Bab 34


    " Abang betul ke nak pergi oversea nanti?"

    Rengekan Laila sedikit sebanyak telah menyentuh hati lelaki Syazwan. Jujur dia kata, apabila isteri berkelakuan manja begini, dia tidak sanggup untuk pergi meninggalkan Laila. " Janganlah macam ni. Abang dah bagitau dah bulan lepas kan?"

    " Alaaa... tapi..."

    " Kau nak pergi sana lama-lama buat apa?!"

    Zap!

    Kini lengan baju Hisham direntap kuat, namun senyuman di wajah Syazwan masih tidak pudar. " Salah siapa yang sampai aku kene oversea sekarang ni?"

    Hisham yang terkedu kini hanya mampu mengalihkan pandangan matanya. Memang salah dia. Sememangnya salah dia. Jika dia tidak lambat datang ke mesyuarat minggu lepas, pasti Syazwan tidak perlu ke luar negara untuk membuat perjanjian sendiri dengan pemilik syarikat yang sepatutnya berkolaberasi dengannya.

    " Dah, dah. Jangan lah gaduh." Kini, Ghazali yang dari tadi hanya mendiamkan diri hanya mampu tergelak kecil. " Aku dengar cuaca dekat Ney Work sekarang sejuk."

    " So kau ada design baju edisi musim sejuk untuk aku pakai, sekali gus nak promote baju kau tu dekat sana?" Ujar Syazwan dengan nada berjenaka.

    Namun lihat saja wajah Ghazali yang senyumannya semakin melebar, Syazwan mula turut sama terkedu, seperti mana Hisham sebentar tadi. " Kau memang menakutkan, Ghaz..."

    " Hahaha, apa salahnya. Lagipun..." Perlahan-lahan, Laila merangkul tangan Syazwan. Senyuman diwajahnya semakin melebar. " Abang nampak hensem pakai baju yang Ghaz buat."

    Dengar saja pujian dari Laila, serentak kedua lelaki tersebut tersenyum lebar. Syazwan pastinya suka apabila dirinya dipuji oleh isteri kesayangan. Manakala Ghazali pula gembira apabila hasil air tangannya dipuji, namun hatinya terselit sedikit rasa cemburu tapi cepat dia mengangkis.

    " So, kau still nak pergi jugak?" Sekali lagi, soalan yang sama keluar dari mulut Hisham. Sepertinya dia tidak belajar dari kesilapannya sendiri. " Kalau kau nak aku boleh gantikan kau."

    Satu sengihan segera terbit apabila ayat sebegitu keluar dari mulut Hisham sendiri. " Heh, kau? Pergi oversea sana buat kontrak kita? Comfirm syarikat yang kita bina ni hancur, on the spot!"

    " Tak guna!"

    " Op! Chup chup chup!" Nasib baik Ghazali sempat mencelah. Jika tidak, pasti buruk padahnya. " Janganlah gaduh macam ni, buat malu jelah korang ni."

    " Diorang berdua ni dari dulu lagi, tak pernah nak berubah. Bergaduh je kerja." Tambah Laila lagi. " Tapi tak tau macam mana, diorang boleh pulak kerjasama tubuhkan syarikat sama-sama."

    " I know right?" Kini, tawa Laila disambung oleh Ghazali. " Masa first time diorang kata nak colabrate sama-sama bukak company, I was like ' heck man! Are you serious?!"

    " Kan?! Hahahha!"

    " Amboi, lebih nampak kau, Ghaz?" Cebik Syazwan. Melihat isterinya mula mentertawakannya, ego lelakinya makin melonjak naik.

    " Kan? Ehh nasib baik lah aku nak kerjasama dengan dia ni, kalau tak mesti dia tak berjay-!"

    " Kau yang tak berjaya ke aku yang tak berjaya?" Tanpa menghiraukan rungutan Hisham yang kini dalam kesakitan, Syazwan terus saja menyekeh kepalanya dengan siku lagenda yang amat ditakuti sewaktu zaman kolejnya dahulu. " Hambik kau!"

    " By the way, abang dah bagitau Adam pasal ni?"

    Dengar saja nama anak sulung kesayangannya disebut, Syazwan serta merta menghentikan pergerakannya. " I forgot."

    " Habis lah dia marah! Kau ni, dasar bapak tak bertanggungja-! Aduhh!"

    " Baik kau diam sekarang kalau tak botak tengah kepala kau kejap lagi!"

    " Tak apalah, kalau kau nak aku boleh suruh Emier tidur rumah kau, temankan Adam."

