Bab 23


    " Seriously, exams right after the carnival?!"

    Rungutan Dani dan Danish tidak diendahkan oleh Farish.  Hampir setiap tahun, jika berkaitan dengan peperiksaan saja, pasti rungutan mereka bakal kedengaran.

    " Study lah. Bukan susah pun."

    " Heck yeah!"

    " Ingat kitaorang jenis nerd macam kau? Pakai spec mata, duduk diam-diam baca buku?!"

    " You-!" Buku ditangannya dihempas kecil. Ariffin membuka kasar cermin mata yang dipakainya lalu mencebik kuat memandang Dani dan Danish. " Aku pakai sebab aku rabun lah!" 

    Izzi yang memerhati hanya mampu tersenyum sambil tangannya sibuk mencapai bunga dan tabung uji di sana sini, berselerak di atas mejanya yang sebelum ini dipenuhi dengan dakwat akrilik dan kanvas lukisan.

    " Izzi."

    " Hmm?"

    " Bila masanya kau study?"

    Soalan Ariffin berjaya mendapat tumpuan Dani dan Danish. Kini, mata mereka tepat memandnag ke arah Izzi yang menghentikan tangannya dari membuat segala kerja sambil matanya memandang ke atas, seolah-olah sedang berfikir. " Hmm... Bila aku rasa rajin?"

    " Bila masanya pula kau pernah rajin?" Soal Dani dan Danish serentak.

    " I need to maintain my grade for scholarship, bukannya macam korang."

    " Scholarship? Kau dapat biasiswa sekolah ke?" Kini, Ariffih mengalihkan bukunya lalu mendekatkan kerusinya ke Izzi. " Aku tak tahu pun."

    " Kalau aku ada duit nak bayar yuran sekolah, tak payahlah susah-susah aku nak lelongkan lukisan aku."

    " Ahhh, tapi tak senangkan nak dapat biasiswa sekolah ni? " Dani menghela nafas panjang sambil bersandar malas pada kerusinya. Dia benar-benar tidak mahu membaca walaupun sepatah perkataan lagi.

   " Yeah, I heard that kau kene dapat at least tempat kelima dalam kedudukan seluruh tingkatan dan kekalkan untuk setiap peperiksaan, baru dapat biasiswa tu." Tambah Danish lagi sambil mencapai buku abangnya, menanda nota-nota penting agar senang untuk dia baca nanti. 

    Ya, Danish selalu manjakan abang dia.

    " Tapi serious doh, otak kau dengan Farish ni otak apa? Tak study pun pandai." Ujar Ariffin sambil mengeliat kecil. " Then, ajarkan aku sains please, aku lemah subject tu."

    " Aku boleh tolong. Sains is one of my best subject." 

    Tawaran Izzi disambut dengan tangan terbuka. Jika dia rapat dengan Izzi lebih awal, pasti mudah baginya untuk belajar sains. " Boleh weyh! Thank you! So, bila kita boleh-"

    " Tapi macam yang aku cakap lah." Bicara Ariffin mati seketika tatkala Izzi bersuara lagi. " Kalau aku rasa rajin."

    " Tak guna!"

    Serentak, Dani dan Danish ketawa besar. Sudah mereka jangka pasti ini akan berlaku. 

    " Aku boleh tolong kalau kau nak." Kini, giliran Danish pula menawarkan diri. Melihat wajah Ariffin yang seolah-olah tidak percaya dengan tawarannya, Danish mengeluarkan kesemua buku nota yang berada di dalam begnya. " I may look like idiot, but I actually study."

    " Kau nak kata aku tak pandai ke macam mana?"

    " Tak cakap pun, tapi kau macam nak mengaku kan?" Balas Danish selamba sambil tersenyum sinis melihat abangnya yang kini mengetap gigi.

    Salah Dani juga kerana terlalu bergantung pada Danish. Sehingga hendak belajar pun dia memerlukan Danish di sisi supaya dia dapat fokus dan fikirannya tidak melayang.

    Kotak Pocky dihulurkan pada Farish. Izzi yang tadinya duduk di kerusi belajarnya kini beralih duduk di atas meja berhampiran dengan Farish yang sedang santai di tempat duduk khas yang bersambung dengan tingkap. " Kau dah study?"

    " Kindda."

    " Did you actually study?" Soal Izzi lagi sekali sambil memasukkan sebatang Pocky ke dalam mulut.

    " Same goes to you." Soal Farish kembali.

    "  Sometimes... Tengah malam."

    " Macam mana Farish study weyh?" Kini, Ariffin, Dani dan Danish duduk di dalam satu bulatan, agak berjauhan dengan Izzi dan Farish yang mula duduk menyepi sambil memakan Pocky dengan tenang. " Aku tak rasa yang dia jenis study tengah-tengah malam."

    Dani menggeleng kecil. " Tak, tapi... Jujur aku cakap, actually dia dah belajar semua subjek untuk sekolah menengah sebelum dia masa tingkatan satu lagi. Apa yang kita akan belajar tahun depan pun, semua dah ada dalam kepala otak dia."

    " Yeah." Sambung Danish. " Farish selalu akan belajar lebih advance dari apa yang sepatutnya kita belajar sekarang. Mungkin, sekarang dia tengah belajar subject yang dia akan ambil untuk university nanti."

