pintu lagi." Kunci rumah kini dihulurkan buat Izzi. Sudah menjadi kebiasaannya bagi lelaki malas itu untuk tidak mengunci pintu rumahnya.
Sudah tentu sebabnya kerana dia terlalu malas untuk bergerak menuju ke pintu.
" Thank you."
" Izzi... Aku nak minta maaf..."
" Kau tak buat salah pun."
" Habis tu... Kenapa kau jauhkan diri dari aku?"
Seolah-olah tidak mahu memjawab soalan Mustafa, Izzi mengeliat kecil badannya dan memaling ke arah lain, membelakangi Mustafa. " Dah malam dah ni. Baliklah..."
Lembut saja lelaki itu berbicara, namun Mustafa tahu bahawa itu merupakan salah satu cara Izzi untuk lari dari menjawab soalan ataupun cuba untuk menutup perasaan sebenarnya.
Sejak dari dulu lagi, tabiat Izzi yang satu ini tidak pernah berubah.
Sejak mereka kecil lagi.
" Kau... Bencikan aku?"
Diam. Sepi tanpa jawapan. Hanya tiupan lembut angin malam yang menemani mereka pada ketika ini.
" Aku betul-betul minta maaf. Aku tahu aku salah. Tapi... Aku tak bermaksud nak jauhkan diri dari kau-"
" Tak apa. Aku faham."
Sekali lagi, suara lembut Izzi membuatkan hati Mustafa terasa geram. Geram akan lelaki itu yang sedikit pun tidak pernah meninggikan suaranya untuk meluahkan marah di dalam dirinya. Dia bertambah geram apabila Izzi mengambil keputusan untuk terus berlembut dan berdiam diri.
Seolah-olah membiarkan keadaan menyalahkan dirinya seorang tanpa mempertahankan dirinya sendiri.
Salah tu...
Mustafa geram akan dirinya sendiri yang tidak pernah hendak berkeras hati untuk terus bersama dengan Izzi apabila dia amat memerlukan seorang kawan.
Tidak terkejutlah baginya apabila mendapat tahu bahawa Izzi benar-benar mengagumi Farish. Izzi benar-benar selesa berkawan dengan Farish.
Farish merupakan seorang kawan yang sanggup untuk berbuat apa saja demi mempertahankan kawannya.
Tidak seperti dirinya yang pengeceut, lari dari kawan baiknya sendiri demi untuk menyelamatkan diri.
" Aku tak pernah salahkan kau. Aku tak pernah salahkan sesiapa."
" Tapi-! Sebabkan aku, diorang semua pulaukan kau dulu! Sebab kan aku, diorang tahu yang kau-!"
" Mustafa..."
Kini, mata mereka bertentangan sesama sendiri. Mustafa terpaku seketika apabila mendengar suara lembut dan menatap mata jernih milik Izzi. Raut wajah lembut dan manis miliknya yang sering menjadi kegilaan ramai sekali lagi berjaya membuat Mustafa terdiam seribu bahasa.
Ya, riak wajah inilah juga yang telah menegurnya buat kali pertama pada suatu ketika dahulu.
Tepat pada empat tahun dahulu.
" Bukan salah sesiapa pun sebab aku kene pulau dulu. Bukan salah kau, bukan salah orang lain. Tapi salah aku sendiri."
" Kau tak salah! Kau tak minta benda tu jadi! Kalau bukan sebab aku yang bagitahu semua orang, mesti kita masih boleh...!" Tangannya kini menggengam penumbuk. Giginya diketap kuat menahan amarah di hati. " Kita mesti boleh berkawan lagi sampai sekarang. Rapat, macam dulu..."
" That will never happend..." Bibir Izzi melirik senyuman tatkala melihat Mustafa sedaya upaya menahan air mata dan perasaan marahnya. Tidak tahu mengapa, tiba-tiba dia terasa kelakar.
Mengapa kawan yang dahulu cuba untuk menjauhkan diri darinya, cuba untuk memulaukan dirinya kini berdiri dihadapannya, menangis, menyalah diri sendiri atas kesalah yang dia buat, tanpa paksaan sesiapa?
Sejujurnya, Izzi tidak pernah menyalahkan Mustafa atas apa yang telah berlaku. Namun dia berasa hairan...
Mengapa Mustafa terdesak hendak meminta maaf, sedangkan sewaktu dia membongkarkan rahsianya dahulu, dia sendikit pun tidak berasa serba salah?
Tapi semua itu sudah pun berlalu. Dia malas hendak berdendam, tiada apa manfaat yang dia dapat dari semua itu.
Cuma kini yang pasti...
Dia tahu, bahawa dia tidak akan layak untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain dan berkawan dengan mereka, seperti mana persahabatan diantara Farish, Dani, Danish dan Ariffin.
Ahh, dari awal lagi, dia sepatutnya cuba untuk menjauhkan dirinya dari Farish sejak awal lagi.
Supaya dia tidak akan terasa susah untuk berpisah dengan mereka apabila tiba masanya kelak.
" Kita tak akan dapat jadi kawan baik... Sebab macam yang kau pernah cakap dulu. Aku tak akan pernah layak jadi kawan sesiapa pun, aku tak layak nak dapat kasih sayang sesiapa pun. Sebab apa? Sebab..."
" Tak, Izzi.. Aku minta maaf,aku tak pernah maksudkan apa yang aku cakap dulu-"
" Sebab aku kotor, Mus. Sebab aku kotor."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top