Bab 51


     " Adam, sarapan!" 

    Tanpa menyahut panggilan Firhan, Adam kekal duduk sendirian mendiamkan diri. Terasa berat mulutnya untuk berkata ketika ini. Tangannya pula asyik menguis. Menguis kotak kecil cantik terhias yang sepatutnya diberikan kepada si dia namun tidak kesampaian. 

    Tanpa dia sedari, Adam kini melepaskan sebuah keluhan berat. " Kenapa kena jadi macam ni...?"

     " Kau ingat kau puterikeyang aku nak kene panggil jemput minum se- Kau dah kenapa ni?" Secara automatiknya kening Firhan terangkat sebelah apabila wajah muram dan mendung adik tirinya itu dipandang. " Jumbol mati ke?"

     " Mulut..." Tunding Adam dengan jari telunjuknya sambil emmpamerkan wajahnya yang dingin. " Dia elok je tidur kat situ hah."

    " Habis tu, yang kau nampak rusing ni dah kenapa?"

    Adam menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan Firhan. Bukannya abng tirinya itu tidak tahu bahawa hari ini merupakan hari apa. " Kalau aku tak nak pergi?"

    " Bagi aku jelah yang uruskan syarikat babah kau kat NY tu."

    Jawapan spontan Firhan berjaya membuat Adam mengukir sebaris senyuman. " Banyak lah kau... Habistu, siapa yang nak jaga company yangd dekat Malaysia ni?"

    " Kau lah." Sekali, abang tirinya itu berjaya membuatnya tergelak kecil. " Tapi, lepas ni tak ada dah yang nak kejut aku dengan sotong tu bangun."

    " Jangan lepas ni korang langsung tak bangun sudah lah. Hahahaha!"

    Tiba-tiba saja, hati mereka terasa sebak. Hari ini merupakan hari terakhir bagi meeka untuk meluangkan masa bersama kerana esok, Adam bakal berangkat ke New York. Mungkin untuk berbulan, bertahun... Mungkin juga selamanya.

    " Aku tak ada nanti, jaga rumah ni elok-elok." Ujar Adam samil bermain dengan ranting kayu yang masuk dari tingkap biliknya. Almaklumlah, biliknya berada di hujung benua banglo ini, dikelilingi pokok yang seperti hutan rimba. " Jumbol pun tak ada tau, aku bawak sekali."

     " Bukannya kau nak mati pun ahahahah." Firhan merampas ranting yang berada di tangan Adam. " Kau pun nanti... janganlah lupa datang balik."

    " Tengoklah macam mana nanti... Aku tak janji."

    " Kita baru nak rapat, baru nak berbaik... Kau pula nak kena pergi jauh."

    " Macam lah kau tak boleh nak pergi NY tu jenguk-jenguk aku."

    " Memang lah boleh, tapi...." Bicara Firhan terhenti apabila ranting yang dibaut mainnya itu terpatah dua. " Tak sama macam sekarang."

    Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Ada benar juga kata-kata Firhan itu. Mungkin benar abang-abang tirinya dapat menjenguknya di sana nanti, tapi perasaan dan suasananya tidak akan sama dengan yang sekarang.

    " Tulah, nanti who's gonna prepare I punya sarapan?"

    " Bila masa kau masuk?" 

    Farhan hanya mampu menjuihkan bibirnya ke arah tingakap berhampiran katil Adam. Tiba-tiba saja kini dia sedang duduk bersila di sebelah Adam. " I panjat ikut situ."

    Adam dan Firhan lantas menoleh memandang ke arah tingkap. Kelihatan Jumbol yang tadinya tenang dengan lenanya kini terus terjaga denagn matanya yang terbeliak. Pasti terkejut kerana munculnya Farhan entah dari mana. 

    " Kenapa masuk ikut situ?" Soal Adam sambil keningnya berkerut kecil.

    " Kesian Jumbol dah trauma." Tambah Firhan.

    Farhan hanya mampu tersengih bagaikan kerang busuk. Malu pula apabila berkelakuan begitu. " I pun nak jugak berlagak cool."

     " Pfftt."

    " Kau ingat cool lah tu? Ahahahaha!"

    Gelak tawa mereka mula kedengaran memenuhi ruangan bilik usang yang selama ini hanya didiami Adam, Jumbol dan juga deburan kotor. Mungkin ini juga merupakan kali pertama Adam terasa bahagia bersama keluarga tirinya. Walaupun tiada ibu dan ayahnya, dia yakin, bahawa Firhan dan Farhan juga boleh menadi keluarga yang berharga buatnya. 