     Laila mengangguk setuju dengan cadangan Ghazali. Bukannya mereka berempat tidak tahu bahawa Adam dan Emier sememang rapat. Walaupun kelakuan Adam saling tidak tumpah dengan perangai Syazwan yang kelihatan matang namun kebudak-budakkan, nasib baik Emier yang mewarisi perangai ayahnya yang tenang dan steady itu dapat bertahan dengan anaknya.

    " Oh ya, and one more thing." Kini, pandangan Syazwan beralih kembali pada Hisham. " Hadiah yang aku belikan untuk Adam masa kita drkat Thailand tu, masa aku dah berlepas pergi New York, kau tolong bagikan dekat Adam boleh?"

    " Hadiah?"

    Syazwan tersenyum lembut. " Abang ada belikan hadiah untuk dia. Memandangkan birthday dia nanti aku tak dapat nak sambut sama, so nanti Hisham boleh tolong pass kan hadiah tu dekat dia."

    " Birthday anak sendiri pun kau tak dapat nak datang. Dah lah dia baru nak masuk 9 tahun."

    " Ish, bagikan jelah. Kau jangan nak banyak bunyi boleh?!"

    Sekali lagi, suasana sepi di balkoni rumah Syazwan diwarnai dengan tawa mereka berempat. Nasib baik saja Adam dan Emier sudah tidak. Jika tidak, bertambah kecoh lagi jadinya.

*****

    " Inilah peluang aku..." Satu senyuman jahat kelihatan disebalik sinaran pisau tajam yang baru saja diasah.

    Hatinya bagaikan tidak tahu duduk diam. Semakin dekat tarikh Syazwan untuk meninggalkan Malaysia, semakin gembira Basir dibuatnya. " Aku betul-betul tak sabar!"

    Gambar yang berada di sisi ditatap lama. Pen merah dicapai lalu diconteng di atas gambar tersebut. " Lepas ni, seorang penghalang terbesar akan hilang dari hidup aku..."

    Perlahan-lahan, wajah Syazwan ditanda pangkah oleh Basir. Selebihnya hanya tinggal Hisham, Laila dan Ghazali. " Yang lain, tak apa. Aku biarkan korang hidup lama sikit lagi... Haha.. HAHAHAHA!"

    Hilai tawa jahat mula kedengaran dari bilik hujung di kediaman Basir. Disitulah dimana rancangan jahatnya bermula.

    " Tak lama lagi... Laila akan jadi milik aku... Harta Syazwan pula akan jadi milik aku jugak... tapi..."

    Kini matanya mula menatap sebiah lagi gambar di sisinya. Berbingkai emas, cantik tersusun. " Aku kene hapuskan pengacau sorang ni dulu..."

    Wajah Hasmidah pada gambar tersebut diusap perlahan. " Maafkan abang ye sayang. Tapi abang dah tak nak hidup miskin lagi... Hahahaha! Lagipun Laila seribu kali ganda... tak... berjuta kali ganda lagi cantik dari kau!"

    " Klang!"

    Habia berderai bingkai yang dipegangya sebentar tadi. Kaca berteraburan di sekitar lantai. Sekali lagi, hilai tawanya kedengaran halus. " Aku akan pastikan semuanya jadi milik aku...."

    Tanpa dia sedari, Hasmidah yang mengintai dari celahan rekahan pintu mula mengangis kecil. Siapa sangka, suaminya yang dahulunya penyayang mula berubah menjadi begini.

    Akan tetapi, tiada apa yang boleh dia lakukan kini. Badannya yang memang sedia lemah semakin lama semakin tidak terdaya. Apa yang boleh dia lakukan kini? Jika benar kata suaminya untuk menghapuskan dirinya, bagaimana pula nasib anak kembarnya dua orang ini?

    Semakin lama, tangisan Hasmidah semakin deras. " Kenapa semua ni kene jadi macam ni? Kenapa?!"

    " Ibu..."

    Hasmidah tersentak kecil apabila hujung bajunya ditarik perlahan. Kelihatan Farhan yang sedang menggosok matanya sambil anak patung beruang kesayangan di tangan berada disisi, bersama abangnya Firhan yang kini manarik hujung bajunya. " Ibu kenapa nangis?"

    " Ibu sakit ke, bu?"

    Hasmidah memaksa dirinya mengukir senyuman. Tidak tergamak baginya untuk membiarkan anak sekecil mereka mengetahui kekejaman dunia. " Tak sayang. Ibu tak sakit... kita tidur okay?"

    Anak kembar tersebut hanya akur. Mereka hanya mengekor ibu mereka dari belakang. Namun sesekali, pandangan mata mereka menoleh ke pintu di mana Basir kini berada.

   

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top