   " Wow..." Sekali lagi, Farish berjaya memberi kejutan buat Ariffin. Dia tahu Farish sememangnya hebat namun tidak sangka pula dia sepandai ini. " Tapi... Kenapa dia try hard sangat?"

    " You know..." Perlahan, Dani mengerling memandang Farish yang kini semakin melelapkan matanya. " Dia cakap, dia perlu jadi pandai untuk capai matlamat dia."

*****

    " Kau tak nak balik rumah tengok anak kau?"

    Ujaran Raziq hanya dibalas dengan senyuman nipis di wajah. Memang benar, sudah sekian lama dia tidak pulang menjenguk anaknya namun...

    Apakah dia yakin bahawa Farish hendak bertemu dengannya?

    " Biarlah. Asalkan aku tahu dia selamat, itu dah cukup untuk aku. Lagipun sekolah dia ada peperiksaan sekarang. Aku ta nak ganggu dia."

    Wajah sayu Fairuz diperhati dalam diam. Dia tahu Fairuz amat merindui anaknya. Namun apa yang boleh dia buat?

    Fairuz kini telah sah bergelar pembunuh kepada isterinya sendiri, pembunuh kepada ibu kesayangan anaknya, Farish.

    Cuba untuk mengalihkan perhatian Fairuz dari perasaan sedihnya, Raziq cuba untuk memulakan pembualan. Walaupun pada asalnya, dia adalah jenis yang pendiam dan tidak banyak bercakap.

    Namun, mana dia sanggup melihat kawannya dalam keadaan begini.

    " Aku dengar anak kau dapat nombor satu lagi dalam tingkatan on previous exam."

    " Yeah. I'm so proud of him." Senyuman kecil terbit di bibir Fairuz. Masakan dia tidak bangga? Anaknya membolot tempat pertama pada setiap peperiksaan sejak tingkatan satu sehingga kini dan menjadi pelajar cermerlang setiap tahun. Hanya tuhan saja dapat gambarkan betapa bangga dan gembiranya dia terhadap Farish. " Aku bet dia mesti akan dapat tempat pertama juga kali ni."

    Lihat sajalah wajah bangganya apabila bercakap tentang Farish. Dari wajah dan cara percakapannya saja sudah tahu betapa sayangnya dia pada anaknya, masakan lelaki ini sanggup untuk menghancurkan kebahagiaan keluarganya tanpa sebab yang munasabah?

    Masakan lelaki ini sanggup memusnahkan keluarga yang selama ini dianggap lebih berharga dari nyawanya sendiri?

    " Jadi, apa perkembangan Khalid sekarang? Ada apa-apa berita?"

    Raziq menggeleng kecil. Dokumen diletakkan ke atas meja agar dapat diteliti oleh Fairuz. " Tak ada apa-apa. Tapi, kita ada perkembangan terbaru dari Haiqal Haqimi."

    " Qimi?" Dengar saja nama itu disebut, Fairus segera mendapatkan dokumen yang berada di atas meja. " Anak dia?"

    " Ya, dia terpaksa sembunyikan kelahiran anak sulung dia supaya tidak diketahui oleh Khalid. Dan sekarang, dia ada anak kedua, Nur Ryna Elyna. "

    " Khalid kacau anak kedua dia ke?"

    " Tak pasti. Tapi sejak kebelakangan ni, dia dapat rasakan yang keluarga dia diperhati. Jadi sekarang, dia alihkan fokusnya sepenuhnya dekat Ryna supaya keselamatan dia terjamin."

    " Macam mana dengan anak dia yang pertama? Tak mungkin Khalid tak tahu tentang anak dia!"

    " Jangan risau pasal tu." Sehelai gambar dihulurkan pada Fairuz sebaik saja soal Ariffin dibangkitkan. " Nampaknya anak sulung dia berkawan rapat dengan anak kau. Jadi pada masa yang sama..."

    " Kita boleh jaga mereka berdua." Sambung Fairus sambil menoleh memandang Raziq yang kini mengangguk kecil, mengiyakan kata-katanya. " Kita kena pastikan diorang berdua selamat, Ziq. Aku tak nak apa-apa jadi dekat diorang berdua."

    " Jangan risau, Fai. Selagi aku ada, selagi kau berkerjsama, aku akan pastikan yang semua orang selamat dan aku akan pastikan Khalid dapat pembalasan dia."

    " Aku tak nak ada korban lagi..." Perlahan-lahan, nada Fairus bertukar lemah. Dompet dipoket dicapai lalu sekeping gambar dikeluarkan darinya. " Cukuplah aku dah hilang isteri aku... Cukuplah anak aku dah benci aku untuk seumur hidup dia... Aku..."

    Tanpa dia sedari, setitis air matanya mengalir. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa. Harta yang banyak sedikit pun tidak memberi kebahagiaan buat dirinya. Segala harta yang dia berikan buat Farish sedikit pun tidak mengubah perasaan benci Farish terhadap dirinya.

    Dia kehilangan isterinya, dia kehilangan anaknya. Dia kehilangan keluarganya.

    Gambar keluarga terakhir yang sempat diambil kini digenggam erat. Biarlah anaknya membencinya sekali pun, asalkan Farish selalu ada di depan matanya.

    " Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi. Biarlah aku dibenci, dimaki, dicaci, ditindas, asalkan anak aku hidup, anak aku selamat, aku akan buat apa saja. Semuanya demi Farish."



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top