    " I love you guys." Bisik Adam perlahan.

*****

     Tan Sri Hisham melepaskan helaan berat tatkala terkenangkan anaknya yang maish lagi berteleku di dalam biliknya. Satu lagi masalah yang harus dia fikirkan. Kad yang berada di sebelahnya ditatap sepi.

    Nampaknya Amrish masih tdiak berputus asa. Masih dia teruskan juga perkahwinan ini walaupun sudah mendapat bantahan dari pihak perempuan. Tambahan pula, keluarga Amrish siap mengugut untuk saman malu terhadapnya.

    Mujur saja Tan Sri Hisham bukanlah orang yang mementing status dan nama. Dia sanggup buat apa saja demi mempertahankan anak tunggal kesayangannya. 

    " Buat lah majlis apa pun, aku takkan benarkan kau ambil anak aku." Ujar Tan Sri Hisham sendirian sambil menghirup teh yang dibancuh oleh pembantu rumahnya. " Tapi, kenapa Riann tak nak keluar bilik? Dia pu dah lama tak sebut pasal Adam..."

    Sedang dia berfikir, tanganya terus menyelup masuk ke dalam kocek bajunya. Aplikasi Whatsapp di buka lalu nama Adam dicarinya. Setelah itu, sebuah pesana ringkas di hantar kepada Adam. 

    ' Kau tahu kenapa anak aku dah berubah?"

    Tanpa salam mahupun kata pembukaan, Tan Sri Hisham terus menyoalnya straight to the point. Beberapa minit kemudian, kelihatan status Adam kini sedang typing.

    ' Kenapa dengan Qalisa?'

    ' Amboi! Bukan main sedap nama kau panggil anak aku!' Monolognya sendirian. Tagannya menaip dengan pantas, dan tidak sampai beberpaa saat, pesanan Adam dibalas kembali.

    ' Kenapa aku dah tak nampak kau keluar dengan Riann?'

    Satu minit berlalu.

     Dua minit berlalu.

     Dan seterusnya... Masih tiada balasan dari Adam. Nmaun Tan Sri Hisha masih sabar menunggu.

    Beberapa minit kemudian, penantiannya akhirnya membuahkan hasil. Nampaknya pesanannya sudah dibaca oleh Adam memandangkan tanda di sebelah pesanannya sudah bertanda biru. Kini, dia hanya tersenyum sambil menunggu Adam membalasnya.

    Satu minit.

    Dua minit.

    Dan seterusnya.

    " Kau bluetick aku je, budak?!" Hampir saja telefon pintar jenama Apple nya itu dihempaskan ke atas lantai. Geram pula rasanya apabila Adam tidak lagi online dan yang meninggalkan bluetick buat dirinya. " Dasar budak mentah! Like father like son!"

    Dalam kemarahannya yang maish membuak, tiba-tiba saja telefonnya berdering menandakan ada pesanan Whatsapp lain yang masuk. Tan Sri Hisham terdiam seketika. " Emier? Apa anak Ghaz ni nak dari aku?"

    Tanpa berlengah lagi, tangannya terus membuka pesanan yang dihantar oleh Emier. 

   ' Maaf tapi uncle terpaksa lepaskan Rianna esok.'

    " Huh?! What the...?" Dahi Tan Sri Hisham berkerut seribu. Dia kini benar-benar tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Emier. 

     Namun, kejutan buat Tan Sri Hisham tidak terhenti di situ saja apabila dia ternampak Rianna keluar dari biliknya dengan mata yang sembab dan merah. " Riann? Kenapa ni, sayang? Kenpa macam ni?"

    " Daddy..." Bicara Rianna perlahan. Sangat perlahan sampaikan Tan Sri Hisham terpaksa fokus untuk mendengarnya. " Riann..."

    " Yes? Apa dia, Riann? Riann cakap je apa yang Riann nak, daddy janji daddy turutkan." Bahu anaknya digoyang perlahan. Sudah macam mak lampir saja penampilan anaknya kini. ' Ini bukan Puteri Hitler ni, dah macam Medusa aku tengok dah.' Desis hatinya.

    " Riann... nak kahwin dengan Amrish."

    Dunia Tan Sri Hisham bagaikan terhenti. Badannya statik tanpa sebarang pergerakan. Otaknya juga seperti sudah berhenti befungdi. Selama ini, dia tidak pernah kesah berjanji. Namun kali ini, pertama kali dalam hidupnya, dia menyesal kerana berjanji. " You're so stupid, Hisham." Bicaranya sendirian.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top