Bab 5
" Kau berdua jaga kelakuan! Tan Sri ni salah seorang rakan niaga terpenting abah!" Farhan dan Firhan serentak mengangguk tanda faham. Entah apa yang difaham mereka, ayahnya sendiri pun tidak tahu. " Agak-agak kalau korang mampu buat anak gadis dia terpikat dekat korang, itu lagi bagus!"
" Please lah abah. Talk to the muscle lah! Ni Firhan lah. Comferm sekali dia pandang je otot gagah Fir ni, dia jatuh mencium bumi!" Riak lagaknya itu disempurnakan lagi dengan gaya cliché yang selalu dibuat oleh lelaki beroto, iaitu mencium lengan sado mereka sendiri.
" That's right abah! Kalau dia tahu yang hobi dia dengan Farhah sama, mesti dia pun suka dengan Farhan juga! So, tiap-tiap hari kitaprang boleh pergi shopping!"
Sedang anak-anaknya hanyut dalam lamunan sendiri, Basir hanya mampu menggeleng kepala. " Tak, aku tak boleh nak harapkan diorang. Memang sah tak boleh diharap. Asallah aku dapat anak macam ni." Desis hatinya.
Sedang dia asyik memikirkan tentang nasibnya sambil memandang sekeliling majlis ini, matanya mengangkap satu situasi dimana hampir kesemua tetamu yang hadir pada majlis itu berkerumun di tempat yang sama, aitu betul-betul di hadapan pintu masuk rumah bangle yang gah lagi besar tersebut.
" Hensemnya diorang!"
Emier tersenyum kecil, membalas senyuman manja yang dilemparkan oleh gadis-gadis yang asyik memandnag ke arahnya. Kolar bajunya dibetulkan sedikit. Dia sudah tahu, situasi bakal menjadi begini.
Namun, dia juga sedar bahawasanya dia hanyalah 'hidangan sampingan' pada malam ini. Yang benar-benar menjadi tumpuan orang ramai kini adalah lelaki bersut hitam unggu yang berada di sebelahnya ini.
Tinggi lampai namun badannya tidak keding, kulitnya yang sedikit saur matang, rambutnya yang sedkit tercacak mengikut tren terkini, badannya yang agak berotot, dan yang paling penting wajah tampannya yang jarang untuk dijumpai.
" Apa yang bi....sing..." Rianna yang dari tadinya berada di dalam rumah dengan guan puterinya yang menawan itu memaksa dirinya keluar laman. Namun, niatnya untuk marah kini berubah serta merta apabila wajah kacak lelaki yang berada di sebelah Emier itu dipandang. " Siapa tu?"
" Ehh. Emier!" Haikal salah seorang pelajar popular di kolej mula datang menegur Emier.
" Yo, Kal. Kau datang dengan siapa?"
" Likewise, dengan member-member aku lah. So, ni siapa?" Kini, pandangannya tertumpu pada lelaki yang berada di sebelah Emier itu. " Macam bukan budak kolej kita je."
" Onn, ni A... Aduh!" Belum sempat Emier menghabiskan ayatnya, kakinya serta merta dipijak kuat oleh lelaki misteri disebelahnya itu.
" Aduh?" Kening Haikal mula terangkat sebelah.
" Syazrin. Nama aku Syazrin."
" Ohh, I see. Aku Haikal, kawan Emier. So, kalau tak ada apa-apa, aku ke sana dulu lah ye? See ya later."
Hilang saja kelibat Haikal dari pandangan mata mereka, Emier mula mendengus kecil. " Sakit tahu tak, Adam Syazrin?!" Sengaja Emier menyebut nama penuh Adam, agar lelaki itu tahu bahawa pijakkannya tadi ukanlah calang-calang. Pasti Jumbol belajar patukan maut itu dari Adam juga.
Adam hanya mampu tersenyum sumbing. Dia tahu, Emier hanya akan memanggil nama penuhnya jika lelaki yang sudah sedia hensem itu benar-benar geram terhadpan dirinya. " Seriously, sorry."
" Kau tak pernah pun guna nama Syazrin. Apasal hari ni tiba-tiba nak guna pula?"
" Alang-alang orang pun macam tak kenal aku, biarlah aku jadi mysterious sikit. Manalah tahu esok lusa aku jadi viral ke?"
" Banyak lah kau punya viral." Ujar Emier sambil menjuihkan bibirnya. Bukan senang hendak melihat Fairy God Brother kepada Cinderella tak jadi ini membuat duck face. " Jomlah kita pergi cari makanan yang kau nak tu!"
