Bab 19
" Wak Ariff, kopinya satu, wak!"
" Iya, iya pak. Bentar dong!"
Tetamu lain yang mendengar perbualan di antara Ariffin dan rakan sekelasnya tergelak kecil. Seingat mereka, ini merupakan warung zaman dahulu kala, tidak tahu pula ianya tiba-tiba menjadi Warung Wak Ariff a.k.a Ariffin.
Namun seperti yang disangka, salah satu tarikan yang ada pada kelas bertemakan warung ini adalah Ariffin. Selain dari makanannya yang sedap dan menyelerakan, banyak juga yang singgah semata-mata untuk melihat dan dilayan oleh Ariffin.
Bahkan pelajar sekolah lain turut berpusu-pusu datang singgah di kelas mereka.
" Izzi, tinggalkan pinggan mangkuk tu kejap, tolong aku amik order, banyak orang ni."
Ujaran Ariffin serta merta membuat Izzi mendengus kuat. " Kau dah janji kerja aku cuma basuh pinggan..."
" Pretty please with cherry on the top? Aku janji lepas ni aku bagi kau keluar awal, siap sedia untuk persembahan kau, okay?"
" Fine..."
" But before that..." Kain lap pinggan yang digantung di bahu Izzi diketepikan. Songkok yang dibuka kini diletakkan kembali di atas kepalanya namun dikebelakang sedikit, agar rambut depannya kelihatan. Manakala kain pelikat yang diselimpangkan di bahu dikemaskan. " Okay, good to go!"
Sekali lagi, nafas berat dihela perlahan tatkala tangannya menyelak kain yang menjadi penghadang di antara ruang utama dan dapur. " Apa gunanya kau nak kemaskan aku-"
" OH MY GOD! Siapa tu?!"
" Weyh comel gila! Tengok gaya dia! Macam malas-malas sikit tapi cool! Lembut gila raut wajah dia!"
" Finn!"
Jeritan separa tinggi Izzi membuatkan Ariffin terhinjut sambil memohon maaf. Bukannya dia tidak tahu bahawa Izzi amat tidak suka kan perhatian. " Sorry, but aku terpaksa! Kalau tak kelas sebelah nanti kalahkan record kita!"
" Kelas Farish?"
" Orang beratur sampai tingkat bawah sebab nak masuk dalam rumah hantu diorang!"
Serta merta, riak wajah Izzi berubah. Walaupun ianya hanya lawak semata-mata, tak mungkin lah orang beratur begitu panjang sekali hanya untuk rumah hantu anjuran pelajar sekolah menengah.
Melainkan...
" Don't tell me..." Kini, mata Izzi tepat memandang ke arah Ariffin. Lihat saja anggukan Ariffin, serta merta, mereka berdua melepaskan keluhan yang berat. " Ini mesti kerja Dani dengan Danish."
Ya, jika perkara 'itu' yang dibuat oleh mereka, sudah pasti barisan panjang yang beratur itu bukan cerita rekaan semata-mata.
*****
" Aku... Serious dah tak boleh dahh..."
Untuk kesekian kali ini, itu merupakan gadis ke 12 yang hampir pitam apabila melihat Farish di depan matanya.
Ini bukan propa semata-mata, namun ini adalah kebenaran. Idea yang dicetuskan oleh pasangan kembar monyet Dani dan Danish itu benar-benar menjadi dan kini lihatlah!
Kelas mereka mempunyai barisan beratur yang terpanjang di seluruh sekolah!
" Kan aku dah kata, mesti menjadi punya idea ni!" Seraya, Dani dan Danish bertepuk tampar meraikan kejayaan.
Jika kelas sebelah mempunyai Ariffin dan Izzi, kelas mereka mempunya Puteri Ais yang kacaknya tiada tandingan!
Idea mereka untuk membiarkan Farish menjaga kaunter masuk merupakan cadangan yang bernas!
Namun, semua ini tidak akan se-berjaya ini tanpa make up dan costume yang dipilih oleh Dani dan Danish.
Farish yang hari ni bukanlah sekadar penjaga kaunter yang biasa. Dia tidak lagi memakai baju sekolah, bertopi seperti sedia kala.
Farish pada hari ni adalah the ultimate Farish yang pernah diubah oleh Dani dan Danish.
Memandangkan tema mereka adalah rumah hantu, adalah diwajibkan bagi semua pelajar kelas tersebut berpakaian seperti hantu. Contohnya seperti Dani dan Danish yang memakai costume serigala jadian.
Dengan telinga dan ekor serigala yang dipakai oleh mereka, jelas sekali para pengunjung yang hadir bakal menjerit apabila diterkejutkan oleh mereka.
Menjerit kerana kecomelan mereka yang tiada tandingan.
Manakala Farish pula, watak yang dibawanya pada hari ni adalah Vampire.
Sang penghisap darah yang mempunyai renungan mata yang tajam, wajah yang kacak dan tidak berekpresi memang sesuai dengan karakter Farish.
Rambutnya disikat kebelakang, menyerlahkan lagi aura gentleman milknya. Manakala pakaian yang dikenakan pula adalah kemeja putih lengan panjang bersama vest hitam tanpa lengan dengan kuntuman ros pada poket bajunya, berseluar slack dan berkasut kulit.
Mantel hitam pula kemas terletak di bahu. Sekali dia mengibas mantelnya, sepuluh yang tumbang dek kekacakan milik Farish.
