Bab 49


     " Tak guna!" Stokin yang selama ini puja walaupun terdapat bau yang tidak menyenangkan dan berlubang ditumit dicampak ke merata tempat. Inilah kerja Rianna sejak daripada tadi. Campak buang, campak buang. Kadang-kadang dipeluknya pula. " Adam- Tak! Syazrin penipu! Muhd Adam Syazrin penipu!"

    Tan Sri Hisham yang sudah lama berdiri di luar bilik anaknya itu tersentak kecil. Niatnya hanya untuk menghantara makanan bagi puterinya itu, namun melihat keadaan anaknya yang kini seperti bila bila masa saja boleh membalingnya dengan dulang perak yang dibawaknya kini. " Tak panjang umur aku kalau masuk bilik dia ni, silap hari bulan stokin Adam tu yang melayang masuk mulut aku."

    Dengan pertimbangan otak dan fikiran yang bernas lagikan waras, Tan Sri Hisham segera membuat keputusan untuk meninggalkan saja makanan yang dibawanya itu di depan pintu. Sebelum sempat dia mengangkat kaki untuk kembali ke biliknya, bisikan dan esakan anaknya mula menarik perhatiannya.

    " Maafkan aku..."

    Rayuan dan tangisan Rianna telah menyebabkan sebak di hati Tan Sri Hisham. Berat pula rasanya untuk meninggalkan anaknya begitu saja. " Riann..."

    " Adam... Syazrin... Aku sukakan Adam... Tak nak Amrish..."

    Tan Sri Hisham mula mengepal penumbuk ditangannya. Panggilah dia overprotective ataupun daughter complex sekali pun dia tidak kesah. Dia sayangkan anaknya dan tiada siapa pun yang boleh menyakitkan hati anaknya. " A dad got to do what a dad gonna do." Bisiknya perlahan.

*****

    " Mana dia ni...?" Dari tadi, mata Adam asyik meliar memandang ke luar tingkap. Apa saja yang diajar oleh pensyarahnya sedikit pun tidak masuk ke telinga. " Dari tadi tak nampak..."

    " Kamu tu tak nampak ke saya dekat depan ni?" Jeritan pensyarahnya sedikit sebanyak telah membuatnya tersentak kecil. Memandangkan wanita tua itu menjerit agak hampir di telinganya. " Kamu cari apa dekat luar, cari jodoh?" Sengih Prof. Madya.

    " Tengah cari lawak Prof lah. Dari tadi tak jumpa." Niatya mahu mengenakan Adam, namun jenakanya dikenakan pada dirinya kembali. Jawpaan spontan Adam berjaya membuatkan seluruh kelas ketawa berdekah. " Tapi betul lah tu, tengah cari jodoh untuk Prof."

    " Eiyy, main kasar ni." Prof. Madya hanya mampu menggeleng kepala. Emier yang dduk disebelahnya bukannya mahu menegur, bahkan gelak bersama mengenakannya. Nasib baik saja kedua-dua lelaki itu pelajar terbaik yang pernah dia ada, kalau tidak, pasti sudah teruk dia memotong carry mark mereka.

    Pembelajaran diteruskan, namun Adam masih lagi tetap meliarkan pandangannya diluar tingkap. Sepatutnya Rianna hadir pada kelas hari ini, tapi, di mana dia?

    Kini, kerusi Emy yang berada di hadapan mereka ditarik kuat. " Emy!"

    "Kau nak ap- Emier, kenapa?" Disangkanya Adam memanggil, rupanya pujaan hatinya Emier. " Kenapa?"

    " Rianna mana? Tak datang ke?"

    Emy hanya mampu menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. " Dia jawab call saya semalam. Pagi ni pun sama."

    " Mana dia pergi?" Soal Adam sendirian.

    " Entah-entah dia sakit?" Celah Firhan yang duduk selang dua meja dari Emy manakal di tengah-tengah mereka ialah Farhan. Sejak mereka mula berdamai, Firhan, Farhan dan Emy mula berpindah duduk berdekatan Adam dan Emier. Begitu juga dengan Rianna yang sepatutnya duduk di sebelah Emy.

    " If betul she's sick, dia tetap akan datang kan? Ehh you tak ingat ke time dia demam then dia datang kolej hari tu?" Peringatan Farhan segera menimbulkan rasa gerun di hati Emy. Laju saja Emy mengangguk.

    Siapa yang tidak ingat akan hari bersejarah itu? Habis semua pelajar di kolej itu dimarahi teruk oleh Rianna kerana mood swing semasa sakitnya amat menjadi-jadi. Yang paling teruk kena adalah Emy. " Gila tak ingat?! Aku jadi mangsa masa tu!" Tak semena-mena, bahu Farhan yang menjadi sasaran pukul Emy. Bukannya mereka tidak tahu, jika gadis itu sedih ataupun gembira, pasti akan ada badan yang diperlukan untuk dipukul. Tabiat katanya.