" Syazrin?" Baru saja kaki mereka hendak melangkah pergi, mereka disapa dengan satu suara yang agak biasa didengar. Suara manja dan lembut yang sentiasa menjadi igauan kesemua lelaki di kolej. " Awak Syazrin?"
Namun apa yang Adam pasti, suara ini bukanlah satu igauan indah buatnya bahkan sebuah mimpi ngeri yang datangnya bagaikan membunuh impian dan harapannya untuk menjamu selera. Suara yang pernah didengarinya sebelum ini namun dalam versi yang sedikit tinggi dan nyaring, persis seperti apabila ibu tiri Cinderella menjerit-menjerit meroyan sekampung.
Toleh saja mereka memandnag ke belakang, terserlah wajah manis Rianna yang diserikan lagi dengan gaun princess nya yang tidak dinafikan oleh mereka berdua bahawa ianya amat sesuai dengan Rianna.
" Ye saya. And you are?" Kini sesi " sudah tahu bertanya pula' bermula. Bukannya Adam tidak kenal siapa perempuan yang berada di hadapnnya kini. Gadis yang pernah melanggarnya, yang menghancurkan basikal tuanya, yang menjerit-jerit menghina dirinya dan yang penting nama gelaran bagi gadis ini ialah Puteri Hitler.
" My name is Puteri Rianna Qalissa. Im the princess tonight since this is my birthday party." Jawab Rianna bersahaja sambil menghulurkan tanganya. " Nice to meet you."
Adam memandang kosong terhadap tangan yang dihulurnya gadis itu kini. Tiada apa yang spesifik yang bermain di fikirannya kini. Bukan memikirkan tangan lembut gadis ini, bukan memikirkan kulit gebu putih gadis ini namun kekenyalan daging steak yang bakal dijamahnya sebentar lagi. Kerangupan biskut-biskut mahal dan kemanisan kek yang bakal dijamunya nanti.
Tanpa menghiraukan huluran salam gadis itu, Adam terus mengangkat kakinya, menuju ke syurga duniawinya yang berada betul-betul di meja panjang dihadapannya, meninggalkan gadis itu terpinga-pinga seorang diri tanpa salamnya disambut.
Lama-kelamaan apabila dia kembali ke dunia rialiti, Rianna mula naik berang. Namun dia harus mengawal kemarahannya. Dia tidak boleh merosakkan majlis yang bagi amat penting dan yang terpenting di dalam hidupnya. " Jual mahal ye? Tak apa, kau tengoklah nanti."
*****
Kambing panggang, skon strawberry, manisan dan pelbagai jenis lauk pauk lagi yang terhidang di depan matanya benar-benar membuat mulut Adam bagaikan boleh mengalirkan sebatang sungai yang deras dengan aliran air liurnya.
Sudah berkali-kali dia meneguk air liurnya. Bukan setakat air liur saja, bahkan hampir kesemua jenis manisan sudah ditelannya dan sekarang mungkin sudah selamat terhadam di dalam ususnya.
" Now. It's your turn!" Kini, pengepit di tangan dikepit-kepit. Sasarannya kini adalah peha ayam goreng yang benar-benar menguji kesabaran fizikal dan mentalitinya. Seringkali dia teringat akan Jumbol apabila peha ayam ini dipandanganya. " Jumbol, jangan marah ya? Aku nak makan kawan kau ni."
Baru saja dia hendak menyuapkan peha itu kedalam mulut, matanya terpandang bukan satu malah dua kelibat manusia yang berjalan menuju ke sebuah tempat terpencil di bahagian belakang bunglo.
Bukan dia hendak menyibuk, namun dia merasakan sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai saudara se islam bagi mengingatkan mereka bahawa berdua-duan itu haram. Namun jika yang ditegurnya itu nanti bukan islam, apa lagi, angkat kaki lah dari situ.
" Itu macam Puteri Hitler je. Tapi dia dengan siapa?" Kini otaknya mula ligat berfikir. Peha ayam goreng itu masih lagi ditangannya dan dalam posisi untuk menyuapkan ke dalam mulut. " Muka macam kena paksa je tadi."
Hatinya mula berasa tidak sedap. Takut jika apa-apa terjadi pada gadis itu. Adam pun bukanlah jahat sangat hendak melihat jika gadis itu diapa-apakan.
Kebetulan dengan ketiadaan Emier, Adam mengambil peluang ini untuk megekori mereka, merungkai apa saja perbuatan yang bakal dibuat oleh mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top