Okay, yang ini baru propa. Tapi, manalah tahu kan? ;)
Namun yang paling menawan hati sesiapa saja yang melihat adalah taring palsu yang dipakainya, dan juga kanta lekap berwarna merah di matanya. Walaupun ianya bukan benar, namun dua perkara ini saja sudah cukup untuk membuat hati sesiapa yang melihatnya tertawan.
" Weyh, ya Allah aku betul-betul tak kuat ni. Mana boleh ada lelaki yang hensem sangat macam ni?!" Bisikan-bisikan pujian terhadap ekkacakan Farish masih tidak putus kedengaran. Mestilah, I mean...
Ini Farish kot. Ingat senang ke nak tengok Farish versi Vampire ni?
" Uwahh! Kan betul aku cakap! Ni memang kelas Farish lah! Kelas dia je yang mampu nak buat orang beratur panjang macam ni!"
Telinga Farish bergerak kecil. Dia kenal suara ini. Suara yang selama ini cuba untuk dia jauhi namun ada saja cara pemilik suara ini datang untuk mendekatinya. " I don't remember inviting you here."
Renungan tajam Farish pada kali ini sedikit pun tidak menankutkan Emier bahkan membuatkan dia lebih tersenyum riang. Jelas kelihatan di wajah Farish bahawa dia terpaksa buat semua ini. " Handsome gila kau weyh, aku hampir tak cam!"
' Ahh, ini ke saudara dia yang handome tu?' Desis hati Adam sambil menguyah makanannya. Ya, memang sangat kacak.
Namun dia dapat merasakan bahawa mereka mungkin tidak boleh menjadi kawan.
" You wanna get in or not?" Ujaran dingin Farish membuatkan Adam mencebik kecil. Ya, memang benar lelaki muka batu ini tidak suka bergaul, persis apa yang dikatakan oleh Emier.
" Aww, what's the rush? Ehh, Adam!" Seraya, camera digital miliknya dicampak ke arah Adam yang sedang memakan bebola sotongnya. " Ambilkan gambar kitaorang kejap!"
" Asal pula?" Merungut, namun kehendak kawannya dia turutkan saja. Memandangkan Emier saja satu-satunya kawan yang dia ada.
" Kau tengoklah ni!" Farish yang tadinya duduk kini dipaksa berdiri. Selamba saja jari Emier menarik mulut Farish agar menampakkan gigi taringnya lalu dia pun tersenyum lebar, menampakkan gigi. " Dia ada gigi taring yang sama macam aku!"
" Kyaaa!!!!"
Jeritan kuat oleh para pengunjung wanita yang hadir berjaya menggegarkan hampir seluruh bangunan apabila melihat dua jejaka tampan berada di hadapan mereka.
Sungguh, kombinasi Emier dan Farish bukanlah yang terbaik untuk hati mereka.
" Kau jaga kaunter sampai pukul berapa? Nanti kalau kau free kita boleh le-"
" Here is your ticket."
" Ta-tapi aku-"
" Silakan masuk." Sengaja dia menekan suaranya yang dingin agar Emier menurut perintahnya. Dua keping tiket dihulurkan pada Emier, menolak badan lelaki itu masuk ke dalam agar tidak menganggunya lagi. " You're giving me a hard time. I'm giving you that ticket so, go now."
" Hehehe, thank you, mate! Nanti aku datang balik." Jujur, sekali Farish mula menekan suaranya, Emier sudah mula rasa takut. Melihat dia marah tanpa mempuyai ekspresi, bahkan Adam yang berada di sebelahnya turut sama meremang bulu romanya.
Hilang saja kelibat Emier dan rakannya masuk ke dalam rumah hantu, Farish mengeluh kecil. Tak sangka pula saudaranya ini bakal datang mengacaunya di sini.
Baru saja dia hendak tenang, Farish tiba-tiba merasakan dirinya diperhati. Bukan oleh peminat yang datang dari jauh untuk berjumpanya, namun oleh seseorang yang berada tidak jauh darinya.
Apabila Farish menoleh ke satu arah, matanya terpandang seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan 12 tahun memandang tepat ke arahnya.
Dari pandangan matanya, gadis kecil itu sepertinya tidak mempunyai niat yang jahat. Pandangan matanya kelihatan sangat jernih dan redup. Namun apa yang paling menarik perhatiannya adalah wajahnya.
Wajah gadis itu seperti biasa dia lihat namun dia tidak pasti di mana. Dia yakin, dia selalu nampak wajah seiras gadis itu setiap hari namun tiada siapa yang terlintas di fikirannya.
Sedang khusyuk dia berfikir, gadis yang tadinya berdiri di satu sudut kini hilang dari pandangan matanya tatkala Farish cuba untuk melihat wajah gadis itu sekali lagi.
Tanpa berfikir panjang, Farish membiarkan saja perkara itu berlalu pergi. Mungkin hanya mainan perasaannya, lebih-lebih lagi dengan keadaan yang penuh dengan orang yang membuatkan dia rasa tidak selesa.
Namun dia tidak dapat menafikan bahawa wajah gadis itu sesekali muncul di fikirannya.
" Do i know her?" Bisik Farish perlahan sambil meneruskan kerjanya seperti biasa.
P / S :
Ehhh, budak perempuan kecil? Ehhhh, muka iras-iras? Ehhhh, macam kenal je siapa ni. *kening terangkat sebelum sambil tersenyum sinis* OKAY, tak payah fikir banyak! Just stay tune for the next chapter, tehee! Thanks so much, gais~ Love you guys sebanyak mana korang sayangkan Farish!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top