    Adam hanya mampu menghela nafas panjang. Kalau diikutka, boleh saja dia pergi ke rumah gadis itu memandangkan dia dengan ayahnya juga sudah rapat. Namun, perasaan serba salah menghuni jiwanya. Rianna tunangan orang. 

    Emier yangs sedar akan kecelaruan Adam hanya mampu mendiamkan diri. Rasanya dia sudah buat apa yang patut. Dan mungkin perkara yang dikatakannya terhadap Rianna semalam adalah punc sebenar mengapa gadis itu tidak hadir pada hari ini. Namun, Adam sesekali tidak boleh tahu tentang hal ini.

    Dari jauh, Prof.Madya yang memerhati dari jauh hanya mampu mengeluh panjang sambil menggeleng kepala. " Aku ni memang tak wujud ke dekat sini?" Bisiknya perlahan.

*****

    " You tak boleh buat macam tu!" Serentak dengan jeritan itu, cawan yang dipegang oleh Datin Marina dihempaskan ke lantai. " You ingat you siapa suka hati je nak batalkan pernikahan anak kita?!"

    " Saya Tan Sri Hisham, ayah kandung kepada Puteri Rianna Qalisa, gadis yang kamu nak bermenantukan tu. Saya ada segala hak untuk memutuskan hubungan ni."

    " Sham, tapi kenapa?" Kini Dato Imran pula bersuara. 

    " Ini soal anak aku, Im. Soal masa depan dan kebahagiaan dia. Ini bukan pasal aku lagi. Aku nak dia bahagia. Biarlah dia bersama dengan orang yang dia suka." Jelas Tan Sri Hisham. " Tolong, Im. Kau kawan aku. Kau pun ada anak. Jadi kau pun mesti faham kan?"

    " Aku faham, Sham. Rianna dah macam anak aku. Sejak kecil lagi dia ada berkawan dengan Amrish. Jadi aku..."

    " Abang!" Jeritan Datin Marina membuatkan bicara Dato Imran mati. Segera, mereka berdua berpaling memandang Datin Marina. " Apa yang abang cakapkan ni?! Saya tak akan izinkan Hisham putuskan hubungan ni!"

    " Rina, please jangan macam ni, abang-"

    " Saya tak akan lepaskan Rianna pada orang lain..." Ujar Amrish yang kini berdiri di muka pintu sambil menatap tajam wajah Tan Sri Hisham.

     " I'm just doing what I supposd to do, Am. Uncle harap kamu faham. Anggap sajalah semua ni tak jadi. Uncle akan bayar balik semua persiapan ni dalam masa terdekat." Tan Sri Hisham tidak tunggu lama lagi dan terus beredar dari situ. Datin Marina naik berang, namun dapat ditahan oleh suaminya.

    " Heh, aku akan pastikan Rianna tak jatuh ke tangan sesiapa pun!"

    " Amrish... Sudah-sudah lah tu. Anggap jelah yang kamu berdua tak ada jodoh..."

    " Tak, pa. I won;t accept it and... Am akan hapuskan siapa je yang halang Am. Termasuk papa..." Bisiknya sambil menggengam penumbuknya kuat. Giginya diketap kuat. Dia tidak akan melepaskan Rianna. Tidak sama sekali!

*****

    Farish pantas mencelikkan matanya lalu terus bangun daripada tidurnya. Keningnya sedikit berkerut, namun masih kekal tidak beremosi dan poker face seperti selalu.

    " Kau kenapa, Far?" Ujaran Ariffin hanya dibalas dengan gelenga kepala. Tidak sangka pula dia Ariffin masih belum tidur. " Berpeluh semacam je. Kau mimpi apa?"

    " Someone..." Farish terdiam seketika sebelum menyambung bicaranya. " That I don't want to dream about..."

    " Pffttt!!!" Ariffin cuba menahan gelakanya. Takut pula jika tiga orang lain kawannya akan terjaga dari tidur jika mendengar hilaian tawanya. " Dah lah, merepek lah kau ni, tidur lah! Aku nak packing barang ni. Kita kan nak pergi Australia! Vacation!"

    " We are going next week, silly. Not tomorrow."

    " But I'm ecxited! Kau tau tak bukan senang nak ajak kau ikut kitaorang vacation sekali."

    Farish hanya membiarkan Ariffin dengan kerjanya. Banyak lagi yang harus dia fikir kan selain dari kawannya itu.

    Farish termenung seketika. Sebelum kembali ke alam mimpinya, Farish berfikir sejenak. " Why do I dreamt about that Cinderella guy?" Desisnya di dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top